Ahad, 30 Januari 2011

Rintangan dalam perjalanan hidup kita

Pada zaman dahulu kala,seorang raja meletakkan setongkol batu besar di sebatang jalan.Sang raja kemudiannya menyembunyikan diri dan memerhatikan dari sebalik pokok kalau-kalau ada yang cuba mengalihkan batu besar itu yang menghalang laluan mereka.

Sebahagian besar daripada para pengiring serta pedagang baginda yang kaya raya cuma memandang batu besar tersebut,berjalan mengelilinginya dan berlalu pergi begitu sahaja.Tidak kurang juga yang menyalahkan raja mereka kerana tidak menjaga keadaan jalan itu dalam keadaan baik.

Namun,tiada seorang pun daripada mereka melakukan apa-apa dengan batu besar yang menyukarkan perjalanan mereka itu,jauh sekali mengalihkannya ke tepi.Tidak lama kemudian,muncul seorang petani yang memikul bebanan hasil tani di atas belakangnya.

Raja terus memerhatikan dengan penuh khusyuk.Menghampiri batu besar tersebut,petani yang kelihatan kotor  kerana badannya bersalut lumpur itu dan tanah menurunkan guni yang dikandar.Dengan sepenuh kekuatannya,dia cuba mengalihkan batu besar itu ke tepi jalan agar tidak menghalang laluan.

Setelah beberapa lama berhempas pulas,dia akhirnya berjaya mengolekkan batu itu.Semasa hendak mengangkat semula sayur-sayuran dan buah-buahan yang diletakkannya tadi,si petani ternampak uncang wang yang betul-betul di atas tanah tempat batu besar yang telah dialihnya.

Uncang itu mengandungi banyak wang emas berserta sekeping nota dari raja berbunyi "Wang ini menjadi milik sesiapa yang memindahkan batu besar dari jalan".Petani itu mendapat satu mesej yang tidak difahami oleh banyak orang yang telah melepasi laluan itu dengan mudah.Setiap halangan dan rintangan dalam hidup kita merupakan satu peluang untuk meningkatkan diri.








Jumaat, 28 Januari 2011

Kucing-kucing kesayangan


Salam.Inilah kucing kesayangan saya..Comel tak? Di sebelah kanan,namanya CHIBU.Di sebelah kiri pula,namanya CHIBA.CHIBA dan CHIBU nie adik-beradik.Tapi sayangnya kedua-dua ekor kucing betina ini sudah mati.Huhu..Sedihnya la..Yang paling saya sayang ialah CHIBA.CHIBU telah mati kira-kira 2 tahun yang lepas akibat komplikasi setelah melahirkan anak yang tak cukup bulan..CHIBA pula mati pada tahun lepas akibat penyakit yang tidak diketahui..Di dalam gambar ini,CHIBA gemuk tapi di saat kematiannya,ia menjadi terlalu kurus..I MISS CHIBA dan CHIBU.Saya suka bergurau,bermanja dan ketika CHIBA kecil,saya suka mendukung ia dan letakkan dalam poket baju saya..Comel sangat ia masa tu.CHIBU pula selalu mengurut-gurut perut saya ketika saya tidur.Memori itu tinggal dalam kenangan.Pelbagai memori dan cerita ketika saya memelihara 2 ekor kucing ini.



Ini anak kepada CHIBA.Namanya BOT.Seekor kucing jantan yang suka bergurau dan suka tidur di atas mini pelamin pertunangan saya..Sepanjang mini pelamin yang serba pink putih dipasang kat rumah saya,BOT suka tidur tak kira waktu di atas mini pelamin saya.BOT nie kuat makan.Makan nasi dengan ikan goreng atau ikan rebus.Tapi ia tak suka makan biskut seperti WHISKAS atau FREKIES.



Ini gambar CHIBA dan BOT pada 22 Januari 2010.CHIBA peluk BOT ketika tidur di sofa.Mak sayang anak.Warna bulu pun sama kuning oren dan putih.Sweet kan.



Ini gambar BOT ketika di atas katil adik kelimaku,Ika.BOT suka tidur di atas katil Ika.Sebelum tidur,kena jilat badan dahulu.Bersihkan badan.



Ini CHIK.Ia digelar CHIK kerana badannya kecil.Kucing betina nie pun suka duduk atas pelamin.Hai,CHIK nak bertunang ke? Hehe..



Ini gambar CHIK tidur di atas katil saya ketika majlis pertunangan saya.Masa ini,saya sedang disolek oleh jurumekap.



