Jumaat, 31 Ogos 2012

TEMAN PENGGANTI


OST ADAM DAN HAWA


Ain Hawani terpaksa dikahwinkan dengan Adam apabila mereka berdua ditangkap berkhalwat atas salah faham. Meskipun Ain menafikannya, Adam hanya berdiam diri dan membiarkan semuanya berlaku. Kerana kecewa, Ain lari meninggalkan Adam keseorangan menanti kepulangan isteri yang dicintainya. Bertahun berlalu dan akhirnya mereka dipertemukan semula. Namun adakah mereka akan mengetepikan ego dan menyerah pada perasaan yang sememangnya mendambakan diri masing-masing?

BLOG QUEENPINK BERWAJAH BARU

ASSALAMUALAIKUM

PERASAN TAK FULL TEMPLATE DAN HEADER BLOG QUEENPINK BERWAJAH BARU? QUEENPINK BUAT TEMPAHAN FULL TEMPLATE DAN EDIT BLOG MELALUI TUAN NOR HIDAYU HANYA RM20 SAHAJA.




JIKA NAK LIHAT CONTOH-CONTOH BLOG DESIGNED +EDITED BY TUAN NOR HIDAYU,BOLEH LIHAT DI SINI  INGIN BUAT TEMPAHAN FULL TEMPLATE DAN EDIT BLOG,BOLEH MESEJ FB TUAN NOR HIDAYU

"Brownie In a Cup"

CARA POTONG KUKU IKUT SUNNAH NABI

PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE





KLIK UNTUK SERTAI!

 Untuk makluman semua pelanggan/pengunjung... BLOGSHOP NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE menyambut ulangtahun ke 2.. ALhamdulillah..syukur dan gembira dengan usia yang baru 2 tahun ini... Oleh itu, sebagai tanda terima kasih NBH dan demi mengabadikan Angka 2, NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE mencari sebanyak 222 BLOGGER BERTUAH untuk turut serta dalam segment ini dan tentunya ada hadiah menarik menanti peserta..

HARAPNYA ADA REZEKI JADI YANG BERTUAH NI..

Penyertaan bermula hari ini 27hb Ogos 2012 dan berakhir 31hb Ogos 2012--12 tengahmalam.

CARI INCOME MELALUI SAYS.MY

ASSALAMUALIKUM

HARI INI QUEENPINK NAK AJAR MACAM MANA NAK CARI SIDE INCOME MELALUI SAYS.MY SELAIN DARIPADA NUFFNANG.SANGAT MUDAH! RUGI JIKA TAK JOIN.JOM MULA DAFTAR SEKARANG KAT SINI

KLIK GAMBAR UNTUK TENGOK LEBIH JELAS








PASTIKAN ANDA GUNAKAN EMAIL YANG BETUL DAN EMAIL YANG AKTIF.




PERIKSA EMAIL ANDA DAN KLIK LINK YANG PIHAK SAYS.MY BERI.




 

DAH SIAP BAHAGIAN DAFTAR.

 

KEMPEN YANG BOLEH ANDA KONGSI.KLIK SAHAJA PADA SALAH SATU KEMPEN ITU.




 

DAH DAPAT LINK? COPY DAN SHARE KAT KAWAN-KAWAN ANDA KAT BLOG,TWITTER ATAU FACEBOOK.

SIMPLE JE KAN? TUNGGU APA LAGI? DAFTAR KAT  SINI PERCUMA JE.KITA TAK PERLU BAYAR APA-APA.TAPI SEBALIKNYA MEREKA YANG AKAN BAYAR KITA.BEST KAN.


Rabu, 29 Ogos 2012

4 Malaikat yang datang disaat anda sakit...

UJIAN BUKANLAH MUSIBAH

Ahad, 26 Ogos 2012

MUTIARA HATI


Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan

Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Korus:

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Hoo uuu..


Aku ada kerna kau ada

Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu

Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang Korus]


Demi cinta dalam hatimu

Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu

Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..

PEREMPUAN TANPA RAHIM

Perempuan Tanpa Rahim menceritakan Kamariah (Normah Damanhuri) dirogol sewaktu dia balik dari kerja (ketika usia 26) oleh beberapa lelaki. Nasib baik ketika itu lelaki yang meminatinya, Malim (Harun Salim Bachik) datang menolong. Kamariah terhutang budi kepada Malim dan ketika Malim mendapati Kamariah mengandung, dia menawarkan diri menjadi suami tetapi Kamariah menolak kerana waktu itu Malim sudah pun beristeri.


Namun Malim tetap berkeras untuk menikahi Kamariah dan kerana terdesak, dia menerima cadangan Malim. Mereka berkahwin dengan mengakui kepada keluarga kononnya mereka sudah terlanjur. Isteri Malim iaitu Fatimah menuntut cerai kerana marah dan malu.

Kamariah sebenarnya mahu menggugurkan kandungannya tetapi Malim tidak membenarkan dan apabila bayi itu lahir dia dinamakan Syahidah (Siti Sharizah). Ibu Kamariah memelihara Syahidah kerana Kamariah tidak mahu mengakui itu anak kandungnya.


Kamariah terus hidup dalam keadaan fobia dan trauma malah membenci Syahidah sehingga ke tua. Dia menganggap Syahidah tidak patut wujud dalam hidupnya. Kamariah hidup dalam kemurungan sampai tua kerana dia tidak mendapat rawatan kejiwaan menyebabkan dia tidak dapat memaafkan dirinya dan menerima peristiwa hitam itu sebagai takdir.


Natijahnya, Kamariah turut memusnahkan hubungan kasih sayang anak-anaknya apabila Haniza (Putri Mardiana) bermusuhan dengan Syahidah dan Muiz (Faiz). Baginya Syahidah anak sial atau membawa nasib malang dalam hidupnya.


 

Selasa, 21 Ogos 2012

AKU MANUSIA BIASA

YANG MANA SATU?

KETUPAT KUCING

Foto: ketupat kucing..

KESALAHAN DI HARI RAYA

PANJANG TAPAK KAKI SAMA PANJANG DENGAN LENGAN?

Tahukah Anda Fakta Ini?

Panjang tapak kaki kita adalah sama panjang dengan lengan kita (dari pergelangan tangan ke pelipat siku), dan panjang ibu jari kita adalah sama panjang dengan hidung kita, dan juga panjang bibir kita adalah sama degan jari telunjuk.

*kalau macam ini, senang lah nak beli kasut baru kalau malu nak buka kasut..Hehe..
 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



ASSALAMUALAIKUM...

QUEENPINK NAK UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA.QUEENPINK INGIN MENYUSUN 10 JARI JIKA TERKASAR BAHASA,TERGURIS RASA ATAU KESILAPAN YANG QUEENPINK TAK SEDARI.QUEENPINK INGIN MEMOHON MAAF.QUEENPINK JUGA INGIN MENGUCAPKAN SALAM KEMERDEKAAN.TAHUN INI GENAP 55 TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA,31 OGOS 2012.QUEENPINK BERSYUKUR DILAHIRKAN DI NEGARA MALAYSIA YANG AMAN DAMAI.SEMOGA RAKAN-RAKAN BLOGGER SIHAT DAN CERIA SELALU DI SAMPING KELUARGA YANG TERSAYANG.

 QUEENPINK TITIPKAN LAGU RAYA "HARI RAYA KU NANTI" NYANYIAN HAZAMA,ADIRA DAN DINA.

Sabtu, 18 Ogos 2012

WATSONS SELEBRITI AIDILFITRI BERSAMA SCHA DAN AWAL


QUEENPINK DAPAT DUIT RAYA

ASSALAMUALAIKUM..

PADA HARI KHAMIS YANG LALU,QUEENPINK DAPAT DUIT RAYA.RAYA BELUM LAGI TAPI DAH DAPAT AWAL DUIT RAYA.HEHE..SIAPA YANG BAGI DUIT RAYA PADA QUEENPINK YE? RAKAN SEKERJA @ AYAH ANGKAT QUEENPINK YANG BAGI.REZEKI QUEENPINK.ALHAMDULLILAH.



