Jumaat, 26 Disember 2014

Doa Mohon Banjir Tidak Berlarutan



P/s : Depan rumah Queenpink dah dinaiki air(Taman Chengal,Temerloh Pahang

Wajib Cuba! Keistimewaan Aiskrim Gulung Pulau



Aiskrim Gulung? Anda pernah merasai Aiskrim Gulung Pulau Langkawi? Pencuci mulut istimewa ini dijual di Pantai Chenang, Langkawi. Menurut page Kedah Kampung Cheq, aiskrim ini biasa terdapat di Thailand tetapi kini sudah boleh diperolehi di Langkawi.
Bila melihat pada video, segi pembuatannya sekali imbas seperti memasak daging burger. Namun, ia sebenarnya adunan cecair perisa vanila dan puri buah-buahan sedang digoreng untuk dijadikan aiskrim. Apa yang menarik lagi, perisa aiskrim bergantung kepada puri buah-buahan seperti blueberi, buah naga, strawberi, mangga, kiwi dan durian belanda. Cara pembuatannya, adunan vanila dan puri buah-buahan digoreng kemudian diratakan nipis di atas kuali bersuhu sejuk beku -30 darjah Celsius. Dalam tempoh dua saat adunan tadi akan menjadi aiskrim dan ia kemudian digulung. Pelanggan juga boleh memilih kacang, coklat urai, kismis hitam, coklat cair dan gula-gula marshmallow sebagai penghias tambahan untuk aiskrim tersebut.





Lokasi: Sebelah Mc’Donald dalam The Zon Free Duty, Pantai Cenang, Langkawi
Sumber : Kedah Kampung Cheq & Kosmo

Rabu, 24 Disember 2014

Bila Dengar Orang Kata




Manusia sememang tak akan pernah puas. Adakala  malas nak bercerita  pasal hal dengki mendengki sebab kadang-kadang orang tak suka kita sebab salah sendiri pun, dikatakan dengki. Mungkin ada salah kita yang kita tak nampak? Tapi, janganlah terlalu obses melihat pandangan orang. Walaupun mungkin apa yang orang katakan tu betul, jangan biarkan kutukan-kutukan melampau mereka menguasai diri.

Kadang-kadang bila kita buat baik, orang tetap tak puas hati kan. kadang-kadang jugak, mereka tak kenal kita tapi masih jugak nak menghakimi kita dan paling teruk, ada jugak segolongan manusia yang dari first time tengok kita pun, dah tak suka padahal kita belum bercakap pun lagi. Begitulah manusia, jadi janganlah gusar, kerana setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kalaulah mereka dapat membaca hati kita, pastilah perkara sebegini takkan berlaku (kalau hati bersih) dan takkan ada gerakan anti kita walau dimana saja kita berada …. percayalah

Bila kita ikut suruhan agama..ada orang kata "tak payah la berlagak alim sangat"
Bila kita langgar suruhan agama..ada orang kata "astaqfirullah, apa la nak jadi"

Bila kita sedekah duit..ada orang kata "ala, nak menunjuk la tu"
Bila kita simpan duit..ada orang kata "duit banyak tapi kedekut pahit"

Bila kita ikut peraturan..ada orang kata "tengok tu, skema betul"
Bila kita langgar peraturan..ada orang kata "bodoh betul la orang tu"

Bila kita tegur dengan baik..ada orang kata "bajet bagus la kononnya"
Bila kita tegur dengan kasar..ada orang kata "kurang ajar, tak ada adab betul"

Bila kita pakai sopan..ada orang kata "update la sikit,macam kampung sangat"
Bila kita pakai 'dedah sana-sini'..ada orang kata "malu la sikit, tak ada maruah ke?"

Bila kita bagi nasihat.. ada orang kata "jangan sibuk jaga tepi kain orang, boleh?"
Bila kita sindir-menyindir..ada orang kata "tak reti bagi nasihat leklok ke?

Bila kita tolong buat kerja.. ada orang kata "tak payah la duk menyibuk kat sini"
Bila kita tak tolong apa-apa..ada orang kata "dasar pemalas betul"
Samada sedar dan tak sedar, memang ramai orang yang tak puas hati dengan kita. Kalau nak kira dengan jari memang tak terhitung. Bagi orang yang dah mati pun, ada lagi mereka yang masih dengki. Mulut orang memang tak boleh nak tutup. Apa yang kita buat semua salah.. semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah.. tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Ingat satu pesanan ni..

