Jumaat, 28 Disember 2012

50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah




50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Selasa, 25 Disember 2012

WAJAH QUEENPINK TANPA MEKAP


WAJAH QUEENPINK YANG TERKINI TANPA MEKAP.

HOT ITEM MASA KINI."KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA."

BB PLUS COLLAGEN SANGAT BAIK UNTUK KESIHATAN DALAMAN DAN LUARAN WANITA.BERMINAT DENGAN PRODUK BB PLUS COLLAGEN?

PM ATAU MESEJ QUEENPINK  017-9075601 UNTUK INFO.

MY COMP CARD


DO CONTACT ME IF YOU NEED MODEL/TALENT FOR ANY KIND OF SUITABLE MODELLING JOB.

CONTACT : 011-29292581
FACEBOOK : https://www.facebook.com/esmroszaliza.abdulnyzam
BLOG : http://roszaliza.blogspot.com/

Ahad, 23 Disember 2012

JACK REACHER

Di sebuah bandar yang aman, lima orang ditembak mati oleh seorang penembak hendap. Setelah berjaya mengecam dan menangkap orang yang bersalah, pihak polis mula membuka kes. Namun, lelaki tertuduh mengatakan dirinya tidak bersalah dan minta mendapatkan Reacher. Reacher (Tom Cruise) muncul di bandar setelah membaca laporan berita tersebut, dengan niat untuk membunuh lelaki yang tertuduh. Terperanjat dengan permintaan lelaki tertuduh, Reacher cuba membuktikan kesalahan lelaki tertuduh, tetapi komplikasi mula timbul.

Jack Reacher 2012


Sabtu, 22 Disember 2012

INGIN KULIT YANG CANTIK?



Bermodal RM 9 sehari BBPLUS COLLAGEN mampu membuatkan anda kelihatan MUDA JELITA?

MENGAPA BB Plus?

BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik.

BAGAIMANA BB Plus BERTINDAK?
Mod tiga tindakan:
1. Memulih - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida
3. Memperbaharui - Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru

Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?
Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis

Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.

BB Plus mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.


7 Hasil Kulit Cantik
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari

BAGAIMANA HENDAK MEMBELI?

BANK IN RM180 ke akaun di bawah:

BANK MAYBANK
-----------------
No Akaun: 106026102420
Nama: ROSZALIZA BINTI ABDUL NYZAM
Email: roszalizas@yahoo.com

Selepas bank in, SILA SMS ke no ini 017-9075601 CIK ROSZALIZA:
- Berikan NAMA, ALAMAT dan PHONE Number
- Maklumat bayaran (masa bayaran)
PS: Pesanan anda akan diuruskan secepat mungkin (dalam 1 hari). Produk akan diposkan. (pos laju)





KONSTAR TWISTER PRO MUG





MEMBANCUH MINUMAN ANDA DENGAN CEPAT DAN MUDAH TANPA SEBARANG TUMPAHAN ATAU PERCIKAN!

NIKMATI PELBAGAI JENIS MINUMAN DAN MAKANAN CECAIR DENGAN SATU SENTUHAN BUTANG!
  • MINUMAN DIET
  • MINUMAN PROTEIN
  • KOKTEL&MOKTEL
  • TEH AIS
  • SUSU KOCAK
  • MAKANAN&SUSU FORMULA BAYI
  • KOPI
  • JUS PATI BUAH-BUAHAN/SAYUR-SAYURAN
  • SUP/MINUMAN SEGERA

JUGA SESUAI UNTUK MEMUKUL TELUR DAN MENCAMPUR SOS,PORI DAN KUAH SALAD!

BERKUASA BATERI(2X BATERI ALKALI AA)


ON/OFF BUTTON


BAHAGIAN-BAHAGIAN BOLEH DIPASANG-TANGGAL UNTUK PEMBERSIHAN MUDAH.

JIKA BERMINAT,HUBUNGI CIK ROSZALIZA 017-9075601

QUEENPINK MENANG MAYBELLINE CATWALK TO SIDEWALK

REVIEW BB PLUS COLLAGEN



JIKA BERMINAT DENGAN BB PLUS COLLAGEN,HUBUNGI QUEENPINK@CIK ROSZALIZA 017-9075601 ATAU PM DI FACEBOOK https://www.facebook.com/esmroszaliza.abdulnyzam?ref=tn_tnmn

Ahad, 16 Disember 2012

THE MAKING OF CARAMEL POPCORN

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • jagung kering secukupnya
  • garam secukup rasa 
 Karamel

  • 1 sudu mentega/margerin
  • 3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/banyak mana pop corn yang ada)

 Cara-cara

  1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk.Api tu pula, mula-mula guna api kuat untuk panaskan minyak dan butter.Dalam 2 minit lepas turunkan api sedikit.
  2. Masukkan jagung menutupi dasar periuk.Tuang jagung rata dan sama paras dengan minyak dan butter yang dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
  3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dengan rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat-cepat keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
  4. Taburkan garam secukupnya..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)
Karamel
Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat-cepat.


