Memaparkan catatan dengan label BUAH-BUAHAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BUAH-BUAHAN. Papar semua catatan

Isnin, 13 April 2015

Khasiat Buah Mata Kucing yang Anda Perlu Tahu

Kredit foto: saidinafoodindustries.com 

Buah ini disukai ramai kerana rasanya yang manis. Disebalik rasanya yang enak, anda juga harus tahu buah mata kucing memmpunyai banyak khasiat untuk tubuh anda. Buah mata kucing memiliki banyak nutrisi, antaranya lemak, vitamin A, B, protein, asid tartaric, fitokimia yang merupakan senyawa kimia tumbuhan yang sangat baik untuk kesihatan tubuh manusia.

Berikut merupakan beberapa khasiat buah mata kucing yang perlu anda tahu:
1. Anti tekanan
Buah mata kucing sangat berkesan sebagai anti tekanan. Pengambilan buah mata kucing akan memberikan kesan yang menenangkan, mengatasi masalah iritasi dan meningkatkan fungsi saraf. Ia juga boleh mengatasi masalah penyakit yang berkaitan dengan gangguan tidur.
2. Memberi tenaga pada tubuh
Buah mata kucing mempunyai kadar lemak dan kalori yang rendah, namun buah ini memiliki karbohidrat kompleks yang mampu memberikan tenaga untuk tubuh serta dapat meningkatkan stamina.
3. Mengatasi kerosakan sel
Bersama dengan polifenol, buah mata kucing mampu membantu mencegah radikal bebas yang ada di dalam tubuh serta mengatasi kerosakan sel. Buah mata kucing juga mampu memerangi sel kanser.
4. Membantu gerak kerja jantung
Dengan mengurangkan tahap stress dan kepenatan, buah mata kucing mampu membantu gerak kerja jantung. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok.
5. Melancarkan perjalanan darah
Buah mata kucing dikatakan mampu membantu melancarkan perjalanan darah sehingga ia dapat membantu mencegah anemia.
6. Sesuai untuk diet
Buah mata kucing mengandungi kadar lemak dan kalori yang sangat rendah dan bagus bagi anda yang ingin melakukan diet.
7. Merawat kulit
Buah mata kucing bagus untuk kulit kerana memiliki kandungan anti penuaan yang mencegah kedutan pada kulit dan mencerahkan warna kulit.
8. Melindungi tubuh daripada serangan demam dan selsema
Buah mata kucing mengandungi vitamin C yang mampu melindungi tubuh manusia daripada serangan demam dan juga selsema.
Sumber: Women Online Magazine

  TIP INTERVIEW untuk semua.. Good Luck

Selasa, 23 September 2014

Kedai di Jepun jual buah paling sempurna secara eksklusif

Tokyo’s Sembikiya Fruit Parlor kelihatan seperti kedai yang menjual barangan kemas tetapi ianya merupakan kedai buah-buahan yang sangat eksklusif. Di sinilah, anda boleh mendapatkan buah-buahan yang mempunyai rasa dan bentuk buah sempurna. Setiap buah dijual dalam bungkusan yang sangat eksklusif. Sebelum  anda ingin membeli buah di kedai ini, pastikan anda mempunyai wang yang cukup kerana harga buahnya agak mahal berbanding di kedai buah lain.
Sembikiya-fruit-parlor
Di Jepun, ia adalah adat untuk memberi buah-buahan yang berkualiti tinggi untuk majlis rasmi seperti majlis perkahwinan, mesyuarat perniagaan atau lawatan hospital. Sembikiya hanya menjual buah-buahan yang jarang ditemui, produk yang paling sempurna, yang ditanam dalam keadaan khas untuk memastikan mereka kelihatan dan mempunyai rasa sebaik mungkin.
Sembikiya-fruit-parlor2
Membeli buah-buahan Sembikiya terutamanya di kedai utama di Nihonbashi Mitsui Tower, adalah satu pengalaman yang unik. Bukan sahaja kerana harga yang keterlaluan dan pembungkusan yang sempurna tetapi juga di sana turut ditawarkan khidmat kaunseling. Sebagai contoh apabila anda membeli buah tembikai, kerani kedai ingin tahu di mana dan bila buah itu akan digunakan. Malahan juga, ianya mesti bersesuaian dengan bajet anda, bila anda sudah memutuskan pembelian, dia akan memberitahu waktu puncak penggunaan buah tersebut. Beliau juga akan memberi anda arahan mengenai cara untuk menyimpan agar dapat menikmati rasa yang sempurna. Jika buah-buahan yang anda berminat tidak berada dalam musim puncak, kerani akan memberi jelaskan bahawa masa yang terbaik untuk makan buah tersebut telah berlalu malah rasa manis sudah hilang. Menarik bukan pengalaman nak beli buah. – sumber
Sembikiya-fruit-parlor3
Sembikiya-fruit-parlor4
Sembikiya-fruit-parlor5