TEMERLOH, 29 MAC 2014: Roszaliza atau Queenpink sah diijabkabulkan dengan Mohd Zuzi dengan sekali lafaz kira-kira jam 10.30 pagi.
Pasangan itu disatukan di majlis nikah yang penuh sederhana yang diadakan di Taman Chengal,Temerloh Pahang.
Mempelai dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Mukim Perak,Temerloh Pahang,Haji Abdul Razak bin Haji Ahmad Nor berwakil
walikan bapa Roszaliza, Abdul Nyzam bin Mohd Raus.
Majlis nikah itu dihadiri oleh ibu bapa kedua mempelai.Selain yang turut dihadiri oleh 100 tetamu lain termasuk ahli keluarga dan sahabat handai.
Mohd Zuzi menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 kepada Roszaliza
selain berbalas hantaran dengan 5 dulang dari pihak lelaki dan 7 dulang
dari pihak perempuan.

Khamis, 3 April 2014
ROSZALIZA SAH MILIK MOHD ZUZI
Dicatat oleh Unknown di 2:53 PG 0 ulasan
Label: AKAD NIKAH, BAJU NIKAH, PERKAHWINAN, PERNIKAHAN, QUEENPINK, ROSZALIZA, ROSZALIZA SAH MILIK MOHD ZUZI, TIP MEMILIH BAJU NIKAH
Jumaat, 14 Mac 2014
TIP PERKAHWINAN : MATANG DALAM MERANCANG MAJLIS
Bercerita mengenai perkahwinan, pasti semua kita mempunyai niat untuk berkahwin. Namun, tidak ramai yang benar-benar merancang perkahwinan walaupun ia adalah salah satu faktor yang akan melancarkan majlis perkahwinan dan urusan berkahwin itu sendiri.
Untuk memudahkan proses merealitikan majlis impian bakal pengantin, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya tahu dan bagaimana anda dapat menjadikan hari bahagia anda satu memori indah untuk seumur hidup pada harga bajet.
Merancang Belanjawan Perkahwinan
Wang yang cukup akan membantu melancarkan perjalanan perkahwinan. Hari ini semuanya memerlukan wang.Sebenarnya untuk berkahwin tidak ada bajet minimum yang diperlukan.Dengan bajet berapa-berapa sekalipun anda boleh berkahwin. Cuma, amat penting untuk pengantin berkadar dan ukur baju di badan sendiri. Jika bajet anda sedikit, rancanglah perkahwinan yang sederhana tetapi tetap meriah. Jika bajet anda lebih besar, buatlah seperti mana yang anda inginkan. Yang penting saiz dan persediaan majlis sepadan dengan bajet, barulah ia lancar.
Merancang belanjawan perkahwinan amat penting agar anda dan pasangan tidak menghadapi masalah duit atau dikejar hutang selepas berkahwin. Jangan terlalu terikut-terikut dengan trend semasa dan tertekan untuk menganjurkan majlis kahwin besar-besaran.
Perkara asas yang perlu anda lakukan adalah:
Letakkan sasaran perbelanjaan atau jumlah bajet yang anda boleh tanggung (mampu).
Target ini penting untuk anda maklum dan perlu diletakkan awal-awal agar bajet perkahwinan tidak melebihi sasaran atau belanja yang telah anda tetapkan berdasarkan kemampuan anda.
Tanpa meletakkan target besar awal, anda akan cenderung untuk berbelanja melebihi kemampuan. Ini disebabkan selain dari perbelanjaan besar seperti mas kahwin, hantaran, katering dan sebagainya, ada banyak perbelanjaan kecil-kecil yang jika tidak di kawal akan menyebabkan anda menanggung jumlah belanja kahwin yang besar sehingga menyebabkan aliran wang tunai anda tercekik.
Kita kena ingat, antara punca utama perceraian adalah masalah kewangan! Jadi jangan abaikan kepentingan merancang bajet majlis kahwin.
1. Sentiasa Berkomunikasi Dengan Pasangan
Anda mesti memastikan anda dan pasangan tiada masalah komunikasi. Berterus-teranglah mengenai expectation anda dan secara kasar mengenai bajet perkahwinan yang perlu dikeluarkan. Ini perlu dibuat bersama-sama agar kedua-dua pihak tahu dan menyumbang pendapat mengenai perkara yang perlu dibelanjakan untuk berkahwin.
Selepas itu, pastikan bahawa kedua-dua pihak berpuas hati dan perbincangan tersebut tidak didominasi oleh sebelah pihak sahaja supaya tiada perasaan tidak puas hati dan tidak ada perkara berbangkit selepas perkahwinan.Perbincangan ini penting supaya perbelanjaan dapat dikawal dan pembaziran dapat dielakkan.
