Selasa, 25 Jun 2013

BAJU KURUNG MODEN FLORAL



 
 BAJU KURUNG MODEN FLORAL

Harga Pasaran : RM1xx
NOW : RM60 Semenajung Malaysia, RM70.00 Sabah dan Sarawak
*include poslaju

Kain jenis lycra.. sejuk dan tak nipis.. sangat selesa pakai...
Free size..! Boleh muat sampai L (40)...

Untuk tempahan, sila PM di facebook Roszaliza Abdul Nyzam, atau sms 011-29292581 untuk respon pantas.

Isnin, 24 Jun 2013

NIFSU SYAABAN

Malam ini ialah malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban) salah satu malam yang mustajab doa. Umat Islam digalakkan memperbanyakkan berdoa dan memohon keampunan Allah SWT pada malam ini.

Umat Islam akan berkunjung ke masjid dan surau untuk membaca Surah Yaasin selepas waktu Maghrib dan seusai membaca Surah Yaasin, mereka akan menunaikan solat Isya’ berjemaah.
Umat Islam menyambut 15 Syaaban pada setiap tahun, walaupun pada skala yang lebih kecil, sebagai mengingati tarikh berlakunya pertukaran buku catatan amalan seseorang. Tarikh 15 Syaaban 1434 jatuh pada Isnin, 24 Jun ini.

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

“Rasulullah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak.

“Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.

Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Aisyah : “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dalam buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib).

Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Diriwayatkan daripada Ata’ ibn Yasar berkata: “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis nama orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban berikutnya.

“Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah dan menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan orang yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam selepas malam Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban.”

Sabtu, 22 Jun 2013

ISTIMEWA LISA ISU JULAI 2013

Lisa Edisi Julai 2013

Selasa, 18 Jun 2013

TIRAMISU

 
Bahan :

Kek Sponge
250ml Whipping cream
Cream cheese
Serbuk koko
Serbuk nescafe dan esen vanila
Air untuk bancuh nescafe.bancuh tanpa gula
Setengah cawan gula kastor
 
Cara membuat :

  1. Mula-mula,masukkan cream cheese dalam bekas mixer.
  2. Campurkan 250 ml whipping cream.
  3. Masukkan satu sudu teh esen vanila.
  4. Masukkan setengah cawan gula castor.
  5. Putar semua bahan tersebut sampai sebati.
  6. Bancuh air tadi dengan sesudu kecik nescafe.. bancuh tanpa gula.. ini gunanya untuk melembabkan kek sponge.
  7. Kemudian tepekkan kek sponge tadi depan belakang cepat-cepat.
  8. Masukkan cheese yang diputar tadi ke dalam bekas@ cawan.. suka hati anda nak tebal banyak mana..saya suka banyak-banyak.. sebab sedap..
  9. Dengan menggunakan penapis,anda taburkan serbuk koko di atasnya.. penapis bertujuan untuk elak serbuk koko berketul-ketul.
  10. Lapiskan pulak atasnya dengan kek sponge yang dilembabkan dengan nescafe.. ulang sama proses yang tadi..
  11. Akhir sekali sejukkan dalam peti ais.. bukan pembeku tau.

Gambar: Homemade Tiramisu.Hampir separuh sudah dimakan :D
 
Homemade Tiramisu.Hampir separuh sudah dimakan : D

Sabtu, 15 Jun 2013

MENANG CAT LITTER DAN ISKHAN CAT FOOD



FESTIVAL BUNGA DAN TAMAN PUTRAJAYA


 

BAHAGIAMU DERITAKU


PASAR PERCUMA DI MALAYSIA

Thumb

Pasar Percuma di Malaysia. Betul, Semua Barang 100% PERCUMA!
Biar betul! Pakaian, buku, filem, dan macam-macam lagi - Semuanya PERCUMA di Pasar Percuma. Ahad ini, 16 Jun di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur! Untuk maklumat lanjut,klik SINI

