Sabtu, 11 Mei 2013

99 KALI RINDU

Sinopsis filem 99 Kali Rindu

99 Kali Rindu menceritakan kisah lelaki bernama Attar yang baru kematian isterinya, Saidatul Nafisa. Selepas kehilangan isterinya, Attar turut berhijrah untuk menghilangkan kesedihan ditanggungnya. Namun, dalam penghijrahannya dia bertemu dua wanita - Fatin Qalbie dan Zazlena. Pertemuan di antara Attar dan Zazlena berlaku ketika Attar sedang menyeberangi jalan. Ketika itu Zazlena memandu kereta dengan laju dan melanggar Attar.


Rasa bersalah Zazlena menyebabkan Attar dirawat di rumahnya sehingga sembuh. Namun, Miqdad yang juga abang kepada Zazlena menceritakan kepada Attar mengenai penyakit dihadapi adiknya.


Fatin Qalbie, seorang DJ radio pula diserang orang yang tidak berpuas hati dengannya. Namun, Fatin Qalbie bernasib baik kerana Attar menyelamatkannya. Sejak pertemuan itu timbul bibit rindu Fatin Qalbie terhadap Attar. Akhirnya siapakah yang akan bertakhta di hati Attar?

 

Jumaat, 10 Mei 2013

AURA WHITE TERBARU PACKING 900,000MG

1 BOTOL RM 150 TERMASUK POS + freegift.jpgFREE GIFT SHAKER + 1 BAR SABUN AQURA + 1 BOTOL SYAMPU TUDUNG AQURA

3 BOTOL RM 400 TERMASUK POS +freegift.jpgFREE GIFT SHAKER + 3 BAR SABUN AQURA + 3 BOTOL SYAMPU TUDUNG AQURA

aurawhite-baru.jpg
♥ ♥  Stok Aura White dari kami adalah yang terbaru 900,000mg ♥ ♥ 
♥ ♥ Dengan 5x lebih stemcell ♥ ♥ 
aura-white-3.jpg
FORMULA LENGKAP
Diperkaya dengan antioksidan yang sangat tinggi membantu melambatkan penuaan kulit. Ia membantu menyerlahkan kecantikan kulit, mengurangkan radang serta berupaya memulihkan sel tisu.

RASA YANG LAZAT
Berperisa lemon berry bukan sahaja enak diminum tetapi membekalkan
khasiat yang tinggi untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan dalam satu masa.

TANPA BAHAN TAMBAHAN
100 % semulajadi dan selamat ,tiada tambahan gula, bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan. Bebas hormon,steroid dan bahan kimia oleh SGS.

KEBAIKAN AURA WHITE: 

1) Sesuai untuk lelaki dan perempuan
2) Anda dapai merasai kesan dalam 10 hari
3) Menggunakan gabungan antioksidan terhebat didunia
4) Merawat serta mencegat jerawat
5) Wajah cerah berseri tanpa perlu SUNTIK
6) Mengecilkan liang roma
7) Merawat Enzema dan Prorisis
8) Mencegah kedutan dan kekenduran pada kulit
9) ALTERNATIF kepada SUNTIKAN VITAMIN C dan GLUTATHIONE
10) Menghilangkan Tompok Hitam dan Parut
11) Kesan Pencerahan Yang Menakjubkan
12) Meningkatkan fungsi setiap sel dan melambatkan proses penuaan
13) Mencegah kerosakan KOLAGEN
14) Meningkatkan daya ketahanan badan
15) Rambut dan kuku menjadi lebih sihat
16) Melindungi daripada sinaran UA-B
17) Menyembuhkan luka dan mencgeah parut
18) Badan menjadi lebih sihat dan bertenaga
19) Membantu Menyah toksik dan pencemaran didalam tubuh dan menghasilkan kulit lebih cerah


:: AURA WHITE PURE L GLUTATHIONE 900 000MG
PRODUK PENCERAHAN KULIT YANG PERTAMA DI MALAYSIA MENGGABUNGKAN 5 STEM SEL DARI TOMATO, APPLE & ROSELLE BERSAMA GLUTATHIONE DAN TILAPIA KOLAGEN 


Produk pencerahan kulit yang harus dicuba, menghapuskan kekusaman, mengembalikan keserian dan kelembutan kulit secara keseluruhan. Satu2 nya produk keluaran Malaysia yang menggunakan teknologi stem sel hasil gabungan 3 jenis tumbuhan/buah - tomato, epal dan roselle serta ditambah benefit kehebatan lain, L-glutathione dan kolagen ikan talapia!

