Memaparkan catatan dengan label kucing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kucing. Papar semua catatan

Selasa, 7 April 2015

PERGINYA SEEKOR KUCING

5 APRIL 2015

Perginya seekor anak kucing bernama adik gemok.9 hari menjaganya dengan penuh kasih sayang.Bangun pagi hari nie..dia dah keras..Air mata mengalir laju ke pipi ini.

 

Jumaat, 13 Mac 2015

NIKO,KUCING KESAYANGAN

Selasa, 10 Mac 2015

5 cara membelai Kucing yang mungkin anda tak tahu



Membelai kucing pun ada cara-cara nya. Korang mesti nak kucing korang mesra dan suka dengan korang kan? jadi korang boleh tengok teknik-teknik ni


sumber: http://theoatmeal.com/comics

Jumaat, 19 Disember 2014

Mengira Umur Kucing





Jadual Pengiraan Umur Kucing 
Tahukah anda, terdapat jadual  membolehkan kita untuk mengira umur kucing. Sebagai contoh, kucing yang berusia setahun bersamaan dengan 7 tahun kehidupan manusia (kira kucing ni lebih cepat matang dari manusia la). 

Ok, jom kita refer jadual kat atas tu. JIka kucing yang anda bela di rumah berusia 4 tahun, ianya bersamaan dengan 32 tahun umur manusia. Berbeza dengan kucing terbiar (tidak bertuan), umur kucing 4 tahun bersamaan dengan 40 tahun usia manusia. Ini menunjukkan jangka hayat kucing tidak bertuan adalah singkat berbanding kucing yang bertuan. Faktor lain yang mempengaruhi usia kucing ialah cara kita menjaga kucing, pemakanan dan juga genetik kucing tersebut. Terdapat kes-kes yang difailkan, kucing boleh mencapai usia lebih dari 30 tahun. Gunakan jadual di atas sebagai panduan pengiraan usia kucing anda.



Terdapat juga kalkulator untuk mengira usia kucing yang memberi perbandingan usia manusia dengan usia kucing. Anda boleh cuba sendiri calkulator di bawah ni. 

PIF Tails Logo
Cat Age Calculator
Enter your cat/s age
Cat YearsCat Months
In human years your cat is
YearsMonths
Add to your site

Untuk lebih detail:
1-Bulan Usia Kucing = 6-bulan usia bayi
3-Bulan Usia Kucing = 4-tahun usia bayi
6-Bulan Usia Kucing = 10 tahun usia manusia


Isnin, 15 Disember 2014

Kucing Kim Jong Kok









Ini kucing Queenpink.Kucing Queenpink diberi nama Kim Jong Kok.Bulunya berwarna perang ala-ala korean gitu.Teletahnya sering mencuit hati Queenpink.Seekor kucing yang kuat makan.Paling suka makan ayam goreng :)

Sabtu, 27 September 2014

7 SELEBRITI KUCING YANG WAJIB ANDA KETAHUI





Mesti ramai yang pernah tengok gambar kucing ini yang bertebaran di media social dan sebenarnya mereka menjadi kegemaran ramai.

 1. Snoopy the Cat
Dengan mata bulat, hidung mungil, dan badan bulatnya, Snoopy merupakan selebriti kucing yang paling comel. Pada asalnya beliau terkenal di negara asalnya, Cina, melalui laman sosial Weibo, tetapi oleh kerana kecomelan dan aksinya, beliau pantas menjadi fenomena antarabangsa. Fanpage Snoopy untuk warga Thailand sahaja mencecah 36,000 likes dalam setahun! Beliau mendapat pendedahan antarabangsa melalui featured posting di dalam Catsparella, dan kini, terdapat 2 blog Tumblr yang dibuat untuk beliau.Snoopy the Cat, bukan setakat comel, tetapi, mempunyai fashion sense yang wajar kita ikuti!