“Hiduplah atas kekuatan diri sendiri, bukan pandangan orang lain. Dan kita dan semua, janganlah asyik nak provok orang. Fikirkanlah kesan jangka panjang perbuatan kita terhadap orang tersebut, Dan kita pula, banyakkan bermuhasabah diri, orang yang kita kata adalah cermin diri kita”

"Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula..perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita..bukan pandangan manusia"
Beginilah jadinya kalau kita mudah sangat ikut cakap orang. semua orang mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza. Tak semestinya semua kata-kata orang boleh kata ambil bulat-bulat tanpa kita berfikir dengan logiknya. Jika kita suka sangat dengar apa orang cakap, maka kita tak tahu apa yang kita buat dan nak buat. Jadi berfikirlah sendiri dan jika keputusan itu yang kita rasa betul, itulah yang kita perlu ikut dan lakukan. dan jika keputusan itu kita rasa tak betul, pandai-pandai lah kita menolaknya. Semunya adalah kerana Allah SWT.

Kita Tak Mampu Puaskan Hati Semua Orang



♥ Assalamualaikum ♥

Kita tak mampu buat semua orang suka kita dan kita juga tidak mampu untuk puaskan hati semua orang. Baik macam manapun kita tetap dikata jahat. Lagi dikata hidup ini bukan untuk puaskan semua kehendak manusia, tapi lebih kepada menurut perintah Tuhan :)

Isnin, 22 Disember 2014

Jipangi, Aiskrim Panjang Korea Kini Boleh Didapati di Malaysia

Jipangi merupakan snek tradisional Korea yang diperbuat daripada tepung jagung. Ia juga dikenali sebagai “cane” atau “walking stick” di Korea.
Di jalan-jalan di Insadong, Seoul, di mana produk tradisional Korea dijual, idea mengisi ruang kosong snek dengan aiskrim lembut telah diperkenalkan.
Aiskrim Jipangi telah memikat hati orang Korea dan juga luar Korea. Diiktiraf oleh pelancong atas keunikannya, Jipangi telah memutuskan untuk mendekati rakyat Malaysia!
Kini anda boleh merasai keunikan dan keenakan Jipangi di Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Cawangan Jipangi Malaysia ini telah dibuka pada Disember baru-baru ini. Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook Jipangi Malaysia

10868250_1533325513605685_8179580065256103437_n 10846224_1532455407026029_4977526289495088132_n 1497811_1533189443619292_4502658963460391678_n10849862_1531464723791764_7261568370050525564_n

Kagum! Kanak-Kanak 5 Tahun Pakar IT Termuda Di Dunia

pakar it

Wow sungguh mengagumkan, Ayan Qureshi yang hanya 5 tahun tetapi merupakan pakar teknologi maklumat (IT) bertauliah termuda di dunia. Qureshi mendapat kebenaran khas untuk menduduki ujian yang dikendalikan oleh syarikat perisian komputer terkenal, Microsoft.
Malah lebih mengejutkan, Qureshi lulus dengan cemerlang sehingga memperoleh sijil Profesional Bertauliah Microsoft yang biasanya diduduki oleh calon yang terdiri daripada graduan dewasa.
Kanak-kanak cilik berbakat dari Coventry, England ini membuktikan keupayaannya apabila dapat menjawab semua soalan dikemukakan lebih awal daripada tempoh dua jam yang ditetapkan. Bapanya, Qureshi, telah memperkenalkan komputer kepada Ayan sejak dia berumur 3 tahun lagi.
Melihat minat anaknya terhadap komputer, Qureshi telah membina sendiri sebuah makmal komputer bagi pembelajaran anaknya. Adalah tidak mudah untuk mengajar tentang komputer di usia muda, namun bapa Ayan seorang yang optimis kerana percaya usahanya pasti akan membuahkan hasil.

pakar it 2
pakar it 3
pakar it 4
MYNEWSHUB

Inilah Dia Perempuan Paling Cantik di China



Mengalahkan Fan Bingbing dan juga Zhang Ziyi, gadis ini dianggap sebagai gadis yang paling cantik dan juga comel di China. Ju Jingyi, kini menjadi bualan perbincangan dan perhatian di sosial media.
Ju Jingyi yang berusia 19 tahun ini merupakan ahli kumpulan SNH48. Wajahnya yang dianggap luar biasa cantik bahkan mendapat gelaran malaikat atau bidadari dari para netizen. Bukan itu sahaja, kecantikan semula jadi seperti yang dimiliki Ju Jingyi ini sangat jarang ditemui.
“Wajah seperti itu hanya muncul dalam 4,000 tahun sekali dan kita beruntung dapat menyaksikan kecantikan seperti itu,” puji salah satu netizen.
Disebabkan itulah, Jingyi kini popular di beberapa laman carian di Jepun. Kecantikannya begitu tersohor sehingga membuat banyak pihak ingin melihatnya. Kerana wajahnya yang super comel serta sikapnya yang ramah namanya terus melonjak naik.
10408139_356587937845687_1472150743104973960_n
1780291_356468624524285_5087796258763780827_o
10688474_360043707500110_4264814652789395790_o
10835379_358014961036318_6770678766114912927_o
10848944_356267147877766_383900482399788645_o
887331_361916883979459_2401800437401719093_o
10830716_355413337963147_1969357770041206762_o
sumber

