Isnin, 19 Mei 2014

BIARLAH ORANG KATA GILA

Kangar: Seorang wanita warga emas tidak kisah diejek sebagai orang kurang siuman apabila menjadikan rumah pusaka berharga ratusan ribu ringgit di Jalan Kangar-Padang Besar di sini, sebagai sangkar teduhan bagi lebih 200 kucing terbiar sejak 30 tahun lalu.

Wanita terbabit, Azni Ahmad, 63, berkata, dia sudah acap kali dihina dengan tuduhan membazirkan sisa hidup atau wang kerana mahu menjaga kucing terbiar itu. 

 “Malah, kata-kata cemuhan itulah yang dijadikan pembakar semangat untuk saya terus melakukan amanah menjaga haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW itu daripada terbiar tanpa dijaga. Ini sekali gus menyelamatkan kucing ini daripada dicederakan individu tidak berhati perut.
“Mereka yang menghina saya mungkin tidak faham erti perikemanusiaan. Bagi saya, jika kita tidak mempunyai sikap menyayangi haiwan, maka hidup kita tidak akan sempurna. 



Foto 


AZNI bersama kucing kesayangannya.

“Apa yang saya lakukan ini bukan semata-mata untuk mendapatkan pujian atau meraih keuntungan, tetapi ia adalah ikhlas bagi memastikan haiwan itu mempunyai tempat berteduh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam. 


SUMBER :  http://www.hmetro.com.my/articles/2014051902060120140519020601/Article?BeritaUtama

P/S : Kat rumah saya ada lebih daripada 10 ekor kucing..Hampir tak larat nak jaga..Macam-macam ragam.Macam mana makcik ini boleh jaga 200 ekor kucing? Saya pencinta kucing..Tiap kali jumpa kucing kat luar..saya suka tegur kucing itu..Kucing itu pun manja2 dengan saya :)

0 ulasan: