Jumaat, 30 Mac 2012

FESTIVAL KASUT ANTARABANGSA TAHUN 2012

ASSALAMUALAIKUM..

FESTIVAL KASUT ANTARABANGSA AKAN BERMULA PADA 29 MAC 2012 HINGGA 1 APRIL 2012.QUEENPINK TAK SABAR NAK BORONG KASUT PADA HARI ESOK.YEAHH!






Khamis, 29 Mac 2012

FILEM THE HUNGER GAMES SANGAT BERKUALITI

ASSALAMUALAIKUM..


PADA 28 MAC 2012,QUEENPINK PERGI MENONTON FILEM THE HUNGER GAMES DI GOLDEN SCREEN CINEMAS MENTAKAB STAR MALL.FILEM HUNGER GAMES SANGAT BERKUALITI DAN MEMPUNYAI UNSUR SAINS FIKSYEN.

FILEM ARAHAN GARY ROSS INI ADALAH BERDASARKAN SEBUAH NOVEL HASIL TULISAN SUZANNE COLLINS.IA MENGISAHKAN TENTANG SEORANG KAKAK,KATNISS EVERDEN SECARA SUKARELA MENAWARKAN DIRI UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN "HUNGER GAMES" YANG DIADAKAN SETIAP TAHUN BAGI MENGGANTIKAN ADIKNYA YANG TELAH DIPILIH PADA MULANYA.

"HUNGER GAMES" ADALAH SEBUAH ACARA YANG DIADAKAN SETIAP TAHUN DAN 24 PESERTA AKAN DIPILIH SECARA RAMBANG DARI 12 BUAH DAERAH DI AMERIKA UTARA.MEREKA SEMUA AKAN DILATIH TERLEBIH DAHULU DI SEBUAH PUSAT SEBELUM DIHANTAR BERTANDING SESAMA SENDIRI.PEMENANG AKAN DIPUTUSKAN APABILA HANYA TINGGAL SEORANG PESERTA YANG BERJAYA HIDUP SEHINGGA PERMAINAN TAMAT.




Rabu, 28 Mac 2012

MESEJ SEORANG KEKASIH KEPADA KEKASIHNYA

Perempuan : Awak.. Kenapa awak tak pernah ajak saya tengok wayang atau keluar jalan-jalan macam pasangan lain?
Lelaki : Saja..
Perempuan : Saja ke atau awak malu nak keluar dengan saya?
Lelaki : Mana ada.
Perempuan : Kenapa kita tak pernah gayut malam-malam macam pasangan lain?
Lelaki : Sebab saya nak jimat kredit..
Perempuan : Sampai hati awk kan? Kenapa ya kawan saya panggil kekasihnya ''sayang'' tapi awak tak pernah pun panggil saya ''sayang''?
Lelaki : Geli la perkataan tu.. Nak termuntah..

--> Perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat-ayat kekasihnya.. Beberapa minit kemudian dia menerima satu mesej..

Lelaki : Saya tak pernah ajak awak keluar tengk wayang dengan jalan-jalan sebab nanti bila kita dah kahwin, awak takkan rasa bosan nak keluar dengan saya dan saya nak saat itu nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup saya.Lagipun,bukan ke tak elok kalau keluar berdua duaan-duaan Macam-macam boleh terjadi kan? Saya tak nak gayut dengan awak malam-malam bukan sebab saya nak save kredit ke apa tapi saya tak nak diri saya hanyut dengar suara merdu awk.. Biarlah saya mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya saya akan lebih menghargainya.. Saya tak panggil awak sayang bukan saya geli nak panggil tapi biarlah saya panggil awak ''sayang'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awak takkan rasa bosan mendengarnya dan dapat menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan.Saya sangat mencintai awak dan saya janji suatu hari nanti awak akan merasai apa yg orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri..
Perempuan : Sambil menangis terharu berkata " terima kasih bakal suamiku.. Aku amat menyintaimu.. Ya Allah, satukanlah kami dalam ikatan yang sah"..

  



Selasa, 27 Mac 2012

BERBAHAGIALAH WAHAI ANAK-ANAK SULUNG


"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"
"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"
" Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"
"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."
"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"
"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"
"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".
Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?
Kenapa selalu terjadi begini?
Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.

Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.
Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.
Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.
Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.
Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!
Kenapa ya?
Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.
Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas. Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??
Anak-anak sulung yang disayangi Allah..
Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?
Mungkin kata-kata kita selalu pedas? Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?
Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?
Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?
Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka. Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.
Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?
Sebenarnya kita bertuah.
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?

Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?
Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??
Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,
Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!

Isnin, 26 Mac 2012

Ketaatan Cinta Seorang Isteri


Suasana sunyi dan sepi menyelubungi perkarangan wad ICU Hospital Besar Singapura, di mana Tuan Zaidi ditempatkan. Pak Mat pemandu peribadi dan keempat empat isteri Tuan Zaidi kelihatan termangu, melayani perasaan masing masing.
"Siapa waris kepada Encik Zaidi bin Omar?" Tiba tiba seorang doktor melayu yang baru keluar dari wad ICU bertanya. "Saya". Keempat empat isteri Tuan Zaidi menjawab secara serentak.
"Saya perlukan hanya seorang waris sahaja untuk menandatangani surat kebenaran pembedahan ini." Kata doktor itu lagi.
Masing masing tercengang dan saling berpandangan antara satu sama lain, apabila doktor menerangkan yang Tuan Zaidi perlu dibedah dengan segera kerana dia mengalami barah paru paru yang amat serius sekali. Memandangkan Fatimah, isteri yang pertama jadi dialah yang lebih berhak untuk menandatangani surat kebenaran tersebut.
Penantian itu suatu penyiksaan buat keempat empat isteri Tuan Zaidi dan juga Pak Mat. Fatimah berdoa didalam hatinya,"Ya Allah, Kau selamatkanlah suamiku ini. Kau sembuhkanlah penyakitnya itu. Aku pohon padamu dengan sepenuh hatiku. Kau tolonglah aku Ya Allah." Sehingga pukul 9.00 malam masih belum mendapat apa apa berita dari bilik pembedahan.
Tiba tiba,"Puan puan semua, saya mohon maaf bagi pihak hospital. Kami sudah berusaha semampu kami tapi nampaknya penyakit suami puan sudah terlalu serius. Jadi saya sarankan supaya puan puan semua bawalah dia pulang sahaja."
Mendengar kata kata doktor itu, mereka semuanya menangis hiba....
Selang beberapa bulan kemudian Tuan Zaidi merasakan yang dia akan menemui ajalnya dalam jangkamasa yang terdekat. Dia pun mula memikirkan tentang segala kemewahan hidupnya selama ini dan mula berfikir, "Sekarang aku ada 4 isteri, tapi bila aku mati nanti aku akan tinggal keseorangan. Alangkah sunyinya aku nanti!"
Dia pun memanggil keempat empat isterinya satu persatu. Mula mula dipanggil isterinya yang keempat. "Abang sayangkan Anna melebihi daripada isteri isteri Abang yang yang lain. Abang beri Anna pakaian yang istimewa dan paling berharga, serta berbagai bagai kemewahan yang lain. Sekarang Abang dah terlantar sakit dan akan mati tak lama lagi, hanya satu yang Abang nak Tanya. Adakah Anna akan ikut sama untuk menemani Abang?"

