PADA 20 OKTOBER 2011 BERSAMAAN HARI KHAMIS IAITU PADA PUKUL 3 PETANG HINGGA 5 PETANG BERLANGSUNGNYA MAJLIS PELANCARAN 5S PERINGKAT JABATAN PATOLOGI DAN TABUNG DARAH HOSHAS.
APA ITU 5S?
- Konsep 5S mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas.
- Kejayaan pelaksanaan Program 5S di negara itu, terutama dalam sektor perindustrian, telah membawa kepada penggunaannya secara meluas di seluruh dunia pada hari ini. Di Malaysia, konsep itu mula diperkenal pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional.
- Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya
- Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan
3) SEISO SAPU
- Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas
4) SEIKETSU SERAGAM
- Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa
5) SHITSUKE SENTIASA AMAL
- Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya
- Membina budaya Kaizen di tempat kerja
- Membina kerjasama melalui penyertaan semua
- Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia
- Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program Kaizen yang lebih maju
Ada dua pendekatan untuk mengamalkan 5S:
- Pendekatan Kaizen
- Pendekatan Inovasi
- Oleh sebab 5S merupakan aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses, pendekatan Kaizen adalah cara terbaik di mana pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan. Bagi menjayakan Program 5S bukanlah semudah yang disangka. Untuk tujuan itu, komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat kakitangan. Antaranya :
- Mengamalkan budaya kerja 5S
- Menetapkan agenda perbincangan untuk pembangunan Program 5S
- Meningkatkan pengetahuan berkaitan 5S
- Meluangkan masa untuk 5S
- Melaksanakan program 5S secara teratur tanpa tergesa-gesa
- Memperuntukkan sedikit kewangan untuk pelaksanaan