skip to main |
skip to sidebar
Buah
Tiin adalah buah yang paling istimewa dikalangan orang Islam kerana
Allah SWT telah menggunakan Buah Teenn ketika bersumpah dan menamakan
satu surah di dalam Al Quran dengan nama Al-Tiin. Ini kerana padanya
terdapat sumber makanan, buahan dan nilai ubatan.
Dikenali sebagai Fucus carica dan dianggap sebagai salah satu sumber pemakanan yang tinggi dengan serat.
Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan tentang buah tiin yang mempunyai
nilai ubatan dengan Sabda Nabi "Makanlah kamu semua dan makanlah darinya
(buah tiin) dan Sabda Nabi lagi, "Sekiranya aku katakan, sesungguhnya
buah yang turun dari syurga maka aku kata "inilah buahnya" kerana buah
syurga tiada keraguan, sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit
buasir dan mendatangkan faedah bagi sendi-sendi."
Kajian yang
telah dijalankan membuktikan bahawa buah tiin benar-benar memberi kesan
dan penawar kepada pemyakit buasir, bengkak-bengkak pada badan,
melawaskan air kencing serta membantu mengatasi batuk yang berpanjangan.
Ulama Tafsir Fakharuddin Ar Razi dalam kupasannya mengenai
Surah At-Tiin ini, menyatakan khasiat buah Tiin di antaranya mencuci
hati, mengurangkan panas badan, membersihkan kahak, lelah, membersihkan
buah pinggang, sendi2 dan juga buasir.
0 ulasan:
Catat Ulasan