Seorang jurutera robot senjata, Deon Wilson (Dev Patel), telah mencuri sebuah robot milik pihak polis untuk menguji program terbaru rekaannya yang membolehkan robot tersebut mempunyai deria seperti manusia. Tetapi apabila kumpulan penjenayah telah menculiknya, robot tersebut, Chappie (Sharlto Copley), terpaksa terlibat dalam dunia penjenayah yang penuh dengan keganasan. Pada masa yang sama, rakan kerja Deon, Vincent (Hugh Jackman,) yang mendapat tahu rancangan Deon sanggup mempertaruhkan segalanya untuk menjatuhkan Deon.
Klasifikasi: 18
Genre: Aksi / Ngeri
Tarikh Tayangan: 5 Mac 2015
Bahasa: English
Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pengarah: Neill Blomkamp
Pelakon: Hugh Jackman, Dev Patel, Sigourney Weaver, Sharlto Copley, Jose Pablo Cantillo
Khamis, 19 Mac 2015
CHAPPIE
Dicatat oleh Unknown di 12:46 PTG 0 ulasan
Label: CHAPPIE, Filem, SINOPSIS FILEM CHAPPIE, TONTON WAYANG, WAYANG
Sabtu, 24 Januari 2015
Suamiku Encik Perfect 10
Pertemuan yang tidak terduga
sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan
sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial.
Lakonan selama seminggu demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan
dengan ibunya, Puan Yazmeen telah memutikkan perasaan lain pula di
antara mereka. Perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata dan kadang
kala membuatkan masing-masing keliru.Saat itu, Syed Muzaffar, bekas
kekasihnya, cuba menagih semula cinta Aleeya Azmeen. Konflik bertambah
hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan
oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan.
Klasifikasi: P13
Genre: Komedi / Drama / Romantik
Tarikh Tayangan: 22 Januari 2015
Bahasa: Malay
Pengedar: TAYANGAN UNGGUL
Pengarah: Feroz Kader
Pelakon: Aaron Aziz, Lisa Surihani, Syazwan Zulkifli, Raja Ilya
Dicatat oleh Unknown di 5:23 PTG 0 ulasan
Label: AARON AZIZ, Filem, LISA SURIHANI, sinopsis Suamiku Encik Perfect 10, Suamiku Encik Perfect 10, WAYANG
Khamis, 28 Ogos 2014
LUCY

Mengisahkan tentang dunia masa hadapan yang dipenuhi oleh pengganas, gengster, penagih dadah dan polis yang bergelumang dengan rasuah. Lucy yang dilakonkan oleh Scarlett Johansson adalah seorang wanita yang menetap di Taipei, Taiwan pada tahun 2069 bekerja sebagai seorang pengedar dadah. Pada satu hari dadah yang secara tidak sengaja memasuki sistem badannya dan telah mengakibatkan dirinya bertukar menjadi manusia yang hebat. Dia boleh memperolehi dan memahami sesuatu dengan sangat pantas, mengalihkan barang dengan menggunakan minda dan boleh merasai perasaan dan isihati orang disekelilingnya.
Klasifikasi: 18
Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 21 Ogos 2014
Bahasa: English
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pengarah: Luc Besson
Pelakon: Scarlett Johansson, Morgan Freeman
Dicatat oleh Unknown di 12:34 PG 0 ulasan
Label: Filem, LUCY, SINOPSIS FILEM LUCY, TONTON WAYANG, WAYANG
Khamis, 14 Ogos 2014
INTO THE STORM
Filem aksi arahan Stevie Quale ini memaparkan kisah tentang sekumpulan pelajar sekolah yang ingin mengambil risiko membuat dokumentari mengenai ribut taufan yang melanda kawasan Silverton. Pelbagai cabaran akan mereka lalui untuk menghasilkan satu dokumentari realiti itu. Filem yang penuh aksi mencabar ini dibintangi oleh Richard Armitage. Sarah Wayne Callies, Matt Walsh, Alycia Debnam-Carey, Arlen Escarpeta, Max Deacon, Nathan Kress, Jon Reep dan ramai lagi.
