Memaparkan catatan dengan label kembara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kembara. Papar semua catatan

Khamis, 29 Januari 2015

6 Bangunan Bukti Cinta Mesti Dilawati

Elemen cinta mungkin menjadi sebab sesebuah bangunan itu didirikan, malah, kisah cinta pada bangunan itu juga menjadi tarikan pelancongan popular seluruh dunia. Untuk itu, kami paparkan beberapa lokasi bangunan yang berdiri megah atas dasar cinta. Mungkin boleh dijadikan lokasi percutian honeymoon anda.
taj mahal
Taj-Mahal, India
Ia merupakan sebuah bangunan paling indah yang terletak di Agra, India. Bangunan yang megah di mata dunia ini dibangunkan atas dasar cinta Mughal Shah Jahan yang kaya buat isteri ketiga yang sangat dicintai iaitu Mumtaz Mahal. Akibat rasa kehilangan yang kuat, Mughal Shah Jahan membangunkan bangunan digelar Taj Mahal sebagai tempat bersemayam sang isteri. Seramai 20 ribu pekerja yang terdiri dari tukang batu, tukang emas dan pengukir emas termasyur digunakan saat itu.
castle
Boldt Castle di Island Heart, New York
Istana ini dibangunkan oleh George Boldt sebagai bukti rasa cinta buat isterinya, Louise. Pada 14 Febuari 1905 dan sempena hari Valentine, George menghadiahkan isterinya tanah seluas lima hektar dan mendirikan istana di Pulau Heart. Setahun sebelum istana tersebut siap, Louise meninggal dunia pada usia 41 tahun. Akibat sedih, George menghentikan pembinaan istana itu dan tidak lagi kembali ke pulau tersebut.
castle 1
Dobroyd Castle di Todmorden, England
Dibangunkan oleh anak orang kaya iaitu John Fileden buat kekasihnya iaitu Ruth Stanfield, gadis penenun. John jatuh cinta lantas melamar Ruth dan mula mendirikan sebuah istana di atas bukit. Di dalam istana ini banyak terukir nama mereka sebagai saksi cinta. Apabila Ruth meninggal, John berkahwin baru tetapi mengalami kelumpuhan dan menghabiskan sisa hidupnya di atas kerusi roda.
istana
Mystery Castle di Phoenix, Arizona
Istana ini didirikan sebagai kasih seorang ayah buat seorang anak gadisnya. Boyce Gulley telah keluar dari rumahnya di Seattle setelah mengetahui menghidap sejenis penyakit. Dia segera melarikan diri secara senyap kerana tidak mahu isteri dan anaknya melihatnya mati. Berbekalkan wang yang ada, dia membeli sebuah tanah di kaki gunung dan menghabiskan masa selama 16 tahun untuk membangunkan istananya sementara menunggu mati. Apabila dia mati, anaknya Mary Lou Gulley merupakan waris istana itu.
coral-castle3
Coral Castle di Homestead, Florida
Ed Leedskalnin telah ditinggalkan tunangnya sehari sebelum perkahwinan mereka. Akibat kecewa, Ed membina sebuah istana dengan hanya menyusun batu karang. Kerja membina istana itu hanya dilakukan pada waktu malam. Tujuan membina istana tersebut adalah untuk mengenang kenangan-kenangan terindah dan bukti cinta buat tunangnya.
Phimai, Prasat Hin Phimai
Prasat Phimai di Phimai Hin, Thailand
Lagenda dari kisah anak Raja iaitu Pajitt yang pergi mencari calon isteri di kampung selama berbulan-bulan. Pajitt menemui seorang wanita hamil tetapi tidak boleh mengahwini wanita tersebuat kerana status janda. Lantas, dia mahu mengahwini dengan anak di dalam kandungan wanita itu. Apabila anak itu berumur 16 tahun dan diberi nama Orapima, mereka saling jatuh cinta. Namun Raja tidak membenarkan mereka berkahwin. Cinta terhalang membawa mereka lari ke dalam hutan. Walau bagaimanapun, Prajitt dibunuh kerana mahu berebutkan Oripama. Akibat sedih, Orapima membangunkan sebuah bangunan yang terpahat adegan kehidupan mereka berdua.


