Memaparkan catatan dengan label TONTON WAYANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TONTON WAYANG. Papar semua catatan

Khamis, 19 Mac 2015

CHAPPIE



Seorang jurutera robot senjata, Deon Wilson (Dev Patel), telah mencuri sebuah robot milik pihak polis untuk menguji program terbaru rekaannya yang membolehkan robot tersebut mempunyai deria seperti manusia. Tetapi apabila kumpulan penjenayah telah menculiknya, robot tersebut, Chappie (Sharlto Copley), terpaksa terlibat dalam dunia penjenayah yang penuh dengan keganasan. Pada masa yang sama, rakan kerja Deon, Vincent (Hugh Jackman,) yang mendapat tahu rancangan Deon sanggup mempertaruhkan segalanya untuk menjatuhkan Deon.

Klasifikasi: 18
Genre: Aksi / Ngeri
Tarikh Tayangan: 5 Mac 2015
Bahasa: English
Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pengarah: Neill Blomkamp
Pelakon: Hugh Jackman, Dev Patel, Sigourney Weaver, Sharlto Copley, Jose Pablo Cantillo

Khamis, 28 Ogos 2014

LUCY



Mengisahkan tentang dunia masa hadapan yang dipenuhi oleh pengganas, gengster, penagih dadah dan polis yang bergelumang dengan rasuah. Lucy yang dilakonkan oleh Scarlett Johansson adalah seorang wanita yang menetap di Taipei, Taiwan pada tahun 2069 bekerja sebagai seorang pengedar dadah. Pada satu hari dadah yang secara tidak sengaja memasuki sistem badannya dan telah mengakibatkan dirinya bertukar menjadi manusia yang hebat. Dia boleh memperolehi dan memahami sesuatu dengan sangat pantas, mengalihkan barang dengan menggunakan minda dan boleh merasai perasaan dan isihati orang disekelilingnya.

Klasifikasi: 18
Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 21 Ogos 2014
Bahasa: English
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pengarah: Luc Besson
Pelakon: Scarlett Johansson, Morgan Freeman

Khamis, 14 Ogos 2014

INTO THE STORM

Into_the_Storm movie poster

Filem aksi arahan Stevie Quale ini memaparkan kisah tentang sekumpulan pelajar sekolah yang ingin mengambil risiko membuat dokumentari mengenai ribut taufan yang melanda kawasan Silverton. Pelbagai cabaran akan mereka lalui untuk menghasilkan satu dokumentari realiti itu. Filem yang penuh aksi mencabar ini dibintangi oleh Richard Armitage. Sarah Wayne Callies, Matt Walsh, Alycia Debnam-Carey, Arlen Escarpeta, Max Deacon, Nathan Kress, Jon Reep dan ramai lagi.

Klasifikasi: P13
Genre: Ngeri
Tarikh Tayangan: 7 Ogos 2014
Bahasa: English
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pengarah: Steven Quale
Pelakon: Richard Armitage, Jeremy Sumpter, Sarah Wayne Callies