BANTU ALIFF ASYRAFF BERJALAN SEMULA

Aliffthumb


Kepada member-member 8Share,

Pelajar dalam gambar bernama Aliff Asyraff, pelajar UTP kemasukan Januari 2013. Beliau kehilangan kaki kanan akibat daripada kemalangan tragik semasa menunggang pulang ke rumah di Jelapang. Beliau kini dalam status penangguhan sehingga September 2013. Ayah beliau bekerja di Pasar Malam manakala Ibu beliau menjaja air di sekitar sekolah berdekatan dengan rumah mereka. Pendapatan isi rumah keluarga Aliff tidak lebih RM3000 sebulan. Baru-baru ini Ibu Aliff datang dan berjumpa dengan Unit Kebajikan UTP untuk memohon bantuan kewangan dalam membeli kaki palsu yang berharga RM17,000.00


Oleh itu, kami amat menghargai jasa baik anda untuk berkongsi kempen Social Good ini supaya lebih banyak orang berpeluang untuk memberi sumbangan kewangan untuk meringankan beban keluarga Aliff.
Kami mengharapkan anda dapat membantu pelajar cemerlang ini untuk menambahkan semangat keluarga beliau dalam meneruskan hidup. Bersama-sama kita bersatu untuk golongan yang memerlukan. Dermalah atau sekurang-kurangnya kongsikan artikel ini kepada kawan anda.

Terima kasih,

Yuna

Team 8Share

MENANG TIKET KE SYDNEY

Mr2

MENANG TIKET KE SYDNEY UNTUK MENYOKONG  MANCHESTER UNITED,KLIK SINI

Jumaat, 14 Jun 2013

OREO CHEESE CAKE

Bahagian A

2 paket oreo
1 sudu besar gula merah/gula perang
50g butter

Cara membuat :
1) Bina bahagian bawah kek,kita gunakan biskut oreo dan tinggalkan dia lebih kurang 7-8 keping je tapi kena asingkan cream oreo tu dulu.
2) Lepas asingkan,hancurkan biskut itu sampai hancur.Anda nak guna lesung batu,blender untuk hancurkan biskut itu,terserah pada anda.
3) Masukkan 50g butter dan gaulkan dengan biskut itu.
4) Dah sebati,masukkan 1 sudu besar gula perang/gula merah dan gaulkan hingga ia sebati
5)Masukkan ke dalam peti sejuk selama sejam.

Bahagian B

250g cream cheese
80ml fresh milk
1/2 cawan gula
100ml whipping cream
krim oreo yg dah dipisahkan
1 sudu gelatin yang dah dibancuh dengan 40ml air panas
Cara membuat :
1) Masukkan cream cheese ke dalam bekas dan lenyek-lenyek dulu cheese itu.
2) Masukkan 80ml fresh milk dan gaul sebati.
3) Masukkan 1/2 cawan gula dan gaul sebati.
4) Masukkan 100ml whipping cream dan gaul sebati.
5) Masukkan 1 sudu gelatin yang dah dibancuh dengan 40ml air panas.
6) Masukkan krim oreo yang dah diasingkan tadi.
7) Lebihan 7 keping oreo yg ditinggalkan tadi,ambil la dalam 3 keping oreo itu,hancur-hancurkan macam buat tapak kek tu tadi.pastu masukkan dalam adunan tadi.
8) Akhir sekali,keluarkan balik tapak kek yang dalam peti sejuk,lalu curahkan bahagian B ke dalamnya.kemudian letaklah baki 4 keping oreo yang tinggal itu sebagai topping.Dah siap!
9)Masuk dalam peti sejuk balik dalam 4-5 jam.
P/S Resepi ini tak memerlukan oven ye.

