Sabtu, 5 Februari 2011

Kata-kata indah

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi.Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan dua buah mata di depan wajah kita kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang.Tapi pandanglah semua itu ke depan,pandanglah masa depan kita.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga,tapi kita hanya diberi 1 buah mulut.Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam,mulut bisa menyakiti,bisa membunuh,bisa menggoda,dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan.Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita.Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita,kita tetap kaya.Kerana tidak ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita,fikiran kita dan idea kita.Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita.Mengingatkan kita pada perhargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam.Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.




Khamis, 3 Februari 2011

1st GiveAway Queenpink: Teka Teki Contest




Salam kepada semua.Saya mahu buat 1st GiveAway Queenpink Teka Teki Contest sempena pembukaan blog saya.Saya harap ada yang sudi join contest ini.Saya mahu mencari sesiapa yang berjaya menjawab teka teki ini.

Soalan teka teki:

Terdapat seorang pakcik tua.Dia ini seorang yang buta.Suatu hari,dia mahu melintas sebuah jalan yang penuh dengan kereta.Yang peliknya,pakcik itu berjaya melintas jalan itu tanpa dilanggar kereta.Macam mana dia boleh berjaya sedangkan dia nie kan buta?

Syarat-syarat penyertaan bagi sesiapa yang mahu join contest ini mudah sahaja..
  1. Follow blog QUEENPINK dan Contest Queenpink
  2. Buat entri ringkas dengan tajuk 1st GiveAway Queenpink: Teka Teki Contest
  3. Hantar jawapan teka teki  dan url entry di ruangan komen Blog Contest Queenpink
  4. Tag 3 blogger yang lain
  5. 3 orang pemenang akan dipilih.Bergantung kepada jumlah penyertaan.Lagi ramai join,lagi banyak la hadiah yang akan diberi
  6. Hadiahnya sangat lumayan dan menarik
  7. Tarikh tutup penyertaan: 1 MAC 2011
Sekian,terima kasih.