Memaparkan catatan dengan label dessert. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dessert. Papar semua catatan

Jumaat, 10 April 2015

Tak Perlu Ke Langkawi, Kini Ais Krim Gulung Ada Dijual Di Sunway Pyramid



Biasa dengar tentang ais krim gulung? Ais krim ini dijual di Pantai Chenang, Langkawi Aiskrim Gulung? Tetapi kini ais gulung boleh anda dapatkan di Monsters Ice Cream yang bertempat di Sunway Pyramid. Tak perlu terbang ke Langkawi lagi untuk mnikmati keenakan ais krim gulung lagi.
Menariknya, sejurus pembukaan premis tersebut, orang ramai berpusu-pusu dan tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai sendiri keenakan ais krim gulung walaupun terpaksa beratur panjang. Difahamkan, perisa yang ditawarkan juga tidak mengecewakan, antaranya adalah Chocolate + Nutella + Cornflakes, Koko Crunch + Nutella + Vanilla Ice Cream, Chocolate + Banana + Cornflakes + Ferrero Rocher + Choco Stick dan pelbagai lagi.
Jadi, singgahlah ke sana untuk menikmati ais krim yang penulis rasa mesti enak berkrim.
Screen Shot 2015-04-08 at 8.32.08 PM
Screen Shot 2015-04-08 at 8.32.18 PM
Screen Shot 2015-04-08 at 8.32.40 PM
Screen Shot 2015-04-08 at 8.34.04 PM
Screen Shot 2015-04-08 at 8.36.00 PM
Sumber : Says.com, Instagram Monsters Ice Cream


"Get a return flight to Phuket, Krabi or Singapore when you buy this smartphone!"s Totally Worth The Trip

Sabtu, 7 Februari 2015

SERIUS SEDAP! MARI BELAJAR RESEPI MAKARONI COCKTAIL

IMG_0301

Makaroni bukan sahaja sesuai sebagai makanan menu utama seperti macaroni bakar, macaroni goreng atau sebagainya. Malahan macaroni juga amat sesuai dijadikan sebagai hidangan pencuci mulut atau hidangan minum petang apatah lagi dengan cuaca sekarang yang panas setelah musim hujan melabuhkan tirainya.

Bahan-bahan:
  • 500 g macaroni (jenama San Remo lebih pejal dan lembut)
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 botol besar mayonis ( guna Lady’s Choice sebab rasanya lebih sedap dari jenama yang lain – jangan guna jenama yang lain)
  • Buah-buahan dalam tin (fruit cocktail)-kuantiti ikut suka hati tapi lagi banyak lagi sedap.
Cara membuat:
Rebus makaroni hingga lembut dan toskan. Kemudian gaulkan makaroni tersebut bersama mayonis dan buah-buahan dalam tin (tidak perlu ambil airnya). Akhir sekali masukkan susu pekat dan gaul rata. Setelah selesai, masukkan ke dalam peti sejuk. Boleh juga dimakan terus, tapi kalau sejuk lagi sedap. Jika anda inginkan tambahkan bahan lain juga tidak menjadi masalah seperti kismis, buah sagu dan sebagainya. Rasanya amat sedap sekali…Selamat Mencuba!!