 

2.Maru
Maru, berasal dari Jepun, merupakan seekor kucing yang sangat nakal tetapi lucu! Mendapat gelaran kucing paling lucu dalam dunia, kucing ini adalah seekor jantan berbaka Scottish Fold. Beliau menjadi terkenal apabila aksinya bermain – terutama kegilaanya bermain kotak dan kesukaannya memakai “topi” dirakam dan dikongsi di Youtube. Setakat April 2013, video Maru telah ditonton sebanyak 200 juta kali! Buku dan DVD bertajuk “I Am Maru”, DVD Maru Desu dan buku berbahasa Jepun telah diterbitkan untuk merakam aksi-aksi manja Maru.
  
Colonel Meow
Anda pasti tidak akan lupakan wajah garang Colonel Meow ini. Colonel Meow ialah seekor kucing jantan berbaka Parsi-Himalaya dan merupakan pemegang rekod Guinness 2014 untuk bulu kucing terpanjang – 9 inci! Colonel Meow menjadi terkenal apabila pemiliknya (“slave beasts”) berkongsi gambar-gambarnya di Facebook dan Instagram. Beliau mempunyai beratus ribu pengikut yang dipanggil “minions”. Di kalangan pengikutnya, Colonel Meow sering dipanggil “Diktator Comel yang Menakutkan”, “Peminum Scotch”, dan “Kucing Paling Pemarah dalam Dunia”.
 
4. Lil Bub
Pada asalnya, Lil Bub merupakan kucing liar yang diambil sejak kecil oleh tuannya. Akibat dari mutasi genetik, Lil Bub memiliki mata yang besar, berbadan kecil dan lidah yang sentiasa terkeluar. Meskipun dengan pelbagai kesukaran yang beliau hadapi, Lil Bub dapat membesar dengan sihat di bawah penjagaan tuannya, Bridavsky. Bridavsky sering berkongsi video Lil Bub di Youtube, dan hasilnya Lil Bub telah mengumpul 100,000 pengikut dan pageview sebanyak 19 juta. Pada masa kini, Lil Bub telah mempunyai buku sendiri, merupakan hos rancangan bual bicara, “seekor” bintang filem dan telah berjaya mengumpul dana USD $100,000 untuk membantu haiwan-haiwan yang memerlukan pertolongan.
  
Cooper
Cooper adalah kucing berusia 6 tahun yang tinggal di Seattle. Seminggu sekali, beliau akan memakai kamera ringan yang dilekat pada kolarnya dan bawa kita berjalan-jalan di dalam dunianya. Juga dikenali sebagai Kucing Fotografer, laman web beliau dapat dapat dilawati di PhotographerCat.com.
 
6.Hamilton the Hipster Cat
Hamilton dahulu merupakan seekor anak kucing jalanan yang diselamatkan oleh tuannya. Apa yang menarik tentang Hamilton adalah misainya yang ala-ala Wak Doyok gitu. Facebook page Hamilton telah mengumpul sebanyak 99,000 pengikut, dan semakin bertambah setiap hari. Ada yang memanggil Hamilton sebagai “Misai Paling Cool dalam Internet”. Hamilton berpotensi untuk menjadi kucing yang paling popular dalam internet dan sering disebut-sebut sebagai “The Next Grumpy Cat”
 
7. Grumpy Cat
Grumpy Cat ialah seekor kucing betina yang lahir pada 4 April 2012. Nama sebenar beliau ialah Tardar Sauce. Beliau menjadi terkenal di internet oleh kerana ekspresi mukanya yang sering masam mencuka. Menurut pemilik beliau, Tabatha Bundesen, mukanya setiap masa “grumpy” adalah disebabkan feline dwarfism – yakni kekerdilan saiznya. Nama beliau mencanak naik pada 2013 selepas gambarnya dimuat naik ke laman sosial Reddit. Wajah beliau sering dijadikan”meme” dengan caption lucu, dan sering menarik hati peminat untuk di-”viral”kan. Grumpy Cat adalah kucing yang paling popular di internet pada masa ini. Grumpy Cat juga mungkin merupakan kucing terkaya di dunia – dengan beliau menjadi model Friskies, iklan Cheerios, 2 buku, kopi dengan jenama beliau, sering muncul dalam rancangan bual bicara, dan kontrak filem – semuanya dalam masa setahun setengah selepas beliau muncul di Reddit.
 
