Baru-baru ini, McDonald's telah memperkenalkan sajian "The Happiest Meal" dan dengan setiap pembelian set itu, anda akan menerima hadiah patung Minion yang kini menjadi kegilaan ramai!
Menurut pereka kreatif Xin Yi, kakitangan agensi tersebut telah ditugaskan untuk mengumpulkan duit, membeli bahan-bahan, memasak dan menyediakan hidangan itu di Kuala Lumpur sementara Xin Yi dan kumpulannya telah mendapat idea untuk membantu golongan yang memerlukan dengan memanfaatkan sepenuhnya hidangan Happy Meal ini.
Katanya, ramai yang menghabiskan duit dan sanggup beratur panjang membeli Happy Meal semata-mata untuk mendapatkan patung plastik Minions itu dan bukannya mahukan makanan.
Lalu, terlintas di fikiran mereka untuk menderma sajian set ini kepada mereka yang memerlukan. Mereka juga telah membuat akaun Facebook dan memulakan kempen The Happiest Meal.
Apabila ditanya adakah makanan ini akan menjadi projek jangka masa panjang, mereka mengatakan masih belum pasti namun projek ini dilakukan sementara Minions masih lagi menjadi kegilaan ramai.
Di Georgetown, sebuah kedai McDonald's mengalami kerosakan apabila orang ramai menyerbu untuk mendapatkan patung Minions yang popular menerusi filem "Despicable Me 2".
0 ulasan:
Catat Ulasan