"Tak mungkin. Abang dah mati dan Anna masih lagi hidup. Mana ada orang yang masih hidup ikut masuk dalam kubur sama sama dengan orang yang dah mati." Lancang sekali isteri keempatnya itu menjawab, kemudian terus beredar meninggalkannya tanpa berkata-kata lagi. Jawapan yang di terimanya itu sungguh menyayat hatinya, bagaikan pisau telah menghiris jantung hatinya.
Kemudian dipanggilnya pula isterinya yang ketiga, "Abang dah curahkan segala kasih sayang Abang pada Maria sepanjang hayat Abang. Dan sekarang Abang sedang sakit menunggu maut saja, sudi tak Maria ikut bersama Abang kedalam kubur untuk temankan Abang?"
"Abang ni dah gila agaknya!" jawab isteri ketiganya dengan tegas bercampur marah. "Hidup ini lebih baik di sini. Di dalam dunia ni. Bukannya dalam kubur! Maria akan berkahwin lagi setelah Abang mati." Hancur lebur perasaan Tuan Zaidi bila mendengar jawapan tersebut.
Tuan Zaidi tidak berputus asa lantas terus memanggil isteri keduanya pula seraya berkata, "Abang selalu mengadu hal kepada Ifah dan minta bantuan Ifah bila Abang ada masalah, dan Ifah pula selalu menolong Abang bila Abang dalam kesusahan.
Untuk kali terakhirnya Abang masih perlukan bantuanmu lagi, Ifah." "Apa dia, cakaplah bang?" Ifah bertanya lembut. Dalam hatinya merasa amat belas sekali melihat penderitaan suaminya yang tersayang itu. "Bila Abang dah mati nanti, boleh tak Ifah ikut bersama Abang kedalam kubur. Boleh Ifah temankan Abang. Taklah kesunyian Abang nanti."
Mendengar permintaan suaminya itu yang dianggapnya tak masuk akal, Latifah segera menjawab." "Maafkan Ifah bang, kalau selama ini Ifah tidak pernah kecewakan Abang tapi kali ini tidak mungkin Ifah dapat menolong Abang lagi kerana kita hidup sudah berbeza alam. Abang berada dialam kubur dan Ifah pula masih lagi hidup didunia ini. "Paling jauh pun, Ifah Cuma boleh temankan Abang setakat menghantar Abang ke kubur sahaja". Jawapan isteri keduanya itu, datang seperti halilintar yang membelah langit dan Tuan Zaidi merasa sungguh kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh ketiga tiga isternya itu.
Dalam kesedihan dan kekecewaannya terhadap jawapan yang diberikan oleh ketiga tiga isterinya itu, dengan tiba-tiba satu suara memanggilnya dan berkata, "Imah akan tinggal bersama Abang. Imah akan ikut kemana saja Abang akan pergi untuk menemani Abang selamanya." Fatimah, isterinya yang pertama itu menyatakan kesanggupannya dengan linangan airmata.Tuan Zaidi mendongak ke atas, dan dilihatnya isteri pertamanya berada di situ. Dia kelihatan amatlah kurus kering, seolah-olah telah lama kebuluran tak makan.
Dengan perasaan yang amat sedih dan kesal sekali, Tuan Zaidi pun berkata, "Kesian Abang tengok Imah. Abang sepatutnya mengambil berat terhadap Imah sewaktu Abang masih sihat dulu! Abang lebih pentingkan isteri isteri Abang yang lain yang langsung tidak berguna lagi ketika Abang sakit ni. Sekarang Abang rasa sudah terlambat Imah.... Sudah terlambat....Abang menyesal! menyesal...Ya Allah!," luah Tuan Zaidi dengan kuat sekali. Penyesalannya sudah tidak berguna lagi saat itu.
Tiba tiba kata kata itu terhenti. Tuan Zaidi sudah kembali kerahmatullah dengan perasaan kecewa. Fatimah melaung dengan sekuat hatinya,"Abang, Abang, maafkan Imah bang, maafkan Imah...Imah tak sempat untuk menjaga Abang di saat saat akhir hidup Abang. Fatimah terus menangis dengan hibanya. Dia begitu kecewa sekali dengan sikap madu madunya yang lain itu. Tidak berperikemanusiaan langsung. Pak Mat yang sejak tadi berdiri disisi Tuan Zaidi turut sama menangis mengenangkan nasib Tuan Zaidi......
Sejak kematian suami mereka ketiga tiga isteri Tuan Zaidi merasa bebas dari sebarang ikatan. Setelah harta peninggalan Arwah Tuan Zaidi dibahagi bahagikan menurut hukum faraid, isterinya yang kedua, Maria pun berkahwin lain. Manakala Suzanna dan Latifah pula kembali kepangkuan keluarga masing masing.
Tinggallah Fatimah seorang diri di rumah banglo dua tingkat itu bertemankan Pak Mat, drivernya. Fatimah selalu sahaja bersedih sehingga makan, pakainya pun sudah tidak terurus lagi.
Akibat terlalu rindu dan sedih mengenangkan arwah suaminya, akhirnya Fatimah pun meninggal dunia. Begitulah kekuaatan cinta akan dapat dilihat pada setiap pengorbanan seseorang, diam bukan bererti lemah tapi kuat ketaatannya pada suami tercinta selagi masih ada hayatnya.

