Jika dahulu, langsir atau dekorasi berupa
kain hanya digunakan untuk menghiasi kamar beradu atau singgahsana
pelaminan raja dan ratu sehari sahaja. Tetapi kini, mengikut arus
kemodenan dan gaya hias yang sudah ditukar ganti dan ditambah baik,
penggunaan kain digubah sehingga ke atas bumbung dewan agar ilusi luas
dan alunan itu kelihatan seperti di kayangan.
Memaparkan catatan dengan label IDEA PERKAHWINAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IDEA PERKAHWINAN. Papar semua catatan
Jumaat, 13 Februari 2015
Dekorasi Fabrik Langsir Hiasi Alunan Ruang Majlis
Dengan dekorasi fabrik langsir yang
kreatif mengikut kesesuaian dewan dan majlis, ilusi dewan yang lebih
luas dan tersergam indah dapat diwujudkan. Ditambah pula dengan satu
hiasan tumpuan seperti lampu chandelier yang besar di tengah-tengah
perkarangan dewan atau juraian lampu hiasan memenuhi ikatan kain itu
sudah cukup indah untuk dilihat dan mampu memukau pandangan para tetamu
yang hadir.
Bercakap mengenai perancangan
perkahwinan, ianya bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Pemilihan
lokasi untuk mengadakan majlis adalah perkara utama yang bakal bermain
di fikiran anda dan si dia. Jika merancang untuk mengadakan majlis di
dewan, kami ingin kongsikan kepada anda beberapa tip mudah dan ringkas
berkenaan dengan bagaimana membuat pemilihan dewan yang bersesuaian
untuk majlis anda nanti.
1. Pilih dewan yang berdekatan dengan
lokasi rumah anda untuk memudahkan perjalanan anda seisi keluarga serta
rombongan daripada pihak bakal isteri atau suami.
2. Pastikan dewan yang dipilih menawarkan harga dan pakej yang berpatutan.
3. Pastikan anda memilih dewan yang
mempunyai kemudahan parking yang banyak bagi memudahkan para jemputan
untuh hadir ke majlis anda.
4. Seeloknya, pastikan anda menempah
dewan 12 bulan sebelum majlis berlangsung kerana bimbang dewan bakal
penuh dan kemungkinan caj yang akan dikenakan juga berlipat kali ganda.
5. Pastikan juga dalam masa yang sama
dewan yang menjadi pilhan anda itu mempunyai kemudahan plug dan sistem
audio yang baik agar majlis berjalan dengan lancar.
6. Tentukan juga samaada dewan itu
mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan apakah ianya menggunakan
kipas ataupun penghawa dingin.
Sumber: Pesona Pengantin Karangkraf
Dicatat oleh Unknown di 1:56 PG 0 ulasan
Label: dekorasi fabrik langsir, edisi perkahwinan, idea dekorasi majlis perkahwinan, IDEA PERKAHWINAN
Sabtu, 31 Januari 2015
20 Idea Perkahwinan Berkonsepkan Travel
6. Sediakan satu buku atau peta untuk memberi peluang kepada tetamu menanda cadangan tempat berbulan madu buat anda dan pasangan
8. Tag untuk luggage boleh juga dijadikan sebagai cenderahati buat para tetamu atau sebagai penanda kedudukan tempat mereka
9. Jadikan peta tempat kegemaran sebagai salah satu perhiasan kecil pada pakaian hari bahagia anda seperti bowtie

16. Nota terima kasih bertemakan travel juga boleh dijadikan sebagai door gift buat tetamu yang hadir
17. Sediakan hiasan pelamin dan meja makan pengantin yang bertemakan travel dengan meletakkan luggage, glob dunia, pas penerbangan, kapal terbang kertas dan sebagainya

Dicatat oleh Unknown di 6:40 PTG 0 ulasan
Label: IDEA PERKAHWINAN, kaki travel, konsep perkahwinan, PERKAHWINAN, perkahwinan berkonsepkan travel, travel
Rabu, 26 Februari 2014
DIY PHOTO BOOTH

