Cerekarama sempena Ramadan malam ni (28 Jul 2012). Sinopsis, seluruh
warga Madrasah Murafah riuh rendah apabila Firdaus Hazadi ditangkap atas
tuduhan menjadi pencuri. Walaupun ada kemungkinan Firdaus dianiayai
rakan sebiliknya, Zarul, dia telah dihukum tanpa usul periksa..Ahli keluarganya juga tidak
mempercayainya kecuali adiknya, Amani. Kecewa dengan tindakan ahli
keluarganya, Firdaus bertindak meninggalkan rumah untuk mencari
ketenangan. Akibat tertekan, Firdaus terjebak dengan kegiatan mencuri
dompet. Satu hari, Firdaus telah mencuri beg kepunyaan Marya. Alangkah
terkejutnya apabila gambar sahabatnya, Zahrul ada dalam isi dompet
tersebut. Rupa-rupanya Marya Khuraisha merupakan teman wanita Zahrul
sedangkan Zahrul sudah bertunang dengan Natasya. Dendamnya terhadap
Zahrul belum terbalas. Akhirnya Firdaus nekad ke rumah Marya di Villa
Amrila berdasarkan alamat yang terdapat dalam dompet yang dicurinya.
Insiden silap nombor rumah telah membawa Firdaus berjumpa dengan Haji
Habsyi yang sangkakan Firdaus ialah ustaz yang datang untuk mengajar
cucunya. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Lelaki tular tampar isteri ditahan pagi tadi
-
Tangkap layar kejadian memaparkan seorang suami yang menampar isterinya di
khalayak ramai dalam satu kejadian di Kota Warisan, Sepang, baru-baru
ini.SEPAN...
4 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan