Ahad, 6 Mac 2016

Sebab berat susah turun

PUNCA SUKAR TURUN BERAT BADAN

Berikut adalah beberapa punca sukar turun berat badan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia:

1. Kurang minum air kosong
Menurut Perunding Nefrologi Dr. Tan Wee Ming, salah satu cara dan kaedah terbaik untuk menjaga buah pinggang adalah dengan meminum air yang banyak. Air terbukti membantu buah pinggang kita berfungsi secara normal dan sempurna. Di samping itu, dapat menurunkan berat badan secara berperingkat.




2. Tidak sarapan pagi.
Sarapan amat penting untuk turun berat badan Makan pada waktu pagi membantu mengurangkan selera makan anda pada kemudian hari. Ini membantu untuk mengelakkan anda dari makan secara berlebihan. Cari makanan untuk serapan pagi yang mengandungi Protein tanpa lemak dan serat yang tinggi serta kandungan gula yang rendah



3. Tidak cukup tidur
Punca tidak cukup tidur boleh menyebabkan berat badan naik secara mendadak. Badan perlukan istirehat yang secukupnya bagi memudahkan penghadaman berjalan dengan lancar. Di samping itu, dilarang tidur selepas makan, pastikan tunggu dahulu dalam masa setengah jam kemudian baru baring untuk merehatkan diri bagi memudahkan proses penghadaman.



4. Makan makanan yang tak seimbang
Dalam bab makanan perlu memilih demi kesihatan. Jangan terlalu mengambil makanan yang berminyak secara berlebihan seperti ayam goreng, nasi goreng dan sebagainya. Kurangkan makan-makanan ringan dan makanlah makanan berfiber seperti produk bijiran terutama oat, buah-buahan dan sayuran.





  5. Metabolisma yang lambat
Untuk mempercepatkan kadar metabolisma ialah dengan tidur yang cukup, tidak stress, lakukan senaman dengan pemberat, ambil vitamin C dan minum teh hijau.



6. Makan lewat malam

Rakyat Malaysia selalu mengamalkan makan lewat malam ‘ngeteh’. Makanan pula penuh dengan kalori yang tinggi. Ini telah menyebabkan lemak terkumpul dalam badan. Seeolok-eloknya makan malam pada pukul 6.00 seperti apa yang telah dilakukan di asrama, kemudian jika lapar pada waktu malam pastikan makan tidak terlalu banyak atau sedang-sedang sahaja seperti 1 keping roti dan sebagainya sebelum pukul 11.00 malam. Apabila makanan terkumpul dalam perut ketika sedang tidur, makanan tersebut akan bertukar menjadi lemak akibat penghadaman yang kurang stabil.

0 ulasan: