Memaparkan catatan dengan label NORA DANISH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NORA DANISH. Papar semua catatan

Isnin, 13 April 2015

NAK BERCUTI DENGAN NORA DANISH?

 

Sesiapa yang minat Nora Danish (Duta Safi Rania Gold’s ) bolehlah  masuk contest “Menangi Percutian Impian dan Peluang Belayar Bersama Nora!” ni di https://apps.facebook.com/safifair/.

10 pemenang akan dipilih pergi bercuti di Langkawi selama 3 hari 2 malam. Boleh bawak teman seorang teman. Yang menang dapat naik cruise sambil layan sunset sama-sama dengan Nora Danish juga tau. Waa best best!

Ada juga 20 hadiah saguhati SAFI hamper bernilai RM250  untuk dimenangi.

Boleh juga isi borang peraduan dekat outlet yang terpilih. (Mydin, Giant, Aeon, Aeon Big..

  Jom join contest ni.


 "Get a return flight to Phuket, Krabi or Singapore when you buy this smartphone!"s Totally Worth The Trip

Sabtu, 28 September 2013

BENCINTA



Menceritakan tentang Fathia ( Nora Danish ) , seorang gadis cantik yang mempunyai perwatakan yang menarik dan keperibadian yang baik. Fathia merupakan seorang Chef di sebuah kafe milik sahabatnya Jane ( Angeline Tan )



Di kafe tersebut Fathia menemui Faizal ( Farid Kamil ) , seorang ahli perniagaan yang kacak dan kaya. Mereka menjalinkan hubungan cinta dan akhirnya mendirikan rumahtangga. Sepanjang perkahwinan, mereka menjalani kehidupan dengan gembira dan penuh kebahgiaan.

Kehadiran cahayamata mereka iaitu Tiara menambahkan lagi kebahagian dan kegembiraan hidup Fathia dan Faizal. Tahun silih berganti, kebahagian yang selama ini dikecapi menjadi semakin hambar apabila Faizal mula bertindak kasar dengan memukul Fathia dan menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain. Segala pembohongan Faizal terbongkar, Fathia telah menyedari bahawa perhubungan cinta antara mereka adalah pembohongan semata – mata demi kepentingan peribadi Faizal. Fathia berasa amat kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku dan dia telah membuat keputusan untuk membawa Tiara pergi jauh daripada hidup Faizal.

Sepanjang persembunyian Fathia dan anaknya Tiara, mereka telah dibantu oleh Shah ( Qi Razali ) , sahabat baiknya daripada kecil. Kehadiran Shah juga telah merubah hidup Fathia dan Tiara ke arah kegembiraan dan berjaya mengubah kekecewaan Fathia.

Mampukah Fathia dalam menghadapi Faizal yang tidak berperikemanusiaan ? Masih adakah ruang bahagia untuk diri Fathia dan Tiara ?