Memaparkan catatan dengan label TIKET. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIKET. Papar semua catatan

Khamis, 1 Mei 2014

THE AMAZING SPIDERMAN 2


Kehidupan Peter Parker (Andrew Garfield) kini semakin sibuk dengan menepis sangkaan Spider-Man sebagai lelaki jahat dan masa bersama kekasihnya, Gwen (Emma Stone). Peter tidak pernah lupa janjinya kepada ayah Gwen untuk melindungi Gwen dengan menjauhkan diri namun dia tidak boleh memenuhi janji tersebut. Keadaan akan berubah untuk Peter setelah penjahat, Electro (Jamie Foxx) muncul dan kawan lamanya, Harry Osborn (Dane DeHaan) kembali. Peter cuba membongkar petunjuk tentang masa silamnya.

Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Tarikh Tayangan: 1 Mei 2014
Bahasa: English
Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pengarah: Marc Webb
Pelakon: Andrew Garfield, Emma Stone, Jamie Foxx, Dane DeHaan, Colm Feore, Paul Giamatti, Sally Field, B. J. Novak

Ahad, 2 Mac 2014

300: RISE OF AN EMPIRE



SINOPSIS FILEMBerdasarkan novel grafik "Xerxes" karya Frank Miller dan disampaikan dalam gaya visual menakjubkan, babak baru dalam saga epik ini  mengisahkan jeneral Yunani, Themistokles cuba untuk menyatukan semula Greece dengan mengetuai usaha tersebut yang bakal mengubah perancangan perang. 300: RISE OF AN EMPIRE menyaksikan Themistokles menentang  tentera Parsi yang dipimpin oleh manusia bertukar tuhan Xerxes dan Artemisia, seorang komander laut Parsi yang pendendam.

Warner Bros. Pictures dan Legendary Pictures mempersembahkan sebuah filem terbitan Cruel and Unusual Films/Mark Canton/Gianni Nunnari Production, 300: RISE OF AN EMPIRE. Pengembaraan aksi ini dilakonkan oleh Sullivan Stapleton ("Gangster Squad") sebagai Themistokles dan Eva Green ("Dark Shadows", "Casino Royale" sebagai Artemisia. Lena Headey kembali membawa wataknya daripada filem "300" sebagai Permaisuri Gorgo; Hans Matheson ("Clash Of The Titans") sebagai Aeskylos; David Wenham kembali sebagai Dilios dan Rodrigo Santoro sebagai Raja Parsi, Xerxes.

Filem ini diarahkan oleh Noam Murro daripada lakonlayar oleh Zack Snyder & Kurt Johnstad, berdasarkan daripada novel grafik Xerxes oleh Frank Miller. Ia diterbitkan oleh Gianni Nunnari, Mark Canton, Zack Snyder, Deborah Snyder dan Bernie Goldmann. Thomas Tull, Frank Miller, Stephen Jones dan Jon Jashni adalah penerbit eksekutif filem ini.

Bakal ditayangkan dalam bentukIMAX® 3D, 3D dan 2D di pawagam terpilih dan IMAX bermula 6 Mac 2014, filem ini akan diterbitkan di seluruh dunia oleh Warner Bros. Pictures.