Tabiat Penyebab Perut Buncit
1. Suka Makan Lewat atau Waktu Yang Tidak Tetap Menurut kajian, jika kita suka makan lewat, perut mudah masuk angin selain menjejaskan kadar metabolisme tubuh. Dalam kebanyakan kes, tubuh seseorang memerlukan waktu untuk ‘adjust’ pembakaran kalori untuk ditukarkan kepada tenaga untuk tubuh. Bila tubuh tidak mendapat sumber tenaga yang cukup dan pada waktunya (melalui pengambilan makanan), maka ia akan mula membakar lemak yang disimpan. Lama-kelamaan, apabila sering tidak memperolehi bekalan makanan yang secukupnya, tubuh mula ‘adjust’ tahap pembakaran kalori pada paras yang lebih rendah demi untuk memastikan ‘simpanan’ sumber tenaga berterusan.
2. Suka Minum Air Bergas Air gas atau air bikarbonat ada lebih banyak ‘angin’. Sebab itulah kita mudah sendawa dan biasanya terasa lebih mudah kenyang (untuk tempoh waktu yang pendek) sekiranya makan diiringi dengan amalan minum air gas.
3. Suka Makan Lewat Malam atau Sebelum Tidur. Cubalah amalkan berbaring atau tidur selepas makan, dan lihat kesannya. Biasanya dalam tempoh tak sampai seminggu dah boleh dapat perut buncit. Amalan yang sebaiknya ialah cuba pastikan anda mengambil makanan sekurang-kurangnya tiga jam sebelum masuk tidur pada malam hari.
4. Suka Berjaga Lewat Malam Kekurangan waktu tidur yang cukup termasuk kebiasaan yang bertentangan dengan tips mengecilkan perut. Lazimnya, seorang dewasa memerlukan 6 ke 7 jam waktu tidur setiap hari. Ada yang mungkin memerlukan tempoh yang sedikit kurang daripada itu dengan syarat dia mendapat tidur yang ‘berkualiti’.
0 ulasan:
Catat Ulasan