Klasifikasi: P13
Genre: Ngeri
Tarikh Tayangan: 7 Ogos 2014
Bahasa: English
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pengarah: Steven Quale
Pelakon: Richard Armitage, Jeremy Sumpter, Sarah Wayne Callies
Dicatat oleh Unknown di 3:53 PG 0 ulasan
Label: Filem, INTO THE STORM, SINOPSIS INTO THE STORM, TONTON WAYANG, WAYANG
Sabtu, 2 Ogos 2014
GUARDIANS OF THE GALAXY
Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains
Tarikh Tayangan: 31 Julai 2014
Bahasa: English
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pengarah: James Gunn
Pelakon: Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Lee Pace, Michael Rooker, Karen Gillan, Djimon Hounsou, Vin Diesel
Dicatat oleh Unknown di 6:34 PTG 0 ulasan
Label: Filem, GUARDIANS OF THE GALAXY, sinopsis filem, SINOPSIS GUARDIANS OF THE GALAXY, TENGOK WAYANG, WAYANG
HERCULES
Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Pengembaraan
Tarikh Tayangan: 24 Julai 2014
Bahasa: English
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pengarah: Brett Ratner
Pelakon: Dwayne Johnson, Ian McShane, John Hurt, Rufus Sewell
Dicatat oleh Unknown di 6:31 PTG 0 ulasan
Label: Filem, HERCULES, sinopsis filem, SINOPSIS FILEM HERCULES, TENGOK WAYANG, WAYANG
Khamis, 1 Mei 2014
THE AMAZING SPIDERMAN 2
Kehidupan Peter Parker (Andrew Garfield) kini semakin sibuk dengan menepis sangkaan Spider-Man sebagai lelaki jahat dan masa bersama kekasihnya, Gwen (Emma Stone). Peter tidak pernah lupa janjinya kepada ayah Gwen untuk melindungi Gwen dengan menjauhkan diri namun dia tidak boleh memenuhi janji tersebut. Keadaan akan berubah untuk Peter setelah penjahat, Electro (Jamie Foxx) muncul dan kawan lamanya, Harry Osborn (Dane DeHaan) kembali. Peter cuba membongkar petunjuk tentang masa silamnya.
Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Tarikh Tayangan: 1 Mei 2014
Bahasa: English
Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pengarah: Marc Webb
Pelakon: Andrew Garfield, Emma Stone, Jamie Foxx, Dane DeHaan, Colm Feore, Paul Giamatti, Sally Field, B. J. Novak
Dicatat oleh Unknown di 12:37 PTG 0 ulasan
Label: Filem, SINOPSIS FILEM THE AMAZING SPIDERMAN 2, SPIDERMAN, THE AMAZING SPIDERMAN 2, TIKET, TIKET WAYANG, WAYANG
BRICK MANSIONS
Sebuah filem versi baru daripada
filem aksi Perancis "District 13" arahan Camille Delamarre mengisahkan
kumpulan ghetto paling teruk iaitu Brick Mansions. Dikawal oleh ketua
jenayah tidak berperikemanusiaan, seorang pemuda nekad untuk
menjatuhkannya. Apabila ketua jenayah tersebut membalas dengan menculik bekas teman wanitanya, pemuda tersebut cuba menyelamatkannya tetapi gagal kerana
dikhianati sehingga menyebabkannya dipenjarakan. Enam bulan kemudian,
seorang polis samaran bernama Damien diberi satu misi penting. Satu bom
neutron yang mempunyai fungsi masa automatik dan akan meletup kurang
daripada 24 jam telah dicuri oleh ketua jenayah tersebut. Oleh kerana
masa yang suntuk, Damien dan pemuda tersebut perlu bekerjasama bagi
menghentikan bom tersebut.
Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Drama / Jenayah
Tarikh Tayangan: 24 April 2014
Bahasa: English
Pengedar: RAM ENTERTAINMENT
Pengarah: Camille Delamarre
Pelakon: Paul Walker, Robert Maillet, RZA, David Belle
Dicatat oleh Unknown di 12:22 PTG 0 ulasan
Label: BRICK MANSIONS, Filem, PAUL WALKER, SINOPSIS BRICK MANSIONS, TIKET WAYANG, WAYANG
Isnin, 7 April 2014
FILEM CAPTAIN AMERICA : THE WINTER SOLDIER
Filem kedua daripada "Captain America", "Captain America: The Winter Soldier" memaparkan di mana "Marvel's The Avengers" ditinggalkan. Steve Rogers pula cuba mempengaruhi Nick Fury dan S.H.I.E.L.D supaya meyakini peranannya dalam dunia moden. Chris Evans berperanan sebagai titular Kapten Amerika sementara Anthony Mickey sebagai Falcon. Peminat buku komik bersiri ini akan tahu bahawa kawan baik Steve Roger, James "Bucky" Barnes (Sebastian Stan) bakal menjadi eponim Winter Soldier.
Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Pengembaraan / Superhero
Tarikh Tayangan: 27 Mac 2014
Bahasa: English
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pengarah: Anthony Russo, Joe Russo
Pelakon: Chris Evans, Scarlett Johansson, Sebastian Stan, Anthony Mackie, Cobie Smulders, Samuel L. Jackson
Dicatat oleh Unknown di 12:40 PTG 1 ulasan
Label: Filem, FILEM CAPTAIN AMERICA : THE WINTER SOLDIER, FILEM WAYANG, TIKET WAYANG, WAYANG
Ahad, 2 Mac 2014
300: RISE OF AN EMPIRE

SINOPSIS FILEMBerdasarkan novel grafik "Xerxes" karya Frank Miller dan disampaikan dalam gaya visual menakjubkan, babak baru dalam saga epik ini mengisahkan jeneral Yunani, Themistokles cuba untuk menyatukan semula Greece dengan mengetuai usaha tersebut yang bakal mengubah perancangan perang. 300: RISE OF AN EMPIRE menyaksikan Themistokles menentang tentera Parsi yang dipimpin oleh manusia bertukar tuhan Xerxes dan Artemisia, seorang komander laut Parsi yang pendendam.
Warner Bros. Pictures dan Legendary Pictures mempersembahkan sebuah filem terbitan Cruel and Unusual Films/Mark Canton/Gianni Nunnari Production, 300: RISE OF AN EMPIRE. Pengembaraan aksi ini dilakonkan oleh Sullivan Stapleton ("Gangster Squad") sebagai Themistokles dan Eva Green ("Dark Shadows", "Casino Royale" sebagai Artemisia. Lena Headey kembali membawa wataknya daripada filem "300" sebagai Permaisuri Gorgo; Hans Matheson ("Clash Of The Titans") sebagai Aeskylos; David Wenham kembali sebagai Dilios dan Rodrigo Santoro sebagai Raja Parsi, Xerxes.
Filem ini diarahkan oleh Noam Murro daripada lakonlayar oleh Zack Snyder & Kurt Johnstad, berdasarkan daripada novel grafik Xerxes oleh Frank Miller. Ia diterbitkan oleh Gianni Nunnari, Mark Canton, Zack Snyder, Deborah Snyder dan Bernie Goldmann. Thomas Tull, Frank Miller, Stephen Jones dan Jon Jashni adalah penerbit eksekutif filem ini.
Bakal ditayangkan dalam bentukIMAX® 3D, 3D dan 2D di pawagam terpilih dan IMAX bermula 6 Mac 2014, filem ini akan diterbitkan di seluruh dunia oleh Warner Bros. Pictures.
Dicatat oleh Unknown di 11:34 PTG 0 ulasan
Label: 300: RISE OF AN EMPIRE, Filem, SINOPSIS FILEM 300: RISE OF AN EMPIRE, TIKET, WAYANG
Rabu, 27 November 2013
KISAH PALING GENGSTER
.jpg)
Pengarah : Brando
Penerbit : B & L Kreatif Sdn. Bhd.
Genre : Aksi, Drama
Tarikh Tayangan : 21 Nov 2013
Artis : Shaheizy Sam, Epy Raja Lawak, Mikail Andre, Wawa Zainal
Sinopsis Filem Kisah Paling Gangster
Remy (Shaheizy Sam) bekerja sebagai seorang paramedik yang pendiam, pemalu dengan perempuan, dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya. Pada masa yang sama, seperti ramai pemuda lain, dia juga kesempitan wang. Pendek kata: Remy seorang loser. Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat. Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Namun setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut. Kalau dulu Remy seorang loser kini dia bangkit semula sebagai seorang gangster...lantas terjerumus ke dalam sebuah dunia gelap, tanpa jalan keluar...
