Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan

Sabtu, 11 April 2015

Jom Belajar Resepi Pat Bing Soo, ABC Ala Korea

patbingso

Pat Bing Soo atau di Malaysia lebih dikenali sebagai ais kacang ataupun ABC lazat dimakan ketika cuaca panas. Jom belajar resepi pat bing soo, ABC ala Korea yang mudah dan cukup menyegarkan ini.
Bahan-bahan:

  • 250 gram kacang merah
  • Ais batu yang dikisar ikut selera
  • 1 biji pisang
  • 1 biji kiwi
  • 1 biji strawberi
  • Susu pekat manis
Cara membuatnya:
  • Rebus kacang merah sehingga lembut/masak
  • Biarkan sejuk
  • Letakkan ais batu ke dalam gelas kaca
  • Letakkan setengah kacang merah di atas ais
  • Tambah buah-buahan yang telah dipotong di atasnya
  • Tuang susu pekat manis
  • Siap dinikmati
Sumber – maangchi.com

 "11 Useful Tips You'd Wish You Knew Before You Start Traveling"

Resepi Bebola Pisang

bebola pisang

Bahan-Bahan
  • 5 biji pisang emas separuh masak
  • 10 ekor udang (cincang halus)
  • ½ labu bawang besar (hiris)
  • 1 tangkai daun bawang (mayang halus)
  • ½ sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • 1 biji telur
  • 1 tangkai cili merah (tumbuk)
  • 1 sudu kecil garam
  • Minyak secukupnya
Cara Penyediaan
  1. Pisang dibuang kulit, kemudian rendam dengan air garam seketika.
  2. Hiris nipis pisang dan goreng hingga kekuningan dan tuskan.
  3. Kemudian, goreng bawang besar hingga kekuningan. Angkat dan tuskan.
  4. Selepas itu, tumbuk bawang besar tadi dengan pisang hingga lumat dan gaulkan dengan udang, daun bawang bawang goreng, cili, serbuk ketumbar dan garam. Gaulkan sebati dan kepal-kepalkan, lalu celupkan ke dalam telur.
  5. Pijarkan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan tuskan.
  6. Siap!
Sumber: Saji Online

 4 langkah senang gila untuk menang RM1000 hanya dengan makan keropok diam-diam

Jumaat, 10 April 2015

Resepi Donut Sira Sambal

DSC05183


Bahan-Bahan Untuk Sira Sambal
15 tangkai cili kering
5 biji bawang putih
1/4 cawan sos tomato
2-3 sudu besar gula pasir (ataupun mengikut citarasa)
1/2 labu bawang besar
Garam secukup rasa
10 -15 biji donut yang telah digoreng
Cara-Cara Memasak Sira Sambal
  1. Kisarkan lada kering, bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air dan tumis hingga garing.
  2. Masukkan gula, garam dan sos tomato.
  3. Kacau lagi hingga tumisan kering atau garing.
  4. Kecilkan api dan buang lebihan minyak yang terhasil semasa menumis tadi.
  5. Dengan api yang sangat kecil, kacaukan donat bersama sambal.
  6. Teruskan kaedah kaup balik hingga sambal melekat pada keseluruhan donut.
  7. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan!
*Sebaiknya, selepas disira, terus angkat donut tersebut dan letakkan di atas pinggan untuk mengelakkannya daripada melekat pada kuali.
Selamat mencuba!