CARA MENYUSUKAN BAYI

  • Mulakan penyusuan dengan mengendung bayi tanpa membebankan:
    • bahu
    • tangan dan pergelangan tangan
  • Gunakan bantal untuk meletakkan bayi dekat dengan payu dara anda supaya tangan anda tidak sakit
  • Berikan susu badan pada setengah jam pertama selepas kelahiran untuk merangsang pengeluaran susu yang seterusnya
  • Pastikan anda selesa dan betul-betul tenang
  • Letakkan puting susu ke arah bibir bayi sehingga mulutnya terbuka luas
  • Masukkan puting dan kesemua bahagian areola ke dalam mulut bayi
  • Pastikan mulut bayi anda menutupi bahagian aerola
  • Anda akan rasa bayi menghisap bahagian puting dan aerola
  • Berikan kedua-dua belah payu dara
  • Bayi yang baru lahir selalunya mahu menyusu dua atau tiga jam pagi dan malam
  • Berikan susu jika bayi anda lapar
  • Bertenang semasa menyusui bayi
  • Cuba selimuti bayi dan kendungnya untuk menyusuinya kerana bayi perlukan pelukan ibu supaya rasa selesa dan selamat

SENAMAN IBU MENGANDUNG

Senaman antenatal
* membantu anda bertenang sewaktu dalam kesakitan melahirkan anak
* membantu anda mudah bersalin
* mengekalkan kesihatan yang baik
* mengurangkan sembelit, sakit belakang dan keletihan
Mencegah sakit belakang
* letakkan sebelah tangan anda di bawah perut anda dan
* letakkan tangan sebelah lagi di bahagian bawah belakang
* tarik nafas dan angkat ke atas kandungan anda secara perlahan
* pada masa yang sama, tekan punggung anda menghala ke lantai dan
* kembali ke kedudukan asal
* tulang punggung anda sepatutnya bergerak ke hadapan dan ke belakang
Mengendurkan otot-otot pinggang
* duduk dengan menyilangkan kaki (seperti bersila) sambil membongkok sedikit
* tekan lutut anda ke lantai dengan menggunakan tangan dan renggangkan paha
* setelah berehat seketika ulangi semula langkah tadi
Menguatkan tulang punggung dan otot-otot faraj
* baring menelentang
* kempiskan perut anda ke dalam dan
* tekan bahagian belakang anda dan berehat
* rapatkan otot-otot anda seolah-olah anda menahan kencing dan rehat
* lakukan senaman ini perlahan-lahan
* boleh dilakukan sambil berdiri atau duduk
Mencegah kekejangan kaki
* baring menelentang
* angkat sebelah kaki anda dan gerakkannya ke atas dan ke bawah
* kemudian pusing mengikut pusingan jam dan sebaliknya
* ulang pada kaki sebelah lagi
Menguatkan otot-otot perut
* baring menelentang sambil mengangkat kepala dan kedua-dua kaki ke atas
* kemudian berehat

Resipi mudah Marmalade kegemaran Paddington



Marmalade dalam bahasa Melayunya ialah jam yang diperbuat daripada buah-buahan yang diawetkan untuk tahan lebih lama.
Resepi yang akan dikongsikan ini menggunakan buah oren, tetapi anda juga boleh menggunakan buah-buahan lain mengikut citarasa anda.

Jika anda penah menonton cerita animasi "Paddington" yang terkenal sejak tahun 1958, beruang Paddington sangat sukakan marmalade.

Jadi, bersempena filem "Paddington" yang sedang ditayangkan dipawagam, jom kita belajar resepi mudah marmalade oren yang dipetik daripada Simply Recipes.