Sabtu, 15 Disember 2012

15 DIET CARA RASULULLAH S.A.W

1. Rasulullah memulakan makan dengan menyebut 'bismillah'
2. Baca doa sebelum makan
3. Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)
4. Makan garam secubit sebelum makan
5. Mula makan dari tepi (pinggir)
6. Ambil makanan yang berhampiran.
7. Gunakan tiga jari.
8. Kunyah makanan banyak kali
9. Larangan mencela makanan dan sunat memuji makanan
10. Makruh bersandar ketika makan
11. Kutip makanan yang terjatuh.
12. Jilat jari setelah selesai
13. Membaca doa selepas makan
14. Meramaikan orang untuk makan bersama
15. Galakan bercakap

MANUSIA SETINGGI 80 KAKI


IKAN KELI GERGASI

Seekor ikan keli bersaiz gergasi telah ditangkap oleh nelayan di Mukah, Sarawak. Berita tentang ikan keli gergasi ini telah menggemparkan bukan sahaja penduduk tempatan tetapi seluruh Malaysia.
Ikan pelik yang mempunyai berat lebih kurang 2 tan (2000kg) itu dikatakan tersesat dan mati di tepian sungai. Seorang pemborong ikan cuba mengangkat ikan keli tersebut dengan menggunakan kren tidak berjaya.
Dia hanya berjaya mengangkat ikan keli gergasi itu hanya selepas menyiat kulit ikan pelik itu. Daging ikan keli gergasi itu dikatakan dipotong-potong dan dijual dengan harga RM6 sekilo. Satu kampung boleh kenyang kalau buat kenduri ni.
Mari kita tengok gambar pelik ikan keli gergasi yang terdampar di Mukah Sarawak ini. Jom!

1
2
3
4
5

THE HOBBIT - AN UNEXPECTED JOURNEY

The Hobbit: An Unexpected Journey, prekuel dari "The Lord of the Rings" yang sekaligus merupakan bahagian pertama dari trilogi The Hobbit.

The Hobbit: An Unexpected Journey mengisahkan tentang seorang Hobbit bernama Bilbo Baggins bersama-sama dengan ahli sihir Gandalf dan 13 orang kerdil yang diketuai oleh Thorin Oakenshield, dalam usaha epik untuk menuntut kembali tanah orang kerdil, Erebor daripada tawanan naga menakutkan, Smaug. Ketika dalam usaha tersebut, Bilbo Baggins bukan sahaja menemui kebijaksanaan dalaman dan keberanian yang turut mengejutkan dirinya, tetapi dia turut memiliki cincin 'berharga' yang terikat dengan takdir bumi dengan cara yang tidak ketahuinya.

Bahagian keduanya berjudul The Hobbit: Desolation of Smaug akan tayang pada 2013, sementara bahagian akhirnya The Hobbit: There And Back Again akan ditayang 2014.


Jumaat, 14 Disember 2012

HATI BERSIH

Satu pasangan muda yang baru berkahwin menetap di sebuah rumah taman perumahan.

Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui tingkap kaca. Dia melihat jirannya sedang menyidai kain.


"Ish, awat kain hat dia basuh tu nampak tak bersih?", kata si isteri kepada suaminya.


"Macam tak reti cuci kain jaa. Mungkin dia patut pakai sabun cuci hat bagus sket."


Suaminya menoleh ke arah tingkap kaca, teta
pi hanya diam dan tidak memberi sebarang komen.

Sejak hari itu setiap kali jirannya menyidai pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya pakaian yg dicuci jirannya.


Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian2 yang disidai jirannya terlihat cantik dan bersih, dan dia berkata kepada suaminya," Bang2, tengok tu, jiran kita dah belajaq bagaimana mencuci kain dgn betul. Macam tu la baru orang panggil cuci kain. Sabun apa yang dia pakai agaknya ye?"


Si suami yg mendengaq potpet2 isterinya itu lalu berkata, "Taktau la sabun apa yg dia guna tapi abang bangun awal2 pagi hari ini dan membersihkan tingkap kaca kita."


____


Dan begitulah kita dgn kehidupan.

Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan fikiran (tingkap kaca) kita memandangnya.

Jika HATI kita bersih, maka bersih pulak FIKIRAN kita. Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersih pulak PERKATAAN kita. Jika PERKATAAN kita bersih, maka bersih (baik) pulak PERBUATAN kita. Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita. Ok ada faham ? Kalau faham pi lekaih cuci tingkap rumah hangpa. Penuh habuk tu :P - by : Zun Nuun

WANITA


LABAH-LABAH PELANGI


Photo: Subhanallah~!! Labah2 pelangi... Walau teknologi semakin hebat, tapi banyak lagi makhluk2 Allah yg tidak lagi ditemui manusia... Kerdilnya manusia nih...

via Khalifah Media Networks (JOMLIKE~!)

 Subhanallah~!! Labah-labah pelangi... Walau teknologi semakin hebat, tapi banyak lagi makhluk-makhluk Allah yang tidak lagi ditemui manusia... Kerdilnya manusia ini...

PUJIAN

Pada suatu petang . Si siteri sedang membuat air sunquick untuk suami kesayangannya .