Dengan ramuan berkualiti premium yaang diadun bersama bahan semulajadi terbaik seperti lemon, turnip, strawberi, maquiberry, betik, sarang burung, astaxanthin dan pinebark, pastinya gabungan mantap yang memberikan 3 kali kuasa pencerahan kulit malah berupaya merangsang penjanaan sel2 kulit baru serta memperbaiki tekstur kulit agar lebih halus, lembut dan sekata hanya dalam 14 HARI !!

FORMULA LENGKAP

Diperkaya dengan antioksidan yang sangat tinggi membantu melambatkan penuaan kulit. Ia membantu menyerlahkan kecantikan kulit, mengurangkan radang serta berupaya memulihkan sel tisu.

RASA YANG LAZAT

Berperisa lemon berry bukan sahaja enak diminum tetapi membekalkan

khasiat yang tinggi untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan dalam satu masa.

TANPA BAHAN TAMBAHAN

100 % semulajadi dan selamat ,tiada tambahan gula, bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan. Bebas hormon,steroid dan bahan kimia oleh SGS.

KEISTIMEWAAN AURA WHITE GLUTA COLLAGEN 900,000MG 
- 50% pencerahan ketara dalam masa hanya 1-2
- memulihkan kulit rosak, berparut, kusam dan bermasalah
- menjadikan kulit lebih anjal dan elastik serta lembab

- mengurangi kedutan dan garis2 halus
- mengecilkan pori2 kulit
- menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
- meningkatkan sistem imunisasi badan
- mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
- mengatasi masalah jerawat dan jeragat
- mengurangi sakit radang/sendi
- mengandungi prebiotik dan 3 kali stem sel
- sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi
- membekalkan tenaga optimum sepanjang hari
- mengurangi kolesterol
- menghapuskan parut, tumit merekah dan selulit
- meningkatkan kualiti tidur
- sesuai untuk lelaki dan wanita


CARA PENGAMBILAN: 
1) Masukkan 2 scoop ke dalam shaker dan goncang.

2) Bancuh menggunakan air mineral /air bersih biasa.. Tidak digalakkan menggunakan air panas kerana dikhuatiri zat-zat aktif akan mati dan hilang

3) Jauhi minum / makan dari sumber yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan sebagainya kerana kajian menunjukkan kafein mampu menghilangkan zat aktif dan tidak baik untuk kecantikan kulit.

4) WAJIB minum air masak / mineral /air bersih sekurang-kurangnya 3-5 liter sehari untuk kadar serapan yang cepat dan kesan yang pantas.

5) Cara yang sesuai untuk pengambilan AURA WHITE adalah semasa perut kosong. Di sarankan ambil pada waktu pagi (2 jam sebelum sarapan) dan malam sebelum tidur (2 jam selepas makan malam)

cara-minum-aurawhite.jpg
Sesuai Untuk Pregnant Mommy jugak tau..
Insyaallah kulit gebu-gebus itu dapat kat baby yang bakal lahir juga

Ibu2 Menyusu juga boleh minum, Aura White ni takde kandungan yang merbahayakan, 100 %  semulajadi & selamat ,tiada tambahan gula,bahan pengawet,pewarna atau perisa tiruan. Bebas hormon,steroid dan bahan kimia oleh SGS.. Ianya selamat.