Ahad, 25 Mac 2012

50 PERBEZAAN LELAKI DAN WANITA

1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.
2. Sperma lelaki yang menentukan jenis kelamin bayi.
3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.
4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi lelaki daripada bayi perempuan.
5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki dan rata-rata berat otak laki-laki + 1.4 kg, wanita kurang dari itu.
6. Pertukaran jantina lebih banyak dilakukan lelaki.
7. Basikal lelaki mempunyai setang/palang di tengah basikal.
8. Wanita sangat menimbang-nimbang masalah dan perubahan sehari-hari ( misal : penggunaan alat baru ).
9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang pinggul untuk proses bersalin. Lebih banyak timbunan lemak pada punggung,lelaki lebih banyak timbunan lemak pada perut.
10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar,sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.
11. Lelaki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.
12. Wanita lebih baik deria penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.
13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada lelaki
14. Kemampuan deria lelaki untuk merasai rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.
15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan,lelaki dua kali lebih banyak.
16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada lelaki.
17. Pada saat usia tua wanita mengalami keguguran rambut, pada usia yang sama sebahagian besar lelaki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon lelaki ).
18. Mata lelaki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.
19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan contact lense, antara usia 16 – 44 tahun.
20. Secara umum hidung laki-laki lebih besar daripada wanita.Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibanding lelaki.
21. Rata-rata pendengaran lelaki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.
22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang dibanding lelaki.Pita suara lelaki lebih panjang dan saluran napasnya 30 % lebih besar.
23. Bagi lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara diantara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Lelaki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.
24. Berhadapan dengan wanita pada jalanan ramai,lelaki menghadapkan tubuhnya menghadap wanita yang dilewatinya. Wanita cenderung membalikkan badan,sering secara tidak sedar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.
25. Wanita memproses dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dikandungan, lelaki terus memproduksi sperma hingga usia tua.
26. Kekuatan meramas tangan lelaki dua kali lebih kuat daripada wanita.
27. Kira-kira 48 % lelaki berdengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.
28. Wanita rata-rata 153 detik berada di tandas, lelaki 113 detik.
29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.
30. Satu berbanding empat, wanita dibanding lelakii yang berbicara gagap.
31. 30 % wanita secara seksual lebih aktif pada saat bulan purnama.
32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kahwin.
33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, lelaki langsung menemui, wanita menjauhi.
34. Rata-rata lelaki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada lelaki.
35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri dibanding lelaki setelah usia 65 tahun.
36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.
37. Semua rekod Olimpik untuk kepantasan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet lelaki.
38. Wanita lebih banyak menggunakan kata ganti diri “Saya” dibanding lelaki.
39. Laki-laki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Lelaki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan ( abstrak dan logika ) pada waktu bersamaan.
40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopaus,setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, kerana estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kolesterol.
41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.
42. Perkahwinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.
43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.
44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda lelaki dibanding wanita yang meninggal kerana kanser paru-paru dan penyakit jantung.
45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal kerana kanser payudara pada tahun 1990.
46. Dalam status perkahwinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.
47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh wanita, 95 % penghuni penjara adalah lelaki.
48. Penelitian di England, anak lelaki lebih mudah dibohongi /diperdaya daripada anak perempuan.
49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksa giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.
50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

Buat Bangunan Dengan Biskut

Teringat cerita Hansel And Gretel masa kecil-kecil dulu. Agaknya macam ini la kot rumah biskut itu. Agak-agak ada nenek kebayan makan budak tak kat dalam ini? Hehe.

 








Kitaran Hidup Kumbang Tanduk@Hercules Beetle

Masa kecil-kecil dulu suka main kumbang tanduk ini.Boleh buat laga juga.Tapi tak pernah tahu pun masa kumbang ini dalam keadaan larva boleh besar macam ini.Buat umpan memancing best ini.
















Dah jadi kumbang





Dah mati…:(




Inilah Surat Cinta Yang Sampai Ke Penerimanya 53 Tahun Kemudian

                    Inilah surat cinta yang menimbulkan kontroversi.


Surat cinta romantis itu ditujukan kepada seorang pelajar sebuah kolej di Universiti California Pennsylvania iaitu Encik Clark C. Moore (dengan alamat yang agak menggelirukan) dan akhirnya dihantar kepada penerimanya, walaupun lewat 53 tahun.surat tersebut telah dicop pos pada 20hb Februari,1958, dengan nota surat tersebut dalam kategori masih menunggu di rak surat di universiti tersebut.Seorang pegawai Universiti terus mencari Clark Moore, iaitu nama penerima yang tertulis di surat tersebut,mengikut pihak universiti penerima tersebut kini berusia 70 tahun dan tinggal di sebuah negeri lain.