Isteri: ''Abang , air da siap . Cuba rasa manis sangat ke ?''


Suami: (minum) ''Hmmm tak semanis wajah isteri abang yang seorang ni .'' (senyum)


Isteri: (malu-malu tutup muka) ''Alaa abang nii malu saya tau . Okey ke air tu ?''


Suami: ''Okey sangat . Kalau air tangan awak memang abang berselera .'' (senyum)


Isteri: ''Terima kasih abang .''

Abang: ''Terima kasih untuk apa ? Patutnya abang yang berterima kasih kat awak sebab buatkan air kegemaran abang .''


Isteri: ''Terima kasih sebab memuji saya . Sebab pujian itu membuatkan kasih kita bertambah .''


Abang: ''Itu tanggungjawab abang memuji isteri yang banyak berkorban untuk abang . Terima kasih sebab sudi jadi bidadari sebenar abang .'' (senyum)


Isteri: (cium tangan suami)


----

Dalam rumahtangga tak salah puji memuji di antara satu sama lain sebab itu digalakkan agar kasih sayang bercambah erat =)

DURIAN BENTUK LOVE

Photo: Wahhh DURIAN bentuk " ♥ " !

RINDU

Si isteri rindukan suami. lalu, dia berniat untuk menghantar mesej kepada suaminya yang sedang bekerja. Setelah cuba untuk menaip, dia meletakkan semula handphonenya di atas meja tanpa menghantar mesej yang telah ditaip sebentar tadi.
~ Dipetik dari Suami Isteri Bahagia

''sayang rindu abang, tapi tak mungkin sayang ganggu abang bekerja. abang, jangan lupa sayang tau'' bisik hatinya.'tut tut, tut tut' tiba-tiba satu mesej masuk ke dalam handphone. si isteri membacanya dan tersenyum.

''sayang, abang dapat mesej dari hati yang sayang rindukan abang. sayang jangan risau ya, abang pun rindukan sayang''

SUAMI SEKUAT SUPERMAN

Photo: Suami sekuat SUPERMAN boleh bawa awak terbang...
Suami sehebat BATMAN boleh bawa kereta yg laju...
Suami sepantas SPIDERMAN boleh swing sana sini...
Suami BERIMAN boleh bawa awak ke Syurga. 
Setuju ? :) Dipersilakan  Like | Comment | Tag | Share <3

via: Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim (dipersilakan like untuk mendapat tips info petua dalam kehidupan dalam rumahtangga)

CARA NAK PAKAI HALFMOON HIJAB








SELAMAT MENCUBA :)

Khamis, 13 Disember 2012

KHASIAT BUAH DELIMA


Buah Delima terkenal dengan nama 'superfruit' mengandungi antioksidan yang tinggi,terdiri dari asid ellagik yang baik untuk melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian menunjukan buah delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk. Kajian keatas tikus makmal juga membuktikan delima mampu merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat. Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima mampu menstabilkan aras PSA.

Pengambilan buah delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras kolesterol jahat dan meningkatkan aras kolesterol baik. Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan buah delima boleh mencegah penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer setelah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tikus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi. Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak daripada rosak selepas tercedera.

Penceritaan Buah Delima di dalam Al Quran

Di antara potongan ayat yang terdapat di dalam al quran seperti berikut:,
"Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima," [Surah al Rahman ayat 68].

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Sudah tentu jawapannya buah delima mempunyai pelbagai khasiat.

APO KONO EH JANG?

BAJU KURUNG PEPLUM

ASSALAMUALAIKUM....

QUEENPINK NAK SHARE KOLEKSI-KOLEKSI BAJU KURUNG PEPLUM YANG IN- TREND SEKARANG INI.IANYA SANGAT CANTIK DAN KEMAS.

ANDA BOLEH TENGOK DI LINK http://fashionarora-fashionarora.blogspot.com/ .ADA PELBAGAI JENIS PEPLUM YANG DIJUAL HANYA DARI RM150 HINGGA RM300 TERMASUK KOS PENGHANTARAN.


Ahad, 9 Disember 2012

BV SLEEP MATE

Photo: BV Sleep Mate

Anda boleh memulihkan keseimbangan dan kesihatan anda secara mudah dengan kuasa penyembuhan BV Sleep Mate. Pelapik tilam ini khas dibuat untuk memenuhi keperluan individu anda. BV Sleep Mate menolong membetulkan frekuensi yang tidak harmoni, meneutralkan gelombang berbahaya sambil menguatkan gelombang positif yang membentuk aura yang sihat dalam organisma. Dengan mempengaruhi pengaliran tenaga, kita boleh menyihatkan badan dengan mencapai tahap kesihatan yang sempurna, mengimbangkan dan meningkatkan keseluruhan aktiviti badan dan minda. Apabila anda bangun daripada tidur, anda berasa lebih cergas dan bertenaga. Dalam penggunaan jangka masa panjang, ia memberi manfaat kepada badan di mana ia boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan sistem imun dan juga memberi hidup yang berkualiti.

