-
Memaparkan catatan dengan label 000. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 000. Papar semua catatan
Selasa, 3 September 2013
SIAPA YANG TAK NAK RM50,000
Pasti anda tak tahu, anda boleh menang RM50,000 dalam pencarian Bakat JoHaRa 2.0! Serlahkan bakat terpendam anda dengan Era.Untuk maklumat lanjut,klik SINI
Rabu, 12 September 2012
BAKAR CUPCAKE BERTEMAKAN 1 MALAYSIA DAN MENANGI WANG TUNAI RM 10,000
Assalamualaikum
Celcom
sedang mengadakan Cabaran Cupcake bermula 30 Ogos hingga 20 September 2012
sempena sambutan ulang tahun Kemerdekaan Ke 55 dan Hari Malaysia. Cupcake
tersebut perlu dihiasi dengan tema Kemerdekaan dan menunjukkan semangat
patriotisma dalam cupcake tersebut. Sila lawat https://www.facebook.com/cupcakeschallenge untuk maklumat Cabaran
Cupcake terbut. Untuk memeriahkan lagi Cabaran Cupcake tersebut, Celcom telah
menjemput pihak media dan blogger untuk sertai kelas belajar membuat cupcake.
Dicatat oleh Unknown di 11:19 PTG 0 ulasan
Label: 000, BAKAR CUPCAKE BERTEMAKAN 1 MALAYSIA DAN MENANGI WANG TUNAI RM 10
Sabtu, 3 Disember 2011
BAYI COMEL DIJUAL DENGAN HARGA RM21,000
KUALA LUMPUR: Seorang bayi yang nyaris dijual dengan harga RM21,000 menarik perhatian orang ramai yang hadir di Mahkamah Sesyen di sini, semalam apabila dibawa untuk tujuan pengecaman oleh seorang saksi yang juga pengadu dalam kes itu.
Bayi perempuan comel yang berusia setahun itu dicam saksi kelima pendakwaan, Norfatimah Ahmad, 43, sebagai bayi yang dibelinya daripada sebuah hospital swasta, tahun lalu. Dia dibawa ke mahkamah pada perbicaraan kes bekas jururawat, Gulab Jan Abdul Jabir, 49, atas tuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan, tahun lalu. Gulab Jan didakwa memperdagangkan bayi perempuan berusia lapan bulan bagi tujuan eksploitasi di Hospital Taj, jam 2.10 petang, 1 November 2010.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Bayi itu kini berada di dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga selesai perbicaraan kes itu. Norfatimah turut melakukan pengecaman terhadap individu yang ditemuinya ketika melakukan urusan pembelian bayi di Hospital Taj, Jalan Ipoh di sini, November tahun lalu iaitu pakar bedah, Datuk Dr Mohammad Feizal Abdullah dan anak perempuannya, Suraij Banu yang bekerja di hospital sama.
Mahkamah turut memanggil Datin Mumtaj Nashir Bee iaitu isteri Dr Mohammad Feizal bagaimanapun dia memberitahu mahkamah isterinya tidak dapat hadir kerana tidak sihat.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Amalina Ismail turut memberitahu mahkamah pihak pendakwaan gagal menyerahkan sapina kepada pembantu jururawat, Munirah Ali Bakar dan orang awam, Mohamed Kassim Ibrahim untuk dipanggil sebagai saksi pada tarikh perbicaraan akan datang.
Isnin, 24 Oktober 2011
INGIN MENANGI HADIAH YANG BERNILAI LEBIH DARIPADA RM55,000!
Dicatat oleh Unknown di 1:55 PTG 0 ulasan
Label: 000, INGIN MENANGI HADIAH YANG BERNILAI LEBIH DARIPADA RM55
