Ahad, 30 Januari 2011
Rintangan dalam perjalanan hidup kita
Jumaat, 28 Januari 2011
Kucing-kucing kesayangan
Salam.Inilah kucing kesayangan saya..Comel tak? Di sebelah kanan,namanya CHIBU.Di sebelah kiri pula,namanya CHIBA.CHIBA dan CHIBU nie adik-beradik.Tapi sayangnya kedua-dua ekor kucing betina ini sudah mati.Huhu..Sedihnya la..Yang paling saya sayang ialah CHIBA.CHIBU telah mati kira-kira 2 tahun yang lepas akibat komplikasi setelah melahirkan anak yang tak cukup bulan..CHIBA pula mati pada tahun lepas akibat penyakit yang tidak diketahui..Di dalam gambar ini,CHIBA gemuk tapi di saat kematiannya,ia menjadi terlalu kurus..I MISS CHIBA dan CHIBU.Saya suka bergurau,bermanja dan ketika CHIBA kecil,saya suka mendukung ia dan letakkan dalam poket baju saya..Comel sangat ia masa tu.CHIBU pula selalu mengurut-gurut perut saya ketika saya tidur.Memori itu tinggal dalam kenangan.Pelbagai memori dan cerita ketika saya memelihara 2 ekor kucing ini.
Ini anak kepada CHIBA.Namanya BOT.Seekor kucing jantan yang suka bergurau dan suka tidur di atas mini pelamin pertunangan saya..Sepanjang mini pelamin yang serba pink putih dipasang kat rumah saya,BOT suka tidur tak kira waktu di atas mini pelamin saya.BOT nie kuat makan.Makan nasi dengan ikan goreng atau ikan rebus.Tapi ia tak suka makan biskut seperti WHISKAS atau FREKIES.
Ini gambar CHIBA dan BOT pada 22 Januari 2010.CHIBA peluk BOT ketika tidur di sofa.Mak sayang anak.Warna bulu pun sama kuning oren dan putih.Sweet kan.
Ini gambar BOT ketika di atas katil adik kelimaku,Ika.BOT suka tidur di atas katil Ika.Sebelum tidur,kena jilat badan dahulu.Bersihkan badan.
Ini CHIK.Ia digelar CHIK kerana badannya kecil.Kucing betina nie pun suka duduk atas pelamin.Hai,CHIK nak bertunang ke? Hehe..
Ini gambar CHIK tidur di atas katil saya ketika majlis pertunangan saya.Masa ini,saya sedang disolek oleh jurumekap.
Ini wajah CHIK jarak dekat.CHIK nie suka menjilat-jilat badannya dengan lidah umpama bersolek.Suka bersihkan diri.Comel kan CHIK nie.Bulunya kembang terutama sekali yang paling kembang ekornya.
Ini ialah BLACK.Seekor anak kucing jantan yang sangat nakal.Gambar di atas ketika ia bermain-main di dalam kain perhiasan mini pelamin pertunangan saya.Nampaknya kesemua kucing saya suka duduk di atas pelamin.
Hai,BLACK.Buat apa tu di bawah meja? Comelnya dia.Saya sayangkan semua kucing-kucing saya.
Isnin, 24 Januari 2011
Kisah anak kecil penjual kuih
Pemuda itu kehairanan lantas dia bertanya:"Dik,abang bagi duit tu dekat adik,kenapa adik bagi kepada orang lain pula?"
Selasa, 18 Januari 2011
Buang beban yang ada
Suatu ketika,ada seorang guru yang meminta murid-muridnya untuk membawa satu kantung plastik ke sekolah.Lalu,ia meminta setiap anak untuk memasukkan beberapa kentang ke dalamnya.
Setiap anak diminta untuk memasukkan sebiji kentang bagi setiap orang yang tidak mahu mereka maafkan.Mereka diminta untuk menuliskan nama orang itu,dan mencantumkan tarikh di dalamnya.Ada beberapa anak yang memiliki kantung yang ringan,walau banyak juga yang memiliki plastik kelebihan beban.