Keistimewaan :
1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti

 Anda boleh memulihkan keseimbangan dan kesihatan anda secara mudah dengan kuasa penyembuhan BV Sleep Mate. Pelapik tilam ini khas dibuat untuk memenuhi keperluan individu anda. BV Sleep Mate menolong membetulkan frekuensi yang tidak harmoni, meneutralkan gelombang berbahaya sambil menguatkan gelombang positif yang membentuk aura yang sihat dalam organisma. Dengan mempengaruhi pengaliran tenaga, kita boleh menyihatkan badan dengan mencapai tahap kesihatan yang sempurna, mengimbangkan dan meningkatkan keseluruhan aktiviti badan dan minda. Apabila anda bangun daripada tidur, anda berasa lebih cergas dan bertenaga. Dalam penggunaan jangka masa panjang, ia memberi manfaat kepada badan di mana ia boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan sistem imun dan juga memberi hidup yang berkualiti.

Keistimewaan :
1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti

Jika berminat,hubungi Roszaliza  017-9075601 atau pm ESM Roszaliza Abdul Nyzam

STYLE YOUR VEO




KK

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,KLIK SINI

COWAY BIDET 14 DAYS FREE TRIAL





 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,KLIK SINI

SAYANG


THE MAKING OF DURIAN CREPE



DURIAN CREPE HASIL BUATAN TANGAN QUEENPINK :)

ALKISAH SEORANG PELAYAR

Alkisah seorang pelayar…

Pada satu masa dahulu, (beratus tahun yang lalu), sepasang suami isteri sedang belayar merentasi lautan besar. Tiba-tiba datang satu ribut lebat.


Si isteri menjadi sangat gementar dan takut..


Kapal yang dinaik mereka tidaklah besar, dan ribut tersebut teramat mengancam menolak kapal terumabng-ambing.

Si isteri terasa kapal yang mereka naiki akan terbalik dan ajal mereka bakal tiba.


Si isteri mencari suaminya dan terkejut beliau sedang sibuk mengawal kapal dan mengharungi ribut yang kencang itu.


“Abang, ini mungkin masa terakhir untuk kita bersama… Mengapa abang tak takut? Ataupun abang ini dah gila?” jerit si isteri.


Si suami ketawa dan tiba-tiba mengeluarkan pedangnya. Pedang itu didekatkan dengan leher si isteri, dekat sehingga tersentuh.


“Ayang takut tak?” tanya si suami.


Si isteri menggeleng kepalanya, “Ayang tahu tiada apa yang perlu ditakutkan apabila bersama abang kerana abang sayang ayang.”


Si suami menyimpan kembali pedangnya dan berkata…


“Ini juga sebab ribut kencang ini tidak dapat takutkan abang. Abang tahu Allah sayang kat abang, pedang itu di tangan Allah, ribut ini juga di tangan Allah, apa yang bakal berlaku, akan berlaku dengan penuh hikmah. Jika kita selamat, bagus. Jika kita ditakdirkan mati, juga bagus, kerana segalanya di tangan Allah. Allah tidak pernah silap. Yang penting kita berusaha tatkala selagi mampu dengan penuh beriman. InshaAllah,” terang si suami.


Setelah mendengar penjelasan si suami, si isteri turut memberanikan bersama suami mengharungi ribut kencang tersebut dan mereka selamat tiba di destinasi….


Senyum.