Sumber foto: kimfarmmarket
Bahan-bahan:
12 biji buah oren
4 cawan air
2 biji lemon
4-5 cawan gula putih

Peralatan yang perlu ada:
Periuk separuh besar
Pemerah jus
Pisau
Cawan pengukur besar
5-8 bekas kaca kedap udara
Beg muslin jeli

Cara-cara:
1. Bersihkan buah oren terlebih dahulu. Kemudian kesemua buah oren dipotong dua dan diperah sehingga dapat 2 cawan jus oren. Simpankan biji ataupun isi buah oren tersebut untuk dibuat pectin.
2. Bersihkan kulit oren sehingga tiada lapisan putih di dalam dan potong halus kulit oren yang dibersihkan tadi. Pastikan anda mendapat 4 cawan kulit oren yang dipotong.
3. Perahkan sebiji lemon dan dicampurkan bersama jus oren tadi. Simpan isi dan biji sama seperti buah oren tadi. Kemudian masukkan biji dan isi buah lemon dan oren yang disimpan tadi kedalam beg muslin jeli.

Langkah memasak:
1. Masukkan jus oren dan lemon ke dalam periuk besar. Kemudian masukkan hirisan kulit buah oren dan sebiji lagi buah lemon yang di potong lapan bersama air.
2. Masukkan beg muslin jeli yang telah diisi isi buah oren dan lemon ke dalam periuk dan diikatkan di tepi periuk.
3. Biarkan ke semua bahan tersebut mendidih selama 30 minit tanpa ditutup sehingga kulit buah oren menjadi lembut dan masak sepenuhnya.
4. Apabila sudah masak sepenuhnya, biarkan sejuk seketika, kemudian tuangkan campuran tadi ke dalam cawan pengukur besar dan kirakan banyak mana campuran yang anda peroleh.
5. Pastikan anda peroleh dalam 4 hingga 5 cawan campuran berkenaan dan masukkan semula ke dalam periuk.
6. Kemudian masukkan 7/8 cawan gula dan apabila gula sudah cair dan sebati, rasa campuran tersebut. Anda boleh menambah lagi gula mengikut kemanisan yang anda inginkan.
7. Apabila campuran tadi sudah masak ia akan kelihatan seperti jeli. Kemudian masak lagi dengan api sederhana tinggi dan pastikan tiada jeli ataupun marmalade yang melekat di dinding periuk.
8. Untuk mengetahui sama ada marmalade anda sudah siap untuk di masukkan dalam bekas kaca, anda boleh memeriksa keadaan air pada marmalade tersebut. Sekiranya cair, bermakna ia belum masak sepenuhnya, jika ianya likat bermakna ianya sudah siap dimasak dan anda boleh menuang kedalam bekas kaca kedap udara.

Sedapnya. Boleh la anda menikmati marmalade oren ini sambil menonton filem "Paddington"!

Selamat mencuba!

[Sumber Foto: dailymail]

SENARAI SEMAK KEPERLUAN SEBELUM BERSALIN DI HOSPITAL

Senarai keperluan bayi di hospital
* 2 helai tuala mandi
* 2 helai selimut
* 20 helai kain lampin / pampers
* 2 pin besar
* 4 helai seluar kalis air
* 4 helai baju / baju sejuk
* 4 pasang seluar panjang
* 4 pasang sarung kaki dan sarung tangan
Senarai keperluan ibu di hospital
* 1 helai tuala mandi
* 1 helai tuala muka
* 20 keping tuala wanita bersalin (dengan gelung) dan tali
* 3 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi)
* 1 helai pakaian biasa
* 2 pasang stokin
* 1 pasang selipar
* 3 helai coli khas untuk menyusu
* 2 pasang pelapik coli
* 5 helai seluar dalam pakai buang
* sikat
* berus gigi dan ubat gigi
* barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll)
* pakaian untuk pulang ke rumah
* bahan bacaan
* susu sesuai untuk ibu menyusu seperti ANMUM 2
Senarai yang perlu dibawa oleh bapa
* surat rujukan doktor
* kad pengenalan anda
* kad pengenalan suami anda
* surat nikah
* wang

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 – 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.
Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)
Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.
Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan
Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
  • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
  • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.
Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung
Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 – 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

Resepi mudah Coklat Marshmallow



Jika anda teringin merasai makanan atau manisan yang bertemakan coklat, kini ianya lebih mudah untuk dihasilkan!

Sebelum ini, banyak resepi melibatkan coklat memerlukan anda untuk menggunakan ketuhar, tetapi resepi yang kami kongsikan kali ini hanya perlu disejukkan dalam peti sejuk sahaja.

Bukan sahaja sebagai kudapan, Coklat Marshmallow juga sesuai diberikan sebagai cenderahati untuk tetamu dalam apa jua majlis kecil-kecilan.

Kami kongsikan resepi mudah Coklat Marshmallow yang dipetik daripada Resipi Citarasawan.

