Sabtu, 29 September 2012

BABAK CINTA


Jumaat, 28 September 2012

THE REASON

I'm not a perfect person
There's many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That's why I need you to hear

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you

And the reason is you
And the reason is you
And the reason is you

I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you

I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you

ANAK DATUK K JUMPA ROZITA CHE WAN

Anak Datuk K jumpa Rozita Che Wan

  Aktres popular, Rozita Che Wan terkejut apabila salah seorang anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K telah menyapanya dan bertanya tentang gosipnya yang dikatakan mahu berkahwin dengan bapanya.

"Saya tak kenal Datuk K secara peribadi dan begitu juga anaknya. Dia tiba-tiba menyapa saya di sebuah majlis tertutup dan bertanya mengenai perkara berkenaan," katanya kepada sebuah portal hiburan redcarpet.

Aktres berusia 38 tahun sebelum ini pernah digosipkan kononnya telah berkahwin dengan Datuk K secara rahsia tanpa pengetahuan ramai. Namun Rozita menafikan gosip tersebut dan meminta semua media supaya berhenti membuat spekulasi mengenai dirinya dan Datuk K kerana tidak mahu melukai hati isteri Datuk K iaitu penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Sementara itu, ibu tunggal kepada dua orang anak ini berkata, dia kini selesa hidup menjanda dan lebih berhati-hati dalam mencari cinta selepas gagal dalam perkahwinan sebelum ini.
Menurutnya, dia sangat cerewet apabila melibatkan lelaki dan telah menyatakan bahawa dia akan hanya berkawan dengan lelaki bujang atau pun duda yang tidak mempunyai anak.

"Saya cuma akan berkawan dengan lelaki bujang atau pun duda yang tidak mempunyai anak kerana enggan anak-anaknya menghadapi masalah dengan saya.

"Saya tertarik pada lelaki yang baik, tidak ego dan dapat menjaga rumah tangga dengan sempurna walaupun tidak dia tidak kaya. Yang paling penting adalah lelaki itu mestilah boleh menerima kedua-dua anak lelaki saya," akhirinya.

Ahad, 23 September 2012

REAL BARBIE DOLL

Memang menjadi lumrah manusia suka melihat sesuatu yang indah dan cantik terutamanya wanita atau gadis cantik. Kali ini kita akan melihat gadis yang sangat cute saling tak tumpah macam barbie doll.Valeria Lukyanova, 21 tahun memang terkenal sebagai gadis yang mirip patung hidup dari Ukraine. Kerjayanya sebagai peragawati memang menuntut beliau untuk sentiasa kekal cantik.Ramai yang mempersoalkan tentang pembedahan plastik yang dijalani oleh Valeria. Pembedahan itu kelihatanya begitu berjaya sehingga Valeria betul-betul tampak seperti barbie doll.Namun begitu Valeria menafikan bahawa beliau menjalani pembedahan plastik. Valeria mengatakan kecantikan yang dimilikinya adalah semulajadi.

PERKAHWINAN ANAK SULTAN BRUNEI

Anak perempuan Sultan Brunei telah pun melangsungkan perkahwinannya pada 20.09.2012, dalam majlis pelbagai acara yang diadakan dengan penuh gilang-gemilang.


Gambar Perkahwinnan Anak Sultan Brunei

 Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, 32,  anak kelima daripada Sultan Brunei dan isterinya, Queen Saleha serta pasangan Hajah Hafizah, Pengiran Haji Muhammad Ruzaini, 29,  secara rasminya telah sah menjadi pasangan suami isteri di satu majlis yang diadakan di Dewan Istana Nurul Iman.

Perkahwinan pasangan tersebut berlangsung dalam Istana Diraja Brunei yang tersergam indah dan dikatakan mempunyai 1700 bilik! Kedua-dua pengantin bekerja sebagai Kakitangan Kerajaan.


Gambar Perkahwinnan Anak Sultan Brunei

 Puan Hajah Hafizah, yang mempunyai ijazah dalam pentadbiran perniagaan, bekerja sebagai seorang pegawai di Kementerian Kewangan, manakala Ruzaini pula merupakan seorang penjawat awam di Pejabat Perdana Menteri.

 FotoFoto

Khamis, 20 September 2012

CANTIK DI HATI

 
Disebalik air mata pasti akan datang senyuman..,
disebalik duka pasti akan datang penyembuhnya.,
disebalik kesabaran pasti akan datang kebahagiaan.,
disebalik kesulitan pasti akan datang kemudahan..,
disebalik kebencian pasti akan datang kasih sayang..,
kesabaran membuahkan hasil yang sangat manis..,


'SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA BERSAMA HAMBANYA YANG SABAR'
pesan pada diri..
sabarlah duhai hati..

sumber  :  majalah wanita Ogos 2012

Rabu, 19 September 2012

SENYUM DALAM TANGISAN



Tidak semua AIR MATA bererti DUKA
kadang kala tangisan adalah KEBAHAGIAAN yang tidak mampu diungkapkan dengan LISAN.

 Tidak semua SENYUMAN bererti GEMBIRA, 
kadang kala senyuman menjadi PENUTUP bagi hati yang TERLUKA.

