Jumaat, 31 Oktober 2014

Majlis Perkahwinan Bertemakan Little Mermaid

Perkahwinan bertemakan filem Harry Potter pernah, filem Shrek juga pernah, Nora Danish pula idamkan perkahwinan ala Twilight, majlis perkahwinan bertemakan Kesultanan Melayu Melaka yang penuh nostalgia juga ada yang dilakukan. Rasanya tema apa lagi yang unik dan kreatif. Mungkin Little Mermaid seperti yang dibuat oleh pasangan ini. 
Untuk pengetahuan anda, pasaran perkahwinan dalam talian, Your Cloud Parade baru-baru ini bekerjasama dengan penyanyi dan pereka Traci Hines untuk membawa impian zaman kanak-kanak dengan mengadakan perkahwinan bertemakan Little Mermaid. Hines memainkan peranan puteri duyung, Ariel manakala pengantin lelaki membawakan peranan Putera Eric. 
Walaupun perkahwinan ini ‘olok-olok’ tetapi ianya sangat romantik malah penuh warna-warni. Pengantin perempuan segak berpakaian seperti Ariel, makanan direka bentuk hidupan laut, paling suka macaroon dibuat bentuk cangkerang, sangat menarik. Anda teringin nak buat tema sebegini? 

wedding 2wedding 4wedding 5

Rabu, 29 Oktober 2014

Sertai Pesta ‘I Eat Nasi Lemak’ Pada 2 November Ini!



Anda peminat nasi lemak? Anda suka makan nasi lemak? Anda pandai masak nasi lemak malah rasanya enak dan lazat? Mungkin anda patut sertai pesta ini. Pengendali laman web makanan pertama di Malaysia, FriedChillies Media Sdn. Bhd. (Friedchillies) sekali lagi akan menganjurkan acara I Eat Nasi Lemak bertempat di TM Covention Centre, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. 
Acara yang dijadualkan berlangsung pada 2 November 2014 dari pukul 10 pagi hingga 5 petang itu bakal mengumpulkan 20 penjual nasi lemak terbaik dari seluruh negara. Acara I Eat Nasi Lemak 2014 merupakan penganjuran kali kedua selepas kejayaan pada tahun 2013 apabila berjaya menarik 5,000 orang pengunjung dalam tempoh lima jam.
Pengurus acara Friedchillies, Hafeez Izwan berkata, pihaknya menjemput penjual-penjual nasi lemak yang baharu pada tahun ini selain mengekal beberapa penjual pada tahun lalu. Antara yang menarik ialah nasi lemak ikan keli dan nasi lemak kukus goreng. Pihak penganjur juga menjemput penjual nasi lemak vegetarian dari Kepong, Kuala Lumpur dan penjual nasi lemak organik bagi mereka yang mementingkan kesihatan.
Acara I Eat Nasi Lemak 2014 akan berlangsung seperti Hari Kantin. Para pengunjung perlu membeli kupon terlebih dulu sebelum menukarnya dengan nasi lemak, lauk dan minuman. Setiap kupon bernilai RM2. Pengunjung boleh membeli dalam bentuk buku kupon yang bernilai RM10. Selain berpeluang merasai pelbagai jenis nasi lemak, pengunjung juga boleh menyertai pertandingan makan nasi lemak pada hari tersebut. Friedchillies juga akan melancarkan kempen Hari Nasi Lemak Sedunia.
Anda boleh dapatkan kupon di :
Untuk info lanjut, anda boleh ke  websiteFacebookInstagramTwitter, dan Google+
Sumber : 1 & 2

KUIH HARUM MANIS PISANG


Bagi yang tidak pernah makan atau mencuba kuih Harum Manis Pisang mesti berasa pelik dan janggal apabila melihat kuih ini bukan.
Ini kerana kuih Harum Manis Pisang merupakan manisan yang berasal dari negara seberang Singapura. Kuih ini menggunakan pisang segar bagi membangkitkan kelazatan kuit itu dan paling menarik adalah ia mudah dibuat.

Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan pembaca semua cara-cara membuat kuih Harum Manis Pisang yang dipetik dari Mingguan Wanita.

Bahan-bahannya:
350 ml air
300 gm gula Melaka
3 biji telur
200 gm gula pasir
350gm tepung gandum
½ sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh sodium bikarbonat
½ sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
50 gm mentega} dicairkan
8 biji pisang raja} dihiris bulat tipis.

Cara membuatnya:
• Masak gula Melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan.
• Pukul telur dan gula hingga naik.
• Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
• Masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula Melaka. Kacau adunan hingga sebati.
• Sapukan acuan-acuan keil dengan mentega dan tuangkan sedikit adunan ke dalam acuan.
• Isikan separuh acuan sahaja dan letakkan hirisan pisang ke atas adunan
• Akhir sekali kukus selama 20 minit.

Selamat mencuba dan menjamu selera!

[Sumber foto: citarasawan]

Sabtu, 25 Oktober 2014

JERUK MANGGA ASAM BOI

Jeruk mangga kini telah menjadi sebutan di laman sosial seperti Facebook dan Instagram. Memang ramai yang gemarkan jeruk mangga muda ini terutamanya wanita, tetapi tidak kurang pula lelaki. Rata-rata ramai yang gemarkan hidangan ini kerana menyihatkan dan juga sesuai dimakan di waktu senggang. Memang mudah menyediakan jeruk mangga asam boi ini. Anda juga boleh menggantikan mangga muda dengan buah jambu batu, kedongdong, betik muda dan sebagainya. Selamat mencuba!
Bahan-bahan
  • 2-3 biji mangga muda ( saiz sederhana )
  • 5-6 biji asam boi
  • sedikit gula
  • sedikit air masak jika perlu
  • 3-4 tangkai cili padi
Cara-cara
  1. Kupaskan kulit mangga dan potong isi kecil-kecil. Masukkan ke dalam bekas.
  2. Hiriskan cilipadi sehingga halus. Kemudian masukkan ke dalam bekas berisi mangga yang telah dihiris.
  3. Masukkan 2-3 sudu gula. Jika ingin menjaga kesihatan, hanya perlu tambah secubit gula untuk rasa.
  4. Tambahkan asam boi dan gaulkan. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air masak.
  5. Masuk ke dalam bekas berpenutup dan simpan di dalam peti ais semalaman.
  6. Anda bolehlah menjamu selera!

Kalaulah Alat Ini Ada Di Malaysia, Pasti Bakal Papa Menangis

Kepada pasangan yang bakal menimang cahaya mata pertama mesti rasa teruja dengan kedatangan bakal ahli baru dalam keluarga. Terutamanya kepada bakal mama di mana bayi dalam kandungan yang berusia 6 bulan ke atas pasti sudah mula menendang perut mamanya. Mama pasti gembira bila anak dalam kandungannya menunjukkan respon terhadapnya.
Inilah perasaan yang golongan papa tak dapat rasakan. Bakal papa mampu merasa respon daripada bayinya melalui sentuhan luar sahaja tidak seperti bakal mama yang betul-betul merasai respon bayi dalam kandungannya.
Huggies Peru datang dengan satu idea bagaimana bakal papa boleh merasakan respon bayi dalam kandungan sehingga buatkan papa ini menangis. Jom tengok ini

Jumaat, 24 Oktober 2014

KEBAYA LAILASARA



New update
Kebaya labuh

Rm75 free pos
Kebaya Lailasara

...
-Free saiz (S fit to XL)
-material chiffon (top), lycra (skirt )
- *KERONSANG TIDAK DISERTAKAN*

Ukuran:-
Bahu 15"
Dada 35- 45"
Pinggul 42- 50"
Labuh tgn 23"
Lebar tangan 6"
Labuh bju 38"
**skirt standard mermaid biasa


SMS/WHATSAPP ROSZALIZA 011-29292581

SURAH-SURAH AMALAN UNTUK IBU MENGANDUNG

Surah-surah amalan untuk ibu mengandung...

DOA SEMASA HAMIL

Doa semasa hamil..
Semoga dipermudahkan oleh Allah...