 


Rabu, 12 Jun 2013

KEISTIMEWAAN BULAN SYAABAN

SYAABAN adalah antara bulan mulia di sisi Allah. Ia bulan yang membawa keberkatan, nikmat dan kesejahteraan bagi umat Islam seluruhnya. Justeru, Rasulullah banyak berpuasa sunat dalam bulan mulia ini di samping menggalakkan umat Islam melipatgandakan amal ibadat.

Mereka tidak mengambil kesempatan untuk beramal ibadat sebanyak mungkin seperti mereka bersungguh-sungguh meluangkan masa untuk beribadat kepada Allah pada Ramadan. Adat Jahiliah dulu, orang Makkah lebih mengutamakan dan memuliakan Rejab dan melupakan Syaaban.

Sehubungan itu, Usamah bin Zaid berkata: “Aku bertanya Rasulullah Syaaban kerana aku tidak pernah lihat baginda banyak berpuasa sunat seperti berpuasa dalam Syaaban”.

Baginda menjawab: “Bulan yang banyak manusia lalai dan padanya ialah bulan di antara Rejab dan Ramadan. Pada Syaaban akan diangkatkan segala catatan amalan hamba kepada Allah. Dengan itu, aku amatlah suka supaya diangkatkan segala amalanku ketika aku sedang berpuasa”. (Hadis riwayat Ahmad dan Nasa).

Maksud hadis di atas jelas menunjukkan segala amal ibadat setiap Muslim sebenarnya diangkat malaikat pada tiap-tiap hari manakala amal ibadat Syaaban ini bolehlah dikatakan sebagai laporan tahunan yang disediakan oleh malaikat untuk dibawa ke hadrat Allah.

Setiap Muslim wajib menginsafi segala gerak geri, tindakan, perkataan, lintasan niat di hati dan sebagainya akan dicatatkan oleh malaikat tidak kira sama ada yang besar mahupun yang kecil.

Hal ini amat jelas melalui firman Allah bermaksud: “Dan demi sesungguhnya Kami mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedangkan (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya.

Tidak ada sebarang perkataan dilafazkan (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)”. (Surah Qaf, ayat 16 – 18).

Oleh itu, setiap Muslim seharusnya menyedari dan menginsafi betapa ketatnya pengawasan Allah terhadap sekalian makhluk-Nya. Maka, dengan menginsafi pengawasan yang datang daripada pihak malaikat iaitu Malaikat Atid dan Raqib di samping pengawasan secara langsung daripada Allah, mudah-mudahan manusia akan mempunyai rasa kesedaran dan keinsafan mendalam untuk menghentikan dan mengakhiri segala amalan buruk dilakukannya dari satu segi dan juga memiliki dorongan dan semangat untuk melaksanakan pelbagai amalan kebajikan dan soleh yang dianjurkan Islam dari satu segi yang lain.

Rasulullah adalah contoh teladan umat Islam dalam segala lapangan hidup, maka mereka digalakkan banyak berpuasa sunat Syaaban seperti berpuasa Rasulullah pada bulan itu.

Selepas Syaaban akan dituruti pula Ramadan yang diwajibkan kepada umat Islam berpuasa keseluruhannya. Dengan itu puasa Syaaban adalah perintis dan latihan untuk membiasakan diri bagi menunaikan kewajipan berpuasa dalam Ramadan sepenuhnya.Bagi mereka yang sudah biasa berpuasa sudah tentu kurang terasa kepenatan dan tidak pula terkejut serta berasa berat hati untuk berpuasa dalam Ramadan nanti.

Selanjutnya, ada banyak hadis yang memberi perangsang kepada umat Islam supaya mengikuti sunnah Rasulullah.Di antaranya,Saidatina Aisyah pernah meriwayatkan bahawa beliau tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa sebulan sepenuhnya kecuali Ramadan, beliau juga tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa hampir sebulan penuh melainkan Syaaban. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Saidatina Aishah pernah meriwayatkan bahawa
Rasulullah pernah berpuasa Syaaban semuanya. (Hadis riwayat Bukhari).

