Selasa, 30 September 2014

FEBREZE HOMEMADE

Ahad, 28 September 2014

SELAMAT HARI AHAD

Selamat pagi Ahad...Nak feeling2 hidangkan kopi untuk insan tersayang camni, apa kata korang cuba... #ideasarapan #sajakongsi

Selamat pagi Ahad...Nak feeling2 hidangkan kopi untuk insan tersayang camni, apa kata korang cuba... ‪#‎ideasarapan‬ ‪#‎sajakongsi

Sabtu, 27 September 2014

Pengantin pakai gaun kahwin sepanjang 4.8km



BEIJING - Seorang pengantin perempuan memakai gaun perkahwinan sepanjang 4.8 kilometer (km) dalam majlis perkahwinannya, lapor akhbar Metro.co.uk kelmarin.
Kira-kira 40 pengapit diperlukan untuk mengangkat baju pengantin yang beratnya mencecah 50 kilogram itu.
Pengantin perempuan itu, Jing Mei yang berasal dari Chengdu berkata, dia dan suaminya berhasrat memecah rekod dunia dengan memakai gaun pengantin yang terpanjang.
"Kami akan menghubungi Rekod Dunia Guinness bagi mendapatkan pengiktirafan itu," katanya.
Suaminya, Yuan berkata, baju pengantin itu bernilai £4,000 (RM21,277). - Agensi


RESEPI PUDING ROTI MARBLE






PUDING ROTI MABLE
1 paket agar2 tali (18g )
4 keping roti
2 biji telur...

1/2 cwan gula pasir
1/2 cwan susu pekat manis
1 tin susu cair
2 sudu mkn Mentega
3'1/2 cwan air
Perwarna merah
Sbuk koko / cocoa emulco (nk pkai slah satu bleh...nak pkai dua2 pon bleh)
~cuci agar2...tos airnye...rebus agar2, gula pasir dgn 3 cawan air...rebus sampai agar2 lembut dan cair
~blende roti, susu pekat manis, susu cair, 1/2 cwan air, telur...ktepikan dulu
~bila agar2 dah cair...masukan bahan2 blande tadi...gaul rata (jaga2 api ye..guna api sedang je) tunggu smpai mdidih...masukan mentega gaul smpai mentega cair...padam api
~bahagikn kepada 3 adunan
~ambil 1 adunan...bubuh pwarna merah
~ambil lagi 1...bubuh koko (klu guna serbuk koko pastikn bancuh dulu dgn 1 sudu kcil air suam...sbb xmahu ketul2 nanti)
~1 adunan lagi...biar kaler asli
~ambil loyang...bubuh 1 senduk kaler asli pastu bubuh plak kaler merah dan sterusnye kaler coklat....lapis2kan dia...buat smpai habis...proses ini perlu dlakukan dgn cepat ye...ok siap....masukan dlm peti...nyum2 hihiii

KHALISYA EYELASH LACE DRESS

khalisya eyelash lace dress
Harga rm75.00
Postage:RM6 (semenanjung) / RM10 (sabah sarawak.
Material Top - Lycra with Eyelash Lace & Bottom - Satin with full lining
Size M ...
Measurement Length: 140 cm
Bust/Hip: 96 cm
Waist: 80 cm
Shoulder: 38 cm
Sleeve: 58cm
Weight 450 gram
Model's Height 164 cm

Sms/whatsapp 011-29292581

KEISHA SEQUIN DRESS

Keisha Sequin Dress
PRICE: RM80
POSTAGE: RM6 (SEMENANJUNG) / RM10 (SABAH SARAWAK)
Material Top - Lycra & Bottom - Satin with full lining
Size M...

Measurement Length: 140 cm
Bust: 98 cm (strechable)
Waist: 92 cm (strechable)
Shoulder: 36 cm
Armhole: 50 cm
Sleeve: 60 cm
Weight 500 gram
Model's Height 164 cm

Sms/whatsapp 011-29292581

KURNIA DRESS

Kurnia Dress
PRICE: RM70
POSTAGE: RM6 (SEMENANJUNG) / RM10 (SABAH SARAWAK)
Material High Quality Cotton Lycra
Size Free Size (Fits up to M)...
Measurement Length: 140 cm
Bust: 92 cm
Waist: 74 cm (strechable)
Shoulder: 38 cm
Sleeve: 55 cm
Weight 450 gram
Model's Height 164 cm

Sms/whatsapp 011-29292581

KATRINA DRESS

Katrina Dress
Harga RM80.00
Postage:RM6 (semenanjung) / RM10 (sabah sarawak.
Material Top - Lace with lining except hand & Bottom - Chiffon with full lining
Size M
Measurement Length: 140 cm
Bust/Hip: 94 cm
Waist: 84 cm
Shoulder: 36 cm
Sleeve: 58 cm
Weight 400 gram
Model's Height 164 cm

Sms/whatsapp 011-29292581

 

COINS DEPOSIT MACHINES


 

Syiling yang anda kumpul dan tidak tahu mana nak tukar, selepas ini boleh disimpan di "Coins deposit machines". Selamat menabung

SELAMAT PAGI SABTU



 
Selamat pagi Sabtu..Korang sarapan apa je pagi ni? Agak-agak dah boring tak tau nak sarapan apa lagi, apa kata korang try camni..Macam sedap je.. #ideasarapan #sajakongsi

7 SELEBRITI KUCING YANG WAJIB ANDA KETAHUI





Mesti ramai yang pernah tengok gambar kucing ini yang bertebaran di media social dan sebenarnya mereka menjadi kegemaran ramai.