Ini wajah CHIK jarak dekat.CHIK nie suka menjilat-jilat badannya dengan lidah umpama bersolek.Suka bersihkan diri.Comel kan CHIK nie.Bulunya kembang terutama sekali yang paling kembang ekornya.



Ini ialah BLACK.Seekor anak kucing jantan yang sangat nakal.Gambar di atas ketika ia bermain-main di dalam kain perhiasan mini pelamin pertunangan saya.Nampaknya kesemua kucing saya suka duduk di atas pelamin.



Hai,BLACK.Buat apa tu di bawah meja? Comelnya dia.Saya sayangkan semua kucing-kucing saya.


Isnin, 24 Januari 2011

Kisah anak kecil penjual kuih

Seorang pemuda yang sedang menahan lapar pantas menuju ke sebuah gerai makan.Semasa hampir menghabiskan sebahagian kecil hidangannya yang tinggal,datanglah seorang kanak-kanak lelaki penjaja kuih.

"Encik,mahu beli kuih saya?Ada karipap.cucur,ketayap.Mak saya yang buat.Ramai pelanggan yang kata sedap."Dengan ramah pemuda yang sedang menjamah makanannya itu menjawab;"Tak pelah dik,abang pun tengah makan ni".

Kanak-kanak tersebut bagaimanapun tidak berputus asa.Dia menunggu pemuda tersebut selesai menjamu seleranya dan sekali lagi mempelawanya membeli kuih-muih tradisional yang disediakan oleh ibunya."Terima kasih sajalah adik,abang dah kenyang ni"

Selesai makan,pemuda itu terus berjalan keluar dari situ menuju kenderaannya.Kanak-kanak tadi yang sudah seharian berjaja masih tidak berputus asa.Hati kecilnya berkata"Walaupun sudah kenyang,mungkin dia boleh bawa pulang sebagai buah tangan untuk orang-orang di rumahnya."

Kanak-kanak tersebut terpaksa membantu ibunya menjual kuih setelah kematian bapanya tidak berapa lama dahulu.Dia mempunyai dua orang adik lagi yang masih kecil.Dan,buat kali ketiganya dia berkata"Bang,mahu beli kuih saya?"

Pemuda tersebut kemudiannya mengeluarkan duit RM2 dan menghulurkannya kepada kanak-kanak tersebut.
"Adik ni memang tak reti menyerah kalah ye.Tak pe,ambil sahaja duit ni.Abang kira sedekah,ok?" Kanak-kanak tersebut mengambil wang itu lalu diberikan kepada peminta sedekah yang kebetulan ada di situ.
Pemuda itu kehairanan lantas dia bertanya:"Dik,abang bagi duit tu dekat adik,kenapa adik bagi kepada orang lain pula?"

Sambil menguntum senyuman,kanak-kanak itu berkata"Bang.saya sudah berjanji dengan mak di rumah untuk menjualkan kuih yang dibuatnya ini walaupun bersusah-payah.Bukan jadi pengemis.Saya akan berasa bangga jika pulang ke rumah dan berjumpa dengan mak sekiranya kuih mak habis terjual,lebih-lebih lagi saat saya memberikan mak wang hasil kerja keras saya.Mak saya tidak suka saya jadi pengemis,bang"

Pemuda tadi seperti terpana dengan kata-kata yang diucapkan oleh seorang kanak-kanak yang hanya berusia lebih kurang 12 tahun itu.Walaupun usianya belum dianggap matang,namun bagi kanak-kanak tersebut,beliau menganggap kerja itu sebagai satu maruah.Jika dia tidak berjaya di dalam sesuatu kerja yang dilakukannya dan di dalam hal ini,menjual kuih,kanak-kanak berkenaan merasakan seolah-olah nilai dirinya berkurangan.

Kena pula dengan ajaran ibunya yang pantang jika anak-anaknya meminta-minta,menjadi pengemis.Kanak-kanak itu mahu melihat ibunya tersenyum dan gembira setiap kali menyambut kepulangannya di rumah.
Senyuman bonda yang tulus dibalas dengan kerja yang terbaik dan mampu menghasilkan pendapatan.

Pemuda tadi akhirnya terus memborong kesemua kuih yang dijaja oleh kanak-kanak tersebut bukan kerana perutnya lapar tetapi prinsip yang dimiliki oleh anak kecil itu bahawa kerja adalah satu maruah dan dia akan mendapat wang jika sudah bekerja dengan baik.

Diharapkan semoga cerita di atas mampu menyedarkan kita tentang betapa pentingnya kerja yang mana hasilnya akan diberikan makan kepada anak,isteri dan menjadi darah daging keluarga.Bukan sekadar untuk wang semata-mata.Jangan sampai mata kita menjadi  kelabu kerana wang hingga kita melupakan apa makna pentingnya kebanggaan profesion yang kita miliki.Sekecil mana pun pekerjaan itu,kalau diusahakan dengan bersungguh-sungguh,pastilah akan memberi makna yang besar.