Selasa, 18 September 2012

KEBAHAGIAAN DAN KETENANGAN JIWA



Alangkah bahagianya jika kita memiliki jiwa yang penuh dengan ketenangan. Sebaliknya, amat gelisah sekali buat seseorang yang jiwanya mengalami kebingungan serta kegoncangan.

Dalam kehidupan ini pasti kita bertemu dengan dua jenis manusia, iaitu manusia yang jiwanya tenang dan manusia yang jiwanya sering merasa gelisah.

Remaja tentu pernah mengalami saat diri terasa bingung dengan masalah menyebabkan jiwa menjadi gelisah dan tidak menentu.

Ketika itu, terasa tiada tempat untuk mengadu, hampir putus asa dalam keadaan terkapai-kapai bersendirian. Saat itu, kita amat memerlukan sesuatu yang dapat membersihkan jiwa dan fikiran.

Jika penyakit kencing manis akibat gula berlebihan, kolesterol tinggi kerana banyak lemak, stress kerana tekanan, maka jiwa yang tidak tenteram pun ada sebabnya.

Sebab utamanya adalah dosa. Dosa adalah racun yang meracuni hati dan perasaan. Berbanding dengan racun biasa yang memudaratkan anggota badan.

Maka kita mesti menjauhi segala kejahatan yang ditimbulkan anggota badan. Tujuh anggota badan yang paling berpengaruh dalam melakukan dosa adalah mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki sehingga ada ulama yang mengatakan Allah menciptakan tujuh neraka itu sebagai tempat menyeksa anggota yang melakukan dosa.

Mata perlu digunakan bagi tujuan melihat perkara yang baik dan indah.Bukannya perkara haram dan lucah. Telinga adalah untuk mendengar yang baik-baik, bukannya mendengar sesuatu yang mengandungi nilai maksiat dan haram seperti mendengar umpatan dan fitnah. Perut pula mesti diisi dengan yang halal.Yang buat kita tidak tenang juga adalah disebabkan oleh hati yang kotor. Bukan saja dengan dosa tetapi juga akhlak tercela.

Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesungguhnya malaikat tidak masuk rumah yang ada anjing.” Dimaksudkan dengan malaikat adalah ketenangan yang dibawa, yang dimaksudkan dengan rumah adalah hati, yang dimaksudkan dengan anjing adalah sifat dan akhlak tercela.

Maknanya kalau kita ada akhlak dan sifat tercela, hati yang bertindak sebagai rumah sudah menjadi kotor dan ketenangan tidak akan menjenguk.
Malaikat rahmat tidak akan berada di tempat tinggalnya dan menetap syaitan sebab perangai buruk ditaja syaitan.

Sifat tercela yang membuat kita risau dan sasau ialah hasad dengki iaitu tidak senang lihat orang senang, takbur, ego serta sombong dan inilah stress pertama dialami syaitan ketika kejadian Adam a.s kerana bimbang Adam menandinginya.

Begitu juga ujub dan riak. Mereka berasa dialah yang sempurna sedangkan orang lain rendah. Selain itu mereka mengharapkan pujian dan sanjungan. Apa lagi jika seseorang itu bersifat bakhil dan kedekut pasti tidak akan pernah tenang hatinya kerana sentiasa terikat dengan harta, cinta harta.

Apa lagi cintakan kemasyhuran yang langsung tiada perasaan rendah diri sudah pasti hati akan berasa gelisah. Sifat pemarah membuat orang menjadi pendendam, hanya rasa takut kepada Allah saja boleh menghilangkan rasa marah itu.
~ Mohd Zawawi Yusoh

SALURAN SAMPAH RUMAH MELETUP

Sampah Meletup - Lelaki Tercampak 5 Meter

Seorang lelaki cedera apabila saluran sampah di rumah pangsa Bandar Selesa Jaya, di sini meletup, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, A.Rahim Arshad, 59, cedera di kaki dan tangan kanan dan terpaksa menerima lebih 10 jahitan akibat tercampak kira-kira lima meter dari tempat kejadian.

A. Rahim berkata kejadian berlaku apabila beliau bersama seorang lagi penduduk, Mohd Eddie Mohd Kamal, 37, mengambil keputusan untuk membersihkan saluran sampah berkenaan yang tersumbat selepas tidak tahan dengan bau busuk setelah dua bulan sampah terbabit tidak dibersihkan.

"Kami memulakan operasi membakar daripada tingkat empat dalam pukul 4.30 petang. Kami melakukannya daripada satu tingkat ke satu tingkat sehinggalah selesai dan ia berjalan lancar.

"Namun, entah bagaimana botol air mineral yang berisi separuh minyak petrol yang kami gunakan untuk membakar sampah tersebut terlepas daripada gengaman dan jatuh ke dalam saluran sampah itu. Waktu ia jatuh, tiada api namun hanya sisa-sisa bara," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Seminit kemudian, satu letupan besar berlaku menyebabkan dinding saluran tersebut berkecai dan dia tercampak kira-kira lima meter dari tempat kejadian menyebabkan dada dan kakinya dihempap serpihan batu sementara Mohd Eddie tidak mengalami kecederaan.