 QUEENPINK DAH TERIMA KERONGSANG DARI FIEDA SALLEH QUEENPINK ADA JOIN
SAPE NAK BROOCH MEH KOMEN REZEKI QUEENPINK.



 http://mylovely-fieda.blogspot.com/2012/08/pemilik-brooch-itu-adalah.html

QUEENPINK DAPAT KERONGSANG NO 2.TERIMA KASIH FIEDA SALLEH.

IKLAN RAYA BERNAS TAHUN 2012


Cuba kita sama-sama menghayati iklan ini,memang touching...

TENANG....

Assalamualaikum =)


Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.

Pstttt : Such an eye opener kann =') Tersedar I dari tamparan realiti, terus share kat blog ha. Walaweyyyy, mood verangan automatically off. 








p /s : Copypaste dari status Hamzah Ian & Cik Epal.


Jumaat, 17 Ogos 2012

NAK DUIT RAYA RM5?

ASSALAMUALAIKUM...

SIAPA NAK DUIT RAYA RM5?




JOM SERTAI INI

PROTON buat lagu Raya... Dah dengar? ;)

PROTON buat lagu Raya... Dah dengar? ;) profile image

 PROTON buat lagu eksklusif untuk Raya. Boleh download dari sini. Sambil tu, jangan lupa hantar E-Kad Raya pada orang tersayang juga!

Untuk maklumat lanjut,klik SINI

Pilih lagu Raya dari sini dan mungkin boleh menang Duit Raya RM1000 setiap hari!

Lagu Raya apa yang bakal jadi Call Me Tone anda Raya nanti? Jom pilih... profile image

Dapatkan kandungan istimewa sempena Syawal dari The Cube. Macam-macam ada, dari dedikasi lagu Raya, MMS & pesanan Raya dan banyak lagi!

Untuk maklumat lanjut,klik SINI

Selasa, 14 Ogos 2012

QUEENPINK DAPAT KAD RAYA

ASSALAMUALAIKUM..

QUEENPINK DAPAT KAD RAYA DARI RAKAN BLOGGER IAITU LINDA ZEHAN DAN EJULZ
TERIMA KASIH KERANA BERI KAD RAYA PADA QUEENPINK.

























50% off untuk ke Jurong Bird Park, Night Safari dan Singapore Zoo!



Here’s a really wild way to spend Merdeka! profile image
 Untuk maklumat lanjut,klik SINI

Masa paling sesuai untuk mengeratkan silaturahim? SEKARANG.

Masa paling sesuai untuk mengeratkan silaturahim? SEKARANG. profile image

 Nak tahu apa yang berlaku? Saksikan webisod-webisod seterusnya. Raya ini, Eratkan Lagi kemesraan dengan orang-orang yang anda sayangi.Untuk maklumat lanjut,klik SINI

Tolong rakyat Malaysia di kawasan pendalaman dapat bekalan air bersih. 50,000 shares = RM50,000

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Marilah berkongsi kebahagiaan bersama-sama Coca-Cola dengan menyebarkan semangat Ramadan Coca-Cola. Coca-cola akan menderma sebanyak RM50,000 untuk membekalkan air bersih kepada masyarakat kawasan pendalaman di Malaysia.

 Pada bulan yang mulia ini, jom tolong rakyat Malaysia dapatkan bekalan air bersih profile image

 Untuk maklumat lanjut,klik SINI

Guna handphone pun boleh buat amal sempena hari-hari akhir Ramadan. Cubalah...

Dapatkan kandungan istimewa sempena Ramadan dari The Cube. Macam-macam ada, dari lagu-lagu Islam, tips and nasihat, radio Islam, info masjid dan banyak lagi.

 Guna handphone pun boleh buat amal sempena hari-hari akhir Ramadan. Cubalah... profile image

 Untuk maklumat lanjut,klik SINI

Jumaat, 10 Ogos 2012

Jom cuba gaya-gaya hijab ni! Lepas tu, uploadkan gambar & mungkin boleh menang RM1500!


4 Gaya hijab yang paling digemari telah dipilih! Jom cuba gaya-gaya hijab di aplikasi Sunsilk #HijabkuGayaku, kemudian muat naik gambar anda untuk memenangi RM1500 dan jemputan ekslusif ke Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets!!