Dicatat oleh Unknown di 9:15 PG 0 ulasan
Label: Filem, KISAH PALING GENGSTER, SINOPSIS KISAH PALING GENGSTER, WAYANG
Ahad, 10 November 2013
FILEM CARRIE
SINOPSIS
"Carrie" adalah sebuah filem yang dihasilkan semula daripada filem tahun
1976 dengan judul yang sama dan juga diadaptasi daripada novel "Carrie"
karya Stephen King pada tahun 1974. Ia mengisahkan Carrie, seorang
gadis sekolah tinggi yang memiliki kuasa telekinetik. Menyedari akan
kebolehan yang dimiliki, dia menggunakannya untuk membalas dendam
terhadap semua yang pernah membuli dan memalukannya di sekolah.
"Carrie" diarahkan oleh Kimberly Peirce dan dilakonkan
oleh Chloe Grace Moretz, Julianne Moore, Gabriella Wilde, Alex Russell
dan Emma Thompson.
Dicatat oleh Unknown di 1:20 PTG 1 ulasan
Label: CARRIE, Filem, FILEM CARRIE, SINOPSIS FILEM CARRIE, WAYANG
FILEM THOR : THE DARK WORLD
Genre: Superhero,
Aksi, Adventure
Tarikh Siaran Perdana: 08 November 2013
Studio: Walt Disney
Pictures Cast & Crew
Sutradara: Patty Jenkins
Produser: Kenneth Branagh, Kevin Feige
Penulis skrip: Robert Rodat, Don Payne
Pelakon: Chris Hemsworth, Natalie Portman, Tom Hiddleston, Kat Dennings,
Idris Elba, Anthony Hopkins, Stellan Skarsgard, Zachary Levi, Ray
Stevenson, Jaimie Alexander, Tadanobu Asano, Christopher Eccleston,
Adewale Akinnuoye-Agbaje, Alice Krige, Richard Brake, Clive Russell
Sinopsis Thor: The Dark World
"Thor: The Dark World" dari Marvel meneruskan pengembaraan terbaru Thor
dalam filem layar lebar. Thor harus kembali meyelamatkan bumi dan alam
semesta dengan berperang melawan musuh baru yang tengah mengancam
keselamatan dunia. Selepas pertempuran dahsyat dalam filem pertama
"Thor" dan "The Avengers", Thor bertempur untuk mengembalikan kedamaian
alam semesta. Namun bangsa kuno yang dipimpin oleh Malekith kembali
menjerumuskan alam semesta ke dalam kegelapan. Ia harus menghadapi musuh
yang tak boleh dikalahkan bahkan oleh Odin dan Asgard, Thor harus
memulakan perjalanan paling berbahaya dan peribadi dalam hidupnya.
Perjalanan itu mempertemukannya kembali dengan Jane Foster dan
mengorbankan semua yang dimilikinya untuk menyelamatkan seluruh umat
manusia.
Dicatat oleh Unknown di 1:15 PTG 0 ulasan
Label: Filem, FILEM THOR : THE DARK WORLD, SINOPSIS FILEM FILEM THOR : THE DARK WORLD, WAYANG
Ahad, 27 Oktober 2013
RIGOR MORTIS
Chin memainkan peranan sebagai
pelakon filem pontianak yang berpindah di kawasan perumahan awam untuk
memastikan dia tidak berseorangan di dalam sebuah apartment yang
berhantu.
Klasifikasi: 18
Genre: Aksi / Seram
Tarikh Tayangan: 24 Oktober 2013
Bahasa: Cantonese
Pengedar: GSC MOVIES
Pengarah: Juno Mak
Pelakon: Chin Siu Ho, Kara Hui Ying Hong, Lo Hoi-pang, Paw Hee-ching
Dicatat oleh Unknown di 7:19 PTG 0 ulasan
Label: Filem, FILEM RIGOR MORTIS, RIGOR MORTIS, SINOPSIS RIGOR MORTIS, WAYANG
ESCAPE PLAN
Escape Plan mengisahkan seorang jurutera struktur, Ray Breslin lakonan
Sylvester Stallone yang terpaksa menjalani hukuman penjara atas
kesalahan jenayah yang tidak dilakukannya.
Breslin dihantar ke penjara unik yang mempunyai kawalan keselamatan maksimum hasil rekaannya sendiri.
Ketika berada dalam penjara, Breslin berusaha menganalisis setiap
penjara yang mempunyai kawalan keselamatan tinggi yang membantunya
meneruskan kelangsungan hidup sepanjang menjalani hukuman itu.
Bagaimanapun, Breslin berdepan cabaran terbesar untuk memboloskan diri
daripada penjara rekaannya sendiri kerana bangunan itu dibina dengan teknologi kalis bolos.