 1. Snoopy the Cat
Dengan mata bulat, hidung mungil, dan badan bulatnya, Snoopy merupakan selebriti kucing yang paling comel. Pada asalnya beliau terkenal di negara asalnya, Cina, melalui laman sosial Weibo, tetapi oleh kerana kecomelan dan aksinya, beliau pantas menjadi fenomena antarabangsa. Fanpage Snoopy untuk warga Thailand sahaja mencecah 36,000 likes dalam setahun! Beliau mendapat pendedahan antarabangsa melalui featured posting di dalam Catsparella, dan kini, terdapat 2 blog Tumblr yang dibuat untuk beliau.Snoopy the Cat, bukan setakat comel, tetapi, mempunyai fashion sense yang wajar kita ikuti!

 

2.Maru
Maru, berasal dari Jepun, merupakan seekor kucing yang sangat nakal tetapi lucu! Mendapat gelaran kucing paling lucu dalam dunia, kucing ini adalah seekor jantan berbaka Scottish Fold. Beliau menjadi terkenal apabila aksinya bermain – terutama kegilaanya bermain kotak dan kesukaannya memakai “topi” dirakam dan dikongsi di Youtube. Setakat April 2013, video Maru telah ditonton sebanyak 200 juta kali! Buku dan DVD bertajuk “I Am Maru”, DVD Maru Desu dan buku berbahasa Jepun telah diterbitkan untuk merakam aksi-aksi manja Maru.
  
Colonel Meow
Anda pasti tidak akan lupakan wajah garang Colonel Meow ini. Colonel Meow ialah seekor kucing jantan berbaka Parsi-Himalaya dan merupakan pemegang rekod Guinness 2014 untuk bulu kucing terpanjang – 9 inci! Colonel Meow menjadi terkenal apabila pemiliknya (“slave beasts”) berkongsi gambar-gambarnya di Facebook dan Instagram. Beliau mempunyai beratus ribu pengikut yang dipanggil “minions”. Di kalangan pengikutnya, Colonel Meow sering dipanggil “Diktator Comel yang Menakutkan”, “Peminum Scotch”, dan “Kucing Paling Pemarah dalam Dunia”.
 
4. Lil Bub
Pada asalnya, Lil Bub merupakan kucing liar yang diambil sejak kecil oleh tuannya. Akibat dari mutasi genetik, Lil Bub memiliki mata yang besar, berbadan kecil dan lidah yang sentiasa terkeluar. Meskipun dengan pelbagai kesukaran yang beliau hadapi, Lil Bub dapat membesar dengan sihat di bawah penjagaan tuannya, Bridavsky. Bridavsky sering berkongsi video Lil Bub di Youtube, dan hasilnya Lil Bub telah mengumpul 100,000 pengikut dan pageview sebanyak 19 juta. Pada masa kini, Lil Bub telah mempunyai buku sendiri, merupakan hos rancangan bual bicara, “seekor” bintang filem dan telah berjaya mengumpul dana USD $100,000 untuk membantu haiwan-haiwan yang memerlukan pertolongan.
  
Cooper
Cooper adalah kucing berusia 6 tahun yang tinggal di Seattle. Seminggu sekali, beliau akan memakai kamera ringan yang dilekat pada kolarnya dan bawa kita berjalan-jalan di dalam dunianya. Juga dikenali sebagai Kucing Fotografer, laman web beliau dapat dapat dilawati di PhotographerCat.com.
 
6.Hamilton the Hipster Cat
Hamilton dahulu merupakan seekor anak kucing jalanan yang diselamatkan oleh tuannya. Apa yang menarik tentang Hamilton adalah misainya yang ala-ala Wak Doyok gitu. Facebook page Hamilton telah mengumpul sebanyak 99,000 pengikut, dan semakin bertambah setiap hari. Ada yang memanggil Hamilton sebagai “Misai Paling Cool dalam Internet”. Hamilton berpotensi untuk menjadi kucing yang paling popular dalam internet dan sering disebut-sebut sebagai “The Next Grumpy Cat”
 
7. Grumpy Cat
Grumpy Cat ialah seekor kucing betina yang lahir pada 4 April 2012. Nama sebenar beliau ialah Tardar Sauce. Beliau menjadi terkenal di internet oleh kerana ekspresi mukanya yang sering masam mencuka. Menurut pemilik beliau, Tabatha Bundesen, mukanya setiap masa “grumpy” adalah disebabkan feline dwarfism – yakni kekerdilan saiznya. Nama beliau mencanak naik pada 2013 selepas gambarnya dimuat naik ke laman sosial Reddit. Wajah beliau sering dijadikan”meme” dengan caption lucu, dan sering menarik hati peminat untuk di-”viral”kan. Grumpy Cat adalah kucing yang paling popular di internet pada masa ini. Grumpy Cat juga mungkin merupakan kucing terkaya di dunia – dengan beliau menjadi model Friskies, iklan Cheerios, 2 buku, kopi dengan jenama beliau, sering muncul dalam rancangan bual bicara, dan kontrak filem – semuanya dalam masa setahun setengah selepas beliau muncul di Reddit.
 
Dan akhir sekali, ini untuk anda semua: