Ahad, 29 Julai 2012

SAMBAL UDANG PETAI


Bahan-bahan :
  • 300 grams udang saiz sederhana – potong ekor dan hujung kepala
  • 1 genggam cili kering – buang biji dan rebus lembut
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 1 cm belacan
  • buah petai dari 3-4 papan petai
  • 1/4 sudu besar asam jawa adabi
  • 1/4 cawan air
Cara Memasak :
  1.  Kisar cili kering dengan bawang merah, putih, belacan sehingga halus
  2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak
  3. Masukkan asam jawa, udang dan air, kacau rata
  4. Setelah udang hampir masak, masukkan petai. Kacau rata dan biar merenih selama 5-10 minit
  5. Perisa garam, gula dan serbuk perasa jika suka…
 

PUDING ROTI BAKAR

Bahan-bahan :
8-10 keping roti(bergantung kepada ketebalan roti)
500 ml susu cair
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar mentega/majerin
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur
Kismis

 Cara :
1. Ambil beberapa keping roti dikoyak-koyakkan dan susun di dasar bekas/ loyang.Rendamkan ke dalam  susu.
2.Dalam satu bekas lain, masukkan mentega dan gula. Pukul hingga sebati.
3. Masukkan esen vanilla. Kacau rata.
5. Masukkan telur dan pukul rata  hingga sebati.
6. Campurkan adunan mentega dengan adunan roti yang direndam di dalam susu tadi. Kacau rata.
7. Masukkan pula kismis dalam adunan. Banyak kismis yang ingin digunakan bergantung kepada kehendak masing-masing. Gaul rata.
8. Tuang rata adunan ke atas roti. Taburkan sedikit kismis sebagai hiasan. Biar seketika(dalam 5 minit) supaya susu meresap ke dalam lapisan roti yang di bawah.
 9.Bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

 Untuk mengetahui samada puding telah masak atau belum, keluarkan bekas dari oven dan cuba goyang-goyangkan sikit bekas pembakar. Sekiranya adunan di bahagian tengah puding masih bergoyang-goyang, tambah lagi waktu pembakaran.

TAUBAT


CARA NAK BUAT AISKRIM GORENG





Sabtu, 28 Julai 2012

CEREKARAMA : MAAFKAN AKU

Cerekarama sempena Ramadan malam ni (28 Jul 2012). Sinopsis, seluruh warga Madrasah Murafah riuh rendah apabila Firdaus Hazadi ditangkap atas tuduhan menjadi pencuri. Walaupun ada kemungkinan Firdaus dianiayai rakan sebiliknya, Zarul, dia telah dihukum tanpa usul periksa..Ahli keluarganya juga tidak mempercayainya kecuali adiknya, Amani. Kecewa dengan tindakan ahli keluarganya, Firdaus bertindak meninggalkan rumah untuk mencari ketenangan. Akibat tertekan, Firdaus terjebak dengan kegiatan mencuri dompet. Satu hari, Firdaus telah mencuri beg kepunyaan Marya. Alangkah terkejutnya apabila gambar sahabatnya, Zahrul ada dalam isi dompet tersebut. Rupa-rupanya Marya Khuraisha merupakan teman wanita Zahrul sedangkan Zahrul sudah bertunang dengan Natasya. Dendamnya terhadap Zahrul belum terbalas. Akhirnya Firdaus nekad ke rumah Marya di Villa Amrila berdasarkan alamat yang terdapat dalam dompet yang dicurinya. Insiden silap nombor rumah telah membawa Firdaus berjumpa dengan Haji Habsyi yang sangkakan Firdaus ialah ustaz yang datang untuk mengajar cucunya. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

 



KASIH IBU DAN AYAH

Jumaat, 27 Julai 2012

JOM SHOPPING BAJU RAYA PRELOVED DARI LISA SURIHANI

Lisa Surihani's Pink Batik Baju Kurung

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,KLIK SINI

Khamis, 26 Julai 2012

MARI BERAMAL BERSAMA COLGATE

 


MEMANG BAGUS! SETIAP "LIKE,PLEDGE DAN SHARE",COLGATE AKAN DERMAKAN WANG PADA RUMAH ANAK YATIM".TEKAN SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.


