Assalamualaikum..
Biokimia Klinikal
Hematologi
Gambar menunjukkan sel darah yang tidak normal daripada pesakit talassemia
Saya QUEENPINK atau Roszaliza Abdul Nyzam.Kerjaya QUEENPINK ialah Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29.
MLT (Medical Laboratory Technologist) atau JTMP (Juruteknologi Makmal Perubatan) bekerja dalam makmal klinikal atau makmal patologi. Di makmal ini, JTMP menjalankan analisis darah, cecair badan, sel-sel dan tisu. Tugas mereka ialah membantu para doktor menentukan penyebab penyakit dan memberi rawatan yang tepat.JTMP membantu pakar penyelidik dalam ujian dan eksperimen penyelidikan. Mereka juga bekerjasama dengan ahli sains dalam projek penyelidikan.
Program Diploma Teknologi Makmal Perubatan
Subjek-subjek:
Sains asas - Biologi, Kimia, Anatomi, Imunologi, Biostatistik
Sains perubatan - Biokimia klinikal, Mikrobiologi Perubatan, Hematologi, Sains Transfusi Darah, Sitologi & Histologi
Apa yang anda belajar dalam Program “Medical Laboratory Technology” ini?
Biokimia Klinikal
- Dalam Biokimia Klinikal, anda akan menguji bahan kimia dalam darah, urin dsb. seperti gula dalam darah, kolesterol, urea, enzim hepar (hati) dan jantung, dsb.
Hematologi
- Hematologi pula mengkaji darah dan sel-sel darah. Ini merangkumi pengesanan penyakit2 darah seperti leukemia dan talassemia.
Filem darah ini menunjukkan sel darah putih yang tidak normal daripada kes leukemia
Mikrobiologi dan Parasitologi
- Dalam Mikrobiologi dan Parasitologi, anda akan mempelajari mikroorganisma seperti bakteria, fungus, parasit dsb.
Fungus
Cacing parasit
Sains Transfusi Darah
- Dalam Sains Transfusi Darah, anda akan mempelajari cara untuk mengetahui kumpulan darah pesakit dan penderma.
- Anda juga akan mempelajari cara untuk melihat keserasian darah pesakit dan penderma
Histologi dan Sitologi
- Dalam Histologi dan Sitologi, anda akan menguji dan memeriksa sel dan tisu pesakit.
- Ini bertujuan untuk mengesan sel-sel kanser.
Anatomi dan Fisiologi
Juruteknologi Makmal Perubatan memainkan peranan dalam menentukan hidup dan mati seseorang. Keputusan ujian dapat membantu diagnosis penyakit dan membenarkan pemilihan rawatan yang diperlukan bagi setiap pesakit. JTMP bertanggungjawab terhadap rawatan pesakit dengan menjalankan prosedur makmal dalam bank darah, hematologi, kimia klinikal, mikrobiologi dan patologi klinikal.
- Merupakan kajian terhadap tubuh manusia, organ dan bagaimana ia berfungsi
Genetik
- Mempelajari bagaimana gen manusia berfungsi dan penyakit-penyakit kromosom.
- Sindrom Down
Individu ini mempunyai 47 kromosom (lebihan kromosom ke 21)
TANGGA PEKERJAAN
Berdasarkan kajian pekerjaan terbaik di seluruh dunia, Juruteknologi Makmal Perubatan menduduki tangga ke 16 daripada 250 pekerjaan, dan tangga ke 3 dalam bidang sains kesihatan
Kesimpulan
Juruteknologi Makmal Perubatan memainkan peranan dalam menentukan hidup dan mati seseorang. Keputusan ujian dapat membantu diagnosis penyakit dan membenarkan pemilihan rawatan yang diperlukan bagi setiap pesakit. JTMP bertanggungjawab terhadap rawatan pesakit dengan menjalankan prosedur makmal dalam bank darah, hematologi, kimia klinikal, mikrobiologi dan patologi klinikal.
0 ulasan:
Catat Ulasan