Untul maklumat lanjut,klik SINI

'Salam Aidilfitri Dengan Satu Klik Untuk Ibu Tersayang'


Shurah sedang menganjurkan kempen 'Salam Aidilfitri Dengan 1(Satu) Klik Untuk Ibu Tersayang' yang bertujuan untuk membantu meringankan sedikit beban ibu-ibu tunggal ini dengan hanya 'LIKE' & 'SHARE' page kami. Disamping beramal, anda juga berpeluang untuk memenangi Hamper produk Shurah bernilai RM100. Untuk maklumat lanjut, sila klik link ini:http://www.facebook.com/ShurahMalaysia/app_404287069629880

Khamis, 9 Ogos 2012

PERADUAN FIND THAT DIAMOND IN YOU


 Sertai peraduan "Find That Diamond In You" dan berpeluang memenangi hadiah tajaan dari Habib Jewels, sehingga RM70,000.00 :)

Isnin, 6 Ogos 2012

MENANGI 1 CARAT BERLIAN

ads

ASSALAMUALAIKUM

MENANGI 1 CARAT BERLIAN.UNTUK MAKLUMAT LANJUT,KLIK SINI

NUZUL al- Quran Dan Lailatul Qadar



Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

  Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1.      Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2.      Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3.      Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
 
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
            Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”. 
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT.

Kesimpulan     
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.

Datuk Lee Chong Wei,anda di hati kami semua rakyat Malaysia



 ASSALAMUALAIKUM

 Tahniah Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya memenangi pingat perak dalam badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik London 2012.

 KAMI TETAP menyokong anda..anda di hati kami semua rakyat Malaysia.

Ahad, 5 Ogos 2012

Free Gift Angelica Hydration Power dan menangi hadiah bernilai RM1704




 Play our mini-game now to get your Angelica FREE GIFT and stand a
chance to win prizes worth up to RM1,704.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT,KLIK SINI

Clarins: Free Defining Eye Lift Sample Pack Giveaway



ASSALAMUALAIKUM..

KLIK SINI UNTUK REDEEM FREE SAMPEL

Johnson & Jonhson: Free Body Care Oxygen Fresh Giveaway



 ASSALAMUALAIKUM..

KLIK SINI UNTUK REDEEM FREE SAMPEL

KENAPA PERLU TEPUK-TEPUK TEMBIKAI SEBELUM BELI?

http://cikmin.com/wp-content/uploads/2010/03/Tembikai2.jpg


Hairan juga asal nak beli buah tembikai je, mesti nampak semua orang menepuk-nepuk buah tembikai tersebut. Jangan cakap yang tua, dewasa, wanita, mak cik, pak cik, malah kanak-kanak pun saya lihat bila nak ambik buah tembikai di pasaraya mesti nak ditepuk-tepuk buah tu?

Apa rahsianya? Adakah dengan menepuk buah tembikai seolah-olah kita mengetahui isi kandungannya baik di dalam?Atau hanya terikut-ikut perlakuan orang lain? Antara tips yang saya jumpa bab membeli buah tembikai ini setelah saya membuat carian di internet ialah;
  • Pastikan kulit buah tembikai yang dipilih tadi licin. Buah yang masak permukaan kulitnya licin seakan berkilat menunjukkan ia dah matang, dan buah yang permukaan yang agak kasar menunjukkan buah tersebut masih mentah.
  • Pastikan juga pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya bertukar ke warna putih kuning air.
  • Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu. Sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, insyaallah ia sudah masak dan elok isinya. (patutlah, ramai yang menepuk-nepuk?)
NOTA: Dan yang ini tip dan cara terakhir yang selalu saya gunakan kalau beli tembikai di luar. Untuk memastikan buah tersebut masak elok dan cantik,  suruh je pak cik atau mak cik yang jual buah tu belah dua buah tembikai. Tak boleh nak rasa masa bulan puasa nih, tak pasal-pasal batal pulak puasa tu kan? Jadi main agak-agaklah bila dah tengok isinya tu. Buah tembikai sekarang tengah murah di pasaran, hanya 0.90 sekilo sahaja kalau di kawasan Ampang sekarang ini.