2. Prioritikan Perbelanjaan
Jika anda mempunyai belanjawan atau duit belanja yang terhad, seeloknya pastikan bahawa anda benar-benar memperuntukkan wang anda itu kepada benda-benda yang betul-betul mustahak sahaja seperti khemah perkahwinan, katering, peralatan majlis kahwin dan juga jemputan walimatul urus.
Ini semua lebih utama jika dibandingkan dengan hiasan tambahan untuk pelamin bersanding,photographer, muzik dan sebagainya. Pilihan yang tepat mestilah dibuat agar bajet perkahwinan anda tidak melebihi daripada yang sepatutnya.
3. Bandingkan Harga Supplier
Sebelum anda menempah sebarang perkhidmatan atau produk untuk majlis bahagian anda, bandingkan terlebih dahulu harga yang ditawarkan daripada beberapa supplier. Pastikan terlebih dahulu kualiti perkhidmatan dan apa sebenarnya yang mereka tawarkan.
Tidak mengejutkan ada supplier yang menawarkan harga murah dengan mengurangkan perkara yang diberikan. Contohnya, ada katerer yang memberikan harga murah tetapi tidak menyertakan pinggan mangkuk yang sepatutnya ada di dalam pakej.
Tanyalah kepada kawan-kawan atau keluarga yang pernah menggunakan perkhidmatan supplier tersebut untuk menentukan kualiti perkhidmatan mereka. Pastikan juga yang harga yang ditawarkan masih dalam had perbelanjaan majlis impian anda.Jika pakej atau harga yang diberikan mahal dan wang belanja yang ada tidak mencukupi, prioritikan apa yang penting terlebih dahulu supaya bajet anda masih on-track.
Simpan semua resit bayaran untuk memastikan tidak ada supplier yang dibayar melebihi apa yang telah dipersetujui (jika deposit dan lump sum di bayar pada waktu berbeza).
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda merancang majlis impian tetapi pada masa yang sama menepati lunas-lunas yang dikehendaki agama
Dicatat oleh Unknown di 10:54 PG 0 ulasan
Label: AKAD NIKAH, KAHWIN, NIKAH, PERKAHWINAN, PERNIKAHAN, TIP PERKAHWINAN : MATANG DALAM MERANCANG MAJLIS
Khamis, 13 Mac 2014
RUKUN NIKAH
Moh Ler Kita Belajar Dan Mengulangkaji Mengenai
'RUKUN NIKAH '
Lelaki
--------------...
* Islam
* Baligh
* Berakal
* Yang dikahwininya bukanlah mahramnya.
* Tidak berada dalam keadaan ihram.
* Tidak dipaksa kahwin
Perempuan
--------------
# Islam
# Tidak berada dalam keadaan ihram.
# Bukan isteri kepada seseorang.
# Tidak berada dalam keadaan iddah.
Akad (Ijab & Kabul)
------------------------
Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul.
Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul.
Wali
----------
~ Islam.
~ Baligh.
~ Berakal.
~ Merdeka.
~ Tidak dipaksa.
~ Tidak berada dalam keadaan ihram.
~ Bukanlah dari seorang yang fasik.
Dua Orang Saksi
------------------------
$ Beragama islam.
$ Baligh.
$ Berakal.
$ Bukan seorang hamba.
$ Tidak naynyuk.
$ Memahami bahasa yang dilafazkan semasa ijab dan kabul.
Dicatat oleh Unknown di 12:58 PTG 0 ulasan
Label: AKAD NIKAH, KAHWIN, MAJLIS AKAD NIKAH, NIKAH, PERKAHWINAN, PERNIKAHAN, RUKUN NIKAH
Sabtu, 8 Mac 2014
5 BUSANA MELAYU WARISAN ASLI
- Baju Kurung Cekak Musang
Sesuai digayakan bersama kain songket yang diikat di sebelah tepi seakan-akan lipatan omba mengalun dan rupanya yang kelihatan seperti potongan baju Melayu lelaki. Bagi mereka yang tidak mengenakan hijab pilihan pakaian ini adalah sangat bertepatan dengan tema traditional itu sendiri. Aksesori tambahan di kepala adalah seperti sanggul lintang.
- Baju Kebaya Labuh Nyonya
- Baju Kebaya Labuh
Baju kebaya jenis ini masih banyak lagi digunakan dalam perkahwinan Melayu tetapi digubah sedikit agar tampak lebih moden. Tetapi jika anda berminat untuk mengekalkan rekaan yang asal adalah lebih baik dan sesuai digunakan ketika majlis akad nikah dijalankan.
- Baju Kebaya Pendek
- Baju Kurung Kedah
Dicatat oleh Unknown di 6:00 PTG 0 ulasan
Label: 5 BUSANA MELAYU WARISAN ASLI, BAJU, BUSANA, BUSANA PERKAHWINAN, KAHWIN, NIKAH, PERNIKAHAN
PUTERI SARAH LIYANA SAH MILIK SYAMSUL YUSOF
PETALING JAYA, 8 MAC 2014: Pelakon
Puteri Sarah Liyana sah diijabkabulkan dengan pengarah dan pelakon,
Syamsul Yusof dengan sekali lafaz kira-kira jam 10.30 pagi.