Saidatina Ummu Salmah pula berkata: “aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali Syaaban dan Ramadan”. (Hadis riwayat Nasa).

Berdasarkan himpunan hadis di atas dapat disimpulkan Islam menggalakkan umatnya melaksanakan ibadat puasa sunat dalam Syaaban.Lebih-lebih lagi ibadat puasa adalah suatu ibadat yang sangat dituntut dilakukan dalam Syaaban.

Bersesuaian dengan kedudukannya sebagai gerbang Ramadan, bulan ini sudah tentu akan melatih Muslim berpuasa menjelang ketibaan ujian yang berat pada Ramadan nanti.Justeru, ada kalangan ulama berpendapat puasa pada bulan ini disifatkan yang paling afdal atau baik selepas daripada berpuasa Ramadan.

Berkenaan kelebihan Nisfu Syaaban iaitu malam pertengahan bulan Syaaban pula kita boleh dapati melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya, daripada Muaz bin Jabal r a, Nabi bersabda maksudnya:Allah melihat kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan Allah akan memberikan pahalanya kepada seluruh hambanya melainkan mereka yang melakukan kesalahan syirik dan orang berzina.

Dalam hadis lain sebagai mana diriwayatkan Abdullah bin Amru bin al-As bermaksud:Allah memandang makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, lalu diampuni dosa hamba-Nya kecuali dua golongan, iaitu orang yang membunuh diri dan orang yang menyebarkan fitnah (Hadis riwayat Ahmad).

Demikian antara himpunan hadis menggambarkan secara umum kepada berkenaan kelebihan Syaaban yang sungguh istimewa ini. Oleh itu, amal ibadat mesti dilipat gandakan seperti diamalkan Rasulullah memperbanyakkan puasa sunat.

Yang paling utama sekali, setiap Muslim sewajarnya merebut peluang keemasan yang terhampar pada Syaaban untuk meraih keampunan dan keredaan Ilahi kerana ada hadis menyatakan bahawa Allah sedia memberi keampunan kepada hamba-Nya yang bertaubat pada sepanjang Syaaban yang penuh rahmat itu.

Sabtu, 8 Jun 2013

FILEM LARI

Sinopsis Filem Lari

Lari mengisahkan perjalanan hidup Khalif (Aaron Aziz) yang bercinta dengan Maya (Dira) tetapi terpaksa meninggalkan hasratnya untuk terus menyunting gadis pilihannya apabila menerima tentangan daripada keluarga selepas dia mengambil keputusan untuk menjadi askar.

Maya pula dikahwinkan dengan KJ lakonan Ery Putra. Selepas tujuh tahun berpisah dan tidak pernah bersua muka, akhirnya Khalif pulang ke kampung selepas mendapat berita mengenai kematian ayahnya.

Bukan saja kehilangan ayah, malah Khalif juga terkejut apabila mendapat tahu yang adiknya (Erin) pula hilang. Maya yang kebetulan berdepan krisis rumah tangga dengan suaminya mengambil keputusan membantu Khalif mencari adiknya dan bermulalah pengembaraan penuh aksi Khalif dalam memperjuangkan maruah adiknya yang terbabit dalam sindiket perdagangan wanita.

Apakah nasib Khalif selepas itu dan berjayakah dia mendapatkan semula adiknya daripada terus menjadi mangsa? Maya pula mencari jalan untuk kembali menyintai Khalif. Apakah kesudahannya?

Filem Lari sentuhan sutradara terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Filem yang menelan belanja lebih RM2 juta ini menjalani penggambaran lebih 90% di Perlis dan selebihnya di Kuala Lumpur dan Ipoh.

Pelakon filem Lari: Aaron Aziz, Dira Abu Zahar dan Erin Malek

RESEPI KEK COKLAT MOIST


Gambar: Homemade Chocolate Moist.