Dan akhir sekali, ini untuk anda semua:
 

Selasa, 24 September 2013

KUCING MENERIMA TEMBAKAN UNTUK MELINDUNGI BAYINYA

Isnin, 3 Jun 2013

SEDEKAH KEPADA KUCING

SEDEKAH KEPADA KUCING
(Kisah Inspirasi)

Ini adalah kisah yang pernah di alami seorang syaikh yang bertaqwa. 

Ia mempunyai seorang anak laki-laki berusia 5 tahun. 

Pada suatu hari anak itu sakit kuat, kemudian sang ayah membawanya ke doktor untuk mengetahui penyebab naiknya suhu badannya yang tiba-tiba. 

“Anak ini mengidap penyakit kronik dan tidak bisa disembuhkan. Tidak lama lagi dia pasti mati.” 

Demikian kata doktor itu kepada mereka.

Kesedihan menghimpit syaikh yang soleh dan bertaqwa ini. 

Tapi, tidak lama kemudian ia segera disedarkan oleh suara hatinya yang mengingatkannya kepada hadith Nabi Muhammad saw:

"Ubatilah orang-orang sakit dengan bersedekah”(HR. Baihaqi)

Oleh itu setelah syaikh ini bangun di malam hari seperti biasanya untuk melaksanakan solat tahajud dan berdo’a, ia memutuskan untuk keluar ke jalan dan mencari orang miskin yang mahu menerima sedekahnya. 

Tetapi ia tidak menemukannya. 

Sebab, udara sangat dingin dan semua orang terlelap tidur di rumah masing-masing. 

Akan tetapi, ia menemukan seekor kucing cantik berwarna putih yang tengah menyusui anak-anaknya. 

Kucing itu terlihat lapar sekali. 

Syaikh itu langsung pulang ke rumahnya untuk mengambil beberapa potong daging dan memberikannya kepada kucing itu dengan niat sedekah kerana Allah.

Kemudian ia kembali ke masjid untuk melaksanakan solat subuh. 

Setelah itu, ia tidur sejenak. 

Tetapi ia melihat mimpi yang aneh. 

Ia melihat seekor burung gagak berwarna hitam menyerang anaknya untuk menerkamnya, sementara anak itu menangis meminta tolong. 

Dan tiba-tiba muncul seekor kucing cantik berwarna putih yang langsung menyerang burung gagak itu dan mencabik-cabiknya. 

Maka selamatlah anak itu.

Syaikh itu bangun pagi hari tanpa mengerti makna mimpinya yang aneh itu. 

Akan tetapi, seperti biasanya ia membawa anaknya ke doktor untuk dilakukan pemeriksaan.

Lalu doktor itu kehairanan dan memberitahunya bahwa anaknya tidak mengidap penyakit apa pun. 

Hingga syaikh itu teringat pada mimpinya dan sedekah yang ia lakukan secara sembunyi-sembunyi di tengah kegelapan malam. 

Ia bersyukur kepada Allah atas kurniaan itu.

Anak itu pun membesar dan menjadi pemuda yang bertaqwa, hafiz Al-Qur’an, bersuara merdu dan penyayang.

Ya, TAK ADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH SWT, ketika Dia sudah BERKEHENDAK atas sesuatu terdap hambaNYA yang telah meletakkan sandaran secara total kepadaNYA. 

Ketika kita SELALU BERSAMANYA, maka seberat apapun kesulitan atau masalah yang menimpa diri kita, akan menjadi mudah dan ringan untuk menyelesaikannya.
SILAKAN SHARE

*Bagi yang ingin mendapatkan TIPS/PETUA dalam kehidupan berumahtangga, boleh like page @[473053892717143:274:Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim] <3 syukran ya semua
Ini adalah kisah yang pernah di alami seorang syaikh yang bertaqwa.