Mereka diminta untuk membawa kantung jernih itu siang dan malam ke mana sahaja mereka pergi harus mereka bawa,selama satu minggu penuh.Kantung itu harus ada di sisi mereka kala tidur,diletakkan di meja saat belajar,dan dibawa saat berjalan.
Lama kelamaan,keadaan kentang itu makin tidak menentu.Banyak dari kentang itu yang membusuk dan mengeluarkan bau yang busuk.Hampir semua anak mengeluh dengan tugasan ini.Dan akhirnya,waktu satu minggu itu selesai.Dan semua anak,agaknya banyak yang memilih untuk membuangnya daripada menyimpannya terus menerus.
Para pembaca sekalian,tugasan ini setidak-tidaknya memberikan hikmah spiritual yang besar sekali buat anak-anak.Suka duka saat membawa kantung yang berat akan menjelaskan pada mereka bahawa membawa beban itu sesungguhnya sangat tidak menyenangkan.
Memaafkan,sebenarnya adalah pekerjaan yang lebih mudah daripada membawa semua beban itu ke mana sahaja kaki kita melangkah.Ini adalah sebuah perumpamaan yang baik tentang harga yang harus kita bayar untuk sebuah kepahitan yang kita simpan dan dendam yang kita genggam terus-menerus.Getir,berat dan meruapkan aroma yang tidak enak boleh terjadi.Itulah nilai yang akan kita dapatkan saat memendam amarah dan kebenciaan.
Sering kita berfikir,memaafkan adalah hadiah bagi orang yang kita beri maaf.Namun,kita harus kembali belajar bahawa pemberian itu adalah juga hadiah buat diri kita sendiri.Hadiah untuk sebuah kebebasan.
Kebebasan dari rasa tertekan,rasa dendam,rasa amarah serta kedegilan hati.
Ahad, 16 Januari 2011
Belajarlah menulis di atas pasir
Dua orang sahabat karib sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir.A dan B.Di tengah-tengah perjalanan,tiba-tiba sahaja tercetus pertengkaran di antara mereka berdua.A telah menghadiahkan B satu tamparan yang hinggap di pipinya.B berasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindak balas.
Tanpa berkata apa-apa,B menulis di atas pasir: Hari ini,sahabat baikku telah menampar mukaku.
Kemudian,mereka meneruskan perjalanan sehinggalah mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir.Mereka mengambil kata sepakat untuk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh.Dalam mereka asyik membersihkan diri masing-masing.B nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya,A.Ketika B mulai sedar dari lemas dan hilang rasa takut,dia menulis di atas sebuah batu: Hari ini, sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.
A bertanya: " Kenapa setelah aku melukai hatimu,kau menulis di atas pasir.Dan sekarang,kenapa pula kau menulis di atas batu? Sambil tersenyum,B berkata: "Ketika seorang sahabat melukai kita,kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskan tulisan itu.Dan apabila sesuatu yang luar biasa terjadi,kita harus memahatnya di atas batu hati kita,agar tidak hilang ditiup sang bayu"
Moral cerita di atas,dalam kehidupan seharian kita,sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yang juga berbeza-beza.Oleh kerana itu,cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu.Belajarlah menulis di atas pasir.
Jumaat, 14 Januari 2011
Segmen: Aku & Drama Korea
Salam.Saya nak buat segmen: Aku & Drama Korea.Oh ye..saya suka tengok drama korea yang bertajuk Winter Sonata,Full House dan One Litre Of Tear
Winter Sonata mengisahkan seorang gadis yang bernama Jung Yu Jin yang percaya cinta pertamanya adalah istimewa dan dia jatuh cinta pada seorang pemuda misteri yang bernama Kang Jung Sang yang meninggal dunia dalam kemalangan semasa dalam perjalanan untuk menemui Yun Ji pada malam tahun baru.Sepuluh tahun kemudian,Yun Ji mempunyai syarikat sendiri dan bertunang dengan Kim Sang Hyuk.Kemunculan Lee Ming Yeong membuatkan perasaannya sedih dan emosinya terganggu kerana wajahnya mirip mediang Kang Jung Sang.Dia keliru kerana tertarik Lee Ming Yeong yang juga tertarik kepadanya.