Untungnya untuk bakal consumer yang minum Aura White ni.
Banyak keberkesanan pada kulit & badan


UNTUK MAKLUMAT LANJUT,HUBUNGI ROSZALIZA 011-29292581

Ahad, 5 Mei 2013

PROSES PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA

Sebelum pergi mengundi, pastikan anda telah menyemak lokasi mengundi anda. Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang SPR di www.spr.gov.my atau di portal khas www.pru13.gov.my. Anda juga boleh telefon 03 8885 6565 atau SMS sahaja dengan menaip SPR<jarak>SEMAK<jarak>NO KP (cth 870112143382) dan hantarkan ke 15888.
Bawa dokumen pengenalan diri yang dibenarkan dan pastikan juga anda tidak memakai sebarang lambang parti. Pastikan juga tiada tanda pada jari supaya mudah dicalitkan dengan dakwat kekal. Datanglah awal ke pusat mengundi yang dibuka seawal 8:00 pagi dan ditutup pada jam 5:00 petang. Jarak 50 meter daripada pusat mengundi adalah kawasan larangan. Hanya pengundi, anggota keselamatan, petugas pilihan raya dan mereka yang diberi kebenaran oleh SPR boleh memasuki kawasan tersebut.
Anda akan lihat beberapa orang berpakaian seragam. Mereka adalah petugas SPR. Mereka akan membantu para pengundi menunjukkan lokasi tempat mengundi termasuk membantu mereka yang uzur atau kurang upaya. Anda juga akan melihat beberapa khemah didirikan di situ beserta petugas-petugas SPR. Ini adalah tempat semakan daftar pemilih. Pengundi boleh mendapatkan maklumat saluran tempat mengundinya di sini. Selepas mendapatkan slip nombor saluran, anda boleh terus pergi ke saluran tempat mengundi anda.
Apabila anda sampai, pastikan tunggu giliran anda dan jangan terburu-buru. Sila matikan/perlahankan telefon bimbit dan jangan berbuat bising. Dengar dan patuhlah kepada arahan polis yang bertugas. Di luar tempat mengundi pula ada ditampal poster 7 langkah pengundian dan poster dakwat kekal untuk panduan pengundi. Penggunaan dakwat kekal adalah wajib. Kertas undi tidak akan dikeluarkan sekiranya pengundi enggan jarinya dicalitkan dengan dakwat kekal.
Beginilah kedudukan dalam tempat mengundi. Selain pengundi dan petugas pilihan raya, ejen calon turut hadir untuk menyaksikan proses pengundian yang dijalankan. Tempat mengundi diketuai oleh seorang Ketua Tempat Mengundi. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab terhadap proses pengundian dan pengiraan undi yang dijalankan dalam salurannya.Ketua Tempat Mengundi dibantu oleh kerani-kerani pengundian. Seorang untuk proses semakan daftar pemilih, seorang untuk mencalit dakwat kekal, seorang mengeluarkan kertas undi dan seorang lagi membantu pengundi memasukkan kertas undi dalam peti undi yang betul.
Turut hadir dalam Tempat Mengundi adalah Ejen Tempat Mengundi. Ejen Tempat Mengundi adalah ahli parti politik yang dilantik oleh calon untuk memerhatikan proses pengundian yang berjalan dalam tempat mengundi. Tugas ejen-ejen calon adalah memastikan proses yang dilaksanakan adalah telus dan berlandaskan prosedur dan undang-undang pilihan raya yang telah ditetapkan. Sekiranya tidak berpuas hati, ejen boleh mengemukakan bantahan bertulis kepada Ketua Tempat Mengundi. Walau bagaimanapun, ejen tidak boleh mengganggu proses pengundian yang dijalankan. Apabila sampai giliran anda, polis yang bertugas akan membenarkan anda masuk. Mula-mula, berikan kad pengenalan dan slip nombor saluran kepada Kerani Pengundian Pertama. Kerani akan menyemak nama anda dalam daftar pemilih.
Seterusnya, kerani akan membandingkan gambar pada kad pengenalan dengan wajah anda bagi memastikan bahawa anda pemilik sah kad pengenalan tersebut. Kerani kemudiannya akan meminta agar anda mempamerkan kedua-dua belah tangan anda. Tujuannya adalah bagi memastikan tiada tanda dakwat kekal terdapat pada jari. Sekiranya terdapat tanda dakwat kekal, ini bermakna kertas undi telah dikeluarkan kepada pengundi tersebut. Namun sekiranya tiada sebarang tanda ditemui, bermaksud pengundi belum diberikan kertas undi.
