Memaparkan catatan dengan label aiskrim pasu bunga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aiskrim pasu bunga. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Januari 2015

Cara mudah buat ais krim pasu yang lazat





 

Musim panas sangat sedap kalau kita basahkan tekak dengan ais krim, lebih-lebih lagi jika yang dibuat sendiri dirumah.
Bukan apa, boleh kongsi beramai-ramai dengan ahli keluarga yang lain, bukankah lagi sedap rasanya.

Kali ini, jom kita belajar cara mudah untuk mempelbagaikan ais krim buatan anda sendiri, serta ubah selera ais krim anda yang selama ini kosong sahaja.

Jom ikuti resepi mudah untuk anak-anak anda yang dipetik daripada Resepi Citarasawan.

Bahan-bahan:
1 kotak kecil ais krim vanilla
6 keping biskut oreo
4 keping biskut oreo – dihancurkan menjadi serbuk
Cawan berbentuk pasu
Krim putar



Cara menyediakan:
1. Masukkan sekeping biskut oreo di dalam cawan, kemudian masukkan ais krim tetapi jangan sampai penuh dan tekan padat ais krim tersebut.
2. Tabur serbuk oreo yang telah dihancurkan di atasnya.
3. Tekan krim putar di atasnya atau anda boleh gunakan kreativiti anda sendiri untuk menghias ais krim tersebut.

Memang mudah. Selamat mencuba!


[Sumber Foto: Resepi Citarasawan]

Ahad, 11 Januari 2015

Keunikan Aiskrim Pasu Bunga di Jonker Walk, Melaka

aiskrim pasu bunga4

Anda pernah singgah ke Jonker Walk di Melaka?
Jonker Wall merupakan tempat ala-ala Petaling Street di Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai barangan unik dan menarik boleh didapati disana. Kebiasaannya, pelancong gemar ke Jonker Walk bagi mendapatkan cenderahati seperti keychain, fridge magnet dan sebagainya.
Namun, terdapat satu makanan lain daripada yang lain di Jonker Walk, iaitu aiskrim pasu bunga!
aiskrim pasu bunga2
Jika sekali lihat anda tentu tidak percaya bahawa ‘pasu bunga’ tersebut boleh dimakan. Perisa aiskrim boleh dipilih mengikut citarasa anda dan ia diletakkan di dalam pasu bunga, kemudian ditabur serbuk oreo dan diletakkan daun pudina di atas bagi menampakkan kesan seperti tanah dan pokok.
aiskrim pasu bunga3aiskrim pasu bunga
Harganya pula adalah RM5 untuk pasu kecil dan RM7 untuk pasu besar.
Menarik, bukan? Penulis sendiri pun terasa ingin mencubanya.
Sumber gambar: http://nadzirahata.blogspot.com/ dan Facebook.