Full House mengisahkan Han Ji Eun seorang gadis dan merupakan seorang penulis novel.Dia tinggal di FULL HOUSE yang merupakan rumah peninggalan ayahnya.Kedua-dua ibu bapa Ji Eun telah meninggal dunia.Ji Eun terpaksa berkahwin dengan Young Jae semata-mata untuk terus tinggal di FULL HOUSE setelah FULL HOUSE dijual kepada Lee Young Jae yang merupakan seorang pelakon yang popular di Korea oleh sahabatnya dengan cara menipu.Walaupun Ji Eun berkahwin dengan Young Jae secara kontrak,dalam hati dia menaruh hati dan perasaan pada Young Jae.Dia menjadi sedih apabila Young Jae sering melayannya dengan kasar dan apabila Young Jae lebih mengambil berat tentang Hae Won.
Saya sangat sukakan lagu-lagu yang terdapat dalam drama Full House.Salah satunya ialah:
One Litre Of Tears merupakan kisah sebenar Aya yang berusia 15 tahun yang menghidap spinocerebellar ataxia dan meneruskan kehidupannya sehingga 25 tahun.Sedih bila saya tengok drama ini.Hati saya tersentuh dengan watak Aya yang tabah mengharungi penyakitnya.
Sebenarnya,banyak lagi drama korea yang saya suka.Tapi yang paling saya suka sekali adalah 3 drama ini.Ok,nan neol sa rang hae(i love u dalam bahasa korea)..
Dicatat oleh Unknown di 9:46 PTG 4 ulasan
Label: Aku Drama Korea
Rabu, 12 Januari 2011
Contest Blog Paling Cantik, Comel dan Kemas
Salam.Selamat petang.Saya mahu join contest yang dianjurkan oleh Farzana Farzanto
Syarat-syarat penyertaan:
- Jadi Follower Farzana Farzanto
- Peserta perempuan digalakkan kerana hadiah yang ditawarkan khas untuk blogger perempuan.(Setiap pemenang boleh memilih hadiah atau baju mengikut citarasa sendiri di Pelangiwardrobe Hannah . add dulu baru boleh tengok baju-baju di sana.
- Ada 3 kategori iaitu blog paling cantik,comel dan kemas.Setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja.
- Buat 1 entry tentang contest ini.
- Tag 5 orang rakan blogger anda.
- Letak banner di sidebar blog anda dan linkkan terus ke entry ini.
- Setelah selesai,tinggalkan link entry berkenaan dengan contest di ruangan komen entry ini.
- Penyertaan bermula pada 10 Januari 2011-10 Februari 2011.
Saya nak tag:
Mommy Pinky
Ika
Zura
Princess Nabilah
Zati
Selasa, 11 Januari 2011
Hati Getah New Year Giveaway
Salam..Kali ini,saya mahu join Hati Getah New Year Giveaway yang dianjurkan oleh Cik Liyana
1.Mesti jadi follower Hatiku Hati Getah dan Lainaz Closet
2.Postkan entry nie di blog anda
3.Tag beberapa kawan untuk join giveaway ini
4.Letak banner giveaway di sidebar anda
Giveaway akan tamat pada 1 FEBRUARI 2011
Ok.saya mahu tag:
Anith Chan
Princess Nabilah
yani
Ahad, 9 Januari 2011
Contest Jelingan Manja
Jelingan manja menusuk ke kalbuku
Menambah rasa cinta
Dalam lubuk jiwaku
Adakah dia menarik perhatianku
Dapatku membayangkan dari ruang matanya
Ok menyanyi lagu Jelingan Manja nyanyian Allahyarmah Saloma pula.Oh ye,sebenarnya saya nak join contest yang dianjurkan oleh Cik Bulan.Contest Jelingan Manja.