Bahan-bahannya:
4 biji telur (gred A)
1 cawan gula halus
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 1/4 cwn tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1 sudu kecil baking powder*
*bahan-bahan tersebut perlu diayak terlebih dahulu ye

Cara-caranya:

Pukul telur bersama gula hingga kembang.Guna whisk je pon boleh.
Dah kembang masukkan susu pekat, minyak dan susu cair. 
Dah sebati masukkan bahan-bahan yang dah diayak tadi ye. 
Kemudian masuk dalam bekas yang hendak dikukus dan kukus. 
 

*Perlu dingatkan jika kecil bekas tersebut maka kejap dalam 15 minit atau setengah jam, tapi jika sepenuhnya 1 bancuhan itu dalam 1 bekas, maka kukus dalam 1 jam setengah ye...pastikan jangan buka-buka pengukus semasa sedang masak*

Topping :

200 gm choc.compound (boleh juga guna cooking choc.biasa ya)
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar minyak masak 


Cara : 
Campur semua bahan Topping dan masak dalam periuk non-stick lebih bagus sebab nanti ia tak melekat dan tak hangus..
 
SELAMAT MENCUBA!

Isnin, 3 Jun 2013

SEDEKAH KEPADA KUCING

SEDEKAH KEPADA KUCING
(Kisah Inspirasi)

Ini adalah kisah yang pernah di alami seorang syaikh yang bertaqwa. 

Ia mempunyai seorang anak laki-laki berusia 5 tahun. 

Pada suatu hari anak itu sakit kuat, kemudian sang ayah membawanya ke doktor untuk mengetahui penyebab naiknya suhu badannya yang tiba-tiba. 

“Anak ini mengidap penyakit kronik dan tidak bisa disembuhkan. Tidak lama lagi dia pasti mati.” 

Demikian kata doktor itu kepada mereka.

Kesedihan menghimpit syaikh yang soleh dan bertaqwa ini. 

Tapi, tidak lama kemudian ia segera disedarkan oleh suara hatinya yang mengingatkannya kepada hadith Nabi Muhammad saw:

"Ubatilah orang-orang sakit dengan bersedekah”(HR. Baihaqi)

Oleh itu setelah syaikh ini bangun di malam hari seperti biasanya untuk melaksanakan solat tahajud dan berdo’a, ia memutuskan untuk keluar ke jalan dan mencari orang miskin yang mahu menerima sedekahnya. 

Tetapi ia tidak menemukannya. 

Sebab, udara sangat dingin dan semua orang terlelap tidur di rumah masing-masing. 

Akan tetapi, ia menemukan seekor kucing cantik berwarna putih yang tengah menyusui anak-anaknya. 

Kucing itu terlihat lapar sekali. 

Syaikh itu langsung pulang ke rumahnya untuk mengambil beberapa potong daging dan memberikannya kepada kucing itu dengan niat sedekah kerana Allah.

Kemudian ia kembali ke masjid untuk melaksanakan solat subuh. 

Setelah itu, ia tidur sejenak. 

Tetapi ia melihat mimpi yang aneh. 

Ia melihat seekor burung gagak berwarna hitam menyerang anaknya untuk menerkamnya, sementara anak itu menangis meminta tolong. 

Dan tiba-tiba muncul seekor kucing cantik berwarna putih yang langsung menyerang burung gagak itu dan mencabik-cabiknya. 

Maka selamatlah anak itu.

Syaikh itu bangun pagi hari tanpa mengerti makna mimpinya yang aneh itu. 

Akan tetapi, seperti biasanya ia membawa anaknya ke doktor untuk dilakukan pemeriksaan.

Lalu doktor itu kehairanan dan memberitahunya bahwa anaknya tidak mengidap penyakit apa pun. 

Hingga syaikh itu teringat pada mimpinya dan sedekah yang ia lakukan secara sembunyi-sembunyi di tengah kegelapan malam. 

Ia bersyukur kepada Allah atas kurniaan itu.

Anak itu pun membesar dan menjadi pemuda yang bertaqwa, hafiz Al-Qur’an, bersuara merdu dan penyayang.