Selasa, 18 Januari 2011

Buang beban yang ada

Suatu ketika,ada seorang guru yang meminta murid-muridnya untuk membawa satu kantung plastik ke sekolah.Lalu,ia meminta setiap anak untuk memasukkan beberapa kentang ke dalamnya.

Setiap anak diminta untuk memasukkan sebiji kentang bagi setiap orang yang tidak mahu mereka maafkan.Mereka diminta untuk menuliskan nama orang itu,dan mencantumkan tarikh di dalamnya.Ada beberapa anak yang memiliki kantung yang ringan,walau banyak juga yang memiliki plastik kelebihan beban.

Mereka diminta untuk membawa kantung jernih itu siang dan malam ke mana sahaja mereka pergi harus mereka bawa,selama satu minggu penuh.Kantung itu harus ada di sisi mereka kala tidur,diletakkan di meja saat belajar,dan dibawa saat berjalan.

Lama kelamaan,keadaan kentang itu makin tidak menentu.Banyak dari kentang itu yang membusuk dan mengeluarkan bau yang busuk.Hampir semua anak mengeluh dengan tugasan ini.Dan akhirnya,waktu satu minggu itu selesai.Dan semua anak,agaknya banyak yang memilih untuk membuangnya daripada menyimpannya terus menerus.

Para pembaca sekalian,tugasan ini setidak-tidaknya memberikan hikmah spiritual yang besar sekali buat anak-anak.Suka duka saat membawa kantung yang berat akan menjelaskan pada mereka bahawa membawa beban itu sesungguhnya sangat tidak menyenangkan.

Memaafkan,sebenarnya adalah pekerjaan yang lebih mudah daripada membawa semua beban itu ke mana sahaja kaki kita melangkah.Ini adalah sebuah perumpamaan yang baik tentang harga yang harus kita bayar  untuk sebuah kepahitan yang kita simpan dan dendam yang kita genggam terus-menerus.Getir,berat dan meruapkan aroma yang tidak enak boleh terjadi.Itulah nilai yang akan kita dapatkan saat memendam amarah dan kebenciaan.

Sering kita berfikir,memaafkan adalah hadiah bagi orang yang  kita beri maaf.Namun,kita harus kembali belajar bahawa pemberian itu adalah juga hadiah buat diri kita sendiri.Hadiah untuk sebuah kebebasan.
Kebebasan dari rasa tertekan,rasa dendam,rasa amarah serta kedegilan hati.

Ahad, 16 Januari 2011

Belajarlah menulis di atas pasir

Dua orang sahabat karib sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir.A dan B.Di tengah-tengah perjalanan,tiba-tiba sahaja tercetus pertengkaran di antara mereka berdua.A telah menghadiahkan B satu tamparan yang hinggap di pipinya.B berasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindak balas.


Tanpa berkata apa-apa,B menulis di atas pasir: Hari ini,sahabat baikku telah menampar mukaku.


Kemudian,mereka meneruskan perjalanan sehinggalah mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir.Mereka mengambil kata sepakat untuk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh.Dalam mereka asyik membersihkan diri masing-masing.B nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya,A.Ketika B mulai sedar dari lemas dan hilang rasa takut,dia menulis di atas sebuah batu: Hari ini, sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.


A bertanya: " Kenapa setelah aku melukai hatimu,kau menulis di atas pasir.Dan sekarang,kenapa pula kau menulis di atas batu? Sambil tersenyum,B berkata: "Ketika seorang sahabat melukai kita,kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskan tulisan itu.Dan apabila sesuatu yang luar biasa terjadi,kita harus memahatnya di atas batu hati kita,agar tidak hilang ditiup sang bayu"

Moral cerita di atas,dalam kehidupan seharian kita,sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yang juga berbeza-beza.Oleh kerana itu,cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu.Belajarlah menulis di atas pasir.

