Ahad, 9 Januari 2011

KECANTIKAN TIDAK AKAN KEKAL SELAMANYA

Kisah ini mengenai seorang wanita yang sangat cantik orangnya.Oleh itu,dia menjadi seorang yang terlalu angkuh dek kecantikan yang dianugerahkan kepadanya.Wanita tersebut menginginkan seorang teman hidup yang bukan sahaja kacak rupanya malahan memiliki harta dan kekayaan yang mampu menampung perbelanjaannya sepanjang hidup.Yalah,kaum Hawa semestinya menggilai pakaian yang mahal dan perhiasan yang mewah yang mampu menyerlahkan penampilan diri apabila berhadapan dengan orang lain.

Oleh kerana itu,wanita tersebut sanggup mengiklankan dirinya di setiap surat khabar dan ruangan internet agar ada jejaka yang mampu memenuhi setiap ciri yang disenaraikan.Akhirnya,ada seorang jejaka yang  menghubunginya dengan mengatakan,"Saya sememangnya seorang yang kacak dan  bergaya tetapi saya hanya ada sedikit harta buat bekalan kita berdua apabila kita berkahwin nanti."

Wanita itu lantas menjawab,"Saya mencari teman hidup yang bukan sahaja kacak malahan memiliki harta yang banyak setanding dengan kecantikan yang saya  miliki."Wanita itu terus meletakkan telefonnnya.

Muncul pula lelaki kedua dan berkata,"Saya tidaklah kacak dan akan saya curahkan segala kasih sayang saya kepada anda apabila kita berkahwin nanti.Jika saya pergi dahulu sebelum anda,saya akan setia menanti di pintu syurga." Wanita itu tetap membalas"Saya mencari teman hidup yang kacak dan memiliki harta yang setanding dengan kecantikan yang saya ada."

Beberapa hari kemudian,muncul lelaki seterusnya menghubungi wanita itu dengan berkata,"Sememangnya saya seorang yang kacak,bergaya dan memiliki harta yang melebihi kecantikanmu.Akan tetapi,mampukah anda berjanji bahawa kecantikan anda akan kekal seperti usia anda sekarang walaupun untuk 20 tahun lagi sedangkan kekayaan saya akan bertambah dan bertambah walaupun untuk 20 tahun lagi?" Wanita itu terkedu mendengar jawapan lelaki tersebut.Saya sentiasa ingatkan diri saya dan para pembaca sekalian bahawa kecantikan tidak berkekalan.Memang kita cantik,anggun dan jelita kini tetapi tiada siapa yang tahu dan boleh mentafsir masa hadapan.Sesungguhnya,kecantikan hati lebih berharga dan bernilai berbanding kecantikan rupa paras.Usahlah membangga diri dengan kecantikan yang dianugerahkan oleh Allah kerana Allah boleh menarik apa yang dianugerahkan kepada kita bila-bila masa.Akhir kata,lihatlah dengan hati bukan dengan mata,dengarlah dan hayatilah dengan jiwa bukan dengan telinga.