Surat tersebut telah dihantar dari Pittsburgh, surat misteri itu tiba minggu lalu dan tidak diberi sebarang alasan mengapa ia lambat sampai dan bagaimana ia akhirnya berjaya dihantar. Surat yang dialamatkan kepada Encik Clark C. Moore seorang pelajar junior di universiti tersebut, surat termasuk alamat kembali dan nama serta tandatangan pengirim dengan tulisan nota yang berbunyi "Love, Forever, Vonnie."


Surat tersebut dengan setem yang lengkap dibongkarkan sebagai tanda kasih sayang, seperti yang biasa ditulis oleh mana-mana  gadis yang sedang dilamun cinta kepada teman lelakinya yang  berada jauh di sebuah kolej. Ia berbunyi: "Saya masih ketinggalan banyak kenangan lama dan kasih sayang anda beribu kali. Sila menulis kepada saya apa yang sebenarnya dihati kamu tidak lama lagi. "


Perjalanan masa telah memudarkan perasaan di sebalik surat itu.Sebenarnya  Clark telah mengahwini Vonnie dan mereka telah mempunyai empat orang anak. Kira-kira lapan tahun kemudian, mereka bercerai dan Clark telah memeluk agama Islam serta menukarkan namanya kepada Siddeeq. Siddeeq telah berkahwin dengan wanita  lain dan kini menjadi tenaga pengajar matematik dan sains di sebuah sekolah di Indianapolis.


Menurut beberapa orang kawan-kawan lama yang mengenali dan mengetahui lokasi keluarga itu berada telah menghubungi Siddeeq. Berita pahit manis itu amat sentimental bagi pasangan jarang berkomunikasi ini. Pihak akhbar telah berjaya mengesan lokasi Vonnie di rumah anak perempuannya di Atlanta, tetapi beliau enggan membincangkan tentang isu surat tersebut kerana berita tersebut telah tersebar dengan meluas . Tetapi Siddeeq agak lebih sentimental dan melihat surat tersebut sebagai gambaran tidak bersalah dan kejujuran dalam tempoh masa tersebut.


Perjalanan cinta sejati mungkin tidak sentiasa berjalan lancar, seperti kata-kata puisi lama, "tiada salji, tiada hujan, tidak panas, tiada kesuraman malam" tetapi mengapakah ianya boleh menghentikan penghantaran pos disebuah negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

MISTERI DAN KEAJAIBAN ALAM

TAHUKAH ANDA?

1. Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi champagne segar akan bergerak naik turun dalam gelas

2. Benjamin Franklin adalah anak bongsu dari orang tua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.

3. Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaphobia adalah ketakukan pada 13 haribulan jumaat (Friday the 13, terjadi antara 1-3 kali setahun). di Itali, 17 adalah angka sial. Di Jepun angka sial adalah 4

4. Lidah zirafah panjangnya sekitar 50cm

5. Mulut menghasilkan 1 liter air liur setiap hari

6. Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari

7. Kod Zip (Poskod) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.

8. Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.

9. Rata-rata kita menuturkan 5000 perkataan setiap hari (walaupun 80% dari padanya kita bercakap pada diri sendiri)

10. Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita terus merasa haus

11. Orang German cuba untuk meniru Coca-cola dan menghasilkan Fanta

12. Seumur hidup kita meminum air sebanyak lebih kurang 75,000 liter

13. Setiap orang, termasuk kembar, cop jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.

14. Titik merah pada 7-Up logo berasal dari penemunya yang bermata merah. Dia seorang albino.

15. Seorang lelaki kehilangan 40 helai rambut tiap hari. Wanita pula 70 helai sehari.

16. Tanda ’save’ pada Microsoft Office programs menunjukan gambar floppy disk dengan shutter terbalik

17. Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka Elsa Löwenthal dan Emma Wedgewood).

18. Unta punya 3 kelopak mata.

19. Sehelai rambut di kepala kita mempunyai masa tumbuh 2 sampai 6 tahun sebelum diganti dengan rambut baru 

PENING SEBAB BANYAK WARNA