Jumaat, 14 Januari 2011

Segmen: Aku & Drama Korea


Salam.Saya nak buat segmen: Aku & Drama Korea.Oh ye..saya suka tengok drama korea yang bertajuk Winter Sonata,Full House dan One Litre Of Tear




Winter Sonata mengisahkan seorang gadis yang bernama Jung Yu Jin yang percaya cinta pertamanya adalah istimewa dan dia jatuh cinta pada seorang pemuda misteri yang bernama Kang Jung Sang yang meninggal dunia dalam kemalangan semasa dalam perjalanan untuk menemui Yun Ji pada malam tahun baru.Sepuluh tahun kemudian,Yun Ji mempunyai syarikat sendiri dan bertunang dengan Kim Sang Hyuk.Kemunculan Lee Ming Yeong membuatkan perasaannya sedih dan emosinya terganggu kerana wajahnya mirip mediang Kang Jung Sang.Dia keliru kerana tertarik Lee Ming Yeong yang juga tertarik kepadanya.



Full House mengisahkan Han Ji Eun seorang gadis dan merupakan seorang penulis novel.Dia tinggal di FULL HOUSE yang merupakan rumah peninggalan ayahnya.Kedua-dua ibu bapa Ji Eun telah meninggal dunia.Ji Eun terpaksa berkahwin dengan Young Jae semata-mata untuk terus tinggal di FULL HOUSE setelah FULL HOUSE dijual kepada Lee Young Jae yang merupakan seorang pelakon yang popular di Korea oleh sahabatnya dengan cara menipu.Walaupun Ji Eun berkahwin dengan Young Jae secara kontrak,dalam hati dia menaruh hati dan perasaan pada Young Jae.Dia menjadi sedih apabila Young Jae sering melayannya dengan kasar dan apabila Young Jae lebih mengambil berat tentang Hae Won.

Saya sangat sukakan lagu-lagu yang terdapat dalam drama Full House.Salah satunya ialah:








One Litre Of Tears merupakan kisah sebenar Aya yang berusia 15 tahun yang menghidap spinocerebellar ataxia dan meneruskan kehidupannya sehingga 25 tahun.Sedih bila saya tengok drama ini.Hati saya tersentuh dengan watak Aya yang tabah mengharungi penyakitnya.

Sebenarnya,banyak lagi drama korea yang saya suka.Tapi yang paling saya suka sekali adalah 3 drama ini.Ok,nan neol sa rang hae(i love u dalam bahasa korea)..

Rabu, 12 Januari 2011

Contest Blog Paling Cantik, Comel dan Kemas


Salam.Selamat petang.Saya mahu join contest yang dianjurkan oleh Farzana Farzanto

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Jadi Follower Farzana Farzanto
  2. Peserta perempuan digalakkan kerana hadiah yang ditawarkan khas untuk blogger perempuan.(Setiap pemenang boleh memilih hadiah atau baju mengikut citarasa sendiri di Pelangiwardrobe Hannah . add dulu baru boleh tengok baju-baju di sana.
  3. Ada 3 kategori iaitu blog paling cantik,comel dan kemas.Setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja.
  4. Buat 1 entry tentang contest ini.
  5. Tag 5 orang rakan blogger anda.
  6. Letak banner di sidebar blog anda dan linkkan terus ke entry ini.
  7. Setelah selesai,tinggalkan link entry berkenaan dengan contest di ruangan komen entry ini.
  8. Penyertaan bermula pada 10 Januari 2011-10 Februari 2011.
Ok.Saya ada tempoh sebulan untuk menghias blog saya ini...

Saya nak tag:
Mommy Pinky
Ika
Zura
Princess Nabilah
Zati

Selasa, 11 Januari 2011

Hati Getah New Year Giveaway


Salam..Kali ini,saya mahu join Hati Getah New Year Giveaway  yang dianjurkan oleh Cik Liyana

Jika nak join,syaratnya simple je..
 
  1.Mesti jadi follower Hatiku Hati Getah dan Lainaz Closet

  2.Postkan entry nie di blog anda

  3.Tag beberapa kawan untuk join giveaway ini

  4.Letak banner giveaway di sidebar anda

Giveaway akan tamat pada 1 FEBRUARI 2011


Ok.saya mahu tag:
Anith Chan
Princess Nabilah
yani


Ahad, 9 Januari 2011

Contest Jelingan Manja

Salam semua...

Jelingan manja menusuk ke kalbuku
Menambah rasa cinta
Dalam lubuk jiwaku
Adakah dia menarik perhatianku
Dapatku membayangkan dari ruang matanya

Ok menyanyi lagu Jelingan Manja nyanyian Allahyarmah Saloma pula.Oh ye,sebenarnya saya nak join contest yang dianjurkan oleh Cik Bulan.Contest Jelingan Manja.


Jelingan CIK BULAN


Jelingan saya,QUEENPINK..hehe....

Ok,pada sesiapa yang mahu join contest ini,silalah layari blog Cik Bulan ye...

