Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian "Hantu Kak Limah Balik Rumah", Husin yang telah muflis akibat di tipu skim cepat kaya di Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon, kekasih lamanya sewaktu Kampung Pisang dilanda Zombi. Namun beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh. Nampaknya, sejarah 45 Tahun dulu kembali semula. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung itu kembali menghantui.
Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya, sibuk
merancang rombongan ke Singapura dan mempelawa Husin menjadi
pembantunya. Namun begitu, masalah semakin rumit apabila Husin sendiri
hilang dari rumahnya. Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK
gagal mengesan dimanakah Husin berada. Yang tinggal hanyalah mee maggi
Singapura.....
Di dalam kekecohan itu Dr. Samsudin yang mendakwa mampu mengesan dimana
Husin. Apakah sebenarnya yang berlaku...? Siapakah yang menculik
Husin...? Nantikan kemunculan Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon Dan Jin
Pakai Toncit di pawagam berhampiran anda pada 7 Februari 2013.
0 ulasan:
Catat Ulasan