Pada waktu sama, dia juga perlu menghadapi warden penjara yang kejam
Hobbs (Jim Caviezel) dan pengawal keselamatan yang korup (Vinnie Jones).
Namun Breslin bertuah apabila usaha untuk melarikan diri dari pusat
tahanan itu mendapat bantuan daripada teman penjara, Emil Rottmayer
(Arnold Schwarzenegger) yang bijak, rumit dan berjiwa besar.
Escape Plan dibintangi Sylvester Stallone, Arnold Schwarzenegge,Curtis `50 Cent' Jackson, Sam Neill dan Vincent D'Onofrio.
Filem aksi ngeri arahan Mikael Hafstrom
Dicatat oleh Unknown di 6:55 PTG 0 ulasan
Label: ESCAPE PLAN, Filem, FILEM ESCAPE PALAN, SINOPSIS ESCAPE PLAN, WAYANG
Rabu, 2 Oktober 2013
KL GANGSTER 2
KL Gangster 2 ialah sebuah filem aksi yang diarahkan oleh Syamsul Yusof dan dibintangi oleh Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan, Syamsul Yusof dan Rosyam Nor. Filem ini akan ditayangkan pada 3 Oktober 2013.KL Gangster 2 bukanlah kesinambungan atau sekuel kepada bahagian pertama filem itu,sebaliknya ia memaparkan bahagian pengenalan kepada KL Gangster (2011).Di fahamkan,filem ini menelan kos penerbitan sebanyak RM3.3 juta ini.
Filem KL Gangster 2 menjalani penggambaran bermula 1 Disember tahun lalu memilih beberapa lokasi menarik seperti sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Batu Gajah, Perak sebagai lokasi.
KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu (Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya.
Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa Sementara itu, Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram.Segala tindak tanduk Tailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong.Pada masa yang sama, King (Riduan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar.
Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat.Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek.Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri.Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong.Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?
Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?
Dicatat oleh Unknown di 4:02 PTG 0 ulasan
Label: AARON AZIZ, Filem, FILEM KL GANGSTER 2, KL GANGSTER 2, SHAMSUL YUSOF, SINOPSIS KL GANGSTER 2, TRAILER KL GANGSTER 2, WAYANG
Sabtu, 28 September 2013
BENCINTA
Dicatat oleh Unknown di 9:26 PTG 0 ulasan
Label: BENCINTA, FARID KAMIL, Filem, FILEM 2013, FILEM BENCINTA, FILEM TERBARU, NORA DANISH, SINOPSIS, SINOPSIS FILEM BENCINTA, WAYANG
Ahad, 22 September 2013
LAGENDA BUDAK HOSTEL
"Lagenda Budak Hostel" merupakan filem komedi ringan yang bertujuan memberi ruang untuk bergelak ketawa dan pada masa sama mengimbau kenangan silam, terutama bagi mereka yang pernah tinggal di asrama.
Filem ini mengisahkan Haikal Putra(Along Cham) Kodan dan Ahmad Danial (Along Eyzendy)pelajar tingkatan 6 yang mana merupakan senior di sebuah hostel sekolah asrama penuh. Mereka adalah pelajar yang disegani dan digeruni oleh pelajar-pelajar lain di asrama itu kerana sikap mereka yang suka membuli.
Cerita ini kelakar, sesuai untuk seisi keluarga dan dan jalan ceritanya tidak meleret dan lawaknya yang disampaikan juga segar dan bukannya dibuat-buat. Cuma adakala dialog yang dilontarkan terlalu panjang dan ada ketika lawak yang dibuat kurang menjadi.
Antara adegan yang mencuri tumpuan penulis ialah pada babak Seroja (Nora Danis) berangan-angan dipikat Put dan Kodan, yang mana elemen muzikal dengan lagu "Seroja" dijadikan latar.
Watak Pekin Ibrahim menjadi iaitu sebagai pelajar yang gagap dengan mimik mukanya yang serius dan 'blur' membuatkan penonton tidak kering gusi. Dialog dan setiap watak dilakonkan sempurna, malah watak Seroja yang menggoda dan manja juga tidak mengecewakan.
Selain, Nora Danish, Along Cham dan Along Eyzendy, filem ini juga turut dibintangi Epy Raja Lawak, Rahim R2, Pekin Ibrahim, Eddy Rauf, Mikael Andre dan muka baru dari Singapura Siti Aziz.