Saya mahu tag Mommy Pinky

KECANTIKAN TIDAK AKAN KEKAL SELAMANYA

Kisah ini mengenai seorang wanita yang sangat cantik orangnya.Oleh itu,dia menjadi seorang yang terlalu angkuh dek kecantikan yang dianugerahkan kepadanya.Wanita tersebut menginginkan seorang teman hidup yang bukan sahaja kacak rupanya malahan memiliki harta dan kekayaan yang mampu menampung perbelanjaannya sepanjang hidup.Yalah,kaum Hawa semestinya menggilai pakaian yang mahal dan perhiasan yang mewah yang mampu menyerlahkan penampilan diri apabila berhadapan dengan orang lain.

Oleh kerana itu,wanita tersebut sanggup mengiklankan dirinya di setiap surat khabar dan ruangan internet agar ada jejaka yang mampu memenuhi setiap ciri yang disenaraikan.Akhirnya,ada seorang jejaka yang  menghubunginya dengan mengatakan,"Saya sememangnya seorang yang kacak dan  bergaya tetapi saya hanya ada sedikit harta buat bekalan kita berdua apabila kita berkahwin nanti."

Wanita itu lantas menjawab,"Saya mencari teman hidup yang bukan sahaja kacak malahan memiliki harta yang banyak setanding dengan kecantikan yang saya  miliki."Wanita itu terus meletakkan telefonnnya.

Muncul pula lelaki kedua dan berkata,"Saya tidaklah kacak dan akan saya curahkan segala kasih sayang saya kepada anda apabila kita berkahwin nanti.Jika saya pergi dahulu sebelum anda,saya akan setia menanti di pintu syurga." Wanita itu tetap membalas"Saya mencari teman hidup yang kacak dan memiliki harta yang setanding dengan kecantikan yang saya ada."

Beberapa hari kemudian,muncul lelaki seterusnya menghubungi wanita itu dengan berkata,"Sememangnya saya seorang yang kacak,bergaya dan memiliki harta yang melebihi kecantikanmu.Akan tetapi,mampukah anda berjanji bahawa kecantikan anda akan kekal seperti usia anda sekarang walaupun untuk 20 tahun lagi sedangkan kekayaan saya akan bertambah dan bertambah walaupun untuk 20 tahun lagi?" Wanita itu terkedu mendengar jawapan lelaki tersebut.Saya sentiasa ingatkan diri saya dan para pembaca sekalian bahawa kecantikan tidak berkekalan.Memang kita cantik,anggun dan jelita kini tetapi tiada siapa yang tahu dan boleh mentafsir masa hadapan.Sesungguhnya,kecantikan hati lebih berharga dan bernilai berbanding kecantikan rupa paras.Usahlah membangga diri dengan kecantikan yang dianugerahkan oleh Allah kerana Allah boleh menarik apa yang dianugerahkan kepada kita bila-bila masa.Akhir kata,lihatlah dengan hati bukan dengan mata,dengarlah dan hayatilah dengan jiwa bukan dengan telinga.





Sabtu, 8 Januari 2011

AIR KACANG SOYA KEMPISKAN PERUT


Badan yang langsing dan perut yang kempis idaman semua orang.Tapi kalau tak mampu tahan selera makan,macam mana pula tu? Kes berat ni! 

Hehe..jangan bimbang,mulai hari ini,rajin-rajinlah minum air kacang soya kerana satu penyelidikan menunjukkan perempuan yang minum susu kacang soya secara teratur setiap hari selama 3 bulan,cenderung memiliki perut lebih ramping dibandingkan dengan rakan mereka yang minum susu.Hal ini terjadi kerana soya mengandungi isoflavon yang strukturnya sama dengan estrogen dan menempel pada reseptor estrogen di lapisan lemak.Jadi,secara teorinya isoflavon pada soya dapat mengatur metabolisme lemak tubuh dan menurunkan kolesterol. Selain itu,minum kacang soya dipercayai mengelakkan fenomena sugar craving(kecanduan gula) sekali gus menimbulkan rasa kenyang.Silakan mencuba! 

Saya pun dah praktikkan minum air kacang soya selama ini sebab ia merupakan salah satu minuman kegemaran saya.Tapi saya tak la minum air kacang soya setiap hari..Paling kurang pun 3 kali seminggu..Berat badan saya tetap maintain 50 kg dengan ketinggian 160 cm.Senaman ringan juga perlu dilakukan juga..Tapi kebiasaannya saya selalu melakukan yoga ataupun menari..Oleh itu,bagi sesiapa yang mahu menguruskan badan,pastikan apa yang anda lakukan tidak memudaratkan diri ye..Kesihatan perlu diutamakan.Sayangilah diri dan badan anda..