Jumaat, 13 Februari 2015

Resipi Bihun Sup Bonda Sedap & Mudah Dibuat

Bihun sup adalah makanan yang menjadi kegemaran di kalangan semua lapisan masyarakat, tak kira melayu, india, cina dan bangsa-bangsa lain pasti menggemari bihun sup. Apatah lagi jika ibu kita yang buat dan dihidangkan bersama ayam atau daging yang sangat membuka selera dan pasti menjadi hidangan yang sangat lazat. Sebab itu lah penulis namakan resepi ini bihun sup bonda. Bihun sup juga seringkali menjadi pilihan utama pada hari istimewa seperti jamuan hari raya, sebagai menu berbuka puasa, jamuan hari lahir dan sebagainya.
Masa: Penyediaan : 20 minit  Memasak: 20 minit Keseluruhan: 40 minit
Bahan-Bahan:
IMG_20150207_111430664
1 paket bihun (direbus dan ditoskan) – dicampurkan juga dengan sedikit serbuk kunyit untuk menyerlahkan warna bihun.
Bahan Sup:
IMG_20150207_111846751_HDR
1) Seekor ayam yang dipotong kecil
2) 1 biji bawang besar **
3) 2 incia halia **
4) 2 ulas bawang putih **
5) 1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang dan 3 kuntuk bunga cengkih (untuk menaikkan bau dan rasa)
6) sup bunjut
7) serbuk pati ayam
8) 4 biji cili padi **
9) secubit garam dan gula
Bahan Cili
IMG_20150207_111943538
1) 10 tangkai cili padi (direbus dan ditoskan)
2) 3 sudu sos cili
3) sedikit garam dan gula sebagai penambah rasa.
Bahan-Bahan Hiasan:
IMG_20150207_122326571
1) Daun bawang dan daun sup (dipotong halus)
2) Bawang goreng
3) Lobak Masin (digoreng kekuningan dan potong halus)
4) Tauhu (digoreng kekuningan dan potong dadu)
5) Tauge (dicelur dan ditoskan)
Cara-cara Penyediaan:
Cara untuk penyediaan sup:
Kisarkan semua bahan yang bertanda **, masukkan kesemua bahan sup kecuali serbuk pati ayam, garam dan gula ke dalam periuk, masukkan ayam dan gaul-gaulkan di atas api sehingga ayam masak sempurna. Penulis tidak menggunakan kaedah menumis kerana ayam yang dimasak akan mengeluarkan minyak dari lemak ayam tersebut. Setelah ayam masak sempurna, masukkan air secukupnya dan akhir sekali masukkan garam, gula dan serbuk pati ayam secukup rasa. Selepas itu, kacau, tutup periuk dan perlahankan api. Biarkan sup mereneh dan masak sempurna.
Cara penyediaan untuk sambal merah:
Kisarkan cili kering dan masukkan sos cili, garam dan gula serta sedikit air. Masak cili sehingga pekat.
Setelah semuanya siap dimasak, bolehlah masukkan bihun kedalam mangkuk taburkan dengan bahan-bahan hiasan. Hidang dengan sambal merah.
Siap!! Hidangan sedia untuk dimakan.
Selamat mencuba.

Sabtu, 7 Februari 2015

SERIUS SEDAP! MARI BELAJAR RESEPI MAKARONI COCKTAIL

IMG_0301

Makaroni bukan sahaja sesuai sebagai makanan menu utama seperti macaroni bakar, macaroni goreng atau sebagainya. Malahan macaroni juga amat sesuai dijadikan sebagai hidangan pencuci mulut atau hidangan minum petang apatah lagi dengan cuaca sekarang yang panas setelah musim hujan melabuhkan tirainya.

Bahan-bahan:
  • 500 g macaroni (jenama San Remo lebih pejal dan lembut)
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 botol besar mayonis ( guna Lady’s Choice sebab rasanya lebih sedap dari jenama yang lain – jangan guna jenama yang lain)
  • Buah-buahan dalam tin (fruit cocktail)-kuantiti ikut suka hati tapi lagi banyak lagi sedap.
Cara membuat:
Rebus makaroni hingga lembut dan toskan. Kemudian gaulkan makaroni tersebut bersama mayonis dan buah-buahan dalam tin (tidak perlu ambil airnya). Akhir sekali masukkan susu pekat dan gaul rata. Setelah selesai, masukkan ke dalam peti sejuk. Boleh juga dimakan terus, tapi kalau sejuk lagi sedap. Jika anda inginkan tambahkan bahan lain juga tidak menjadi masalah seperti kismis, buah sagu dan sebagainya. Rasanya amat sedap sekali…Selamat Mencuba!!

Isnin, 2 Februari 2015

Mari Belajar Resepi Spaghetti Aglio Olio Yang Mudah

resepi1

Ingin mencuba resepi yang mudah dan tidak remeh? Mungkin, anda boleh cuba makanan Itali seperti Spahetti Aglio Oglio.
Bahan-bahan (5-6 orang)
  • 500 g spaghetti
  • 1 kg seafood (udang, sotong dan kepah)
  • 1 cawan minyak zaitun (olive oil)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 sudu besar chili flakes
  • 3 sudu besar oregano flakes
  • 3 sudu besar parsley flakes
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 kiub pati ayam
Cara-cara
  • Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan seafood ini.
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
  • Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.
  • Masukkan spaghetti dan seafood. Kacau hingga sekata.
  • Siap untuk dihidangkan.

Khamis, 29 Januari 2015

Resepi Pisang Goreng Cheese oleh Sheila Rusly

www.bukuresepi.com

Pisang Goreng Cheese cukup popular sekitar akhir tahun lepas. Ianya sangat mendapat permintaan ramai hingga ada yang merebut peluang keterujaan orang ramai untuk menjadikan ianya sebagai pendapatan sampingan.
Ramai yang menceritakan dan mengambarkan betapa enak dan lazatnya bila dapat menikmati pisang goreng cheese. Bertambah enak lagi bila di makan ketika masih hangat.
Bahan untuk pisang goreng
  • 1 biji pisang Tanduk (dipotong mengikut citarasa masing2)
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • sebiji telur
  • satu sudu butter
  • secubit garam
  • perwarna kuning@serbuk kunyit
  • minyak masak secukupnya untuk mengoreng
Bahan untuk toping
  • Keju cheddar(diparut)
  • satu sudu kecil susu pekat manis
  • satu sudu kecil butter
Cara membuat
1. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta pewarna kuning. (Sesiapa yang tak suka pakai pewarna boleh juga guna serbuk kunyit), masukkan sesudu butter di dalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.
2. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan. (deep fry).
3. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng.