"Mohd Eddie terus membawa saya ke klinik sebelum membuat rawatan susulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk ujian X-ray. Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja," katanya sambil menambah beliau kini hanya sukar untuk tidur kerana sakit dada kesan daripada dihempap batu itu.

Sementara itu, Mohd Eddie berkata, dia tidak berniat untuk membahayakan nyawa sesiapa dan hanya ingin membantu penduduk di rumah pangsa empat tingkat itu membersihkan saluran tersebut.

"Saya tidak mahu persekitaran yang tidak sihat itu menjejaskan kesihatan ramai orang. Tidak mustahil suatu hari nanti, ada yang mengadu kesihatan mereka terganggu kerana sampah tersebut," katanya.

Katanya beliau membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu pejabat Polis Daerah Nusajaya pukul 11 malam.

Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Noor Hashim Mohamed gagal dihubungi untuk mendapatkan ulasannya mengenai kejadian itu.

Dalam pada itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Rinting, Chia Song Cheng ketika melawat mangsa berkata, pihaknya akan membantu membaiki kerosakan yang berpunca daripada letupan tersebut seperti bumbung yang tercabut.

Beliau berharap penduduk akan lebih bertanggungjawab tidak membuang sampah di tempat yang tidak dibenarkan sekali gus menyusahkan jiran-jiran yang lain.

YUNA TERCALON DALAM EUROPEAN MUSIC AWARDS 2012

Yuna tercalon dalam European Music Awards 2012

Yunalis Zarai, atau lebih dikenali dengan nama Yuna, yang popular dengan lagu “Terukir Di Bintang” sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila dicalonkan dalam MTV European Music Awards (EMA) 2012 di Festhalle, Frankfurt, Jerman pada 11 Nov.

Anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini sebelum ini turut dicalonkan dalam 25th Nickelodeon Kids’ Choice Awards.

Yuna akan merebut gelaran juara untuk “Best Asian Act” di MTV EMA 2012 bersama sama empat calon yang cukup popular seperti Junior, EXILE, Han Geng dan Jolin Tsai.

Pemenang kategori “Best Asian Act” ini akan mewakili Asia dalam voting “Best Act” di seluruh dunia.

Undian yang hanya boleh dilakukan secara atas talian boleh dibuat di mtvema.com/vote sehingga 9 Nov nanti.

Yuna sekarang ini turut aktif di Amerika Syarikat dan dijemput untuk membuat persembahan dalam rancangan-rancangan ternama.

Yuna turut merakamkan semula lagu kumpulan popular Nirvana yang bertajuk “Come As You Are”.

GULA-GULA GETAH BOLEH MEMBUNUH?



Semenjak kecil, kita sering dinasihati orang tua untuk tidak menelan gula-gula getah kerana dikhuatiri ianya akan kekal di dalam perut. Lebih mengerikan, ada yang membuat cerita bahawa perbuatan tersebut boleh mengakibatkan sekatan pergerakan jantung.

Namun, hasil daripada kajian saintifik, kenyataan tersebut ternyata hanyalah sebuah mitos dan tidak lebih daripada itu.

Jadi, apa yang sebenarnya berlaku kepada gula-gula getah tersebut sekiranya ia ditelan secara tak sengaja?

Untuk pengetahuan anda, gula-gula getah diperbuat daripada asas getah, bahan pemanis, pewarna dan perasa. Disebabkan asas getah tersebut yang merupakan hasil campuran elastomer, damar, lemak dan lilin, ia tidak dapat dicerna, membuatkannya sukar untuk dipecahkan seperti bahan makanan lain.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud gula-gula getah tersebut akan kekal melekat di dalam perut kerana banyak lagi makanan lain yang sukar dihadamkan sepenuhnya.

Apa yang berlaku adalah gula-gula getah tersebut akan disalurkan ke dalam usus badan sehinggalah ia sampai ke intestin sebelum dinyahkeluar dari sistem badan.

Jadi, anda tidak perlulah risau kerana gula-gula getah tidak mampu mengatasi fungsi tenaga usus, walaupun bersifat melekat.

Tetapi, ini bukan bererti anda boleh menelan banyak gula-gula getah dengan sesuka hati kerana air liur yang ada hanya boleh menembusi bahan pemanis dan sebagainya, dan bukan hasil campuran yang terdapat dalam asas getah.

Perbuatan tersebut, jika dilakukan dalam masa yang singkat, mungkin boleh menyebabkan risiko sekatan sistem penghadaman, terutama sekali pada kanak-kanak, yang mempunyai saluran penghadaman yang lebih kecil berbanding dengan golongan dewasa.

YUNA DAN QI MASIH BERSAMA

Qi dan Yuna masih bersama

Bukan mudah untuk mengekalkan percintaan jarak jauh yang kini sedang dilalui oleh dua selebiriti terkenal Malaysia Qi Razali dan juga Yuna yang kini tinggal di Amerika Syarikat.

Sebelum ini ada desas – desus mengatakan hubungan Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai dan Qi kini menanti retak namun ditolak pantas oleh Qi dan memberitahu faktor jarak yang menyebabkan mereka kelihatan dingin.

