Memaparkan catatan dengan label masak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masak. Papar semua catatan

Khamis, 19 Mac 2015

Masak telur dadar gebu lagi melazatkan



Telur dadar ini boleh dikatakan sebagai makanan wajib tidak kira bujang atau yang sudah berkahwin kerana ia boleh dimakan dengan nasi ataupun dimakan begitu sahaja.
Walaupun ia mudah dan cepat untuk dimasak, namun tidak ramai yang tahu bagaimana hendak menggebukan telur dadar.
Bahan-bahan- 2 biji telur
- Garam (secukup rasa)
- Cili (dipotong)
- Bawang besar (dihiris)
- Mayonis
- Minyak

Cara-cara
- Pertama, pecahkan telur ke dalam mangkuk kemudian letakkan secubit garam.
- Kedua yang juga rahsia untuk menjadikan telur dadar gebu adalah mayonis. Masukkan mayonis ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Pastikan mayonis anda telah berada dalam suhu bilik kerana jika sejuk ia akan menyebabkan mayonis berketul.
- Kemudian masukkan cili yang dipotong dan bawang besar. Anda juga boleh menambah bahan lain seperti udang, daging ataupun isi ayam. Kacau semula untuk dua minit.
- Panaskan minyak terlebih dahulu dan selepas kuali sudah panas tuangkan perlahan-lahan ke dalam kuali.
- Apabila lapisan bawah sudah sedikit masak, terbalikkan telur tersebut ke bahagian yang lagi satu.
- Hidangkan bersama nasi putih bersama sup atau dimakan begitu sahaja.

Selamat mencuba dan menjamu selera.

Ahad, 11 Januari 2015

Mesti Baca! Macam Mana Suami Nak Pikat Hati Isteri Agar Rajin Masak?

loving husband feeding wife a piece of tomato while cooking

Ya! Apa cara yang boleh suami lakukan agar isteri rajin masak? Ataupun isteri tidak tahu masak? Mungkin ada pasangan yang mengatakan suami menerima dirinya seadanya, tetapi persoalan yang jelas ialah sampai bila!!
Jadi, apa yang boleh dilakukan oleh suami agar isteri rajin masuk dapur. Kalau isteri tak tahu masak, boleh belajar. Dan lelaki, silalah ringankan tulang menolong.
1. Suami kena sokong isteri, bukan asyik complaint sahaja.
Jika isteri tidak pandai memasak, jangan marah ataupun herdik dia tetapi hantarlah dia ke kelas memasak. Jika, setiap hari berlatih dan belajar, nanti pandailah isteri. Suami juga boleh belikan buku masakan untuk dibaca dan dicuba oleh isteri.
2. Suami kena tolong isteri di dapur.
Ini penting, takkan la anda ingin biarkan isteri bersendirian menyediakan juadah untuk anda. Isteri yang bekerjaya mungkin tiada masa untuk memasak jadi, si suami perlulah membantu isteri di dapur. Fikirkan menu apa yang ingin dimasak. Bukan apa, secara tak langsung, dapat eratkan hubungan suami isteri.
3. Rajin sediakan bahan-bahan untuk isteri masak.
Jika suami tahu resepi masakan yang isteri ingin masak, mungkin boleh sediakan bahan-bahan penyediaannya. Mungkin suami boleh sediakan bahan-bahan basah dan kering jadi mudah untuk isteri menumisnya sahaja. Apabila anda rajin, perkara yang susah akan mudah.
4. Tonton rancangan memasak bersama-sama.
Suami jangan hanya asyik tengok cerita sukan sepanjang hari, luangkan sedikit waktu menonton rancangan memasak bersama isteri. Sekarang di TV, banyak saluran khas untuk program masakan yang disediakan, malah, program tersebut langsung tidak bosan. Ada Astro AFC, Astro Food Network Channel dan pelbagai lagi.
5. Mulakan menu yang mudah.
Pelik untuk suami tidak tahu masak, apatah lagi masak sardin. Bagi yang tidak pandai memasak, dicadangkan untuk memasak masakan yang mudah dan ringkas terlebih dahulu. Mungkin, anda boleh cuba goreng ayam, rebus telur, masak nasi, tumis sayur dan pelbagai lagi yang ringkas.
Jadi, bila suami anda membantu anda, masih tidak mahu memasak lagi, Apapun, tepuk dada tanya selera.
Sumber Siraplimau