Rabu, 25 Julai 2012

TAWARAN TERBAIK UNTUK PELBAGAI TELEFON SAMSUNG GALAXY DAN TABLET


Tawaran terbaik untuk pelbagai telefon Samsung Galaxy dan tablet pintar semasa Roadshow Celcom di Plaza Low Yat! Berlangsung pada 23 Julai hingga 29 Julai 2012, 10:00 pagi-10:00 malam.

Untuk maklumat lanjut,klik SINI

JOM BERAYA DENGAN RADIO ERA DIBAWAKAN OLEH GAVISCON


 

Kalau anda ada melodi lagu yang terbaik, jom layari www.era.fm atau klik http://on.fb.me/MyzWqj sekarang dan ambil bahagian dalam Jom Beraya Dengan ERA!
Rakam dan muat naik melodi ciptaan anda, kemudian ajaklah kawan-kawan untuk undi! 20 orang yang dapat undian tertinggi pada 26 Ogos nanti akan dapat RM300, buah tangan dan 4 pas ke jamuan makan bersama.
Jom undi melodi QUEENPINK di SINI
 

PERODUA TWECKBOT


Khidmat pemeriksaan kereta pertama di Malaysia yang berasaskan Twitter kembali lagi dan lebih baik daripada sebelumnya.

Untuk maklumat lanjut,klik SINI

JIKA RINDUKAN SESEORANG

 
 ♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :



" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..



✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..

 ✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..

 ✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..

 ✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

 ✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..





Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.."

Isnin, 23 Julai 2012

MAHAR CINTA SEUTAS TASBIH


MUJAHID : Awak , maafkan saya.. Tasbih pemberianmu ini telah terputus sepertimana putusnya ikatan antara kita. Mungkin inilah petanda bahawa kita tidak berjodoh.

MUJAHIDAH : Ha..MasyaAllah tapi kenapa? .. (Mujahidah terdiam,terpaku dan terkedu seketika)

MUJAHID : Ketika jemariku Menari di Atas TASBIH CINTA pemberianmu , ketika itu jugalah ku melabuhkan DOA kepadaNya yg Esa,


' Ya Tuhan! Kalau seseorang itu bukan jodohku,tolong dijauhkannya dariku dan gantikannya dengan yang lebih baik, dan jika dia memang jodohku maka  didekatkanlah dia dengan cara-Mu dan aturan-Mu '' ..

'' DEMI MAHAR CINTA SEUTAS TASBIH , KUBERHARAP PADA MU YA RABBI AGAR CINTAKU PADA MU TERUS BERTASBIH KE JALAN MU ''
 

Sabtu, 21 Julai 2012

RACUN UNTUK TERUS HIDUP

 
 Seorang pemuda berjumpa seorang Tuan Guru yang bijaksana untuk mendapatkan nasihat, “Guru, saya sudah bosan hidup. Sudah jenuh betul. Rumahtangga saya berantakan. Usaha saya tidak berhasil. Apa pun yang saya lakukan selalu gagal. Saya ingin mati.”

Tuan Guru tersenyum sambil mengusap-usap jambang putihnya, “Oh, kamu sakit.”


“Tidak guru, saya tidak sakit. Saya sihat. Hanya jenuh dengan kehidupan. Itu sebabnya saya ingin mati.”


Seolah-olah tidak mendengar alasannya, Tuan Guru berkata, “Kamu sakit. Dan penyakitmu itu dikenali sebagai alahan hidup.. Ya, kamu alergik terhadap kehidupan.”


Sang guru memang benar. Banyak sekali di antara kita yang alah terhadap kehidupan. Kemudian, tanpa disedari kita melakukan hal-hal yang bertentangan dengan norma kehidupan.


Hidup ini berjalan terus. Sungai kehidupan mengalir terus, tetapi kita menginginkan status-quo. Kita berhenti di suatu tempat, kita tidak mahu ikut mengalir. Itu sebabnya kita jatuh sakit. Kita mengundang penyakit. Keengganan kita, penolakan kita untuk ikut mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit. Yang namanya usaha, pasti ada pasang surutnya. Dalam hal berumahtangga, perselisihan-perselisihan kecil itu memang lumrah dan asam garam berkeluarga.