KECANTIKAN TIDAK AKAN KEKAL SELAMANYA
Kisah ini mengenai seorang wanita yang sangat cantik orangnya.Oleh itu,dia menjadi seorang yang terlalu angkuh dek kecantikan yang dianugerahkan kepadanya.Wanita tersebut menginginkan seorang teman hidup yang bukan sahaja kacak rupanya malahan memiliki harta dan kekayaan yang mampu menampung perbelanjaannya sepanjang hidup.Yalah,kaum Hawa semestinya menggilai pakaian yang mahal dan perhiasan yang mewah yang mampu menyerlahkan penampilan diri apabila berhadapan dengan orang lain.
Oleh kerana itu,wanita tersebut sanggup mengiklankan dirinya di setiap surat khabar dan ruangan internet agar ada jejaka yang mampu memenuhi setiap ciri yang disenaraikan.Akhirnya,ada seorang jejaka yang menghubunginya dengan mengatakan,"Saya sememangnya seorang yang kacak dan bergaya tetapi saya hanya ada sedikit harta buat bekalan kita berdua apabila kita berkahwin nanti."
Wanita itu lantas menjawab,"Saya mencari teman hidup yang bukan sahaja kacak malahan memiliki harta yang banyak setanding dengan kecantikan yang saya miliki."Wanita itu terus meletakkan telefonnnya.
Muncul pula lelaki kedua dan berkata,"Saya tidaklah kacak dan akan saya curahkan segala kasih sayang saya kepada anda apabila kita berkahwin nanti.Jika saya pergi dahulu sebelum anda,saya akan setia menanti di pintu syurga." Wanita itu tetap membalas"Saya mencari teman hidup yang kacak dan memiliki harta yang setanding dengan kecantikan yang saya ada."
Beberapa hari kemudian,muncul lelaki seterusnya menghubungi wanita itu dengan berkata,"Sememangnya saya seorang yang kacak,bergaya dan memiliki harta yang melebihi kecantikanmu.Akan tetapi,mampukah anda berjanji bahawa kecantikan anda akan kekal seperti usia anda sekarang walaupun untuk 20 tahun lagi sedangkan kekayaan saya akan bertambah dan bertambah walaupun untuk 20 tahun lagi?" Wanita itu terkedu mendengar jawapan lelaki tersebut.Saya sentiasa ingatkan diri saya dan para pembaca sekalian bahawa kecantikan tidak berkekalan.Memang kita cantik,anggun dan jelita kini tetapi tiada siapa yang tahu dan boleh mentafsir masa hadapan.Sesungguhnya,kecantikan hati lebih berharga dan bernilai berbanding kecantikan rupa paras.Usahlah membangga diri dengan kecantikan yang dianugerahkan oleh Allah kerana Allah boleh menarik apa yang dianugerahkan kepada kita bila-bila masa.Akhir kata,lihatlah dengan hati bukan dengan mata,dengarlah dan hayatilah dengan jiwa bukan dengan telinga.
Dicatat oleh Unknown di 11:45 PG 1 ulasan
Label: kecantikan
Sabtu, 8 Januari 2011
AIR KACANG SOYA KEMPISKAN PERUT
Hehe..jangan bimbang,mulai hari ini,rajin-rajinlah minum air kacang soya kerana satu penyelidikan menunjukkan perempuan yang minum susu kacang soya secara teratur setiap hari selama 3 bulan,cenderung memiliki perut lebih ramping dibandingkan dengan rakan mereka yang minum susu.Hal ini terjadi kerana soya mengandungi isoflavon yang strukturnya sama dengan estrogen dan menempel pada reseptor estrogen di lapisan lemak.Jadi,secara teorinya isoflavon pada soya dapat mengatur metabolisme lemak tubuh dan menurunkan kolesterol. Selain itu,minum kacang soya dipercayai mengelakkan fenomena sugar craving(kecanduan gula) sekali gus menimbulkan rasa kenyang.Silakan mencuba!
Dicatat oleh Unknown di 7:45 PG 2 ulasan
Label: air kacang soya, kacang soya, Kesihatan