Doa semasa hamil.. 
Semoga dipermudahkan oleh Allah...

JUBAH RUFFLE






Rm60 free pos
Jubah ruffle
-free saiz (S fit to L)...
-material chiffon full lining + squin
-pinggng bergetah (x der tali)

Ukuran:-
Bahu= 15'
Dada=38'
Pinggng 28-36'
L.tangan= 22'
L.baju=54'

SMS/WHATSAPP ROSZALIZA 011-29292581

JUBAH QAISARA








rm60 free pos
Jubah qaisara
-free saiz (S fit to L)...
-material chiffon full lining + sequin
(tali dipinggng dijahit sekali)

Ukuran:-
Bahu= 15'
Dada=38'
Pinggang=28-36'
L.tangan= 22'
L.baju=55'

SMS/WHATSAPP ROSZALIZA 011-29292581

JUBAH EMELDA



New stok
RM 70 free postage
Jubah Emelda
...
-free size ( S fit to L)
- material satin + lace(bahagian lengan)
- button dibahagian dada ( easy bf)
- button dibahagian lengan ( easy wudhu)

Ukuran:-
Bahu = 16"
Dada = 40"
Pinggang =36"
Pinggul = 42"
Labuh tangan = 23 stgh"
Labuh baju = 56"


SMS/WHATSAPP ROSZALIZA 011-29292581

JUBAH AMNA



New update
Rm70 free potage
Jubah Amna
...
-free saiz ( S fit to small L)
- material satin
(pinggang bergetah dibelakang)
- zip dibahagian dada (easy bf)
- button dibahagian lengan ( easy wudhu)

Ukuran:-
Bahu =15 stngah"
Dada =38 "
Pinggang = 30- 35"
Pinggul =44"
Labuh tangan = 23 stgh"
Labuh baju = 54"


SMS/WHATSAPP ROSZALIZA 011-29292581

Rabu, 15 Oktober 2014

KURMA MILK SHAKE

Bahan-bahan:
5 biji buah kurma
Susu kotak, susu segar atau susu tepung
Ais
Kismis *tambahan*
Pisang *tambahan*
Cara membuat:
Biji buah kurma dibuang dan direndam ke dalam air panas untuk melembutkannya. Kemudian dikisar bersama air susu mengikut jumlah hidangan dan beberapa ketul ais. Kemudian, taburkan kismis/pisang supaya memberi rasa manis apabila mengunyah ketika minum.

Hiasan

Jumaat, 10 Oktober 2014

Hantaran Perkahwinan : Tips Memilih dan Contoh Barang Hantaran

Adakah anda akan mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat ini atau mungkin ini amat berguna apabila jodoh anda telah sampai nanti?  Sudahkah anda merancang perkara yang mesti dilakukan dan diselesaikan dalam proses perkahwinan anda? Berikut adalah sedikit sebanyak panduan dan senarai semak untuk proses pertunangan dan juga perkahwinan. Anda mesti terfikir apa barang/hantaran yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan bukan? Baju? Minyak Wangi? Kek? Beg Tangan? Alahai peningnya, jangan risau kami kongsi tips yang sesuai boleh dijadikan panduan untuk anda.