"Hubungan jarak jauh ini memang mencabar. Sesiap yang pernah laluinya pasti tahu bagaimana mahu kekalkan perasaan percaya apabila berjauhan.

"Kadang - kala kami terpaksa rancang dahulu sebelum membuat panggilan kerana dengan jadual yang tidak menentu agak sukar untuk kami berkomunikasi. Bagaimanapun, Yuna baru sahaja pulang ke Malaysia beberapa hari yang lepas, saya sempat berjumpa dengannya." Ujar Qi.

Bekas pengacara rancangan "Jalan-Jalan Cari Makan" ini turut menyatakan hasrat untuk menikahi Yuna namun terpaksa dipendamkan dahulu demi memberi jalan kepada Yuna untuk menempah nama di sana.

"Yuna sedang menempah nama di sana, dia berada di puncak kerjayanya. Malahan, Yuna turut mendapat pujian daripada beberapa nama besar di sana seperti Rihanna di Twitter baru-baru ini. Jadi, saya tak akan buat apa-apa yang mungkin akan membantutkan cita-citanya. Pada saya, kejayaannya menempa nama di sana memberikan motivasi kepada saya untuk lebih bekerja keras," tambahnya lagi.

Perkembangan terbaru Qi, beliau yang baru sahaja pulang daripada Argentina berhasrat untuk menceburkan diri dalam bidang pengarahan.

PENYANYI ALYAH DIMASUKKAN KE HOSPITAL



Penyanyi yang terkenal dengan lagu "Kisah Hati" telah dikejarkan ke Hospital Pakar KPJ Damansara selepas lampu acara (spot light) terjatuh di atas belakangnya ketika majlis terbuka stesen radio Hot FM di Sri Pentas, pagi Jumaat.

Dipetik daripada mStar, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi, lampu yang ditempatkan di ruang legar Sri Pentas untuk majlis tersebut telah dilanggar seseorang lalu terjatuh di atas badan Alyah.

Menurut satu sumber, pihak Hot FM terpaksa memanggil ambulan bagi membolehkannya mendapatkan rawatan selepas Alyah mengadu sakit.

"Alyah berada dalam keadaan stabil kerana ia hanya kemalangan kecil. Namun bagi mengelak sebarang komplikasi lain, pihak penganjur membuat keputusan untuk membawanya ke hospital," jelas sumber itu yang turut memberitahu Alyah pernah mengalami kesakitan pada bahagian tersebut

STITCHNKNOT SEPTEMBER PILLOW GIVEAWAY



 STITCHNKNOT SEPTEMBER PILLOW GIVEAWAY
(open for those who live in Malaysia)

How to join?
1. Spread the word via fb OR blog OR both
- Via facebook: Share this picture on your timeline
(make it public & tag us "@stitchNknot")
- Via blog: Blog about this giveaway
(must include giveaway banner & link)

2. Verify your participation here: http://bit.ly/sept12-GA

Prize: a cute customized cupcake pillow ♥
Closing date: 11.59pm, 30th Sept 2012.

* Your entry will be counted twice if you join via facebook & blog. Extra entry for our precious customers if you participate :)
* Winner will be randomly picked using random.org. We will announce the result on 4th Oct 2012 on our blog.

So, what are you waiting for? Hurry up and join now!

Blog post: http://bit.ly/sept12-GAb

DI SEBALIK KEKURANGAN TERSEMBUNYI KELEBIHAN

SAYA TAK CEMBURU




 Saya TAK CEMBURU melihat WANITA-WANITA lain yang lebih CANTIK berbanding diri Saya..

Tapi Saya sangat-sangat CEMBURU melihat WANITA-WANITA lain yang lebih SOLEHAH berbanding diri Saya..

Saya TAK CEMBURU melihat WANITA-WANITA lain dapat PAKWE yang HENSEM dan BERGAYA...

Tapi Saya sangat-sangat CEMBURU melihat WANITA-WANITA lain yang dapat SUAMI yang SOLEH...

KEPADA KAUM ADAM DAN HAWA

KALAU KITA BERUBAH

SUARA PENYANYI JELITA CHECHEN PERSIS DATO SITI NURHALIZA


MADAH PUJANGGA MADAH SAYANG



Lelaki yang HANDSOME adalah lelaki yang menghormati wanita sama seperti dia menghormati ibunya.

Sayang tidak boleh di paksa. Sayang datang tanpa perlu bermohon dan sayang akan ghaib walau sehebat mana seruan anda.

Aku berikan yang terbaik untuk dia yang bukan milikku dan aku mulai belajar meninggalkan dia untuk tetap tersenyum bersamanya.

Cinta dan kasih sayang adalah jiwa yang tak dapat di pisahkan. Cinta yang datang dari ketulusan hati kan menjadi sejati. Cinta bukanlah apa yang kamu lihat tapi apa yang kau rasakan

Kalau inginkan kesejahteraan setahun…
tanamlah benih.
Kalau inginkan kesejahteraan 10 tahun…
tanamlah pokok
Kalau inginkan kesejahteraan 100 tahun…
Maka..didiklah manusia

ANTARA CINTA DAN PERSAHABATAN



Persahabatan sering kali bertukar menjadi permusuhan apabila cinta menjadi pertaruhan.