All These Spaces Are So Awesome, It's Hard To Believe They Are Hotels 

Sabtu, 29 November 2014

KEK KEJU MELELEH



Untuk kekBahan-bahannya:
100g tepung gandum
60 g tepung jagung
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar ovelette
100g gula kastor
4 biji telur
50ml air sejuk
75g mentega cair
1 sudu kecil vanila

Cara membuat:
1. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik.
2. Campurkan semua bahan diatas kecuali mentega cair.
3. Pukul sampai gebu dan masukkan mentega cair. Kemudian sebatikan.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 45 minit.

Untuk krim
Bahan-bahannya:
260g krim keju
120g susu pekat manis
50ml whipping cream

Campurkan semua bahan hingga sebati, aduanan ini memang cair.

Untuk hiasan
1 buku ( 250g ) keju cheddar.

Cara penyediaan:
1. Kek yang dimasak tadi disejukkan dahulu kemudian di bahagiakan 2 keping.
2. Tuangkan krim keju di atas kepingan pertama.
3. Lapiskan dengan kek dan tuangkan kesemua baki tadi di atas kek.
4. Parutkan keju cheddar di atas kek.

Selamat mencuba!

ROTI GULUNG BERINTI



Bahan-bahan:3 keping roti putih
2 keping biskut tawar – dihancurkan
1 biji telur yang ditambah garam dan dipukul

Bahan untuk inti:
2 sudu besar daging ayam hancur
3 sudu besar sayur campur
1 ulas bawang kecil yang telah dicincang
2 biji cili merah yang ditumbuk halus
½ kiub ayam-ditumbuk bersama cili
Garam secukup rasa

Cara penyediannya:
1. Tumis bawang kecil bersama cili hingga kekuningan di dalam kuali.
2. Masukkan daging ayam hancur dan masak beberapa minit sehingga masak.
3. Masukkan sayur campur dan garam secukup rasa. Kemudian ketepikan.
4. Ambil roti dan digelek nipis dan dipotong dua.
5.Masukkan inti dan gulung. Gamkan hujung gulungan dengan menggunakan sedikit sapuan telur.
6. Kemudian celupkan roti ke dalam telur dan salutkan dengan biskut tawar yang telah dihancurkan.
7. Goreng sehingga kekuningan.

Selamat mencuba resepi mudah ini dan selamat menjamu selera!

Sabtu, 27 September 2014

RESEPI PUDING ROTI MARBLE






PUDING ROTI MABLE
1 paket agar2 tali (18g )
4 keping roti
2 biji telur...

1/2 cwan gula pasir
1/2 cwan susu pekat manis
1 tin susu cair
2 sudu mkn Mentega
3'1/2 cwan air
Perwarna merah
Sbuk koko / cocoa emulco (nk pkai slah satu bleh...nak pkai dua2 pon bleh)
~cuci agar2...tos airnye...rebus agar2, gula pasir dgn 3 cawan air...rebus sampai agar2 lembut dan cair
~blende roti, susu pekat manis, susu cair, 1/2 cwan air, telur...ktepikan dulu
~bila agar2 dah cair...masukan bahan2 blande tadi...gaul rata (jaga2 api ye..guna api sedang je) tunggu smpai mdidih...masukan mentega gaul smpai mentega cair...padam api
~bahagikn kepada 3 adunan
~ambil 1 adunan...bubuh pwarna merah
~ambil lagi 1...bubuh koko (klu guna serbuk koko pastikn bancuh dulu dgn 1 sudu kcil air suam...sbb xmahu ketul2 nanti)
~1 adunan lagi...biar kaler asli
~ambil loyang...bubuh 1 senduk kaler asli pastu bubuh plak kaler merah dan sterusnye kaler coklat....lapis2kan dia...buat smpai habis...proses ini perlu dlakukan dgn cepat ye...ok siap....masukan dlm peti...nyum2 hihiii

Rabu, 24 September 2014

RESEPI POTATO FRITTERS

POTATO FRITTERSBahan:

  • 5 - 6 biji kentang (kupas dan basuh bersih)
  • 4 sudu besar tepung jagung (sukatan boleh adjust secukupnya)
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telor - dipukul sedikit
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
Cara-Cara:-
  1. Kentang diparut hingga habis dalam penapis. Sambil tu, biarkan airnya keluar sekejap sambil ditekan2 sikit parutan. Buangkan airnya.
  2. Masukkan parutan kentang dalam mangkuk sesuai. Tambah tepung jagung, tepung gandum, lada sulah dan garam secukup rasa.
  3. Masukkan telor dan gaul sebati kesemuanya. (Adunan mmg berair sedikit)
  4. Panaskan minyak dalam kuali secukupnya untuk goreng terendam. Sudukan adunan dan goreng hingga kuning keemasan atau garing lagi sedap. (Balik-balikkan selalu ya, agar rangup)
  5. Angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos kegemaran.
Potato fritters