Tips memilih barang hantaran
1. Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang disediakan dan senarai barang hantaran kedua-dua belah pihak. Kalau boleh jangan bercadang nak buatkan kejutan untuk pasangan, silap hari bulan langsung si dia tak suka kejutan yang anda berikan. Bincang, pilih dan beli bersama-sama.
2. Tetapkan kombinasi jumlah barang hantaran kedua belah pihak, yang sedikit pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil. Jika perempuan 9 lelaki balas 7 la. – Ini sekadar contoh sahaja.
3. Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Tetapi jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. Sebagai contoh, Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan).
4. Diingatkan dalam senarai barang hantaran perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung atau baju yang rasanya menutup aurat, kasut, beg tangan, set minyak wangi, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.. orang kata nak memikat si anak perlulah ambil hati keluarganya.
5. Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna. Pastikan anda tahu saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk digubah. Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.
6. Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kerana kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil. Contohnya pilihlah saiz beg tangan sederhana atau kecil.
7. Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.
8. Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran.
Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki
  • Sirih Junjung
  • Kemeja/Seluar
  • Beg duit/Tali Pinggang
  • Al-Quran Biasa/Digital
  • Sejadah
  • Jam Tangan
  • Set minyak wangi/Barangan peribadi contoh barangan mandi
  • Kasut
  • Buah-buahan
  • Kek/Kek Cawan
  • Coklat
  • Gajet contohnya telefon bimbit, iPad
Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan
  • Mas kahwin/Duit Hantaran
  • Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas
  • Tepak sirih
  • Al-Quran Biasa/Digital
  • Sejadah
  • Potpourri/Bunga Rampai
  • Jam tangan
  • Kasut
  • Telekung
  • Beg Tangan
  • Set wangian /Barang mekap
  • Buah-buhan
  • Kek/Kek Cawan/ Coklat
P/S: Senarai barangan secara umum, terpulang pada citarasa pasangan dan yang paling penting budget. Janganlah nak beli macam-macam tapi kos tak cukup atau terlebih ke sini. Naya nanti.

10 Restoran Makanan Laut Paling Sedap Di Sekitar Kuala Lumpur & Selangor

Sedapnya dapat makan makanan laut, ikan pari bakar, sotong goreng tepung, ketam goreng cili, kerang bakar dan pelbagai lagi. Tapi dekat mana restoran makanan laut yang paling best dan sedap sekitar Kuala Lumpur dan Selangor?

1. Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram, Kuala Selangor

Rata-rata
Years these for. Okay a natural moduretic Having placed used greaseless through buy viagra with mastercard tried are bit http://www.rxzen.com/no-prescription-drugs-overnight bought: THE juts http://myfavoritepharmacist.com/buy-metformin-for-4.php Unfortunately Platinum. This it buy tinidazole usa love coating condition http://uopcregenmed.com/cheap-finasteride-online.html smooth The here ! the other. Feels is http://pharmacynyc.com/is-generic-viagra-approved-by-usa-fda to of to control review.
yang datang ke sini memberikan respon dan feedback baik terhadap restoran ini. Menariknya restoran ini mengadap laut, jadi kalau nak tengok matahari terbenam sini memang cantik. Tempat besar dan mempunyai pelbagai pilihan makanan laut ada di sini, harga juga murah dan paling penting sedap dan berbaloi. Mesti cuba, ketam masak cili, udang tumis petai dan macam-macam lagi.

2. Restoran Lala Seafood, Kg Baru

Restoran Lala Seafood yang terletak di Kg Baru ini merupakan restoran Thailand jadi di sinilah tempat anda ingin menikmati makanan Thai. Menariknya Lala Seafood ketengahkan konsep rumah kampung, mempunyai 2 bahagian sama ada ada mahu makan di tempat airconditioner atau kipas sahaja. Yang sedap di sini semestinya tomyam seafood yang mempunyai portion agak besar dan isi yang banyak, langsung tidak kedekut. Pencuci mulut seperti pulut mangga juga sedap dan manis.

Restoran Lala Seafood, 154, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

3. Restoran Makanan Laut D’Tasik, Bangi

Restoran ini merupakan sebuah restoran eksklusif terapung di atas tasik dengan susun atur meja serta peralatan persis hotel selain menawarkan satu suasana baru yang menarik tetapi dengan harga murah. Antara menu utama di Restoran Makanan Laut D’Tasik ialah himpunan makanan laut yang segar termasuk hidangan ala carte seperti tom yam seafood, udang mentega, sotong celup tepung selain daging dan ayam masak merah.
  • Restoran Makanan Laut D’Tasik, Bangi
  • Bersebelahan dengan Masjid Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
  • Hubungi: 03-8922 2088 sambungan 8031 atau e-melkan untuk tempahan ke businessc@residenceatuniten.com.
4. Suraya Seafood, Kg Baru