Persahabatan yang indah akan hancur bila hadirnya keinginan yang lebih untuk hidup bersama yang akhirnya menjadi perebutan.

Apakah pilihan anda apabila persahabatan dan cinta dipertaruhkan dalam perhubungan?

MAYBANK LEGOLAND BLOGGERS CONTEST

Assalamualaikum

Maybank hendak bagi tiket Legoland kepada pemenang peraduan untuk blogger. Teringin hendak mencuba, mana tahu ada rezeki. Untuk menang peraduan seperti ini, harus menjadi kreatif dan lain daripada yang lain. Kalau hendak beli tiket sendiri, mahal juga. Kalau dapat free, untung badan, bukan?
Kepada blogger, peluang untuk cuba mendapatkan tiket secara percuma (kalau menang hehehe)

Maklumat peraduan yang dipetik dari Maybank:

Blog about “Why Maybank should give me tickets to Legoland” & you could win free tickets!

Maybank - Legoland Bloggers Contest is a contest open to all Malaysian residents. Bloggers will blog about why they would like Maybank to give them tickets to Legoland and they will stand a chance to win tickets to visit Legoland!
Contest Period
11 - 30 September 2012 (Winners can visit Legoland in December 2012 School holidays)
Prizes
  • Grand Prizes - One (1) pair of Season Tickets to Legoland Malaysia
  • 10 pairs of Day Passes to Legoland Malaysia

How to participate
  1. You are required to write a short blog post in your own blog about "Why Maybank should give me tickets to Legoland" (in less than 500 words). 
  2. Judging criteria will include creativity, originality, and elements of humour.
  3. You are allowed to use images or videos to make your post more interesting. 
  4. After you have published the post in your own blog, you will need to email the details of the submission including your Name, IC Number, Address, Contact Number, and the web link of the postin your blog to social@maybank.com.my



SCRUB PEMUTIH BADAN COLLAGEN NURBEAUTYLINE


Nurbeautyline :Scrub Pemutih Badan Collagen Nurbeautyline 
MENANGGALKAN DAKI… PUTIH & BERSERI….. KULIT PUTIH DAN MULUS DALAM 5 MINIT…

Kelebihan Nurbeautylines Scrub Pemutih Badan:
Jadikan kulit anda bersih, putih, tegang dan anjal.
Dengan ekstrak pencerah, ia akan menjadikan kulit anda cantik dan berseri-seri
Membantu mengembalikan keremajaan kulit anda
Membuang segala kotoran yang susah untuk dihilangkan dengan sabun mandian scrub biasa.
Berkesan untuk menghilangkan jerawat dan parut di muka dan di seluruh badan.
Melembapkan kulit badan anda 

DENGAN ENAM PILIHAN WANGIAN YANG MENARIK IAITU
*Strawberry
*Mint
*Susu 
*Soya
*Kunyit
*Herba Segar
Harga Pasaran
RM 12.00
Kos penghantaran:
Semenanjung: RM6
Sabah & Sarawak: RM9
Pembelian RM130 ke atas, kos penghantaran PERCUMA!

*Untuk penghantaran ke tempat lain, sila hubungi saya ROSZALIZA @ QUEENPINK 011-29292581

BONANZA SELEBRITI HOT FM

Bermula 3 September hingga 28 September 2012, radio paling hangat di Malaysia, Hot FM akan mengadakan sebuah peraduan yang dikenali sebagai “Bonanza Selebriti Hot FM AM Krew”.
Menerusi program ini, para pendengar bertuah Hot FM hanya perlu menantikan isyarat memanggil “Bonanza Selebriti Hot FM AM Krew” dan mereka dikehendaki meneka item atau personaliti yang dimaksudkan menerusi pembayang kata yang akan diberikan. Sekiranya pendengar berjaya memberikan jawapan yang tepat dalam masa 10 saat, mereka akan menerima duit raya sebanyak RM1,500!
Sekiranya pendengar tersebut gagal meneka jawapan dengan tepat, wang tersebut akan dibawa ke waktu seterusnya sehingga ada yang dapat menjawab dengan betul!
Program Bonanza Selebriti ini berlangsung selama empat minggu dan dikeudarakan di segmen Hot FM AM KREW sebanyak 2 kali sahaja. Pemanggil yang ke-6 akan layak menyertai Bonanza Selebriti Hot FM AM KREW setelah isyarat memanggil di keudarakan.
Paling mengujakan, pendengar turut ‘didera’ dengan pembayang kata ini yang akan diberikan oleh selebriti popular seperti Remy Ishak & Dato’ Siti Nurhaliza. Pastikan anda tidak ketinggalan mendengar slot Bonanza ini dengan pelbagai aksi yang melucukan antara selebriti dan peserta. Oleh itu, rebutlah peluang menjadi pendengar bertuah dan memenangi duit raya sehingga RM60,000!
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.hotfm.com.my.