Bahan-Bahan:
1. 300 gram coklat masakan yang dicincang kecil
2. 80 gram marshmallow mini
3. 2 sudu kecil mentega

Cara-Cara:
1. Alas loyang bersaiz segi empat dengan kertas timah (aluminium foil)
2. Satukan coklat masakan dan mentega. Cairkan secara 'double boiler' hingga coklat mencair dan gaul rata.
3. Angkat dari dapur, masukkan marshmallow ke dalam coklat dan gaul rata dengan spatula.
4. Tuang ke dalam loyang dan ratakannya. Hentakkan sedikit loyang supaya marshmallow timbul di permukaan coklat. Hiaskan dengan coklat masakan putih atau hiasan yang disukai.
5. Simpan di dalam peti sejuk sehingga mengeras.
6. Keluarkan dari acuan, biarkan pada suhu bilik seketika sehingga coklat lembut sebelum dipotong dan dihidang.

Mudah, bukan? Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

[Sumber Foto: sevenscooking]

Perkembangan Bayi Dari Lahir Hingga Dua Tahun

artikel 6

Perkembangan Bayi Dari Lahir Hingga Dua Tahun
Sebagai ibu bapa, memang seronok melihat anak-anak membesar dengan sihat dan bijak. Daripada lahir sehingga umur mereka dua tahun, pelbagai keletah dan kerenah dapat diperhatikan. Sesetengahnya mencuit hati dan adakalanya membuatkan anda berasa bangga menjadi ibu bapa mereka. Sebolehnya, kita mahu berada di sisi ketika mereka melakukan sesuatu buat kali pertama seperti ketawa, berdiri sendiri, berjalan, mengucapkan perkataan, memanggil mama atau papa dan sebagainya.
Biasanya, perkembangan awal kanak-kanak diukur daripada pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya.  Bayi baru lahir akan diukur berat dan tingginya untuk dicatatkan dalam carta supaya boleh dijadikan rujukan. Carta ini digunakan untuk mengetahui sama ada seseorang bayi itu membesar secara normal atau tidak.
Tahap-tahap Pertumbuhan Bayi Adalah Seperti Berikut:
0 hingga 3 bulan
• Berupaya bertindak balas jika anda menyentuhnya dengan lembut pada pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
• Dalam tempoh ini juga, kemahiran motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
• Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
• Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum.
• Pada usia lapan  minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
• Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
• Pada usia tujuh hingga lapan minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
• Pada usia sembilan minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.
Tip: Beri bayi anda alat permainan yang mengeluarkan bunyi untuk merangsang kemahiran pendengarannya.   
3 hingga 6 bulan
• Pada usia 14 minggu, bayi sudah boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
• Bayi juga boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
• Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
• Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
• Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.
• Genggaman tangan bayi mulai kejap dan kemahiran motornya kian mantap.
• Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.
Tip: Menyanyi akan menceriakan bayi anda dan merangsang kemahiran lisannya. Jadi, ajaklah anak tepuk tangan dan gerakkan badannya mengikut rentak muzik.
6 hingga 9 bulan
• Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
• Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
• Bayi juga mulai merangkak.
• Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
• Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, rak, meja dan sebagainya.
• Mulai berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
• Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas tetapi tidak difahami.
Tip: Ajar anak menyebut perkataan yang mudah seperti mama dan papa untuk merangsang kemahirannya bercakap.
9 hingga 12 bulan
• Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.
• Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
• Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
• Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
• Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
• Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’.
• Bayi gemar bermain ‘sorok barang’ dengan anda.
Tip: Mengajak anak bermain ‘sembunyi-sembunyi’ akan merangsangnya menjadi lebih fokus ketika melihat. 
12 hingga 24 bulan
• Pada peringkat ini kanak-kanak biasanya sudah pandai berkata-kata. Contohnya. “Mana mama?”
• Ketika bercakap, mereka akan fokus terhadap apa yang mereka cakapkan itu.
• Semasa membaca buku bersama, mereka akan turut menyebut nama objek-objek yang ada di dalamnya.
• Kanak-kanak dua tahun juga semakin pandai naik dan turun tangga.
• Boleh membuka zip yang bersaiz besar.
• Sudah pandai melukis.
• Semakin pandai memegang dan menggunakan sudu.
Tip: Beri anak anda sudu dan garpunya sendiri ketika makan untuk merangsang kemahirannya memegang sesuatu benda.
Manakala perkembangannya pula akan merangkumi 5 asas utama iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif, sosial emosi dan estetika serta daya kreatif. 
1. Perkembangan Fizikal
Si manja mengalami perubahan dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti melakar dan melukis.
Tip rangsangan: Berikan anak kertas dan pensel warna. Biarkan dia melukis apa sahaja yang diingini untuk memupuk kreativiti mereka.
2. Perkembangan Bahasa
Anak anda akan mengalami perubahan daripada tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada rangsangan. Dia akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan mendengar radio.
Tip rangsangan: Ajaklah anak menyanyi lagu dengan lirik ciptaan anda sendiri agar anak boleh belajar menyebut perkataan dengan betul. Misalnya,“Masa mandi, gosok gigi, gosok gigi, gosok gigi...baru bersih.”
3. Perkembangan Kognitif
Ini bermaksud keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.
Tip rangsangan: Setiap kali melakukan sesuatu, beritahu anak apa yang anda sedang buat. Misalnya, “Mama nak buka lampu ni,” lalu tekan suis dan lampu akan menyala. Dengan cara ini anak anda akan memahami perbuatan tersebut.
4. Perkembangan Sosial Emosi
Kanak-kanak mula belajar bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Mereka semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Tenangkan mereka supaya tidak menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalah dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.
Tip rangsangan: Galakkan anak berkawan dengan rakan sebaya agar dia pandai berkomunikasi dan bertolak ansur.
5. Perkembangan Estetika dan Kreativiti 
Lihat kemampuan si kecil mengembangkan daya kreativitinya. Kemahiran ini diperoleh menerusi aktiviti dan projek berkaitan seni visual yang mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Proses ini mengaktifkan pemikiran kritikal kanak-kanak dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan kanak-kanak melakukan eksplorasi dan eksperimen dalam kehidupan seharian.
Tip rangsangan: Ajak anak bermain permainan gambar sama. Ambil beberapa keping gambar dan buatkan dua salinan. Campurkan kesemuanya dan biarkan anak asingkan gambar yang sama. Cara ini mengasah kemahiran anak menyelesaikan masalah.