Persahabatan pun tidak selalunya kekal abadi. Jadi, apa yang kekal dan abadi dalam hidup ini? Kita tidak menyedari sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan suatu keadaan. Kemudian kita gagal, kecewa dan menderita.


“Penyakitmu itu boleh disembuhkan, asal engkau ingin sembuh dan bersedia mengikut petunjukku.” demikian kata sang guru.


“Tidak Guru, tidak. Saya sudah betul-betul jenuh. Tidak, saya tidak ingin hidup.” Pemuda itu menolak tawaran sang guru.


“Jadi engkau tidak ingin sembuh. Kamu betul-betul ingin mati?”


“Ya, memang saya sudah bosan hidup.”


“Baiklah, kalau begitu pagi esok engkau akan mati. Ambillah botol ubat ini. Setengah botol diminum malam ini, setengah botol lagi diminum pukul 6 pagi esok. Engkau akan mati dengan tenangnya pada pukul 8 malam.”


Pemuda itu pula menjadi bingung. Setiap guru yang ditemuinya selama ini cuba memberikannya semangat untuk hidup. Yang satu ini aneh. Malah guru ini menawarkan racun. Tetapi, disebabkan pemuda itu benar-benar putus asa dengan kehidupannya, dia menerimanya dengan senang hati.


Sebaik sahaja sampai ke rumah, dia segera menghabiskan setengah botol racun yang disebut “ubat” oleh guru itu. Dan, dia mula merasakan ketenangan yang tidak pernah dirasakannya sebelum ini. Begitu relaks, begitu santai! Tinggal sehari semalam lagi sebelum dia mati. Bermakna dia akan bebas dari segala macam masalah tidak lama lagi.


Malam itu, dia memutuskan untuk makan malam di luar bersama keluarganya di sebuah restoran Jepun. Sesuatu yang sudah lama dia tidak lakukan selama beberapa tahun kebelakangan ini. Kerana mengenangkan ia akan menjadi malam terakhirnya, dia ingin meninggalkan kenangan manis untuk anak isterinya. Sambil makan, dia bersenda gurau. Suasananya santai dan seisi keluarga terhibur!


Sebelum tidur, dia mencium bibir isterinya dan membisikkan kata-kata romantis di cupingnya, “Sayang, aku mencintaimu.” Kerana malam itu adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis!


Esoknya bangun tidur, dia membuka jendela kamar dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Lantas dia tergoda untuk berjogging sambil menikmati pagi yang indah . Pulang ke rumah setengah jam kemudian, dia melihat isterinya masih lena. Mungkin diuliti mimpi indah, fikirnya.


Tanpa mengejutkannya, dia masuk dapur dan membuat dua cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya. Disebabkan pagi itu adalah pagi terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis!


Si isteri pun berasa aneh sekali, “Sayang, apa yang terjadi hari ini? Selama ini, mungkin saya ada berbuat salah. Maafkan saya, bang.”


Di pejabat, pemuda itu menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiap orang. Stafnya pun kehairanan.


“Hari ini, Boss kita macam pelik je, kan?”


Dan sikap mereka pun turut berubah. Mereka menjadi lembut hati dan bekerja bersungguh-sungguh dan mengikut segala arahannya. Kerana siang itu adalah siang terakhir, pemuda itu ingin meninggalkan kenangan manis!


Tiba-tiba, segala sesuatu di sekitarnya berubah. Dia menjadi ramah dan lebih bertimbang rasa serta menghargai pendapat-pendapat yang berbeza, tidak seperti sebelumnya.


Tiba-tiba hidup menjadi sungguh indah. Dia mula menghargai dan menikmatinya.


Pulang ke rumah pukul lima petang, isteri tercinta siap menunggunya di pintu depan dengan senyuman yang manis sekali. Kali ini isteri yang terlebih dahulu memberikan ciuman kepadanya, “Abang, sekali lagi saya meminta maaf, kalau selama ini saya selalu menyusahkan abang.”


Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan, “Ayah, maafkan kami semua. Selama ini, ayah selalu tertekan disebabkan oleh perangai dan kenakalan kami.”


Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali. Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah. Dia terdetik untuk membatalkan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi bagaimana dengan setengah botol yang sudah dia minum petang semalam?


Pemuda itu kembali menemui gurunya. Melihat wajah pemuda itu, sang Guru dapat mengetahui apa yang telah terjadi.