Sabtu, 8 Disember 2012

STRAWBERI CINTA





 Ichigo gadis dari Jepun berusia 25 tahun datang ke Malaysia untuk mencari ibu kandungnya yang terpisah sejak dia berumur 7 tahun. Ibunya, Rozita berkahwin dengan bapanya yang bernama Hiroshi Yamada atau nama Islamnya ialah Marzuki Abdullah ketika ayahnya berkerja di Malaysia. Keluarga Rozita menghalang dia berkahwin dengan Hiroshi lantas mereka membuat keputusan untuk kahwin lari di Thailand dan berhijrah ke Jepun. Apabila Ichigo berusia 10 tahun, ibunya Rozita pulang ke Malaysia kerana menerima khabar bahawa neneknya meninggal dunia. Namun selepas itu Rozita tidak pulang-pulang ke Jepun semula. Apabila Ichigo berada di Malaysia, dia mengikuti pakej pelancongan oleh Syarikat Strawberry Vanilla. Ichigo berbicara menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu kerana dia masih ingat sedikit sebanyak ajaran ibunya. Di situ dia bertemu dengan Hakimi, seorang pemandu pelancong. Apabila Ichigo berkenalan dengan Hakim, dia berasa tertarik dengan keperibadian Hakimi. Hakimi merupakan seorang pemuda berusia 26 tahun dan taat pada perintah Allah. Namun Hakimi bukanlah seorang ustaz mahupun alim ulama. Ichigo berasa tertarik kerana sebelum Rozita hilang, Ichigo mengamalkan gaya hidup Islam. Hiroshi pula, setelah isterinya hilang, dia tidak lagi mengamalkan gaya hidup Islam dan Ichigo juga mengikut bapanya. Hakimi selaku pemandu pelancong membawa rombongannya melawat beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur. Apabila mereka melawat Masjid Negara dan Putrajaya, Ichigo berasa sesuatu. Apabila dia terdengar laungan azan dan orang mengaji, Ichigo teringat ketika ibunya masih bersama mereka dan mengajarnya membaca muqaddam. Hakimi perasan dengan kelainan Ichigo apabila dia melihat masjid namun Hakimi tidak memaksa Ichigo. Hakimi dan Ichigo kadangkala berkongsi dan bertukar fikiran mereka mengenai kehidupan di Bumi dan alam selepasnya. Ichigo berasa tertarik dengan pengetahuan Hakimi yang luas dan tidak bias. Hakimi juga berasa tertarik dengan Ichigo kerana Ichigo bukanlah gadis yang polos dan tidak tahu apa-apa. Ichigo ada pandangannya tersendiri tentang kehidupan di dunia ini dan Hakimi berasa kagum dengan falsafah kehidupan Ichigo. Walaupun rupa paras Ichigo yang kelihatan lemah-lembut, namun keperibadian Ichigo berbeza kerana dia lebih berani. Tetapi kadangkala Hakimi berasa pelik kerana Ichigo akan hilang pada seperti 1 hari atau setengah hari sepanjang pelancongan mereka. Hakimi ingin bertanya tetapi dia tidak mahu dikatakan masuk campur urusan Ichigo. Apabila masa pelancongan mereka sudah tamat, Ichigo tidak muncul. Hakimi tertanya-tanya di manakah Ichigo pergi. Hakimi membuat kesimpulan bahawa Ichigo sudah pulang ke Jepun. Namun Hakimi terkejut apabila dia terserempak dengan Ichigo yang nampak keliru. Hakimi membawa Ichigo pulang ke rumah keluarganya. Di situ Ichigo berterus terang kepada Hakimi yang dia sedang mencari ibu kandungnya. Hakimi berjanji untuk menolong Ichigo. Sepanjang Ichigo duduk bersama keluarga Hakimi, Ichigo sentiasa teringat kenangannya bersama ibunya dan Ichigo ingin lagi mengenali budaya Melayu dan Islam. Keluarga Hakimi juga mengalu-alukan kedatangan Ichigo ke rumah mereka dan tidak lokek berkongsi maklumat dan bertukar pandangan. Akhirnya Hakimi mendapat maklumat bantuan dari rakannya bahawa Rozita berada di Melaka. Mereka segera pergi alamat yang di beri. Ichigo pada mulanya berasa ragu-ragu kerana bimbang ibunya tidak menerima kehadirannya namun setelah dipujuk oleh Hakimi, Ichigo memberanikan diri. Apabila Ichigo mengenalkan dirinya kepada Rozita, Rozita sangat terkejut. Rozita lantas memeluk Ichigo. Mereka berdua menangis dan Rozita tidak habis meminta maaf. Rozita memberitahu bahawa apabila dia pulang ke Malaysia 18 tahun lalu sebab menerima berita ibunya sudah meninggal. Kemudian apabila dia ingin pulang ke Jepun, dia menerima khabar yang tempat tinggalnya di sana ditimpa gempa bumi. Apabila dia ke sana, semua jiran tetangga mengatakan Ichigo dan bapanya meninggal dunia. Rozita pulang ke Malaysia dalam keadaan hati yang sedih. Ichigo meminta maaf kerana dia salah sangka yang Rozita lari meninggalkan keluarganya. Kemudian seorang anak perempuan Rozita, Najwa keluar dari rumah apabila mendengar ibunya menangis. Rozita memberitahu Najwa bahawa Ichigo adalah kakak tirinya. Pada mulanya Najwa agak terkejut namun dia dapat menerima kehadiran Ichigo. Setelah bertemu Rozita, Ichigo segera menelefon bapanya, Hiroshi. Ichigo menceritakan segalanya tentang kenapa Rozita tidak pulang. Hiroshi menangis dan kemudian dia berkata dia teringin untuk berjumpa Rozita dan keluarganya. Ichigo berjanji dia akan membawa ayahnya berjumpa ibunya. Pada hari Ichigo ingin pulang ke Jepun, keluarga Rozita dan keluarga Hakimi menghantarnya. Ichigo mengucapkan terima kasih kepada keluarga Hakimi kerana melayannya dengan baik. Kemudian Ichigo berkata kepada Rozita bahawa dia akan kembali semula ke Malaysia untuk membawa ayahnya. Hakimi menghantar Ichigo hingga ke pintu masuk untuk penumpang. Ichigo bertanya adakah Hakimi akan menunggunya. Hakimi menjawab dia akan menunggu Ichigo dan mungkin akan membawa kejutan sekali.  


 

SABARNYA SEORANG SUAMI

Salah sebuah kisah rumah tangga yang saya petik dari buku bertajuk Indahnya Hidup Tanpa Derita, penulisan Noor Laila Aniza Zakaria, Perunding Professional Excel Training & Consultancy Sdn. Bhd. Mudah-mudahan kita semua dapat mengambil iktibar untuk menghisab diri dan menerima nasihat untuk pembaiki diri yang berterusan. InsyaAllah..