Isnin, 17 September 2012

DATO SITI NURHALIZA JUMPA KATE MIDDLETON

siti nurhaliza jumpa kate middletonsiti nurhaliza jumpa kate middleton

SELEBRITI HOLLYWOOD TANPA IJAZAH

Kate Beckinsale Picture

Lebih baik belajar daripada tidak, lebih baik memiliki pendidikan daripada tidak dan lebih baik tahu daripada tidak.
Namun itu tidak bermakna anda tidak boleh berjaya tanpanya. Anda hanya perlukan bakat dan usaha, seperti yang ditunjukkan para selebriti yang tidak habis belajar ini.

TRACY MORGAN
Bintang "30 Rock" ini tidak pernah menamatkan pendidikan sekolah menengahnya kerana kesukaran hidup akibat ditinggalkan bapanya, penyakit abangnya dan kesulitannya yang seringkali dibuli. Namun begitu, kesukaran itu juga membantunya untuk berusaha lebih keras dan menjadikan kesukaran itu satu komedi sehinggakan dia berjaya menjadi seorang daripada bintang "Saturday Night Live" yang berjaya sekaligus menjadikan Morgan antara bintang komedi berkulit hitam yang paling terkenal dan berjaya di Hollywood.

MARLON BRANDO
Dia seorang ikon budaya. Martin Scorsese menamakannya sebagai mercu pencapaian Hollywood dan dia juga melakonkan antara karakter-karakter filem yang paling diingati Hollywood. Namun dalam kehidupan peribadinya, Brando bukan pelajar paling berdisiplin dan paling bijak. Dia dibuang daripada Sekolah Tinggi Libertyville kerana menunggang motosikalnya di koridor sekolah. Dia juga diletakkan bawah pengawasan ketika memasuki Akademi Tentera kerana berkelakuan buruk pada kolonel tentera dan melarikan diri ke pekan. Dia akhirnya memilih untuk berhenti belajar dan fokus pada minatnya dalam bidang lakonan.

SIMON COWELL
Simon Cowell memang seorang yang agak 'berlagak' dan berkeyakinan tinggi sejak kecil. Pada usianya 16 tahun, dia membuat keputusan untuk meninggalkan era persekolahan kerana merasakan sekolah tidak membantunya dalam apa-apa. Dia mengambil keputusan untuk bekerja sebagai pekerja pejabat di RCA dan mula melangkah sedikit demi sedikit ke puncak dengan usahanya sehingga menjadi terkenal seperti sekarang.

QUENTIN TARANTINO
Pengarah "Pulp Fiction", Quentin Tarantino sukakan lebih banyak benda lain selain belajar. Dia lebih suka berdikari dan membuat keputusan untuk berhenti dan tidak menamatkan pelajaran sekolah tingginya ketika berusia 16 tahun. Dia memasuki kelas teater dan bekerja dalam banyak bidang termasuk menjadi pekerja pawagam lucah dan kedai sewa video. Di kedai video bernama Video Archives itulah dia banyak belajar tentang jenis-jenis filem sehinggakan berjaya menjadi antara pengarah filem tersohor.

KATE BECKINSALE
Kate Beckinsale sememangnya mewarisi bakat lakonan ibu bapanya, pelakon Richard Beckinsale dan aktres Judy Loe. Bakatnya itu menyebabkan dia diterima menyertai Persatuan Dramatik Universiti Oxford. Namun begitu, Kate akhirnya memilih untuk berhenti belajar selepas merasakan dia tidak lagi mampu menerima tekanan untuk mengimbangi kerjaya lakonan dan pendidikannya. Kate memutuskan untuk memilih apa yang lebih diyakininya ketika itu, yakni kerjaya dalam bidang lakonan.

JIM CARREY
Jim Carrey mungkin bosan tinggal di Toronto, Kanada yang tidak menjanjikannya apa-apa. Oleh sebab yang demikian, Carrey membuat keputusan untuk tidak menamatkan pelajarannya di sekolah menengah dan berpindah ke Los Angeles. Namun dia juga tidak menamatkan pelajarannya di LA dan mula mengalihkan fokusnya ke bidang komedi. Dari komedi kecil-kecilan sehingga ke dunia perfileman, Jim Carrey berjaya menjadi antara pelakon komedi yang paling berjaya di Hollywood, Kanada dan seluruh dunia.

TOM HANKS
Antara pengajian universiti di Sacramento dan menjadi pekerja industri di sebuah teater, Tom Hanks memilih kerjaya kecil tersebut. Mujur ia bukan pilihan yang salah kerana dari situlah dia mula mendapatkan rangkaian yang sepatutnya untuk memulakan kerjaya lakonannya sehingga menjadi antara bintang anugerah Academy.

CLINT EASTWOOD
Ketika dia belajar di sekolah menengah, Clint Eastwood pernah membintangi persembahan teater sekolahnya dan merasakan bahawa dia tidak berminat dengan dunia lakonan. Malah dia membencinya. Kemudian dia telah memasuki lapan buah sekolah berbeza kerana ibu bapanya seringkali berpindah-randah. Selepas menamatkan perkhidmatan tentera, Eastwood membuat keputusan untuk berhenti belajar serta-merta dan kembali melakukan perkara yang pernah dibencinya dulu. Berlakon. Dari filem-filem western sehinggalah menempa nama sebagai pengarah filem yang dinobatkan anugerah, Eastwood terus berjaya tanpa sekeping sijil akademik.