Oleh yang demikian, anda dinasihatkan supaya berhati-hati dan sentiasa memastikan jari anda bersih daripada sebarang tanda. Setelah tangan dan jari diperiksa, kerani pengundian pertama akan meminta anda bergerak ke hadapan kerani kedua untuk proses penandaan dakwat kekal.
Sila letakkan jari telunjuk tangan kiri anda di atas pad yang disediakan. Calitan adalah dari atas ruas sehinggalah bawah kuku. Bagi pengundi yang tiada jari telunjuk tangan kiri, dakwat akan dicalitkan di atas mana-mana jari tangan kiri. Sekiranya pengundi tiada tangan kiri, calitan akan dibuat di atas jari telunjuk tangan kanan. Sekiranya pengundi tiada jari telunjuk tangan kanan, calitan akan dibuat di atas mana-mana jari tangan kanan. Sekiranya pengundi tiada kedua-dua belah tangan, calitan akan dibuat di atas lengan tangan kiri di tempat yang mudah dilihat.
Dalam masa yang sama, Kerani Pengundian Pertama akan meneriakkan nombor siri, nombor kad pengenalan dan nama anda. Seterusnya menandakan nama anda dalam daftar pemilih. Tujuan beliau meneriakkan nama anda adalah bagi membolehkan ejen calon menandakan nama anda dalam daftar pemilih kepunyaan mereka.
Selesai sahaja proses semakan iaitu penandaan nama dalam daftar pemilih, kerani pengundian akan meneruskan dengan proses seterusnya. Kerani pengundian pertama akan mengembalikan kad pengenalan anda. Anda bolehlah bergerak ke hadapan kerani pengundian ketiga untuk mengambil kertas undi anda. Selepas itu, kerani pengundian ketiga akan menurunkan cap keselamatan ke atas kertas undi. Kertas undi tersebut kemudiannya akan diceraikan daripada buku kertas undi.
Seterusnya kerani pengundian ketiga akan melipatkan kertas undi tersebut sebanyak dua kali dan menyerahkannya kepada anda. Sekiranya terdapat pertandingan untuk Kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, anda akan diberikan dua kertas undi yang berlainan warna.
Dalam petak undi ada disediakan pen. Anda masih boleh menandakan kertas undi menggunakan pen anda sendiri. Tandakan 'X' pada ruangan bersebelahan dengan simbol calon yang anda pilih. Tandakan pada satu ruang sahaja. Pastikan tanda tidak keluar daripada ruangan sehingga boleh melewati ruang yang lain. Sekiranya tersalah tanda, undi anda mungkin akan ditolak. Anda juga dilarang berbual atau berbincang dengan pengundi lain. Penggunaan telefon adalah dilarang. Anda juga dilarang mengambil gambar. Semua ini adalah bagi menjaga kerahsiaan undi anda.
Bagi pengundi uzur atau orang kurang upaya (O.K.U), mereka boleh datang ke tempat mengundi bersama 'Orang Yang Dipercayai'. Sebelum dibenarkan membantu OKU tersebut, Orang Yang Dipercayai oleh OKU perlulah mengisi Borang 10 atau Borang akuan identiti. Sekiranya tiada Orang Yang Dipercayai, OKU boleh meminta bantuan Ketua Tempat Mengundi untuk membantunya mengundi.
Orang yang dipercayai oleh O.K.U boleh membantu pengundi O.K.U semasa proses semakan nama, penandaan jari dan pengambilan kertas undi. Seterusnya, orang yang dipercayai boleh membantu O.K.U untuk menandakan kertas undinya di petak undi sebelum membantu O.K.U memasukkan kertas undi yang telah ditandakan ke dalam peti undi yang betul.
Proses memasukkan kertas undi ke dalam peti undi turut berlaku di hadapan Ejen Calon. Pastikan kertas undi dimasukkan ke dalam peti undi yang betul iaitu kertas undi untuk calon Dewan Undangan Negeri dalam peti undi negeri. Selepas itu, beredar keluar daripada tempat mengundi atau saluran melalui pintu keluar yang telah ditetapkan. Segera keluar daripada pusat mengundi. Anda dilarang berkumpul dan berbual-bual dalam pusat mengundi.
Tahniah! Anda telah berjaya melalui proses pengundian. Anda telah melaksanakan tanggungjawab anda dengan baik.