Lelaki berusia 40 tahun ini menghubungi saya pada jam lebih kurang 10.30 pagi ketika saya ingin bersarapan. Saya meminta izin untuk bersarapan terlebih dahulu dan meminta menghubungi saya 20 minit kemudian, kerana rakan-rakan sudah menunggu untuk bersarapan. Namun sebaik mendengar sebak suaranya merayu supaya diperuntukkan masa kepadanya walau untuk sebentar, saya akur dan tumpang simpati.

Beristerikan seorang wanita yang cukup banyak karenah, lelaki ini berkorban seluruh kehidupannya untuk membahagiakan keluarga. Dengan pendapatan yang tidak seberapa sebagai seorang anggota polis, lelaki ini berusaha keras memenuhi setiap keinginan si isteri.
Namun si isteri sedikit pun tidak menghormati dirinya sebagai suami. Memanggil namanya dengan panggilan ‘Oi’ sahaja dan kerap kali memaki hamun si suami dengan mengatakan bodoh, gila dan semua perkataan yang cukup melukan hatinya.

Sekiranya dia balik awal ke rumah, dikatakan pemalas dan curi tulang. Jika terlewat pulang dituduh pula ‘makan luar’. Sakit dan luka hati si suami hanya dipendam sendiri. Sedikit pun tidak pernah dia marahkan si isteri. Apabila diajak dan ditegur untuk bersembahyang bersama isterinya tidak mahu dan mengatakan, “Jaga saja kubur masing-masing”.

Lima belas tahun hidup bersama, selama itulah dia sering dimaki hamun dan semua urusan masak memasak diserahkan kepadanya bahkan mengemas rumah. Apa yang isterinya lakukan? Duduk di rumah dan kadang-kadang mengambil upah menjahit pakaian.

Selain dari memaki hamun suami, isterinya sering membuka rahsia rumah tangga mereka kepada jiran tetangga, dengan kata-kata suaminya tidak mampu itu dan ini, mendakwa keperluan di dalam rumah adalah daripada hasil titik peluhnya bahkan si suami sedikit pun tidak membantu.

Pada suatu hari pulang dari kerja, si isteri mengamuk tak tentu pasal. Dia mendengar cerita daripada seseorang mengatakan melihat suaminya makan bersama wanita lain di kedai. Memang benar perkara itu, namun wanita itu adalah teman lama si suami sewaktu di sekolah rendah. Mereka terserempak dan minum bersama untuk bertukar-tukar cerita. Itu sahaja.

Sebaik pulang, si suami dimaki hamun dan dibaling dengan pasu bunga hingga mengenai dadanya. Sakitnya amat sangat sehingga dia terduduk. Bukan itu sahaja, bahkan isteri mengatakan bahawa dia menyesal berkahwin dengannya yang papa kedana tetapi miang! Amat terluka dengan kata-kata isterinya, si suami terus keluar dari rumah.

Azan maghrib berkumandang ketika itu dan dia terus ke surau mengerjakan solat berjemaah. Dalam sebak dia memohon agar Allah ampunkan isterinya dan diberi petunjuk.

“Setibanya saya di rumah selepas solat Isyak, saya beri salam, tiada berjawab. Apabila saya masuk ke dalam rumah, saya lihat isteri saya sedang terperosok di tepi almari baju, dia kena strok. Tidak boleh berkata apa-apa. Saya lihat air matanya mengalir di pipi. Waktu itu saya menjerit memanggilnya, “Sayang!” dan terus dakap erat tubuhnya serta dukung dia bawa ke hospital. “Puan, kalaulah saya tidak berdoa sedemikian, tentu hal ini tidak akan terjadi. Saya sangat-sangat sedih. Dulu dia maki-maki saya, itu tanda dia sihat. Sekarang apabila dia senyap, saya rasa sunyi, lebih sakit berbanding kena maki dulu. Saya amat sayangkan dia puan!”

Luahan itu tersekat-sekat. Saya faham betapa terhiris hatinya melihat keadaan isterinya. Sudah tentu tidak ramai lelaki zaman sekarang yang memiliki sifat sabar begini. Beruntunglah dia diuji sedemikian dengan kesabaran yang begitu tebal di dalam dada.

 Memang benarlah kaum wanita ini fitnah. Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya dunia ini manis dan hijau (menyegarkan). Dan sesungguhnya Allah menempatkan kamu di atas bumi, yang Allah melihat akan apa yang kamu kerjakan. Maka peliharalah dunia ini dan wanita, sesungguhnya pertama kali fitnah (bencana) yang jatuh kepada golongan Bani Israil (Yahudi) adalah dalam hal wanita.” – (Riwayat Muslim)

Justeru, setiap lelaki yang bergelar suami perlu sentiasa ingat akan pesan Rasulullah ini agar tidak tersasar dalam mengemudi rumah tangga.