25 Hotel Paling ‘Cool’ Seluruh Dunia


Anda yang suka travel ke tempat-tempat menarik dan menakjubkan, sudah tentu perlu menitikberatkan juga soal penginapan sepanjang anda ke tempat tersebut, agar pengalaman berada di hotel juga suatu pengalaman yang tidak dapat anda lupakan.
25 hotel menakjubkan dan lain daripada yang lain ini menjanjikan suatu pengalaman unik dan bermakna dalam hidup anda dengan menyajikan persekitaran indah yang tidak dapat dilihat di tempat lain.
Hotel Kakslauttanen, Finlandimage
Glass Door Udang House, Bali, Indonesiaimage
Floating Hotel, Zanzibarimage
Giraffe Manor, Kenyaimage
Ascher Cliffe, Switzerlandimage
Fairy Chimney Hotel, Turkeyimage
Conrad Maldives, Rangali Islandimage
Free Spirit Spheres, Canadaimage
Montana Magica Lodge, Chileimage
Ice Hotel, Jukkasjarvi, Swedenimage
Mirrorcube Tree House Hotel, Swedenimage
Zaan Inn Hotel, Netherlandsimage
Kolarbyn Ecolodge, Swedenimage
Harry Potter Hotel, Londonimage
Martin’s Patershof Church Hotel, Mechelen, Belgiumimage
Plane Hotel, Costa Ricaimage
Attrap Reves Hotel, Franceimage
Sala Silvermine, Swedenimage
Hang Nga Guesthouse, Vietnamimage
Southern Ocean Lodge, Kangaroo Island, Australiaimage
V8 Hotel, Stuttgartimage
Half Garffiti Room, Marseille, Franceimage
Wanderlust Hotel, Singaporeimage
Caravan Hotel, Huttenpalast, Berlinimage
Tubohotel, Mexicoimage 

Ahad, 11 Januari 2015

Ketahui 6 Barang Percuma Boleh Ambil Dari Hotel

barang hotel

Bila di hotel, mungkin kita akan bertanya ‘salah atau tidak curi barang dari hotel yang kita menginap’? Mungkin tabiat suka bawa pulang botol kelengkapan peribadi mini ataupun uncang teh percuma yang disediakan boleh dianggap perkara biasa dan tidak menjadi isu.
Namun tahukah anda ada juga tetamu yang menginap di hotel yang suka membawa pulang barang-barang seperti jubah mandi, penyangkut kot malah kain cadar sebelum daftar keluar. Entri kali ini membongkarkan barang percuma yang kerap diambil dari hotel dan semestinya tidak ada sesiapa akan marah.
Kelengkapan Dandan Diri (Toiletries) – Anda terlupa syampu atau sabun badan? Jangan risau kerana kebanyakan hotel ada menyediakan kelengkapan ini malah anda boleh minta lagi jika tidak mencukupi. Disediakan dalam bentuk kecil dan mudah dibawa membuatkan pengunjung mudah mengambilnya untuk kegunaan lain.
Buku Panduan Perjalanan, Peta – Setiap sudut lobi hotel banyak menyediakan buku panduan perjalanan mahu pun peta untuk kemudahan pengunjung. Kadang-kadang, pengunjung tidaklah terlalu memerlukan buku panduan tersebut tetapi mengambilnya kerana terdapat banyak gambar-gambar menarik dan saiznya yang comel.
Botol Mineral – Kebanyakan botol mineral yang terdapat di hotel mempunyai label hotel itu sendiri. Meski pun hanya botol air mineral, ramai yang bawa pulang. Bukan apa, biar pun rasanya sama saja tapi label itu sangat terhad!
Sarapan Pagi – Menginap di hotel membolehkan anda mendapat kupon sarapan pagi percuma tetapi pastikan sarapan pagi termasuk di dalam tempahan hotel anda. Jika anda menginap di hotel, jangan lupa sarapan kerana ia percuma biar pun anda makan tambah banyak kali.
WiFi – Ya! Ia bukan barang tetapi ia satu perkhidmatan percuma. Hotel bajet sekali pun turut ada menyediakan perkhidmatan WiFi percuma. Maklumlah, WiFi bukan lagi satu kemahuan tetapi satu keperluan pada zaman sekarang. Biasanya, pihak hotel tidak akan mengenakan sebarang caj untuk khidmat WiFi.
Suratkhabar – Meskipun anda sudah tidak lagi membaca suratkhabar setelah adanya kemudahan suratkhabar online, tetapi ketahuilah bahawa suratkhabar yang dihantar depan pintu hotel anda menginap adalah percuma. Sekurang-kurangnya, anda boleh simpan untuk kegunaan lain misalnya membungkus barang-barang, mungkin?
Majalah Libur