HILARY SWANK
Tiada siapa tahu Hilary Swank tidak menamatkan pelajarannya suatu masa dahulu sehinggalah dia dikritik kerana memegang watak seorang guru dalam filem "Freedom Writers". Swank mengatakan dia tidak merasa bangga kerana tidak menamatkan pelajarannya dan menganggap pendidikan amat penting, namun dia meninggalkannya kerana merasakan tidak sesuai berada di sekolah dan tidak difahami guru-gurunya. Namun begitu, Swank terus berusaha dalam bakatnya sebagai pelakon sehinggakan berjaya memenangi dua buah Oscar melalui "Boys Don't Cry" (1999) dan "Million Dollar Baby" (2004).

WHOOPI GOLDBERG
Suatu masa dahulu, Whoopi Goldberg merupakan pelajar tercorot dan tidak menamatkan sekolah menengah kerana merasakan dirinya bodoh. Itu kerana suatu masa dahulu, dunia tidak tahu tentang penyakit disleksia. Namun begitu, sifat lucunya dan juga bakatnya dalam bidang hiburan membolehkan Goldberg menjadi wanita berkulit hitam pertama yang pernah memenangi EGOT (Keempat-empat anugerah Emmy, Grammy, Oscar dan Tony).

MAHARAJA LAWAK MEGA KEMBALI

Maharaja Lawak Mega kembali November ini

Pencarian pelawak terunggul di kalangan mereka yang terhebat diteruskan dengan musim kedua "Maharaja Lawak Mega" yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam bermula 9 November akan datang.

Dibawakan oleh Astro Warna, program kali ini berbeza dengan apa yang pernah ditampilkan sebelum ini kerana ia akan memberi peluang kepada para pelawak tanah air untuk menyertai pertandingan tidak kira secara individu atau berkumpulan menerusi undian Hot Seat secara online. Peserta yang terpilih itu akan diserap masuk sekaligus melengkapkan jumlah keseluruhan senarai peserta bertanding yang akan diumum kelak.

Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, "Sebagai satu-satunya saluran komedi tempatan di Malaysia, kami sentiasa berusaha meneroka potensi ruang yang ada bagi memastikan setiap program mempunyai pengisian padat dan berkualiti tinggi."

Nizam turut memberitahu pihak mereka akan memberi pembaharuan dalam setiap pengisian agar kandungan terus segar dan selari mengikut peredaran masa, sekaligus memberi kepuasan kepada pelanggan yang telah membelanjakan wang untuk melanggan pakej Mustika.

Tambahnya lagi, mereka ingin membuka ruang kepada penonton untuk memilih calon-calon kegemaran yang dilihat benar-benar layak mengisi tempat sebagai peserta program.

Talian undian Hot Seat secara online telah pun bermula sejak 5 September lalu sehingga 17 September akan datang, jam 12 tengahari.

Untuk mengundi, peminat hanya perlu melayari laman sesawang rasmi www.maharajalawakmega.com.my dan mendaftar menerusi log masuk Facebook sebelum mengundi peserta kegemaran. Orang ramai hanya boleh mengundi sekali sahaja untuk setiap peserta kegemaran setiap hari.

BAYI PEREMPUAN DITEMUI MATI DIPERCAYAI DICAMPAK

KEJAM...anggota polis memeriksa mayat bayi yang dicampak dari tingkat tiga.

PETALING JAYA, 16 Sept (Bernama) -- Mayat bayi perempuan ditemui di kawasan tempat letak kereta di Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya di sini hari ini dengan kecederaan parah di kepala akibat  dicampak dari tempat tinggi.Bayi dipercayai baru lahir dan berkulit cerah itu ditemui seorang penduduk di situ, Jundi Mat, 35, kira-kira pukul 11 pagi.

Jundi berkata ketika kejadian, beliau sedang mengambil motosikal kira-kira dua meter dari tempat bayi itu dicampak sebelum terdengar bunyi objek jatuh.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti ada objek terjatuh di belakang saya dan setelah diperhati adalah seorang bayi," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Beliau yang pada mulanya menyangka itu adalah patung permainan terus memanggil individu lain di situ untuk mengesahkan penemuan bayi malang tersebut.

"Semasa saya menjumpai bayi tersebut dia dalam keadaan tertiarap, tidak menangis dan tidak bergerak," katanya, yang menetap di tingkat tiga blok 11 di kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan seorang wanita berusia 20-an dipercayai terlibat dalam kes itu telah ditahan.

"Dipercayai bayi tersebut dicampak dari tingkat tiga blok itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh," katanya.

Bagaimanapun motif kejadian masih dalam siasatan dan mayat bayi tersebut dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

PELAKON FILEM ANTI-ISLAM BERASA TERTIPU


 Pelakon filem anti-Islam berasa tertipu

16 Sep – Filem "Innocence of Muslims" atau nama asalnya "Desert Warriors" yang bersifat anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad bukan sahaja mencetuskan kemarahan rakyat negara Islam seperti Libya dan Mesir, sehingga menyebabkan kematian Chris Stevens, seorang Duta Amerika di Libya. Malah, para pelakon filem tersebut baru-baru ini menyatakan mereka berasa tertipu apabila dialog mereka diubah selepas penggambaran dibuat.

