Menceritakan tentang Fathia ( Nora Danish ) , seorang gadis cantik yang mempunyai perwatakan yang menarik dan keperibadian yang baik. Fathia merupakan seorang Chef di sebuah kafe milik sahabatnya Jane ( Angeline Tan )
Di kafe tersebut Fathia menemui Faizal ( Farid Kamil ) , seorang ahli perniagaan yang kacak dan kaya. Mereka menjalinkan hubungan cinta dan akhirnya mendirikan rumahtangga. Sepanjang perkahwinan, mereka menjalani kehidupan dengan gembira dan penuh kebahgiaan.
Kehadiran cahayamata mereka iaitu Tiara menambahkan lagi kebahagian dan kegembiraan hidup Fathia dan Faizal. Tahun silih berganti, kebahagian yang selama ini dikecapi menjadi semakin hambar apabila Faizal mula bertindak kasar dengan memukul Fathia dan menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain. Segala pembohongan Faizal terbongkar, Fathia telah menyedari bahawa perhubungan cinta antara mereka adalah pembohongan semata – mata demi kepentingan peribadi Faizal. Fathia berasa amat kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku dan dia telah membuat keputusan untuk membawa Tiara pergi jauh daripada hidup Faizal.
Sepanjang persembunyian Fathia dan anaknya Tiara, mereka telah dibantu oleh Shah ( Qi Razali ) , sahabat baiknya daripada kecil. Kehadiran Shah juga telah merubah hidup Fathia dan Tiara ke arah kegembiraan dan berjaya mengubah kekecewaan Fathia.
Mampukah Fathia dalam menghadapi Faizal yang tidak berperikemanusiaan ? Masih adakah ruang bahagia untuk diri Fathia dan Tiara ?
0 ulasan:
Catat Ulasan