Ya, TAK ADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH SWT, ketika Dia sudah BERKEHENDAK atas sesuatu terdap hambaNYA yang telah meletakkan sandaran secara total kepadaNYA. 

Ketika kita SELALU BERSAMANYA, maka seberat apapun kesulitan atau masalah yang menimpa diri kita, akan menjadi mudah dan ringan untuk menyelesaikannya.
SILAKAN SHARE

*Bagi yang ingin mendapatkan TIPS/PETUA dalam kehidupan berumahtangga, boleh like page @[473053892717143:274:Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim] <3 syukran ya semua
Ini adalah kisah yang pernah di alami seorang syaikh yang bertaqwa.

...
Ia mempunyai seorang anak laki-laki berusia 5 tahun.

Pada suatu hari anak itu sakit kuat, kemudian sang ayah membawanya ke doktor untuk mengetahui penyebab naiknya suhu badannya yang tiba-tiba.

“Anak ini mengidap penyakit kronik dan tidak bisa disembuhkan. Tidak lama lagi dia pasti mati.”

Demikian kata doktor itu kepada mereka.

Kesedihan menghimpit syaikh yang soleh dan bertaqwa ini.

Tapi, tidak lama kemudian ia segera disedarkan oleh suara hatinya yang mengingatkannya kepada hadith Nabi Muhammad saw:

"Ubatilah orang-orang sakit dengan bersedekah”(HR. Baihaqi)

Oleh itu setelah syaikh ini bangun di malam hari seperti biasanya untuk melaksanakan solat tahajud dan berdo’a, ia memutuskan untuk keluar ke jalan dan mencari orang miskin yang mahu menerima sedekahnya.

Tetapi ia tidak menemukannya.

Sebab, udara sangat dingin dan semua orang terlelap tidur di rumah masing-masing.

Akan tetapi, ia menemukan seekor kucing cantik berwarna putih yang tengah menyusui anak-anaknya.

Kucing itu terlihat lapar sekali.

Syaikh itu langsung pulang ke rumahnya untuk mengambil beberapa potong daging dan memberikannya kepada kucing itu dengan niat sedekah kerana Allah.

Kemudian ia kembali ke masjid untuk melaksanakan solat subuh.

Setelah itu, ia tidur sejenak.

Tetapi ia melihat mimpi yang aneh.

Ia melihat seekor burung gagak berwarna hitam menyerang anaknya untuk menerkamnya, sementara anak itu menangis meminta tolong.

Dan tiba-tiba muncul seekor kucing cantik berwarna putih yang langsung menyerang burung gagak itu dan mencabik-cabiknya.

Maka selamatlah anak itu.

Syaikh itu bangun pagi hari tanpa mengerti makna mimpinya yang aneh itu.

Akan tetapi, seperti biasanya ia membawa anaknya ke doktor untuk dilakukan pemeriksaan.

Lalu doktor itu kehairanan dan memberitahunya bahwa anaknya tidak mengidap penyakit apa pun.

Hingga syaikh itu teringat pada mimpinya dan sedekah yang ia lakukan secara sembunyi-sembunyi di tengah kegelapan malam.

Ia bersyukur kepada Allah atas kurniaan itu.

Anak itu pun membesar dan menjadi pemuda yang bertaqwa, hafiz Al-Qur’an, bersuara merdu dan penyayang.

Ya, TAK ADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH SWT, ketika Dia sudah BERKEHENDAK atas sesuatu terdap hambaNYA yang telah meletakkan sandaran secara total kepadaNYA.

Ketika kita SELALU BERSAMANYA, maka seberat apapun kesulitan atau masalah yang menimpa diri kita, akan menjadi mudah dan ringan untuk menyelesaikannya.

Ahad, 2 Jun 2013

COSMOPOLITAN JUN 2013

ISTIMEWA LISA ISU JUN 2013

Lisa Edisi Jun 2013