Memaparkan catatan dengan label PETUA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PETUA. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Ogos 2014

PETUA HILANGKAN HANYIR IKAN



Kini ramai wanita atau suri rumah yang tiada masa untuk memasak dan mengambil jalan senang dengan menyimpan barang-barang basah di dalam peti untuk satu jangka masa yang agak lama.

Tahukah anda apabila anda menyimpan barang basah contohnya seperti ikan untuk seminggu dua, ia akan berbau hanyir apabila dibiar seketika di luar peti.

Oleh itu kali ini kami ingin berkongsi beberapa petua berguna untuk menghilangkan hanyir ikan.

Pertama, setelah ikan siap di siang dan dipotong, basuh dengan bersih kemudian toskan air basuhan ikan. Lumurkan ikan dengan asam jawa dan biarkan seketika. Selepas itu cuci bersih dan bolehlah memulakan proses memasak.

Kedua, sama sahaja seperti cara satu, tetapi cuma gantikan asam jawa dengan perahan limau nipis, lumurkan ikan dengan perahan limau nipis, perah sampai tinggal hampas limau nipis pada ikan dan biarkan seketika. Kemudian cuci bersih.

Cara ketiga, lumurkan ikan yang dah disiap siang dan dipotong tadi dengan tepung jagung dan letakkan air sedikit. Pastikan tepung jagung kena pada semua bahagian ikan dan biarkan seketika. 

Selamat mencuba!

Isnin, 3 Mac 2014

6 TIPS HADAPI CUACA PANAS

 

6 Tips Hadapi Cuaca Panas

1. banyakkan minum air suam kalau boleh lebih dari 8 gelas sehari. selain menggelakkan hidrasi ianya juga dapat menyejukkan badan.

2. jangan ambil/ kurangkan pengambilan minuman berkafein dan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi....


3. kurangkan aktiviti di luar ketika panas terik. banyakkan berehat di rumah sekiranya tidak ada perkara yg mustahak untuk dilakukan

4.pakai pakaian yang ringan, warna2 yang terang dan longgar
gunakan payung atau topi ketika keluar rumah

5. minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh

6. mandi atau gunakan kipas untuk menyejukkan badan


Jumaat, 30 Ogos 2013

UBI KENTANG MAMPU HILANGKAN LINGKARAN BAWAH MATA

Selalunya petua untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata adalah dengan menggunakan timun dan uncang teh. Tetapi tahukah anda ubi kentang juga mampu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.

Ini kerana kentang baik dan sesuai untuk mencerahkan kulit anda terutamanya pada bahagian muka kerana ia mengandungi enzim catecholase.

Ianya bukan sukar untuk dibuat, namun tidak juga sesenang seperti memotong timun kemudian lekapkan terus di kawasan mata. Tetapi hasilnya memang berbaloi untuk di lakukan.

Nak tahu cara-caranya? Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata anda:

1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.
2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.
3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.
4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.
5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.
6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.
7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.

Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Selamat mencuba!