Memaparkan catatan dengan label PERTUNANGAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERTUNANGAN. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Februari 2014

SENARAI SEMAK MAJLIS PERTUNANGAN

Dalam adat Melayu, majlis pertunangan diadakan adalah bertujuan untuk mengikat tali perhubungan antara si gadis dan teruna pilihan hatinya. Kebiasaannya majlis pertunangan di adakan beberapa bulan atau setahun sebelum menjelang hari besar kedua pasangan bergantung kepada persetujuan kedua belah pihak. Majlis pertunangan selalunya diadakan dalam keadaan yang sangat sederhana. Antara senarai semak yang perlu kamu lakukan menjelang majlis pertunangan berlangsung.

 Hantaran (jika ada) – berapa dulang hantaran yang kamu beri kepada pihak lelaki serta dekorasi dulang hantaran.
 
Pelamin (jika ada) – buat bajet yang minima untuk perbelanjaan pelamin tunang kamu dan pilih dekorasi yang ringkas supaya orang tidak sangka yang itu majlis pernikahan! Opps!
 
Jurugambar – jika kamu mempunyai bajet lebih, ambil jurugambar yang berpatutan harga dan paling penting kualiti gambar itu. Guna peluang ini untuk membuat gambar pra-perkahwinan untuk menjimatkan bajet kamu.
 
Baju bertunang – zaman sekarang sudah ringkas, tidak seperti dulu. Jadi tidak salah jika kamu ingin menempah khas baju untuk majlis tersebut. Pastikan perincian baju tidak terlalu sarat ya!
 
Menu makanan – sangat penting untuk menetapkan menu makanan pada hari tersebut supaya sesuai dengan waktu majlis berlangsung.
 
Solekan dan dandanan – pilih juru solek betul-betul ketika ini supaya kamu boleh menggunakan khidmatnya lagi untuk majlis seterusnya! Begitu juga dengan dandanan rambut, lebih elok dan jimat jika menggunakan khidmat juru solek yang pandai mendandan rambut sekali.
 
Jemputan – dah nama majlis pertunangan ini majlis kecil-kecilan, maka jemputan yang hadir juga tidak perlu merangkumi seluruh ahli keluarga mahupun sahabat handai. Cukup dengan kehadiran teman rapat dan paling penting kaum keluarga yang dekat. Jangan dilupakan wakil yang akan berucap untuk berunding ketika majlis berjalan.
 
Warna tema – pemilihan warna tema untuk majlis biarlah bersesuaian dengan keseluruhan dari baju, pelamin serta hantaran.

 gambar majlis merisik che ta rozita che wan sudah semakin dekat di hari pernikahan

Ahad, 20 Januari 2013

KURSUS PRA PERKAHWINAN


Kursus Pra perkahwinan ialah kursus penyediaan bagi bakal-bakal pengantin. Kursus ini
WAJIB diambil bagi bakal pengantin. Kursus Pra perkahwinan ini dianjurkan oleh Jabatan
Agama Negeri dan juga pihak swasta. Kursus ini mengandungi beberapa modul dan
selalunya mengambil masa 12 jam. Bayaran kursus selalunya sebanyak RM 80.00 seorang.

Apabila seseorang itu tamat kursus, Sijil Kursus Pra Perkahwinan akan diberikan. Sijil ini
tidak mempunyai tamat tempoh dan boleh digunakan di semua Negeri tidak kira dimana
ianya diambil.

Para penceramah yang diundang adalah mereka yang bertauliah dan berpengalaman dalam
Hukum Islam dan kebanyakannya bekerja di Jabatan Agama Negeri dan JAKIM. Kursus Pra
perkahwinan adalah ruang paling sesuai untuk anda mengemukakan segala persoalan
mengenai perkahwinan anda. Persoalan tentang wali hakim, anak tidak sah taraf, prosedur
perkahwinan akan dijelaskan oleh para penceramah anda.

Untuk mendapatkan maklumat Pusat kursus, semak surat khabar dan internet. Sila Hubungi
Pusat kursus untuk mendapat maklumat lanjut tentang kursus.