Dakwah dalam Rumah Tangga

Kadang-kadang apabila isteri melakukan kesilapan seperti tidak menghormati, memaki hamun dan meninggikan suara, suami hanya berdiam kerana tidak mahu bertengkar panjang. Namun selepas keadaan reda, jarang suami berbincang dengan cara elok malah jarang menasihati isteri dengan mengingatkannya kepada pesanan-pesanan Rasulullah SAW dan al-Quran. Kadang-kadang yang di sebut adalah, “Saya kecil hati dengan apa yang awak buat tadi” atau “Awak sudah singgung hati saya tadi”. Itu bukan teguran. Itu hanyalah luahan perasaan. Kemudian isteri akan meminta maaf dan keadaan kembali seperti biasa. Namun itu bukan pendidikan kepada isteri.

Tip Mendidik Menggunakan Kuasa Ayat

Mungkin selepas ini pada ketika isteri telah berlemah lembut dengan anda, terus sebutkan ayat al-quran atau pesanan Nabi SAW kepadanya:

“Sayang, Nabi kata bahawa tempat isteri di sisi suami. Isteri yang baik adalah isteri yang apabila suami melihat kepadanya, dia akan buatkan suami senang hati. Tadi sayang maki-maki abang .... Sayang rasa itu ciri-ciri isteri yang bagaimana? Sayang sudah lukakan hati abang. Tapi abang sudah maafkan sayang.”

Pendidikan harus dimasukkan dengan kata-kata dan pesanan Rasulullah SAW dan al-Quran supaya hati mudah lembut. Pendidikan harus penuh hikmah. Pendidikan harus dengan bertanya, “Sayang rasa itu ciri-ciri isteri yang bagaimana?Dan meninggalkan dia dengan jawapan sendiri. Itu cara pendidikan terhadap isteri yang perlu diamalkan. Bukan membebel atau berceramah kepada isteri dengan ayat-ayat Quran yang panjang yang isteri tidak faham atau dengan luahan perasaan semata-mata.

Anda juga boleh katakan:

“Sayang, melalui ceramah yang abang dengar dari seorang ustaz, abang dapat tahu yang keredhaan Allah terhadap isteri bergantung kepada keredhaan suami. Abang selalu redha apa sahaja yang sayang buat dan abang harap, Allah akan redha kepada Sayang walaupun tadi Sayang maki abang. Sayang rasa Allah redha atau tidak perbuatan Sayang tadi terhadap abang?”

Kadang-kadang pendekatan pendidikan perlu memetik nama orang lain yang dihormati misalnya ustaz untuk membuatkan dia akur dengan nasihat tersebut.

Fasa Pendidikan Seterusnya

Setelah anda didik isteri dengan pendekatan nasihat namun berkali-kali juga dia masih ingkar, nusyuz dan tidak hormat kepada hak-hak anda, pisahkan tempat tidur sebagai pengajaran. Namun tempohnya hendaklah mengikut keperluan. Dan akhirnya pukullah dia. Nabi SAW menyifatkan pukulan itu ibarat memukul dengan kain sutera yang paling halus dan licin dan tidak boleh memukul di bahagian muka. Bererti pukulan itu hendaklah sehabis lembut dan bukan menyakiti. Bahkan membawa maksud sebenar, elakkan memukul isteri kecuali benar-benar terpaksa dan tiada jalan lain.

Setelah anda mendidik tetapi masih juga isteri melawan, tetaplah mendidik dan doakan semoga Allah beri hidayah dan petunjuk kepadanya. Usah berdiam diri menahan perasaan untuk mengelakkan pertengkaran sedangkan anda tidak menjalankan tanggungjawab mendidiknya.

Mendidik bukan menegur. Mendidik bukan menghukum. Mendidik itu bererti memenuhkan dadanya dengan ilmu dan menbuatkan dia faham dan melihat lantas dia mengamalkan ilmu tersebut sehingga berjaya. Jika sekadar menegur, boleh jadi ia akan masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri. Jika menghukum, boleh jadi penuh dengan emosi lantaran melepaskan geram dan tidak telus.

Aku Menyesal Kahwin Dengan Kau!

Mana-mana isteri yang mengatakan “Aku menyesal berkahwin dengan engkau”, sekalipun suaminya sangat jahat, maka Nabi SAW menyifatkan pada saat kata-kata itu diungkapkan, secara automatik terpadamlah semua pahala amalan baik isteri sepanjang hidup berumah tangga.

Hendaklah dia kembali bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan memohon keampunan serta keredhaan suaminya semula. Berhati-hatilah dengan kata-kata.

Dugaan Tanda Kasih Sayang Allah

Suatu ketika dahulu anda diduga dengan hari-hari dimaki isteri. Sekarang anda diduga dengan memiliki isteri yang sakit dan anda terpaksa menjaganya. Janganlah anda bersedih kerana itu tanda kasih sayang Allah. Allah tahu jika Allah tidak buatkan isteri anda lumpuh, mungkin sehingga ke akhir hayatnya dia akan melukakan hati anda dan tempatnya tidak layak di syurga.

Allah ingin menbersihkan dosa-dosanya. Allah ingin memberikan dia syurga. Allah bukan sahaja menguji kesabaran anda, bahkan isteri anda juga. Bersyukurlah.

