Malaysia
memang terkenal dengan keenakan dan kepelbagaian rencah makanan dan
nampaknya keenakan makanan kita nampaknya memang terbukti di persada
antarabangsa apabila anak kelahiran Ipoh, Catherine Chin Wan Ping Coombes muncul juara pertandingan Master Chef Musim ke -10 di United Kingdom.
Coombes , seorang surirumah sepenuh masa
telah berjaya menawan hati juri dengan masakan yang lazim dan terkenal
di kalangan rakyat Malaysia sendiri seperti Mi Wantan sebagai menu
appetizer dan Nasi Lemak sebagai hidangan utama . Selain itu,
Coombes juga turut menghidangkan pencuci mulut berasaskan kelapa dan
vanila.
Surirumah berusia 32 tahun itu juga
turut menyamakan rasa gembira beliau atas kemenangan tersebut dengan
perasaan ketika beliau melahirkan bayi pertamanya.
Mewarisi bakat memasak daripada ibu dan neneknya, Coombes mula belajar memasak sendiri ketika menuntut di Universiti Oxford
untuk mengurangkan rasa rindu terhadap masakan ibunya. Selepas
kemenangan ini, beliau bercadang untuk belajar lebih mendalam tentang
masakan Asia Timur dan bakal mempertimbangkan untuk membuka sebuah
restoran atau kelas memasak.
Sebelum Coombes, anak kelahiran Kuala Lumpur
, Poh Ling Yeow juga pernah mendapat tempat kedua dalam pertandingan
MsterChef Australia musim pertama pada tahun 2009. Pada tahun 2011,
anak kelahiran Adam Liaw juga pernah memenangi pertandingan yang sama
pada musim kedua. Memang ternyata anak Malaysia punya bakat masakan yang
boleh dibanggakan di mata dunia.
Sumber : The Star Online & The Independent
0 ulasan:
Catat Ulasan