Memaparkan catatan dengan label KISAH CHENTA CORNETTO UDA DARA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KISAH CHENTA CORNETTO UDA DARA. Papar semua catatan

Rabu, 1 Mei 2013

KISAH CHENTA CORNETTO UDA & DARA


Unsur-unsur budaya Korea iaitu K-Pop telah diberi suntikan menerusi drama terbaru terbitan Wall's Cornetto (Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd) yang terbaru iaitu Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara.

Pengarah drama berkenaan, Prem Pillai berkata, konsep K-Pop diselitkan dalam drama cinta itu bagi menampakkan sedikit kelainan berbanding karya-karya bersiri lain.

"Menerusi drama ini diakui saya cuba mengikut kehendak anak-anak muda zaman ini yang sukakan budaya muzik K-Pop.

"Jadi saya selitkan pelbagai muzik Korea dengan berlatar belakangkan tempat pengajian yang serba moden sesuai dengan konsep remaja yang dipaparkan," katanya.

Prem ditemui pada pelancaran drama Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara di Restoran The Bee, Publika, di sini pada Selasa.

Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara dibarisi pelakon iaitu Dafi dan ChaCha Maembong, Alif Hadi, Jed, Radhi Khalid, Mustapha Kamal, Namron, Yasmin Hani, Azhar Sulaiman, Shaq, Alam, dan Normah Damanhuri.

Siri drama ini mengisahkan tiga pasangan anak muda yang melalui perjalanan hidup penuh dugaan dan cabaran dalam mencari identiti sehingga memperoleh kejayaan masing-masing.

Menarik tentang drama ini, ia turut berkisar tentang ikatan persahabatan dan percintaan yang kukuh malah ia juga menampilkan tarian anak muda masa kini.

"Seperti yang saya katakan tadi, saya selitkan unsur K-Pop dalam siri ini dan elemen tarian turut diterapkan.

"Tarian yang ditampilkan juga amat menarik untuk disaksikan, di mana ia jarang-jarang dilihat.

"Para pelakon yang terbabit dengan tarian akan diberi tunjuk ajar oleh pemenang So You Think You Can Dance musim pertama, Alam. Malah bagi pelakon-pelakon baru, mereka mempunyai mentor iaitu pelakon Yasmin Hani dan Tony Eusoff yang akan mengajar cara-cara lakonan yang betul," ujarnya.

Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara bakal disiarkan menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 1 Mei setiap Rabu, pukul 9 malam.

Siaran ulangannya pula ialah pada hari Sabtu, pukul 5 petang.


Rabu, 24 April 2013

SEKITAR SIDANG MEDIA KISAH CHENTA CORNETTO UDA & DARA

Assalamualaikum..

Queenpink dapat jemputan media Astro dan Cornetto Uda & Dara di The Bee,Publika Solaris Dutamas Kuala Lumpur pada 23 April 2013.

Gambar: Press Conference Kisah Chenta Cornetto Uda& Dara

Photo: Sidang media Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara sedang berlangsung sekarang. Apakah jalan cerita yang bakal disiarkan dalam siri baru ini? #kisahchentacornettoudadandara

Photo: Ali Salman, pengarah jualan Unilever Malaysia kategori Aiskrim memberikan ucapannya.

Terima Kasih atas sokongan semua pihak dan juga peminat aiskrim Cornetto.  

#kisahchentacornettoudadandara
Ali Salman, pengarah jualan Unilever Malaysia kategori Aiskrim memberikan ucapannya.
Barisan pelakon Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara yang terdiri Chacha Maembong,Dafi,Shafiqah Fauzi,Alif Hadi,Jen Shukri dan Anwar Mukles.
Photo: Pelakon-pelakon dan semua pihak yang berkenaan dijemput untuk sesi soal jawab yang menjadi hangat dengan pelbagai soalan dari pihak media.

Pihak media juga sangat berminat tentang drama hangat baru ini tau? :p
Pelakon-pelakon dan semua pihak yang berkenaan dijemput untuk sesi soal jawab yang menjadi hangat dengan pelbagai soalan dari pihak media.
Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara merupakan sebuah drama bersiri yang dipersembahkan oleh Cornetto dan Astro.Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara mengisahkan tiga pasangan anak muda yang melalui perjalanan hidup penuh dugaan dan cabaran dalam mencari identiti sehingga memperoleh kejayaan masing-masing.Tiga pasangan Uda dan Dara Malaysia.Satu perjalanan K-Pop.Satu kisah kesungguhan,ketekunan dan naluri kasih sayang.Sertailah Dafi,Chacha Maembong dan Alif Hadi untuk treler yang bakal disiarkan melalui Astro Ria(Saluran 104) mulai 1 Mei depan setiap Rabu, pukul 9 malam.Siaran ulangannya pula ialah pada hari Sabtu, pukul 5 petang.
Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara akan menjadi drama yang terhangat tahun ini jadi jangan ketinggalan!
Gambar: Press Conference Kisah Chenta Cornetto Uda& Dara
Gambar: Dafi dan Chacha Maembong



Foto


Gambar: Tinggal 3 sahaja. :D

Foto

Foto