
Sebuah
sekuel dari Lagenda Budak Setan.6 bulan telah berlalu, selepas kematian
Ayu. Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu.
Melalui Athirah, bayinya, segala kasih saying dicurahkan. Katerina juga
semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah.
Ketabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman
dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan
Katerina mengaguminya Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya.
Mereka sering keluar bersama dimana Kate sentiasa berada disampingnya
hingga membibitkan rasa cinta. Katerina memperkenalkan Kasyah kepada
kedua orang tuanya. Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang
oleh ibu Kate, Sofea. Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca
menyebabkan Kate kecewa hingga hampir membunuh diri selepas Kasyah
menikahi Ayu.
Tak mungkin dia menerima Kasyah sebagai menantu setelah dia
kematian isteri. Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut
hinggakan kedua orang tuanya terpaksa menurut. Namun, ayahnya, Sofean,
punyai muslihatnya sendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya.
Ketika yang sama, Hisyam, bekas kekasih Kate yang masih menggilainya
muncul kembali, mencetuskan kekecohan. Hisyam mengupah sekumpulan lelaki
memukulnya hingga patah kaki. Kate naik angin lalu memarahi Hisyam dan
mengugut untuk melaporkan kepada polis. Kasyah bekerja dengan rakan
niaga Sofean, setelah berhenti kerja. Kate pula ke Afrika Selatan untuk
urusan perniagaan. Ketika inilah Sofean memasang perangkapnya.
Zahirah dibayar untuk menggoda Kasyah hinggakan dilihat oleh
Firdaus, pengurus tempatnya bekerja. Sofean dihubungi dan diceritakan
segala apa yang berlaku. Sofean menyarankan Kasyah dibuang kerja dengan
serta merta. Inilah rancangan terbaik Sofean memerangkap Kasyah. Kate
amat terkejut sepulangnya dia dari Afrika Selatan, mendengarkan perkara
tersebut. Kasyah cuba menjelaskan keadaan sebenar namun Kate berkeras
untuk memutuskan pertunangan. Kasyah yang tidak bersalah, benar-benar
kecewa dan pasrah. Kasyah menyerahkan takdir untuk menjelaskan
kebenaran.
Masa berlalu, Athirah pun sudah menjangkau usia 2 tahun. Kasyah
masih murung, begitu juga Kate. Kedua mereka terluka hati. Antara mereka
masih ada rasa sayang yang menebal. Kate mengambil keputusan mengahwini
Hisyam dengan hasrat menyakiti hati Kasyah. Kate tahu yang Kasyah amat
menyintainya dan dalam masa yang sama ingin membalas dendam ke atas
Hisyam. Meskipun Kate mengahwini Hisyam, beliau enggan membiarkan
tubuhnya disentuh Hisyam. Mereka tidur berasingan. Kate ingin mendera
Hisyam zahir dan batin. Kate takkan biarkan suami gaynya menyentuh
tubuhnya.. Sementara Kasyah, membesarkan anaknya dengan bantuan
abangnya, Iskandar. Beliaulah satu-satunya abang yang dia ada. Iskandar
yang telah bercerai terpaksa kembali semula ke rumah peninggalan
keluarga yang diduduki Kasyah.
Malangnya, selain bercerai, Iskandar juga tidak punyai pekerjaan
tetap. Kasyah berusaha membantu abangnya itu sedaya mungkin,
setidak-tidaknya berada disisinya. Suatu hari, abangnya itu meninggal
dunia kerana kemalangan. Anak kesayangannya, Athirah juga turut
meninggal dunia tidak lama selepas itu kerana jangkitan kuku dan mulut.
Kasyah kini tinggal sendirian, kesepian. Dia kehilangan segala yang
disayanginya. Semua orang telah meninggalkannya. Kate pula nekad untuk
meninggalkan Hisyam. Dia ingin bercerai. Inilah sebenarnya yang
dimahukan. Dia ingin menyeksa Hisyam. Harapannya semoga Hisyam menderita
sampai mati. Ketika Kate minta Hisyam pergi setelah memfailkan tuntutan
cerai, Hisyam merasakan dirinya bagai ditusuk sembilu tajam. Bagaikan
terhiris jantungnya. Hisyam sangat kecewa dan berasa ingin membunuh
diri.
Hidup bagaikan tak bererti lagi baginya. Sofean terkejut
mendengar keputusan Kate. Kate menyatakan kejadian sebenar tentang
Hisyam dan sebab-sebab dia mengahwini Hisyam. Kini, barulah dia mengerti
bahawa Kate selama ini tak bahagia. Beliau menyalahkan dirinya kerana
menjadi punca memisahkan Kate dengan Kasyah. Sofean benar-benar
menyesal. Kasyah perlu dicari dan menyatakan kebenaran. Kate terserempak
dengan Zahirah lalu bertanyakan perkara sebenar terjadi antara
keduanya.
Kate yang mendapat tahu muslihat sebenar, mengadap ayahnya
Sofean. Sofean terpaku, tidak menyangka muslihatnya terbongkar. Masa
berlalu, Kasyah masih tetap menyayangi Kate. Dia juga mengerti yang
mereka berdua hanyalah mangsa keadaan. Suatu pagi… tanpa diduga Kasyah
menghubungi Kate semula….. Inilah permulaan indah untuk kisah cinta
mereka yang tak akan menemui titik noktahnya…
0 ulasan:
Catat Ulasan