Filem kedua daripada "Captain America", "Captain America: The Winter Soldier" memaparkan di mana "Marvel's The Avengers" ditinggalkan. Steve Rogers pula cuba mempengaruhi Nick Fury dan S.H.I.E.L.D supaya meyakini peranannya dalam dunia moden. Chris Evans berperanan sebagai titular Kapten Amerika sementara Anthony Mickey sebagai Falcon. Peminat buku komik bersiri ini akan tahu bahawa kawan baik Steve Roger, James "Bucky" Barnes (Sebastian Stan) bakal menjadi eponim Winter Soldier.
Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Pengembaraan / Superhero
Tarikh Tayangan: 27 Mac 2014
Bahasa: English
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pengarah: Anthony Russo, Joe Russo
Pelakon: Chris Evans, Scarlett Johansson, Sebastian Stan, Anthony Mackie, Cobie Smulders, Samuel L. Jackson
Isnin, 7 April 2014
FILEM CAPTAIN AMERICA : THE WINTER SOLDIER
Dicatat oleh Unknown di 12:40 PTG 1 ulasan
Label: Filem, FILEM CAPTAIN AMERICA : THE WINTER SOLDIER, FILEM WAYANG, TIKET WAYANG, WAYANG
FILEM SABOTAGE
David Ayer mengarah filem aksi thriller ini yang dibintangi Arnold Schwarzenegger, Joe Manganiello dan Sam Worthington. Filem ini diinspirasi novel 1939, "And Then There Were None", oleh Agatha Christie. Sekumpulan ejen Drug Enforcement Administration yang diketuai John Wharton (a.k.a. "Breacher") dihantar untuk menyerbu rumah milik pengedar dadah. Motif sebenar kumpulan ejen tersebut ialah merampas semua wang untuk diri sendiri. Kumpulan ejen tersebut menyembunyikan wang yang dirampas dan berfikir rahsia mereka selamat. Tiba-tiba, seorang pembunuh bermisteri mula membunuh ejen kumpulan tersebut satu demi satu.
Klasifikasi: 18
Genre: Aksi / Ngeri / Drama
Tarikh Tayangan: 3 April 2014
Bahasa: English
Pengedar: NUSANTARA EDARAN FILEM
Pengarah: David Ayer
Pelakon: Arnold Schwarzenegger, Joe Manganiello, Sam Worthington, Terrence Howard, Josh Holloway
Dicatat oleh Unknown di 12:30 PTG 0 ulasan
Label: FILEM SABOTAGE, FILEM WAYANG, FILEM.SABOTAGE, TIKET WAYANG, WAYANG