Jika di lihat dari perspektif semasa, photobooth menjadi sebagai salah satu dekorasi perkahwinan yang penting kini. Jika di kawasan bandar, mungkin fenomena dekorasi ini agak biasa kita lihat dibandingkan dengan kawasan luar bandar di mana trend nya semakin berkembang tetapi tidak mendapat perhatian yang khusus daripada tetamu yang hadir.
Photobooth adalah antara salah satu dekorasi tambahan kepada majlis perkahwinan selain daripada pelamin ataupun meja santapan pengantin dan biasanya terdapat sedikit ruang untuk pasangan pengantin mengabadikan momen indah mereka seperti gambar mahupun barang-barangan kenangan dan akan ditambah dengan hiasan seperti kerusi dan banner. Anda boleh mendapatkan servis untuk dekorasi photobooth ini daripada orang persendirian atau butik pengantin yang menawarkannya. Tetapi untuk tip DIY yang lebih menjimatkan dan juga mudah untuk anda. Apa kata ikuti tip ini agar DIY photobooth anda menjadi kenyataan seperti yang anda inginkan.

- Kos
- Tema
- Lokasi
- Latar Belakang
- Guest Book
Dicatat oleh Unknown di 11:07 PG 1 ulasan
Label: DIY PHOTO BOOTH, IDEA PERKAHWINAN, KAHWIN, PERKAHWINAN, PHOTO BOOTH, PHOTO BOOTH MAJLIS PERKAHWINAN
Isnin, 24 Februari 2014
LILIN AROMA WANGI
Bahan-bahan:
1. Lilin hiasan
2. Reben
3. Bunga artifisial
4. Kuntuman bunga
5. Gam
6. Gunting
Langkah-langkah:
1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan
2. Langkah pertama, guntingkan kuntuman bunga artifisial yang dipilih
3. Kemudian gamkan ditengahnya dengan inti bunga untuk lebih menarik. Ketepikan bahan itu
4. Gamkan reben secara melintang di bahagian belakang bekas lilin supaya gam tidak comot
5. Ikatkan ke atas seperti di dalam gambar
6. Serikan di atasnya dengan bunga yang diguntingkan tadi sebagai hiasan kepada lilin anda.
Selamat mencuba.

Khamis, 13 Februari 2014
HAND BOUQUET ATAU BUNGA TANGAN

Tidak ada serinya sang mempelai tanpa bunga tangan digenggaman. Bunga
tangan menjadi pelengkap kepada mempelai untuk mengurangkan rasa
gementar selain mewujudkan rasa tenang sementara menunggu kedatangan si
dia. Bunga pelbagai warna hantaran tidak sesekali menghampakan. Sesuai
buat sang mempelai yang berjiwa romantis dan lembut.
Kalau dahulu bunga-bunga segar sering menjadi pilihan kerana kesegaran dan keharumannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan bunga tangan artifisial, kini tidak lagi apabila mempelai memikirkan banyak faktor yang perlu diambil kira dalam gubahan bunga tangan ini, mempelai lebih selesa memilih bunga jenis ini di hari persandingan mereka. Menggunakan bunga gebbera dan hiasan juraian manik, bunga tangan nampak ekslusif dan menawan.
Gubahan bunga merupakan pelengkap gaya ketika majlis. Banyak faktor-faktor bunga tangan dipilih, selain tahan lebih lama ataupun mudah dibawa kerana ringan jika dibandingkan dengan bunga segar. Serikan dengan manik sebagai pelengkap bunga yang indah.
Jika mahu menempah hand bouquet atau bunga tangan untuk majlis perkahwinan anda,boleh hubungi PASTELICIOUS HAND BOUQUET

Dicatat oleh Unknown di 12:15 PTG 1 ulasan
Label: BUNGA TANGAN, DIY HAND BOUQUET, HAND BOUQUET, IDEA PERKAHWINAN, KAHWIN, MAJLIS PERKAHWINAN, PASTELICIOUS HAND BOUQUET