Memaparkan catatan dengan label HAMIL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HAMIL. Papar semua catatan

Ahad, 30 November 2014

DIARI HAMIL

DIARI HAMIL

DIARI HAMIL

Penulis : Khairun Nisak Zakaria / Muhd Mawardi Zakaria / Khulwana Hanapi


- Buku (idea asal oleh Kamaruddin Mamat) ini merupakan panduan lengkap kepada bakal ibu. Mendedahkan perkembangan semasa bayi serta ibu sepanjang kehamilan.
- Panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan diri selepas proses bersalin.
- Turut memuatkan tip-tip yang berguna kepada suami dan bakal bapa untuk kesejahteraan isteri dan bayi.
- Mendedahkan panduan dan amalan yang sewajarnya sebagai seorang Muslim. ‘Checklist’, catatan ibu, memo ibu, ruang–ruang meletakkan gambar ultrasound bayi anda dan lain-lain lagi.
- Dijadikan hadiah buat bayi yang bakal lahir supaya apabila telah dewasa si dia juga dapat menghayati saat-saat manis dan pahit ibu mengandungkannya.
- Hadiah kepada isteri tersayang. - Khazanah kenangan paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi peribadi.
P/S : Terima kasih hubby kerana hadiahkan buku ini :)

PENJAGAAN PRANATAL

Apakah itu penjagaan pranatal?
  • Ia adalah pemeriksaan kesihatan yang berkala apabila anda disahkan mengandung.
  • Salah satu tujuan adalah untuk memastikan hubungan baik antara anda dan kakitangan kesihatan.
  • Kedua-dua keperluan perubatan dan psikologi anda akan ditangani.
  • Perkhidmatan ini dikendalikan oleh petugas yang terlatih di semua klinik-klinik kesihatan kerajaan.
Apa itu lawatan tempah?
Lawatan tempah adalah lawatan pertama anda ke klinik penjagaan pranatal.
  • Ini adalah lawatan mustahak untuk mengenal pasti dan menguruskan sebarang komplikasi kesihatan ( jika ada ) dan melakukan saringan faktor-faktor risiko yang mungkin dialami semasa tumbesaran janin dan akibatnya.
  • Ia perlu dilakukan sebaik sahaja anda disahkan mengandung.
  • Masa yang disyorkan bila anda mengandung kurang dari 12 minggu.
  • Lawatan pertama mungkin terlewat bagi kandungan anda tetapi masih dianggap lawatan tempah.
Semasa lawatan tempah, jururawat akan bertanyakan beberapa soalan berkaitan dengan:
  • Perihal pusingan haid anda
  • Sejarah peribadi
  • Sejarah keluarga
  • Sejarah perubatan dan pembedahan
  • Sejarah kandungan lampau (jika ada)
  • Latar belakang ekonomi dan sosial
Selepas sesi temuduga jururawat akan melakukan pemeriksaan fizikal.
Seterusnya anda perlu menjalani ujian di makmal.
Apabila anda selesai dengan proses tadi, terpulang kepada keadaan dan keputusan temuduga, pemeriksaan dan ujian makmal, rawatan diberikan mengikut kesesuaian.
Sebelum pulang, tarikh lawatan susulan anda akan diberi mengikut persetujuan anda
Jururawat akan memberikan salinan kad pranatal untuk disimpan oleh anda dan untuk dibawa bersama semasa lawatan ke klinik. Keseluruhan proses mengambil masa 1- 2 jam bergantung kepada beban kerja klinik semasa lawatan anda.
Apakah yang dilakukan semasa lawatan susulan pranatal?
  • Semasa lawatan ini tahap kesihatan dan keadaan kandungan anda akan dinilai dan dipantau.
  • Penglibatan keluarga dan waris adalah digalakan:
    • Untuk sokongan emosi bila diperlukan.
    • Menggalakan mengikut nasihat dan program penjagaan pranatal.
    • Membantu mengenalpasti keperluan dan kehendak ibu.
    • Berbincang bagi merancang kelahiran.
    • Saringan HIV kepada suami atau pasangan
  • Berikut adalah ativiti-aktiviti yang dilakukan semasa lawatan susulan:
    • Sejarah ringkas dari lawatan akhir pranatal yang telah direkodkan.
    • Pengambilan berat badan dan tekanan darah.
    • Ujian air kencing untuk protein dan gula.
    • Ketinggian rahim direkodkan di carta yang ditetapkan untuk pemantauan tumbesaran janin.
    • Kedudukan janin
      • Dinilai selepas kandungan 32 minggu.
      • Jika kedudukan janin tidak tepat, pemeriksaan ultrasound untuk kenal pasti kedudukan uri.
    • Denyutan jantung janin akan direkodkan.
    • Pelalian (diberikan bila sampai tempoh).
    • Ujian darah rutin atau apabila diperlukan
Berapa kerapkah lawatan pranatal?
Dicadangkan lawatan pranatal seperti berikut:
  • Sebelum 28 minggu - sebulan sekali
  • 28 - 35 minggu - setiap 2 minggu sekali
  • 36 minggu dan keatas - setiap minggu
Lawatan rumah sekurang-kurangnya 4 kali sepanjang kehamilan. Kekerapan lawatan bergantung kepada keperluan dan keadaan anda.
Bagaimana saya akan tahu bayi kandungan saya membesar dengan sihat?
Semasa lawatan pranatal kedua ibu dan kandungan anda akan dinilai dan dipantau. Di sini disenaraikan aktiviti-aktiviti yang membantu petugas kesihatan untuk memantau kebaikan janin:
  • Mengukur ketinggian rahim (saiz perut anda)
  • Pemantauan pertambahan berat badan bagi setiap lawatan
  • Pemeriksaan ultra sound bagi menilai tumbesaran dan kedudukan janin.
  • Carta pergerakan janin - anda perlu mengira kekerapan tendangan janin dalam masa 12 jam
  • Denyutan jantung janin anda - dengan menggunakan mesin Doppler membolehkan anda mendengar denyutan jantung janin anda.
  • Cardiotocography (CTG ) - mesin yang digunakan untuk menilai keadaan janin jika dikhuatiri janin tidak membesar dengan baik.
Di mana saya boleh mendapat bantuan?
  • Di semua klinik kesihatan kerajaan (di kenali sebagai Poliklinik Komuniti, Klinik Kesihatan, Klinik Desa)
  • Klinik swasta
  • Hospital swasta
Bahan rujukan
  1. KKM (2003). Garispanduan Senarai Semak Mengikut Sistem Kod Warna Penjagaan Kesihatan Ibu Dan Bayi Edisi 3 (Versi Semakan)
  2. KKM (2002). Perinatal Care Manual.