...
Ia mempunyai seorang anak laki-laki berusia 5 tahun.

Pada suatu hari anak itu sakit kuat, kemudian sang ayah membawanya ke doktor untuk mengetahui penyebab naiknya suhu badannya yang tiba-tiba.

“Anak ini mengidap penyakit kronik dan tidak bisa disembuhkan. Tidak lama lagi dia pasti mati.”

Demikian kata doktor itu kepada mereka.

Kesedihan menghimpit syaikh yang soleh dan bertaqwa ini.

Tapi, tidak lama kemudian ia segera disedarkan oleh suara hatinya yang mengingatkannya kepada hadith Nabi Muhammad saw:

"Ubatilah orang-orang sakit dengan bersedekah”(HR. Baihaqi)

Oleh itu setelah syaikh ini bangun di malam hari seperti biasanya untuk melaksanakan solat tahajud dan berdo’a, ia memutuskan untuk keluar ke jalan dan mencari orang miskin yang mahu menerima sedekahnya.

Tetapi ia tidak menemukannya.

Sebab, udara sangat dingin dan semua orang terlelap tidur di rumah masing-masing.

Akan tetapi, ia menemukan seekor kucing cantik berwarna putih yang tengah menyusui anak-anaknya.

Kucing itu terlihat lapar sekali.

Syaikh itu langsung pulang ke rumahnya untuk mengambil beberapa potong daging dan memberikannya kepada kucing itu dengan niat sedekah kerana Allah.

Kemudian ia kembali ke masjid untuk melaksanakan solat subuh.

Setelah itu, ia tidur sejenak.

Tetapi ia melihat mimpi yang aneh.

Ia melihat seekor burung gagak berwarna hitam menyerang anaknya untuk menerkamnya, sementara anak itu menangis meminta tolong.

Dan tiba-tiba muncul seekor kucing cantik berwarna putih yang langsung menyerang burung gagak itu dan mencabik-cabiknya.

Maka selamatlah anak itu.

Syaikh itu bangun pagi hari tanpa mengerti makna mimpinya yang aneh itu.

Akan tetapi, seperti biasanya ia membawa anaknya ke doktor untuk dilakukan pemeriksaan.

Lalu doktor itu kehairanan dan memberitahunya bahwa anaknya tidak mengidap penyakit apa pun.

Hingga syaikh itu teringat pada mimpinya dan sedekah yang ia lakukan secara sembunyi-sembunyi di tengah kegelapan malam.

Ia bersyukur kepada Allah atas kurniaan itu.

Anak itu pun membesar dan menjadi pemuda yang bertaqwa, hafiz Al-Qur’an, bersuara merdu dan penyayang.

Ya, TAK ADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH SWT, ketika Dia sudah BERKEHENDAK atas sesuatu terdap hambaNYA yang telah meletakkan sandaran secara total kepadaNYA.

Ketika kita SELALU BERSAMANYA, maka seberat apapun kesulitan atau masalah yang menimpa diri kita, akan menjadi mudah dan ringan untuk menyelesaikannya.

Ahad, 24 Julai 2011

KUCING QUEENPINK SAKIT.HUHU...







ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA.

KUCING KESAYANGAN QUEENPINK,CHIK SAKIT.HUHU...HARI INI CHIK TAK NAK MAKAN DAN MINUM..HUHU...PIPI DI SEBELAH KANAN CHIK BENGKAK MACAM BEGUK..HUHU..

ESOK QUEENPINK NAK BAWA CHIK PERGI KLINIK.ESOK HINGGA HARI RABU QUEENPINK CUTI.QUEENPINK HARAP CHIK CEPAT SEMBUH.RISAU JUGAK SEBAB CHIK ASYIK TIDUR SAHAJA DAN BULU CHIK KERING SEBAB SAKIT.




VOTE QUEENPINK DAPAT HADIAH,KLIK SINI
NAK MENANG RM1000 SETIAP MINGGU,KLIK SINI
MAKAN AISKRIM DAPAT DOUBLE TIKET WAYANG,KLIK SINI