Keserasian di antara Along Cham dan Along Eyzendy sebagai Put dan Kodan juga wajar dipuji. Andai sebelum ini Along Cham sering dilihat lebih kerap bergandingan dengan Angah Raja Lawak, kehadiran Along Eyzendy membentuk dimensi baru dalam dunia hiburan. "Lagenda Budak Hostel" ternyata sesuai untuk penonton yang ingin mengimbau nostalgia kembali bergelar 'budak hostel'.
Keseluruhan filem, plot cerita yang ringkas, senang untuk difahami, tidak melarat, lawak yang segar dan para pelakon yang hebat menjadi kekuatan.Bagi peminat filem komedi yang ingin menonton filem yang pasti penuh dengan gelak ketawa dari awal hingga akhir, Lagenda Budak hostel ada jawapannya. Jadi jangan lupa untuk menyaksikan filem terbitan Metrowealth ini di pawagam bermula 12 September 2013
Dicatat oleh Unknown di 12:53 PG 0 ulasan
Label: Filem, FILEM LAGENDA BUDAK HOSTEL, LAGENDA BUDAK HOSTEL, SINOPSIS, SINOPSIS LAGENDA BUDAK HOSTEL, WAYANG
FILEM DAMPAK
Dampak mengisahkan misi lima beradik cuba membalas dendam atas kematian bapa mereka tetapi diduga dengan pelbagai halangan yang akhirnya membongkor misteri yang wujud dalam keluarga mereka sendiri.
Misi bermula dengan kisah Idrus (Aaron) bersama-sama adik angkatnya, Giran (Farid), Hana (Jue Evans) dan Qyra (Intan) mencari Afran (Michael Chin) yang hilang untuk menyelidik rahsia Tok Long.
Selepas Afran ditemui, mereka teruskan usaha mencari sejarah Tok Long sehinggalah dipertemukan dengan Botak (Cat Farish) yang kebetulan dibelasah orang-orang suruhan Man.
Man pula musuh Joni Hitam, kumpulan gangster dan kongsi gelap yang menggunakan nama Lambang Merah sebagai tagline mereka.
Keberanian dan ketangkasan Giran dan Afran bertarung menarik minat Joni mempelawa mereka bekerja di bawah naungannya. Namun mendapat tentangan adik beradik lain yang bimbang misi mereka akan terjejas.
Tetapi Idrus menyakinkan tugas mereka pasti lebih mudah sekiranya berada di bawah Lambang Merah. Pada waktu itulah, mereka dipertemukan dengan Tiger Long, kepala kumpulan Lambang Merah yang mempunyai pertalian rapat dengan kisah silam mereka.
Dicatat oleh Unknown di 12:37 PG 0 ulasan
Label: AARON AZIZ, DAMPAK, Filem, FILEM DAMPAK, SINOPSIS, SINOPSIS FILEM DAMPAK, WAYANG
Isnin, 2 September 2013
TANDA PUTERA
Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar, Kara dan anak muda, Zaman. Tun Razak dan Tun Dr Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.
Ia dibantu Kavita Sidhu (Kara), Riezman Khuzaimi (Sarjan Aman), Kuza (Maimon), Zaefrul Nordin (Koperal Musa), Ika Nabella (Zarah), Zoey Rahman (Johan), Ahya U (Zaman) dan Alan Yun (Allen).
Selain itu, filem sarat dengan emosi dan tragedi itu turut menampilkan pelakon undangan seperti Hasnul Rahmat (Tun Hussein Onn), Ida Nerina (Jah Steno), Sharifah Shahira (Guru Besar), Fizz Fairuz (Tan Sri Arshad Ayub), Nazril Idrus (Tun Dr Mahathir Mohamad), Khir Mohd Noor (IGP Abdul Rahman Hashim), Bell Ngasri (Datuk Harun Idris), Chew Kin Wah (Tan), Razali Hussain (Haji Ahmad Razali Mohd Ali), Douglas Lim (Leslie Cheah), Chealsia Ng (Catharine), Wong Sip Nen (bapa Allen), Nas-T (Najib Rahman) dan Aidil AF (Datuk Senu).
Dicatat oleh Unknown di 2:56 PTG 0 ulasan
Label: Filem, SINOPSIS TANDA PUTERA, TANDA PUTERA, WAYANG
