Memaparkan catatan dengan label AARON AZIZ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AARON AZIZ. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Januari 2015

Suamiku Encik Perfect 10

Pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen telah memutikkan perasaan lain pula di antara mereka. Perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata dan kadang kala membuatkan masing-masing keliru.Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula cinta Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan.

Klasifikasi: P13
Genre: Komedi / Drama / Romantik
Tarikh Tayangan: 22 Januari 2015
Bahasa: Malay
Pengedar: TAYANGAN UNGGUL
Pengarah: Feroz Kader
Pelakon: Aaron Aziz, Lisa Surihani, Syazwan Zulkifli, Raja Ilya




Rabu, 2 Oktober 2013

KL GANGSTER 2




KL Gangster 2 ialah sebuah filem aksi yang diarahkan oleh Syamsul Yusof dan dibintangi oleh Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan, Syamsul Yusof dan Rosyam Nor. Filem ini akan ditayangkan pada 3 Oktober 2013.KL Gangster 2 bukanlah kesinambungan atau sekuel kepada bahagian pertama filem itu,sebaliknya ia memaparkan bahagian pengenalan kepada KL Gangster (2011).Di fahamkan,filem ini menelan kos penerbitan sebanyak RM3.3 juta ini.

Filem KL Gangster 2 menjalani penggambaran bermula 1 Disember tahun lalu memilih beberapa lokasi menarik seperti sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Batu Gajah, Perak sebagai lokasi.

KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu (Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya.

Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa Sementara itu, Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram.Segala tindak tanduk Tailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong.Pada masa yang sama, King (Riduan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar.

Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat.Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek.Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri.Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong.Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?

Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?

Ahad, 22 September 2013

FILEM DAMPAK

Foto

Dampak mengisahkan misi lima beradik cuba membalas dendam atas kematian bapa mereka tetapi diduga dengan pelbagai halangan yang akhirnya membongkor misteri yang wujud dalam keluarga mereka sendiri.

Misi bermula dengan kisah Idrus (Aaron) bersama-sama adik angkatnya, Giran (Farid), Hana (Jue Evans) dan Qyra (Intan) mencari Afran (Michael Chin) yang hilang untuk menyelidik rahsia Tok Long.

Selepas Afran ditemui, mereka teruskan usaha mencari sejarah Tok Long sehinggalah dipertemukan dengan Botak (Cat Farish) yang kebetulan dibelasah orang-orang suruhan Man.

Man pula musuh Joni Hitam, kumpulan gangster dan kongsi gelap yang menggunakan nama Lambang Merah sebagai tagline mereka.

Keberanian dan ketangkasan Giran dan Afran bertarung menarik minat Joni mempelawa mereka bekerja di bawah naungannya. Namun mendapat tentangan adik beradik lain yang bimbang misi mereka akan terjejas.

Tetapi Idrus menyakinkan tugas mereka pasti lebih mudah sekiranya berada di bawah Lambang Merah. Pada waktu itulah, mereka dipertemukan dengan Tiger Long, kepala kumpulan Lambang Merah yang mempunyai pertalian rapat dengan kisah silam mereka.

Sabtu, 8 Jun 2013

FILEM LARI

Sinopsis Filem Lari

Lari mengisahkan perjalanan hidup Khalif (Aaron Aziz) yang bercinta dengan Maya (Dira) tetapi terpaksa meninggalkan hasratnya untuk terus menyunting gadis pilihannya apabila menerima tentangan daripada keluarga selepas dia mengambil keputusan untuk menjadi askar.

Maya pula dikahwinkan dengan KJ lakonan Ery Putra. Selepas tujuh tahun berpisah dan tidak pernah bersua muka, akhirnya Khalif pulang ke kampung selepas mendapat berita mengenai kematian ayahnya.

Bukan saja kehilangan ayah, malah Khalif juga terkejut apabila mendapat tahu yang adiknya (Erin) pula hilang. Maya yang kebetulan berdepan krisis rumah tangga dengan suaminya mengambil keputusan membantu Khalif mencari adiknya dan bermulalah pengembaraan penuh aksi Khalif dalam memperjuangkan maruah adiknya yang terbabit dalam sindiket perdagangan wanita.

Apakah nasib Khalif selepas itu dan berjayakah dia mendapatkan semula adiknya daripada terus menjadi mangsa? Maya pula mencari jalan untuk kembali menyintai Khalif. Apakah kesudahannya?

Filem Lari sentuhan sutradara terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Filem yang menelan belanja lebih RM2 juta ini menjalani penggambaran lebih 90% di Perlis dan selebihnya di Kuala Lumpur dan Ipoh.

Pelakon filem Lari: Aaron Aziz, Dira Abu Zahar dan Erin Malek