Cuba sendiri resepi mudah Oreo Brownies



Hujung tahun merupakan waktu yang sesuai untuk pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga membuat majlis perkahwinan.
Selalunya, kek cawan menjadi pilihan di majlis perkahwinan tapi kali ini apa kata anda tukar selera para tetamu dengan menyediakan Oreo Brownies yang pastinya tidak memerlukan modal yang besar.

Jom cuba resepi Oreo Brownies ataupun 'Cookies and Cream Fudge Brownies' yang dipetik daripada The Goddess Kitchen.

Bahan-bahan:
165gm mentega
200gm coklat masakan yang dicincang
3 biji telur
2 biji telur kuning
2 sudu teh esen vanila
165gm gula perang
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk koko
Sedikit garam
152gm biskut oreo yang dipatah suku

Cara menyediakan:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selsius.
2.Sediakan loyang berukuran empat segi yang digris.
3.Cairkan mentega dengan suhu sederhana kemudian angkat masukkan coklat cincang dan kacau sehingga coklat cair.
4.Pukul telur, kuning telur dan esen vanila sehingga kembang.
5.Masukkan gula perang dan pukul hingga bergaul rata. Kemudian tuang coklat cair ditepi mangkuk untuk mengurangkan buih udara.
6.Masukkan tepung, serbuk koko, garam dan setengah daripada biskut, kacau hingga rata.
7.Tuang ke dalam loyang dan tabur lebihan biskut oreo di atas dan tekan sedikit kedalam adunan untuk memudahkan potongan.

Selamat mencuba!

[Sumber Foto:lovethispic]

Jom cuba resepi mudah bebola Milo



Bagi yang sukakan biskut tetapi tidak suka resepi yang perlu menggunakan ketuhar , ini lah resepi paling sesuai yang anda perlu cuba.
Siapa yang tidak sukakan coklat atau pun Milo? Kini, kebanyakan resipi biskut dan kek pastinya bertemakan dua perisa tersebut.

Sempena cuti sekolah ini, bolehlah anda mencuba resepi mudah ini yang pastinya akan menjadi kegemaran kanak-kanak.

Jom cuba resepi bebola Milo yang dipetik daripada Saji Online.

Bahan-bahan:
60gm mentega
60gm gula kastor
60gm serbuk badam atau gajus
3 sudu besar serbuk Milo
Sedikit esen vanila
2 sudu besar jem (sebarang perasa)
Serbuk kek dari lebihan kek yang telah dihancurkan (sebarang perasa)
Coklat urai berwarna-warni

Cara menyediakan:
1. Putar mentega dan gula sehingga berkrim.
2. Campurkan esen vanilla, serbuk kek, Milo, serbuk badan dan jem.
3. Gaul rata hingga menjadi doh.
4. Bulat-bulatkan dan golek kedalam coklat urai.
5. Masukkan bebola kedalam mangkuk kertas untuk lebih cantik.
5. Boleh dihidangkan.

