Kongsikan petua Mak... Boleh menang kitchen makeover bernilai RM30,000!.Untuk maklumat lanjut,klik SINI
Hasilkan idea untuk membantu pengguna jalan raya bersikap lebih prihatin dan selamat
Tentang Cabaran ini
Keselamatan jalan raya merupakan isu yang amat penting di seluruh dunia; dengan peningkatan jumlah penduduk dan kuasa membeli mereka, jumlah kenderaan di jalan raya juga bertambah. Para pembuat kenderaan telah banyak memperkenalkan teknologi-teknologi baru untuk menjadikan produk mereka lebih selamat dan secara langsung mengurangkan kematian disebabkan kemalangan jalan raya. Ciri-ciri keselamatan ini termasuklah yang berteknologi tinggi seperti bantuan brek elektronik, dan juga yang berteknologi rendah seperti tali pinggang keledar (menurut www.cdc.gov, tali pinggang keledar boleh mengurangkan risiko kematian sebanyak 45%).Para pengilang kenderaan bermotor telah banyak melabur untuk menjadikan kenderaan mereka selamat, dan ini telah membuahkan hasil. Namun begitu, masih terdapat golongan pengguna jalan raya yang lebih terdedah kepada bahaya berbanding yang lain. Misalnya, kebarangkalian pengguna motosikal mengalami kecederaan serius dan juga kematian jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan pemandu dan penumpang kereta.
Pada tahun 2010 terdapat 6,872 kematian disebabkan oleh kemalangan jalan raya di Malaysia, yang mana kebanyakannya terdiri daripada penunggang motosikal. Sebab utama kadar kematian yang tinggi ini adalah kecuaian pemandu dan penunggang. Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pengguna jalan raya ini membahayakan bukan sahaja diri sendiri, bahkan juga pengguna jalan raya yang lain seperti pejalan kaki.
Kami menjemput anda untuk memikirkan cara untuk menggalakkan pengguna jalan raya bersikap lebih prihatin dan selamat, supaya lebih ramai rakyat Malaysia dapat pulang ke rumah dengan selamat. Pengguna jalan raya di Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap tidak menghormati undang-undang jalan raya dan kurang keprihatinan kepada orang lain, kami ingin anda merekacipta kaedah-kaedah dan jalan penyelesaian berinovasi untuk mengubah sikap mereka.
Skop
Jalan penyelesaian anda boleh berbentuk:- Aplikasi telefon pintar/tablet
- Kempen pemasaran dan pengiklanan
- Teknologi baru (ataupun aplikasi baru menggunakan teknologi sedia ada)
- Rangkaian jalan
- Proses pembelajaran/penilaian
- Modifikasi kenderaan bermotor
- Dan lain-lain bentuk
Cara Menyertai
Peserta perlu mengunjungi www.challenge.my/registration dan mengisi borang pendaftaran. Peserta mestilah menyudahkan semua langkah ini di dalam tempoh Cabaran ini.Untuk menghantar penyertaan, peserta perlu juga mengisi borang penyertaan di www.challenge.my, bersetuju dengan semua Peraturan Rasmi dan terma, syarat atau polisi yang merangkumi penggunaan laman web Cabaran ini, dan perlu juga memberi maklumat-maklumat berikut: Nama penuh dan alamat emel.
Hasilkan sebuah video sepanjang 2 hingga 5 minit, termasuk:
- Nama idea
- Nama ahli kumpulan
- Penerangan tentang isu/masalah yang anda ingin selesaikan
- Penerangan tentang idea/penyelesaian masalah tersebut
- Sumber-sumber yang anda perlukan untuk melaksanakan idea (kos, tenaga kerja, bahan-bahan, infrastruktur dan lain-lain)
- Cabaran-cabaran yang anda mungkin hadapi di dalam usaha melaksanakan idea anda
- Langkah-langkah terperinci yang anda perlu ambil untuk melaksanakan idea anda
- Bagaimana cara untuk anda mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi
- Kekuatan/kelebihan idea anda
- Kelemahan idea anda
- Apakan potensi impak idea anda, dalam jangka masa panjang dan dari segi jangkauan. Sila beri sebab kenapa anda rasa sedemikian.
- Bagaimanakan idea anda dapat menjadikan jalan raya kita lebih selamat di dalam jangka masa panjang. Sila beri sebab kenapa anda rasa sedemikian.
Hadiah-hadiah
Hadiah Utama RM25,000Hadiah Kedua RM10,000
Hadiah Sebutan Khas (8) RM2,500
Para Juri
- Mats Nilsson, Volvo Trucks Malaysia
- Khairil Anwar Abu Kassim, MIROS
- Dr. Teik-Hua, Law, UPM
- Mark Rozario, Chief Executive Officer Agensi Inovasi Malaysia, AIM
- Miss Choy-Peng, Ng, Senior Lecturer, Civil Engineering Department, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
- Carol Wong, Chief Inspiration Office, Genovasi
Kriteria Penghakiman
- Inovasi dan Kualiti
- Potensi dan Impak
- Kebolehlaksanaan
- Kemampanan
Sila baca Peraturan Rasmi untuk penerangan Kriteria yang lebih teliti