Salah seorang pelakon bernama Cindy Lee Garcia menyatakan hasratnya untuk menyaman pembikin filem tersebut. Cubaan beliau untuk menghubungi pengarah dan penulis filem yang sedang bersembunyi ternyata tidak berjaya.

Di beberapa temubual seperti yang dilaporkan Fox News, Garcia tidak tahu bahawa beliau sebenarnya terlibat dalam sebuah propaganda anti-Islam, kerana beliau hanya memegang watak kecil yang merupakan seorang wanita yang terpaksa menyerahkan anaknya kepada seorang watak lelaki bernama Master George di sebuah babak filem. Skrip yang diberi dijudulkan "Desert Warriors", yang kononnya berkisarkan tentang kehidupan pada 2,000 tahun lalu dan tiada mempunyai kaitan dengan mana-mana agama.

Nampaknya bukan Garcia sahaja yang tidak mengetahui motif sebenar filem ataupun pembikin filem. Beberapa orang pelakon lain turut mengatakan bahawa cerita merujuk kepada seorang watak bernama George, tetapi akhirnya telah diubah kepada Muhammad melalui 'dubbing' selepas filem sesi perfileman habis dibuat.

Pada hari Rabu yang lepas, Time melaporkan bahawa seorang lelaki Kristian Coptic bernama Nakoula Basseley Nakkoula mengakui penglibatan beliau sebagai pengurus produksi filem tetapi tuduhan yang mengatakan beliau pengarah filem dinafikan.

Sehingga kini, identiti sebenar pengarah filem masih belum dikenal pasti dan nama Sam Bacile yang dikaitkan dengan hal itu masih lagi menjadi sebuah misteri.

HADIS-HADIS MENGENAI KUCING

Ganak kucing bersama ibu

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Wallahu’alam….

KUCING ADALAH HAIWAN YANG BERSIH



Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.


Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

Kuman enterobacter yang tidak merbahaya

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

KACANG POOL HAJI

~Kacang Pool Haji at Medan Mara beside Fire station, Larkin~



Jika pengunjung mengikuti musim terbaru Jalan-Jalan Cari Makan di TV3, terdapat satu lagi tempat yang telah di’terjah’ oleh krew JJCM yang mencuri perhatian.Adakah tempat ini cawangan terbaru atau memang diusahakan oleh warga Kuala Lumpur. Ternyata ianya adalah cawangan terbaru. Hebat perniagaan makanan ini, boleh ada cawangan.
Cawangan terbaru yang dimaksudkan ialah Kacang Pool Haji, yang popular di Johor Bahru. Ternyata ramai pengunjung yang ingin menikmati Kacang Pool yang trlah mendapat review yang meluas melalui rancangan JJCM.
Kacang Pool boleh dikategorikan sebagai makanan yang agak ringan dan sesuai pada bila-bila masa sahaja untuk dimakan. Tidak hairanlah tempat ini dibuka dari seawal 7 pagi sehingga 1 pagi. Juadah yang simple, tetapi menarik. Satu set lengkap kacang pool didatangkan bersama roti bakar, semangkuk kacang pool bersama telur mata lembu. Roti bakar yang agak lembut disiat dan dicicah kedalam kacang pool sambil mencubit telur mata lembu, pergh enak. Kalau time hujan makan lagila best.
Ada hanya satu perniagaan sahaja yang menyediakan kacang pool iaitu Kacang Pool Haji. Tidak adil untuk dikatakan ianya paling sedap sebab hanya ada sebuah perniagaan sahaja yang menghidangkan makanan ini.
Untuk sesiapa yang tidak pernah tahu apa itu kacang pool, sila menjamu selera dengan menatap gambar dibawah. Jaga-jaga air liur tu, nanti basah keyboard.
Nama Gerai : Kacang Pool Haji
Lokasi : Medan Selera Larkin
Wajib Order : Kacang Pool
Waktu Perniagaan : 7:00AM – 1.00AM
Food Rating : 4.5/5
Service Rating : 4/5

KEDAI BUNGA 1 MALAYSIA



PUCHONG – Melihat inisiatif kerajaan memperkenalkan konsep Kedai Rakyat 1Malaysia, dua sahabat iaitu Mohd. Razlan Ismail (gambar), 39, dan T. Bala Prakash, 40, mengikuti usaha tersebut dengan membuka perniagaan kedai bunga dengan mendukung konsep yang sama.
Premis tersebut yang terletak di lot G30, pasar raya besar Giant, Bandar Kinrara di sini diberi nama Sai Florist & Gifts.
Pemiliknya, Mohd. Razlan berkata, sebelum membuka premis itu, dia dan Bala telah menjalankan bisnes gubahan bunga di bawah nama Crystall Florist & Gifts secara dalam talian sejak dua tahun lalu.
“Apabila melihat sambutan yang memberangsangkan daripada pelanggan terutamanya dari kawasan Lembah Klang, kami kemudian merancang membuka kedai bunga sendiri,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad pada majlis perasmian Sai Florist & Gifts di sini semalam.

LUKISAN YANG KREATIF