SINOPSIS FAST& FURIOUS 6
Sejak rompakan Rio mereka telah menumpaskan empayar seorang ketua kongsi gelap. Dom (Diesel) dan Brian (Walker) menjadi lebih kaya dengan $100 juta yang dimiliki. Walaupun kaya, mereka tetap berasa kehilangan sesuatu kerana tidak boleh balik ke tanahair dan sentiasa diburu polis. Pada masa yang sama, Hobbs (Johnson) sedang menjejaki satu organisasi pemandu upahan yang mahir dan telah merentasi 12 negara. Ketua organisasi ini (Evans), dibantu seorang penolong kejam yang didedahkan sebagai Letty (Rodriguez), iaitu perempuan yang dicintai Dom yang dianggap telah mati. Cara terakhir untuk menghentikan kumpulan penjenayah ini ialah menewaskan mereka pada tahap perlumbaan. Jadi, Hobb meminta Dom untuk mengumpul kumpulan elitnya di London. Bayaran mereka ialah peluang untuk balik ke tanahair dan kembali bersama keluarga tercinta.
0 ulasan:
Catat Ulasan