Pasangan itu disatukan di majlis nikah yang penuh sederhana yang diadakan di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara.
Mempelai dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al
Mukarramah, Sri Damansara, Mat Syaharuddin Al Rashid Mat Isa berwakil
walikan bapa Puteri Sarah, Megat Kamaruddin Megat Shamsudin.
Majlis nikah itu dihadiri oleh ibu bapa kedua mempelai Megat
Kamaruddin Megat Shamsudin dan Puan Paridah Puteh serta Datuk Yusof
Haslam dan isteri Datin Patimah Ismail. Selain yang turut dihadiri oleh
200 tetamu lain termasuk ahli keluarga, sahabat handai dan para media.
Syamsul menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1111 kepada Puteri Sarah
selain berbalas hantaran dengan 7 dulang dari pihak lelaki dan 9 dulang
dari pihak perempuan.
Namun majlis resepsi yang sepatutnya dijadualkan berlangsung malam
ini di Dewan N'dah Mahligai Shah Alam ditangguhkan kerana Syamsul masih
lagi belum sihat sepenuhnya selepas menghidap deman denggi sejak 2 Mac.
SUMBER : http://www.murai.com.my
Dicatat oleh Unknown di 12:02 PTG 0 ulasan
Label: Datuk Yusof Haslam, KAHWIN, majlis pernikahan, NIKAH, PERKAHWINAN, PERNIKAHAN, Puteri Sarah, Puteri Sarah Liyana, Puteri Sarah Liyana Sah Milik Syamsul Yusof, Syamsul, Syamsul Yusof
Isnin, 3 Mac 2014
SOALJAWAB ETIKA KETIKA BERNIKAH
Soalan 1
Ketika menyarungkan cincin di jari pengantin lelaki oleh pengantin perempuan, adakah sesuai untuk pengantin lelaki bersimpuh atau melutut ketika menerima sarungan cincin itu? Apakah langkah seterusnya selepas menyarung cincin dari segi etika?
Jawapan: Menyarung cincin di jari pengantin lelaki oleh pengantin perempuan juga satu amalan daripada tradisi kaum India. Bagi menjaga adab, sebaiknya pengantin lelaki melutut dan aturannya, pengantin perempuan perlu menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan si suami serta mencium tangan suami sebagai tanda, isteri yang bersedia untuk hidup setia di samping suami.
Soalan 2
Dengan mengenakan solekan yang agak tebal dan kadangkala melampau ketika berada di dalam masjid untuk upacara pernikahan, apakah perkara yang sesuai dilakukan untuk mengelakkan perkara sedemikian daripada terjadi?
Jawapan: Bersolek sepatutnya hanya untuk menambah seri. Terlalu tebal dan menonjol sebenarnya lebih kepada menarik perhatian dan dalam keadaan diri sebagai pengantin yang bakal menjadi isteri kepada seseorang, hakikatnya seperti memperagakan diri yang sepatutnya hanya milik si suami. Sebaiknya tidak bersolek keterlaluan. Bukan saja tika majlis malah hari-hari biasa. Ironiknya mereka yang jarang bersolek (sekadar mengenakan bedak nipis dan lipstik) akan nampak lebih berseri walau hanya dengan solekan nipis. Bila terbiasa menyolek, solekan biasa-biasa memang tak memadai. Buat para gadis, biasakanlah diri dengan solekan biasa agar detik anda sebagai pengantin menjadi saat sukar dilupa.
Soalan 3
Memakai kanta lekap yang berwarna kadangkala agak terlalu menonjol untuk tatapan umum. Tetapi jika tidak dipakai pengantin mempunyai had penglihatan ketika acara berlangsung dan ia mungkin merisaukan mereka. Apakah nasihat yang seeloknya untuk bakal pengantin ketika memilih kanta lekap ketika upacara pernikahan atau persandingan nanti?
Jawapan: Gunakanlah kanta lekap yang biasa, bukan berwarna. Ingatlah! Tika akad nikah telah sah bererti setiap dosa isteri akan turut dipikul oleh si suami. Jika benar sayangkan bakal suami, tampillah sederhana, tidak terlalu menjolok mata. Bukan saja sedap mata memandang tetapi agar ada barakah daripada-Nya untuk perkahwinan anda.
Dicatat oleh Unknown di 6:38 PTG 0 ulasan
Label: AKAD NIKAH, AKU TERIMA NIKAHNYA, KAHWIN, MAJLIS AKAD NIKAH, NIKAH, PERKAHWINAN, PERNIKAHAN, SOALJAWAB ETIKA KETIKA BERNIKAH




