Memaparkan catatan dengan label RESEPI KEK TIRAMISU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI KEK TIRAMISU. Papar semua catatan

Isnin, 27 April 2015

Tiramisu Biskut, sekali cuba pasti nak lagi!


Siapa yang tidak suka kek Tiramisu bukan? Selain dari kegilaan ramai terhadap kek keju meleleh, kek Tiramisu juga tidak kurang hebatnya berikutan ramai yang menggemarinya.

Namun, pernahkah anda terfikir untuk 'twist' sedikit kek Tiramisu ini dengan menggantikan kek dengan biskut?

Jika tidak pernah, apa kata anda cuba buat sendiri resipi mudah Biskut Tiramisu ini. [Sumber]

Sumber foto: sumber
Bahan-Bahan :
1 paket biskut Bonomi
250 gram krim keju
2 sudu teh Nescafe
1 sudu teh esen vanila
Sedikit Jus Lemon / Pes lemon
150 ml krim putar (whipping krim)
150 gram gula aising
air panas

Cara-cara menyediakan:
• Campurkan semua bahan di atas, kecuali air panas, nescafe dan biskut.
• Putar sehingga sebati / kembang. Ketepikan.
• Larutkan dua sudu kecil nescafe dalam air panas. Celupkan biskut bonomi dalam air Nescafe tadi dan kemudian aturkan dalam pinggan atau loyang.
• Paipkan krim keju di atas biskut sehingga menutup seluruh biskut. Ulang langkah 3 dan 4 sehingga berapa lapisan yang diinginkan.
• Ayak kan serbuk koko sehingga menutupi seluruh bahagian krim keju.
• Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba & menjamu selera!

[Sumber foto: sumber]

Selasa, 18 Jun 2013

TIRAMISU

 
Bahan :

Kek Sponge
250ml Whipping cream
Cream cheese
Serbuk koko
Serbuk nescafe dan esen vanila
Air untuk bancuh nescafe.bancuh tanpa gula
Setengah cawan gula kastor
 
Cara membuat :

  1. Mula-mula,masukkan cream cheese dalam bekas mixer.
  2. Campurkan 250 ml whipping cream.
  3. Masukkan satu sudu teh esen vanila.
  4. Masukkan setengah cawan gula castor.
  5. Putar semua bahan tersebut sampai sebati.
  6. Bancuh air tadi dengan sesudu kecik nescafe.. bancuh tanpa gula.. ini gunanya untuk melembabkan kek sponge.
  7. Kemudian tepekkan kek sponge tadi depan belakang cepat-cepat.
  8. Masukkan cheese yang diputar tadi ke dalam bekas@ cawan.. suka hati anda nak tebal banyak mana..saya suka banyak-banyak.. sebab sedap..
  9. Dengan menggunakan penapis,anda taburkan serbuk koko di atasnya.. penapis bertujuan untuk elak serbuk koko berketul-ketul.
  10. Lapiskan pulak atasnya dengan kek sponge yang dilembabkan dengan nescafe.. ulang sama proses yang tadi..
  11. Akhir sekali sejukkan dalam peti ais.. bukan pembeku tau.

Gambar: Homemade Tiramisu.Hampir separuh sudah dimakan :D
 
Homemade Tiramisu.Hampir separuh sudah dimakan : D