“Buang saja botol itu. Isinya air biasa. Kau sudah sembuh, Apabila kau hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemputmu bila-bila masa sahaja, maka kau akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu, keangkuhanmu, kesombonganmu. Jadilah lembut, selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kau tidak akan jenuh, tidak akan bosan. Kau akan berasa hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan.”


Pemuda itu sungguh gembira dan tersedar akan kesilapannya selama ini dalam mengemudi hidup. Dia lantas mengucapkan terima kasih dan menyalami Sang Guru, lalu pulang ke rumah, untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Dia masih mengalir terus. Dia tidak pernah lupa hidup dalam kekinian. Itulah sebabnya, dia selalu bahagia, selalu tenang, selalu HIDUP!

CEREKARAMA : PEREMPUAN NERAKA

Perempuan Neraka menceritakan tentang Intan, isteri kepada Hasyim yang sentiasa mengongkong hidupnya dan berbelanja di luar kemampuan. Hasyim hanya bekerja sebagai pemandu lori dan kesemua gajinya diberi kepada Intan. Malah kerja rumah yang sepatutnya dibereskan oleh seorang isteri juga terpaksa dilakukan demi kasih sayangnya kepada Intan. Hasyim dan Intan memiliki seorang anak perempuan bernama Anis yang ditatang bagai minyak yang penuh. Keadaan rumahtangga yang tidak terkawal menyebabkan Hasyim tertekan dan kesihatannya turut terjejas. Apabila Hasyim meninggal dunia, Intan mengesyaki suaminya telah berkahwin dua dan mempunyai isteri bernama Zubaidah.

MAJALAH INTREND BULAN JULAI 2012

 

Tiba kini, Eja menghiasi sampul depan Julai 2012 berbalut Dior Koleksi Pre-Fall. Kongsi cerita apa bikin Eja less selfish dan self indulge. 10 selebriti pilihan menggayakan pieces paling kasual dari Voir. Semuanya dalam InTrend, Inspirasi Gaya Hidup Anda.


PELUANG BERBUKA PUASA BERSAMA WAWA ZAINAL


Fakta menarik THE DARK KNIGHT RISES

 

1. Christian Bale mengatakan dia enggan memainkan peranan sebagai Batman sekiranya watak Robin diwujudkan. Oleh kerana itu pengarahnya Christopher Nolan bersetuju untuk tidak menghidupkan watak Robin kerana takut kehadiran Robin akan mengurangkan impak nuansa gelap trilogi ciptaannya.

2. Antara sebab Tom Hardy telah dipilih Nolan untuk watak Bane adalah kerana prestasi lakonannya dalam filem "RocknRolla", tapi Hardy menyangka Nolan memilihnya kerana lakonannya dalam "Bronson", sedangkan Nolan tidak pernah menonton filem tersebut.


3. Christopher Nolan merupakan pengarah pertama yang berjaya melengkapkan trilogi filem "Batman". Namun dia merupakan pengarah kedua yang berjaya melengkapkan trilogi filem genre adiwira. Tempat pertama jatuh kepada Sam Raimi untuk trilogi "Spiderman".



4. Pada awalnya, Anne Hathaway telah dipilih untuk memainkan watak Black Cat dalam filem keempat "Spiderman". Namun begitu, dengan pembatalan filem tersebut, dia ditawarkan watak Catwoman dalam filem ini pula.

5. Antara barisan pelakon yang diujibakat untuk memegang peranan Catwoman termasuk Jessica Biel ("The A-Team"), Gemma Arterton ("Clash Of The Titans"), Kate Mara ("American Horror Story") dan Keira Knightley ("Pirates Of The Caribbean"). Namun begitu, Anne Hathaway akhirnya berjaya memenangi peranan tersebut.



6. Antara barisan pelakon wanita yang dicadangkan untuk watak Miranda Tate pula termasuk Kate Winslet, Naomi Watts, Rachel Weisz dan Marion Cotillard. Namun begitu, Cotillard telah dipilih untuk memainkan watak tersebut, apatah lagi Nolan sudah biasa bekerja dengan Cotillard melalui filem "Inception". Cotillard memulakan proses penggambaran dua bulan selepas kelahiran anaknya, Marcel.