Selamat mencuba!

[Sumber Foto: resipicitarasawan]

Kaedah Banyakkan Susu Ibu

susuibu

Seringkali ada ibu menyusu yang mengadu kenapa susunya semakin berkurangan. Selain mempelajari teknik betul penyusuan susu ibu, ibu perlu peka terhadap pemakanan yang diamalkan sepanjang proses menyusukan anak.
Ada pelbagai petua dan amalan pemakanan sihat yang boleh ibu praktiskan bagi membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Jom ketahui apa makanan yang boleh membanyakan penghasilan susu ibu.
Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.
Nasi panas, halia muda dan air asam
Makan nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.
Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan tiga cawan air sehingga kembang. Minum airnya.
Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minum sebanyak dua kali sehari.
Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.
Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya ambillah hidangan susu sebanyak tiga hingga empat hidangan sehari.
Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid amino juga tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.
Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan satu sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.
Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut dua hingga tiga kali sehari.

Resepi mudah buat Tat Oreo Keju



Sekarang ini sudah menjadi viral di sosial media untuk biskut atau kek yang bertemakan keju.
Siapa yang tidak menyukai keju lebih-lebih lagi jika ianya digabungkan dalam adunan kek dan biskut, pasti rasanya akan lebih sedap dan berkrim.

Tetapi resepi kali ini agak berbeza dimana ianya bukan di dalam adunan kek atau biskut, tetapi di dalam adunan tat.

Jom ikuti resepi Tat Oreo Keju yang dipetik daripada Saji Online.

Bahan-bahan untuk kulit:
250gm mentega
500gm tepung
80gm gula
50gm koko oreo
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung jagung

Bahan-bahan untuk inti tat:
250gm keju
100gm gula
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk limau nipis

Cara menyediakan:
1.Satukan semua bahan inti tat. Kemudian pukul hingga kembang.
2.Untuk membuat kulit tat, pukul mentega, gula dan telur hingga kembang.
3.Masukkan esen vanila dan pukul hingga rata.
4.Masukkan tepung gandum, koko oreo dan tepung jagung. Gaul hingga sebati.
5.Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam acuan tat. Bentukkan lubang di tengah- tengah acuan.
6.Masukkan inti tat ke dalam lubang acuan.
7.Bakar pada suhu 180 darjah selsius hingga masak.

Selamat mencuba!

[ Sumber Foto: Sajionline ]

Senarai Barang Keperluan Bayi dan Ibu Bersalin

Keperluan Baby ( Pakaian )
  • Bakul Pakaian Bayi
  • Baju Lengan Panjang @ Baju Malam
  • Baju Lengan Pendek @ Baju Harian
  • Seluar Panjang
  • Seluar Pendek
  • Baju Jalan-Jalan
  • Rompers & Jumpsuit
  • Mittens & Booties
  • Bonnet @ Topi
  • Baby Bib
  • Barut
  • Bedung
  • Sapu Tangan – 100% cotton supaya kulit baby tak melecet
Diapering
  • Napkin
  • Baby Pin
  • Diapers @ Lampin Pakai Buang
  • Wet Tissue
  • Changing Mat : Ini untuk lapik atas tilam. Untuk lapik kat tilam baby supaye tilam tak mudah kotor biler baby u'uk atau tetiba terkencing masa bukak baju dia.
  • Nappy Liners : Baby yang baru lahir sampai umur 1 bulan akan selalu u'uk, u'uknya pun bukan banyak, sikit je. Jadinya kalau guna nappy liner ni, bila baby u'uk buangkan je nappy liner ni, tak perlu tukar pampers baru.
  • Baldi Dan Bakul Untuk Lampin / Baju Kotor
  • Detergent Khas Pencuci Baju
  • Botol Sembur Air
Baby Care & Grooming
  • Bakul Barang Mandian
  • Baby Bath
  • Baby Shampoo
  • Baby Powder
  • Baby Lotion
  • Baby Oil
  • Tab Mandian Bayi
  • Tuala Mandi
  • Tuala Muka
  • Bakul Barangan Grooming & Health Care  
  • Minyak Telon
  • Nappy Rush Cream : Jenama Bepathen dan Melamine. Jenama Bepathen boleh juga guna sebagai nipple cream. 
  • Vicks
  • Methylated Spirit - Alcohol 70% : cuci pusat sebelum tertanggal. Kebiasaannya yang ini dibekalkan oleh hospital.
  • Gripe Water / Colic Water : Untuk kembung perut bayi
  • Gunting Kecil
  • Pemotong Kuku
  • Nasal Aspirator - Yang ini untuk baby ketika baby kena selsema.
  • Thermometer
  • Sikat / Berus Rambut
  • Toothbrush
  • Cotton Bud : Cotton bud untuk baby dan yang biasa kita guna adalah berbeza
  • Cotton Ball 
Barangan Breastfeeding
  • Botol Susu
  • Puting
  • Berus Pembersih Botol
  • Penyepit Botol
  • Sterilising Tablet
  • Cecair Pencuci Botol : Jenama Pureen
  • Breast Pump Set
  • Cooler Bag Set : Storage Bottle & Ice Gel
  • Warmer : Tempat menyimpan botol susu yang dah bancuh
  • Bottle Sterilizer
  • Storage Bottle
  • Nursing Cover
  • Nursing Bra 
  • Nursing Pad Washable : Jenama Fiffy
  • Nursing Pad Disposal : Jenama Bebe
  • Thermos
  • Nipple Cream


