Mentaati perintah Allah S.W.T dengan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar hukum Allah S.W.T
Sentiasa menjaga hati suami dengan bercakap dengan perkataan yang lembut-lembut,tidak meninggikan suara..
Hendaklah mendiamkan diri ketika suami berkata-kata dan memberi respon yang ikhlas..
Hendaklah sentiasa menyerah diri kepada suami apabila diperlukan.
Rela dan bersedia apabila disentuh suami bila sahaja dikehendakinya..
Menghiasi diri dengan wangi-wangian dan bersolek (dalam rumah)..
Tidak berhias berlebih-lebih dan tidak memakai wangi-wangian apabila semasa ketiadaan suami di rumah..
Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan suami..
Tidak berlaku curang atau mengkhianati suami apabila ketiadaanya di rumah..
Hendaklah sentiasa menghormati Ibu bapa kandung suami (mertua), Adik beradik,sanak saudara dan kawan-kawan suami..
Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami,tidak mengutuk di belakang suami..
Membantu suami menguruskan hal rumah tangga,dan mendidik anak-anak mengikut syariat Islam..
Tidak melakukan puasa sunat/ganti tanpa keizinan suami..
Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami, menjaga maruah diri, suami
dan keluarga. Menjaga aurat, tutur kata dan tingkah laku yg baik..
0 ulasan:
Catat Ulasan