7. Menurut Gary Oldman yang melakonkan watak Jim Gordon, Christopher Nolan telah mendedahkan sendiri pengakhiran filem sebelum ia dimulakan bagi mengelak daripada sebarang kekurangan dan pembocoran di media.



8. Pelakon lagak ngeri untuk Anne Hathaway telah merosakkan satu daripada kamera IMAX apabila Batpod yang ditungganginya menghentam kamera tersebut. Ini kali kedua sebuah kamera IMAX dirosakkan. Sebelum ini satu daripada kamera IMAX mereka rosak ketika merakam babak kejar-mengejar antara trak The Joker dan batmobile dalam "The Dark Knight".

9. Antara pelakon yang dicadangkan untuk watak John Blake termasuk Joseph Gordon-Levitt ("Inception"), Leonardo DiCaprio ("Inception"), Ryan Gosling ("The Notebook") dan Mark Ruffalo ("The Avengers") sebelum produksi membuat keputusan untuk memilih Gordon-Levitt.



10. Menurut Nolan, dia memilih Bane sebagai antagonis Batman dalam filem terakhir ini untuk menguji Batman dari sudut fizikal dan mentalnya.

11. Anne Hathaway menjadikan Hedy Lamarr sebagai inspirasi lakonannya sebagai Catwoman. Heddy Lamar juga merupakan pelakon wanita era 40-an yang menjadi inspirasi pencipta Catwoman untuk watak tersebut.


12. Christopher Nolan menawarkan peluang untuk James Newton Howard ("The Hunger Games", "Green Lantern") menghasilkan muzik latar filem ini bersama Hans Zimmer seperti yang dilakukannya dalam "Batman Begins" dan "The Dark Knight". Namun selepas melihat kolaborasi hebat antara Nolan dan Zimmer dalam "Inception", dia merasakan dia mungkin hanya akan mengganggu.



13. Tom Hardy menerima watak Bane tanpa membaca skrip. Dia terus menerimanya apabila diberitahu yang dia akan mendapat akses untuk menerima latihan lagak ngeri dan menggunakan peralatan yang akan disediakan.

14. Ini merupakan filem kelima Nolan bersama pelakon Michael Caine. Filem lain adalah "Batman Begins", "The Prestige", "The Dark Knight" dan "Inception".

JOM BERBUKA PUASA BERSAMA YUNA


 


  
Hi peminat Olay! :) Ingin berbuka puasa bersama Yuna? Jangan lupa untuk membeli produk Olay bernilai RM25 ke atas dan tontonilah 'Yuna Reunion' di FB Olay Malaysia!

THE DARK KNIGHT RISES

Pada 19 Julai yang lalu,QUEENPINK menonton filem The Dark Knight Rises di Golden Screen Cinemas di Mentakab Star Mall.

                                            
                                               SINOPSIS
Christian Bale ("The Fighter") kembali memainkan watak Bruce Wayne/Batman dalam filem trilogi "Batman" arahan Christopher Nolan. The Dark Knight Rises turut dibintangi oleh Anne Hathaway sebagai Selina Kyle, Tom Hardy sebagai Bane, Marion Cotillard sebagai Miranda Tate dan Joseph Gordon-Levitt sebagai John Blake.

Christopher Nolan lebih banyak menggunakan kamera IMAX bagi mendapatkan hasil yang lebih baik jika dibandingkan dalam "The Dark Knight". Penggambaran dijalankan di tiga buah benua termasuk bandar-bandar Amerika Syarikat iaitu Pittsburgh, New York dan Los Angeles serta India, England dan juga Scotland.


Layari
www.thedarkknightrises-asia.com untuk maklumat lanjut!

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK


Khamis, 12 Julai 2012

PERADUAN JOM BERAMAH MESRA BERSAMA PERSONALITI SAFI

Meriahkan Ramadan dan Aidilfitri bersama SAFI dengan menyertai Peraduan Jom Beramah Mesra Bersama Personaliti Safi dan berpeluang untuk bertemu dengan Duta Safi Rania Gold & Safi Balqis. Sertai sekarang!
http://bit.ly/SAFIraya

Sabtu, 7 Julai 2012

20 AMALAN SUPAYA DIPERMUDAHKAN REZEKI

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah


Allah
tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. ” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. ” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya. “

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. ” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Amalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca
“Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.”