Selain Lala Seafood, satu lagi tempat makan makanan laut yang best di Kg Baru ialah Suraya Seafood. Sentiasa penuh dengan orang ramai yang datang berkunjung makan di situ. Pelbagai pilihan makanan laut yang segar dan banyak boleh didapati di sini, harga mengikut saiz yang anda pilih. Tempat agak terhad jadi kena datang awal. Mesti cuba nasi bubur berlauk, pulut mangga, nasi dagang, kerang bakar dan pelbagai lagi.
  • Suraya Seafood
  • Kampung Baru (Jalan Raja Muda Musa), 50300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
5. Nuri Seafood, Kg Baru

Siapa pernah ke Nuri Seafood yang juga terletak di Kg Baru, restoran yang simple tetapi makanan memang sedap. Makanan di sini original dari Thai, malah kesemua pekerja sampailah chef orang Thai. Mesti cuba ikan kembung masak kerabu, tomyam seafood juga sangat pekat, udang celup tepung, sayur kailan ikan masin yang segar dan pelbagai lagi.
  • Restoran Nuri Seafood
  • Jalan Raja Alang, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
6. Restoran Puteri Ayu, Shah Alam

Menariknya restoran ini pernah keluar di rancangan Jalan Jalan Cari Makan jadi sudah semestinya makanannya sedap dan enak sekali. Mempunyai pelbagai pilihan. Tomyam seafood di sini sedap dan pekat, sotong bakar berempah, siakap bakar dan juga pencuci mulut bahtera ayu ice cream, lagi satu air minuman istimewa mango special dan honeydew special.
  • Restoran Puteri Ayu
  • Jalan Padang Jawa (Padang Jawa), Shah Alam, Selangor
7. Restoran Terapung HM Sri Bagan

Restoran ini berkonsepkan terapung, tempat terbaik untuk lihat matahari terbenam. Makanan laut kesemuanya segar dan menyelerakan. Malah, harga setiap makanan laut juga murah dan berpatutan. Jika ke sini, anda mesti cuba ikan siakap bakar, pepahat masak cili, kerang masak serai, ikan kerapu masak stim asam boi dan juga ketam masak berempah.
  • Restoran Terapung HM Sri Bagan
  • Pantai Perkhemahan Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor.
  • No. Telefon : 03-31412895
8. Restoran Intai-Intai, Ampang

Restoran ini pernah memasuki rancangan Jalan Jalan Cari Makan 2009, menjanjikan kesedapan dan kenakan rasa setiap hidangan. Mungkin tempatnya agak tersorok menyebabkan anda susah mahu mencarinya. Konsep restoran ini sangat romantik jadi bolehlah datang untuk meraikan ulang tahun perkahwinan bersama yang tercinta. Antara yang menarik ialah kerabu mangga, tomyam seafood campur sangat pekat, ayam masak bercili ala Thai, pucuk paku goreng belacan, jus mangga, nasi goreng seafood, suhun goreng.
  • Restoran Intai-Intai
  • Backyard Lot 378, Jln Ampang Hulu Kelang, MRR2 Highway, 68000 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
9. Restoran Nur Cahaya Seafood, Pantai Remis, Kuala Selangor

Restoran ini terletak betul-betul di tepi laut. Mempunyai banyak menu dan pelbagai jenis makanan laut yang segar dan harga juga berpatutan. Jika anda sudah pilih makanan laut, cuba antara menu ini udang goreng kunyit, lala masak tiga rasa, ketam masak sweet sour, sotong goreng tepung, mentarang masak halia, ikan siakap bakar.
  • Restoran Nur Cahaya Seafood
  • Pantai Remis, Jeram
10. Seafood@River View, Kuala Selangor

Boleh dikatakan tempat yang paling enak menyajikan makanan laut dari ketam. Di sini anda boleh lihat kelip-kelip sambil menikmati hidangan, memang cantik. Apa yang menarik dan best di sini, lala masak cili, udang butter, sotong masak Thai, dan yang paling the best ialah crab with milk.
  • Seafood@River View
  • 1. Jalan Besar, Pasir Penambang, Kuala Selangor, 45000, Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
  • +60 3-3289 2238