Rabu, 28 Januari 2015

10 Kafe Ais Krim Wajib Singgah di Lembah Klang

Penulis pasti semua orang sukakan ais krim, selain Tutti Frutti, Häagen-Dazs, Baskin Robbin, Red Mango – apa lagi kafe ais krim yang sedap dan wajib anda singgah di sekitar Lembah Klang. 10 tempat-tempat ini sememangnya memberikan kelainan untuk anda.
Screen Shot 2015-01-26 at 9.05.05 PM
1. Milkcow
Korea Milkcow yang terkenal dengan ais krim organik yang mempunyai tekstur lembut ini telah dibuka di The Gardens Mall sekitar November tahun lepas. Ais krim diperbuat daripada susu organik dari Itali untuk rasa yang lebih mendalam dan lebih kaya. Difahamkan, kesemua bahan-bahan untuk ais krim Milkcow akan diimport dari Korea Selatan. Ada 12 jenis ais krim malah pelbagai topping menarik seperti honey syrup, cotton candy dan macarons akan disediakan.
Facebook – Milkcow Malaysia
Alamat – LG K23, The Gardens Mall, Mid Valley City, Kuala Lumpur ((berhadapan Cold Storage)
10690277_369734789854635_995206249321190608_n
2. Kafe Magnum
Pada harga RM9.90, pelanggan boleh menyesuaikan aiskrim mereka dengan memilih pilihan aiskrim Magnum yang disediakan, sebelum memilih pelbagai jenis lapisan, topping dan drizzles yang pelbagai. Di Magnum KL Infinity Bar, 250,000 ciptaan Make My Magnum mampu dihasilkan.
Facebook – Magnum
Alamat – Lot T-023, 3rd Floor, South Court, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
Screen Shot 2015-01-26 at 8.21.41 PM
3. Jipangi
Jipangi merupakan snek tradisional Korea yang diperbuat daripada tepung jagung. Ia juga dikenali sebagai “cane” atau “walking stick” di Korea.
Alamat – LG2.75A, Sunway Pyramid, Selangor
10891969_986693931360612_3278743630440256945_n
4.  Inside Scoop KL
Inside Scoop menjanjikan ais krim dengan tekstur yang fresh dan penuh kelazatan. Paling sedap bila dimakan bersama topping pilihan iaitu wafel, selain itu, anda patut cuba perisa durian yang sememangnya berikan kelainan dan citarasa tempatan.
Facebook – Inside Scoop KL
Alamat –
9, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, Kuala Lumpur
57, Jalan SS22/19, Damansara, Petaling Jaya
27, Jalan USJ10/1E, USJ Taipan, Subang Jaya
cotton candy ice cream
5. Whimsical Gelateria & Caffe by Cielo Dolci
Terkenal dengan ramuan yang unik seperti Cotton Candy Affogato (ia didatangi dengan secawan kelapa dan gula melaka gelato, dan topping candy floss), Nasi Lemak gelato, dan beef bacon gelato, Whimsical adalah tempat terbaik jika anda inginkan kelainan pada ais krim malah rasai pengalaman baru.
Alamat –  D2-G3-05, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur
10418949_637214716406433_7283137001118102925_n
6. Fatbaby Ice Cream
Apa yang menarik pada Fatbaby Ice Cream adalah ais krim buatan tangan sangat kaya dan penuh berkrim, malah hakikatnya ia tidak mengandungi pewarna tiruan, perisa atau pengawet menjadikan ia lebih menyeronokkan.
Facebook – Fatbaby Ice Cream
Alamat – 44, Jalan SS15/4B, Subang Jaya
1797477_682815348503800_4305694240012399567_n
7. Sangkaya
Apa yang special tentang ais krim Sangkaya, adalah ia tiada susu, tiada krim, dan tiada telur. Ais krim ini memang rasa kelapa saja, bukan sekadar rasa campuran gula dan ais krim vanila. Jika, tidak mahu plain, anda juga boleh memilih untuk menambah topping.
Facebook – Sangkaya
Alamat –
No. 21, Jalan Alor, Kuala Lumpur
Kapten, No. 50, Jalan SS15/4B, Subang Jaya
Lot FM-11, G flr, Ampang Point Centre
Salt ‘n Koffie, Jaya One
10926397_823400811067074_4490156238899094480_n
8. The Potong
Kelainan pada ais krim The Potong ialah menggunakan 100 peratus bahan semulajadi yang segar tanpa bahan pengawet, mempunyai perisa yang unik, paling penting sedap sehinggan menjilat jari.
Facebook – The Potong
Alamat –
UG (next to Proactive), Publika
Wondermama, Bangsar Village 1
The Soda Factory, No. 15, Jalan Bukit Desa 5, Taman Desa
Delectable Treats, Paradigm Mall
Frontera, Jaya One
the tarik
 9. The Last Polka
Inginkan ais krim dengan rasa tempatan? The Last Polka adalah pilihan terbaik, penciptaan mereka berdasarkan pada citarasa klasik Malaysia dan semestinya antara kegemaran warga kota. Anda patut cuba ais krim perisa gula malaka, teh tarik, pandan kaya, dan Nutella.
Facebook – The Last Polka
Alamat – Artisan Roast, Bangsar Village 11, Kuala Lumpur

Jumaat, 26 Disember 2014

Wajib Cuba! Keistimewaan Aiskrim Gulung Pulau



Aiskrim Gulung? Anda pernah merasai Aiskrim Gulung Pulau Langkawi? Pencuci mulut istimewa ini dijual di Pantai Chenang, Langkawi. Menurut page Kedah Kampung Cheq, aiskrim ini biasa terdapat di Thailand tetapi kini sudah boleh diperolehi di Langkawi.
Bila melihat pada video, segi pembuatannya sekali imbas seperti memasak daging burger. Namun, ia sebenarnya adunan cecair perisa vanila dan puri buah-buahan sedang digoreng untuk dijadikan aiskrim. Apa yang menarik lagi, perisa aiskrim bergantung kepada puri buah-buahan seperti blueberi, buah naga, strawberi, mangga, kiwi dan durian belanda. Cara pembuatannya, adunan vanila dan puri buah-buahan digoreng kemudian diratakan nipis di atas kuali bersuhu sejuk beku -30 darjah Celsius. Dalam tempoh dua saat adunan tadi akan menjadi aiskrim dan ia kemudian digulung. Pelanggan juga boleh memilih kacang, coklat urai, kismis hitam, coklat cair dan gula-gula marshmallow sebagai penghias tambahan untuk aiskrim tersebut.





Lokasi: Sebelah Mc’Donald dalam The Zon Free Duty, Pantai Cenang, Langkawi
Sumber : Kedah Kampung Cheq & Kosmo