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri
“jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk DIPERMUDAHKAN rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Selamat Beribadah dan Semoga amalan-amalan ibadah kita diterima oleh Allah swt………..InsyaAllah…

Ahad, 1 Julai 2012

MAHARKU UNTUKMU

Sinopsis Maharku Untukmu

Mengisahkan pengorbanan seorang lelaki yang menjadi pak sanggup kepada wanita yang dicintainya. Tengku Aishah (Nabila Huda) diibaratkan dilahirkan dalam talam emas.

Dia mempunyai segala-galanya dan membesar dikelilingi oleh golongan elit yang mementingkan status dan kasta. Ayah dan bondanya amat mementingkan status dan darjat. Aishah membesar sebagai gadis yang manja dan angkuh.

Dia mewarisi sikap hidung tinggi ibunya, Tengku Marina (Norish Karman). Aishah tidak pernah terfikir yang dia akan berhadapan dengan kemelut kehidupan kerana selama ini dia merasakan perjalanan hidupnya lancar dan hanya perlu ‘petik jari’ semua tersedia di depan mata. Kurangnya pendidikan agama dan jalan hidup yang kebaratan mengheret Aishah jauh ke lembah maksiat.

Sementara itu Putera (Adi Putra) adalah pemuda yang lurus dan bukanlah anak jutawan. Walaupun tidak berpelajaran, tetapi dia tidak pernah berputus asa mencari rezeki yang halal. Dia berpegang kepada pesanan arwah ibunya bahawa maruah diri tiada nilainya dan sentiasa patuh kepada ajaran Islam. Kenaifan Putera disedari oleh Tengku Hamid (Rahim Jailani), iaitu ayah Aishah. Terlintas di fikirannya, pada zaman sekarang sukar mencari orang yang lurus seperti Putera. Sehubungan itu, Tengku Hamid mengambil Putera menjadi pemandunya.

Putera terkedu apabila kali pertama bertemu Aishah yang sombong, malah sebelah mata pun dia tidak memandang ke arahnya. Aishah bertunang dengan Tengku Ariff seperti yang dimahukan Marina.

Baginya Tengku Ariff (Iqram Dinzly) adalah calon terbaik meskipun lelaki itu gagal dalam perkahwinan sebanyak dua kali. Gaya hidup bebas membuatkan Aishah merelakan saja dirinya ditiduri Ariff. Malang tidak berbau apabila Ariff terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia. Kesedihan Aisyah bertambah parah apabila dia mendapati Ariff meninggalkan benih di dalam rahimnya.

Marina panik apabila mendapati anaknya mengandung. Dia menyuruh anaknya itu menggugurkan kandungan, namun Hamid membantah keras keputusan itu. Baginya dosa yang sedia ada amat besar, jangan ditambah dengan dosa yang lebih besar lagi.

Hamid mahu Aisyah berkahwin. Dia harus mencari seseorang yang mahu menjadi pak sanggup. Hamid teringatkan Putera dan dia menyedari pemandunya itu ada menaruh perasaan terhadap Aisyah. Hamid meminta Putera menikahi anaknya. Marina pengsan dengan keputusan itu manakala Aishah pasrah dalam tangisan.

Putera termangu, namun dia sememangnya mencintai Aishah. Dia tahu Aishah tidak pandang dirinya. Tetapi itu semua tidak penting. Putera tekad akan membahagiakan Aishah. Putera sedar apa yang sedang berlaku. Tetapi dia tetap melakukan apa yang sepatutnya untuk memperisterikan Aishah. Dia masih ada maruah diri. Untuk itu dia menyediakan sendiri mahar untuk Aishah.

 Tersenyum sinis Marina melihat cincin belah rotan dan al-Quran sebagai hantaran. Bermulalah kehidupan baru Putera sebagai menantu Hamid dan Marina. Mujur juga namanya Putera, kata Marina. Bolehlah mereka menipu mengenai latar sebenar menantu mereka. Aishah pula sangat bencikan Putera. Hatinya tidak boleh menerima kenyataan yang dia bersuamikan pemandunya sendiri. Akan tetapi Putera tak kisah, walaupun dimaki dan dihina, Aishah tetap isterinya. Aishah dicintai dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.