Sabtu, 29 November 2014

I AM PREGNANT !

Pejam celik pejam celik dah 5 bulan kandungan Queenpink..tinggal 4 bulan..InsyaALLAH..moga baby keluar pada waktu yang betul iaitu cukup bulan.InsyaALLAH..hari ini genap 20 minggu kandungan.


Bayi anda berukuran lebih kurang 16.5sm dari mercu kepala hingga ke punggung dan dia terus menambah berat badannya. Satu bahan berlemak berwarna putih dan licin yang dipanggil verniks kaseosa mula membalut bayi anda dan melindungi kulitnya semasa dia berendam lama dalam cecair amnion. Ia juga akan memudahkan kelahiran.

Pada minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem pencernaannya. Setelah bayi anda menelan cecair amnion, badannya akan menyerap air yang terkandung di dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar.

Anda mungkin mahu mengikuti kelas antenatal jika anda belum lagi berbuat demikian. Samada anda ibu buat pertama kali atau hanya mahu mengulang kaji, anda akan mendapat manfaat apabila mengikuti kelas berstruktur. Apapun falsafah di sebaliknya,
kelas antenatal boleh menyediakan anda bagi menghadapi semua kesukaran dan kesakitan kelahiran. Anda harus merancang untuk menamatkan kelas menjelang minggu ke-37 kehamilan kerana pada masa itu anda dianggap sudah cukup bulan dan kelahiran boleh bermula bila-bila masa.

Berhati-hatilah dalam memastikan anda
mendapat zat besi yang mencukupi. Bayi anda memerlukan zat besi di antaranya bagi pembuatan sel-sel darah merah. Sebenarnya, adalah sukar untuk anda mendapatkan terlalu banyak zat besi daripada makanan semata-mata tanpa makan secara berlebihan. Makanan yang kaya dengan zat besi termasuk daging merah tanpa lemak, ikan, kekacang lentil, bayam dan bijirin yang diperkuat dengan zat besi. Lihatlah panduan makan secara baik kami untuk melengkapkan semua maklumat yang anda perlu ada.