Buat masa ini, didiklah isteri anda dengan mengajarkan dia bersolat dengan cara duduk/baring/dengan mata/hati, selagi dia faham kata-kata anda. Bacakan al-Quran ditelinga isteri sambil meribanya. Kesedihan yang anda lalui pasti tidak akan disia-siakan oleh Allah.

Sakit Itu Pembersih Dosa

Setiap kesakitan itu kata Nabi SAW adalah pembersih dosa. Maka banyakkan menyebut Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun - ‘Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.’

Setiap kali anda sedih atau tidak berdaya, lafazlah LaahaulaWalaQuwwataillabillah – ‘Tiada daya upaya melainkan dengan kekuatan Allah.’

Banyakkan membaca surah Yasin dan bawalah isteri bersiar-siar di luar. Sekurang-kurangnya dia masih ada menemani hari-hari anda, bukannya Allah mengambilnya terus. Maafkanlah dia. Lihatlah ini sebagai tanda kasih sayang Allah. Dan yakinlah anda telah berdoa dengan doa yang baik di sisi Allah. Usahlah risau. Tenangkan hati, tabahkan jiwa.


'Sabar itu indah, dan kepada Allahlah tempat memohon pertolongan.' - (Nabi Yusuf)

Selasa, 4 Disember 2012

CONTOH SIFAT-SIFAT ISTERI SOLEHAH


 Mentaati perintah Allah S.W.T dengan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar hukum Allah S.W.T

 Sentiasa menjaga hati suami dengan bercakap dengan perkataan yang lembut-lembut,tidak meninggikan suara..

 Hendaklah mendiamkan diri ketika suami berkata-kata dan memberi respon yang ikhlas..

  Hendaklah sentiasa menyerah diri kepada suami apabila diperlukan. Rela dan bersedia apabila disentuh suami bila sahaja dikehendakinya..

 Menghiasi diri dengan wangi-wangian dan bersolek (dalam rumah)..

 Tidak berhias berlebih-lebih dan tidak memakai wangi-wangian apabila semasa ketiadaan suami di rumah..

  Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan suami..

 Tidak berlaku curang atau mengkhianati suami apabila ketiadaanya di rumah..

 Hendaklah sentiasa menghormati Ibu bapa kandung suami (mertua), Adik beradik,sanak saudara dan kawan-kawan suami..

 Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami,tidak mengutuk di belakang suami..

 Membantu suami menguruskan hal rumah tangga,dan mendidik anak-anak mengikut syariat Islam..

 Tidak melakukan puasa sunat/ganti tanpa keizinan suami..

 Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami, menjaga maruah diri, suami dan keluarga. Menjaga aurat, tutur kata dan tingkah laku yg baik..

  Tidak membenarkan lelaki bukan mahram masuk ke dalam rumah jika suami tiada dirumah melainkan dengan izin suami dan ditemani anak atau saudara mahram..


SAMPEL PERCUMA PRODUK LACTACYD




UNTUK MAKLUMAT LANJUT,KLIK  SINI

MEMORI TERINDAH BLOSSOMING SUNSET DINING CRUISE SESSION

Hello Roszaliza,
 
Warm greetings from Mines Cruise! A water paradise you could only imagine in the heart of the city.
 
Thank YOU for your interest in our Sunset Dinner Cruise as the venue for your important event.
 
How are YOU?
Please refer to below detail & revert your CONFRIMATION via e-mail, thanks!
­­
Date       : 23rd November 2012                  Ref   : 00455SC
 
Re: Sunset Dining Cruise
Booking details as follows:-

Customer Name
:
Roszaliza Abdul Nyzam
Date
:
1st December 2012, Saturday
Booking Time
:
4:00pm: Sunset boat to standby at MSF  for table and food setting by Garden Cafe
5:00:pm Guests to board Sunset Garden Cruise boat at MSF Jetty
6:30pm: Sunset Garden boat to drop off guests at MSF Jetty
No. of Pax
:
2 Pax
Menu
:
Menu D:
2 x Grill Beef Tenderloin with Yam Cake, Miso Sauce & Red Chilli Salsa
Type of product & total charge
:
Blossom Sunset Cruise
Mode of Payment
:
Complimentary
Remark
:
Facebook Contest Winner
Guest Contact
:
Roszaliza – 017.907.5601 or Email: roszalizas@yahoo.com

Operations Team:
1.       Please prepare Romantic CD songs.
  1. Garden Lifestyle Cafe to provide Service Crew. 

 
Should YOU require further clarification, please do not hesitate to contact the undersigned.
 
Thank YOU and best regards,
 
Gan Lee Siong
GAN Lee Siong
Assistant Manager, Sales,
Mines Cruise Management
L4-01, Bowling Centre, Level 4, The Mines, Jalan Dulang, Mines Wellness City, Seri Kembangan, 43300 Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Off: 603.8942.1818 Fax: 603.8945.8807 Mobile: 012.271.0570 Email: gan@minescruise.com

or visit us on Facebook at www.facebook.com/minescruisemalaysia