Note :


Rujukan untuk puting botol susu


Size s – 0 – 3 bulan
Size m – 3 – 6 bulan
Size l – 6 – 12 bulan
Size xl – 12 bulan ke atas
Puting x – 6 bulan ke atas (tak tumpah)





Nursering - Keperluan Tidur Baby
  • Set Tilam
  • Comforter
  • Kelambu @ Mosquito Net
  • Baby Cot @ Play Pen


Barangan Asas Untuk Mama & Keperluan Berpantang


  • Set Selepas Bersalin : Jenama HPA, Shaklee 
  • Bengkung 
  • Baju Sejuk   
  • Tungku Moden 
  • Rempah Mandian Herba : Ada banyak jenis. Memanaskan badan ibu bersalin. Boleh refer sini
  • Pilis Air Mancur : Melegakan sakit sakit di bahagian ubun dan pening kepala akibat berpantang. Boleh refer sini
  • Tuam / Tungku Baby : Untuk baby kalau kembung perut
  • Selipar
  • Kain Batik
  • Maternity Pad (Extra Long) :  Jenama Pureen
  • Nursing Bra
  • Breast Pad
  • Stoking
  • Minyak Urut : Minyak Mestika
  • Tuala Mandi
  • Tukang Urut
  • Air Zam-Zam / Selusuh
Kelengkapan Lain & Travel
  • Stroller
  • Car Seat 
  • Baby Carrier
  • Diapers Bag
  • Mainan untuk Play Pen
  • Bouncer
  • Beg Baby
  • Baby Warmer For Bottle : Ini untuk cairkan storage susu yang sejuk beku baru keluar dari peti ais. Ada orang suka rendam pakai air suam jer.
  • Nursing Cover : Senang kalau kene breastfeed kat public boleh cover.
  • Car Seat
Beg Hospital Mama


  • Buku Rawatan Merah
  • Kad Pengenalan
  • Guarantee Letter 
  • Telefon Bimbit
  • Kamera
  • Baju / T-Shirt
  • Kain Batik 
  • Tudung / Skaf
  • Stoking
  • Baju Dalam / Seluar Dalam
  • Tuala Muka
  • Peralatan Mandi
  • Tuala Mandi
  • Bedak
  • Sikat
  • Maternity Pad 
  • Pad Biasa
  • Breast Pad
  • Baju Sejuk
  • Selipar
  • Beg Plastik Baju Kotor 
  • Minyak Angin / Urut 
  • Beg Pakaian 
  • Getah Rambut 
  • Disposable Panties (1set)


Note :


Jangan lupa bawa baju yang akan digunakan untuk pulang ke rumah (bawa la yang lawa sikit and pilih yang longgar dan butang di depan. Mudah untuk menyusukan bayi)



Bakul Hospital Mama


  • Air Selusuh
  • Air Zam-Zam
  • Makanan / Minuman : ( Biskut/Roti/Milo 3in1)
  • Termos Panas
  • Majalah / Buku / Al-Quran
  • Tisu
Beg Hospital Baby
  • Pampers New Born
  • Baju Siang / Malam (Panjang)
  • Seluar Siang / Malam (Panjang)
  • Mitten & Booties
  • Bedung
  • Barut
  • Topi 
  • Selimut
  • Tuala Mandi Baby 
  • Tuala Muka 
  • Baby Wipes 
  • Baby Bath 
  • Baby Shampoo
  • Baby Powder 
  • Baby Lotion
  • Baby Oil 
  • Vicks 
  • Minyak Telon
  • Diaper Beg
  • Napkin